Dah beberapa hari kak yan tak buat post di sini...ini kerana 2/3 hari ni kak yan agak letih , malas nak menulis...Isnin lepas kak yan telah selamat mendaftarkan diri untuk kursus 14 minggu KDP Prasarjana Muda pengajaran. Isnin dan Selasa juga merupakan hari orentasi bagi kami..takde le kana ragging ke apa..cuma taklimat kursus dan isi macam2 borang.
Bila balik lewat sikit , mata pun mengantuk dan badan letih ..tapi tak boleh tidur pun sebab banyak keja rumah menanti...basuh kain baju , kemas rumah...kain baju kalau tak basuh sehari , alamatnya membukit la dalam bakul tu..lepas Isyak je mata dah tak boleh bukak...hari ni kelas habis paling lewat 1.30 je..so ada la masa lebih untuk rehat...yang penting dapat tido sekejap pun jadilah supaya dapat berjaya malam .
Wednesday, July 23, 2008
Wednesday, July 16, 2008
Yasmeen berjoget
Tarian inang renek dipersembahkan oleh cik minah gedik yasmeen Nuraisyah..enjoyyyyyyyyyy
Tuesday, July 15, 2008
My dream
Bukan kerana mengejar gaji yang lebih tapi untuk kepuasan diri sendiri. Ingin memiliki segulung ijazah dan majukan diri seperti adik-adik yang lain. Kak yan masih ketinggalan jauh di bawah. Sekarang kak yan kena rombak semula jadual harian supaya semua tugas dapat dijalankan dengan lancar, baik tugas di rumah dan di sekolah .
Gelagat Si Haikal yang nakal
Akibat nak ikut main dengan anak jiran yang lebih besar , Haikal turut terjun tangga seperti diaorang..tapi nasib dia malang sebab salah landing..patah kaki kanan dia..dua bulan dia kena pakai simen. Gambar di atas diambil pada hari pertama Haikal pakai simen di kaki.
Tengok saja gambar ini ..dah boleh tau setakat mana nakalnya hero kami ni..simen belum dibuka tapi dia dah naik basikal. Pakai simen ke tak ..sama saja bagi Haikal.
Monday, July 14, 2008
Hadiah tak ternilai
Friday, July 11, 2008
Thursday, July 10, 2008
Akademi Haikal
Ahmad Haikal Ali . Hero kami yang sorang ni lasak sangat. Ingatkan ada 3 orang kakak dia kurang la nakalnya tapi sangkaan kami meleset. Kalah semua kakak - kakak dia..sekarang dialah hero dalam rumah ni. haikal minat sangat cerita - cerita lasak..suka teman ayah dia tengok drama Akademi Polis..bila ditanya besar nanti nak jadi apa , jawapan dia " haital nal jadi poyis ". Selalu sangat sebut " Syaya PIT 123456 ......cik " pada ayah dia..
Wednesday, July 9, 2008
Wallpaper baru
Sehari 2 ni gian pulak nak godek - godek photoshop..banyaknya kak yan edit gambar anak - anak la. Ini adalah salah satunya yang kak yan gune sebagai wallpaper. Banyak lagi yang kak yan nak belajar..kalau tahun2 yang lepas ada seorang cikgu di sekolah tu yang boleh tolong ajarkan ..malangnya dia dah berpindah ke Perlis. Kak Yan ada jugak belajar melalui buku yang kak Yan pinjam daripada perpustakaan negara tapi agak susah sikit nak faham..kalau belajar melalui orang yang pakar lagi senang..maklumlah kak yan ni slow learner..kena cuba berkali-kali.
Kak yan sempat jugak menjenguk blog ciku nunu@ nurul...senang juga cara yang nurul tunjukkan tu..Thanks nurul..
Sekian laporan untuk hari ni. Tak de idea nak taip banyak-banyak.
Sunday, July 6, 2008
Air tangan Abang Misai
Hari ni istimewa sikit sebab setelah sekian lama tak merasa air tangan abg misai , dia merelakan diri untuk memasak untuk tengahari ini..Menu pun agak istimewa , ikan patin masak tempoyak. Walaupun sebenarnya kak yan tak berapa suka makan ikan patin ni..dik sebab cik abg yang masak...habis jugak sepinggan nasi..kak yan tak pandai nak masak ikan patin , so berjaya jugak kak yan pujuk dia untuk masuk dapur.
Dia jugak masak telur dadar. Kak Yan cuma masak nasi je. Dulu masa mula-mula kawin , selalu jugak dia masak untuk kami berdua..mungkin masa tu nak tunjuk skill kot..lepas ada anak tugas memasak di rumah ni hanya untuk kak yan. Tetap dan berpencen lagi.
Tuesday, July 1, 2008
Warga sekolah kebangaan kami : by Nurulhusna
Warga guru warga murid,
Mengatur langkah penuh tertib,
Senyum mekar hiasan wajah,
Tegur sapa pada setiap langkah.
Bersatu hati bertindak tegas,
Bersemangat waja berwawasan jelas,
Maju kemuka tanpa culas.
Titik persetujuan pelbagai fikiran,
Hormat akan hak insan berwawasan,
Cemerlang terbilang menjadi tujuan.
Abang kite
Subscribe to:
Posts (Atom)