Friday, September 26, 2008

Ayah dan ibu





arwah abah 28 Dis 1949 - 17 Nov 1988

emak 26 June 1946

Kami 8 beradik

ILMU BARU


Salam semua ,

Hari ini kak Yan nak bercerita sedikit tentang apa yang kak Yan pelajari dalam Kursus Dalam Perkhidmatan ( KDP ) 14 minggu yang bermula daripada 21 Julai hingga 24 Okt nanti..banyak ilmu baru yang Kak Yan pelajari selain menggulang semula apa yg dipelajari di maktab dahulu....sesungguhnya ilmu - ilmu ini amat berguna bagi Kak Yan..bagi dalam kerjaya mahupun dalam kehidupan seharian.

Subjek - subjek yang Kak Yan pelajari di IPIK ini adalah Psikologi , Bimbingan dan kaunseling , Prinsip Teknologi Pengajaran , Pengukuran dan Penilaian , Learning skills , written communication dan Oral communication. Subjek kegemaran Kak Yan ialah Learning skills , Bimbingan & kaunseling dan Psikologi kerana ilmu - ilmu daripada subjek ini berkait rapat dengan apa yang dilalui dalam kehidupan seharian . Subjek Pengukuran dan penilaian bagi Kak Yan agak berat..kak yan ni kalau bab2 statistik , mula la pening..he..he

Ujian pertama telah kami lepasi ..sekarang semua tengah sibuk menyiapkan assignment..alhamdulillah 2 daripadanya telah kak yan siapkan..dan yg lagi 5 tu hampir 90% telah dilaksanakan..cuma tinggal proses revise & editing. Cuti seminggu ni kak yan akan cuba siapkan kesemuanya..supaya bila balik cuti raya nanti , kak Yan hanya akan fokus pada final exam..itu perancangan kak yan..

Alhamdulillah sepanjang 2 bulan lebih belajar ni kak Yan tak menghadapi masalah besar..cuma penat sikit je..abg misai dan anak - anak pun amat mehami dan bagi sokongan penuh..walaupun sibuk dengan tugas - tugas sebagai student , kak yan masih ada masa untuk family , masih ada masa untuk aktiviti - aktiviti kegemaran kak Yan ..dan masih ada masa untuk family outing .

Thursday, September 25, 2008

Salam Lebaran

Terasa kampung sudah memanggil - manggilku pulang..rindu benar emak di kampung..esok malam akak akan pulang ke kampung dengan adik ..abg misai tak harap akak drive sorang - sorang .Dia akan menyusul pulang Isnin malam bersama adik ipar.

Dikesempatan ini akak ingin ucapkan Selamat menyambut Aidilfitri..ampun maaf dipinta jika ada salah dan silap dalam persahabatan ini...kepada yang nak balik kampung tu..berhati - hati di jalan raya. Semoga selamat pulang dan kembali ke kota nanti..
Buat teman - teman seperjuangan juga diucapkan Selamat menyambut lebaran..enjoy - enjoy juga tapi module dan assignment jangan dilupa..Selamat pulang ke kampung..jumpa lagi 6hb Okt nanti..

Saturday, September 20, 2008

Jiwang karat sikit




How do I, get through a night without you
If I had to live without you,
What kind of life would that be...

Oh I, need you in my arms need you to hold
Your my world, my heart, my soul, if you ever leave
Baby you would take away everything good in my life

And tell me now, how do I live without you
I want to know,
How do I breathe without you
If you ever go,
How do I ever, ever survive
How do I, how do I, Oh how do I live

Without you, there'd be no sun in my sky
There would be no love in my life,
There'd be no world left for me

And I, baby I don't know what I would do
I'd be lost if I lost you, if you ever leave
Baby you would take away everything real in my life

Please tell me baby
How do I go on
If you ever leave,
Baby you would take away everything, need you with me
Baby don't you know that your everything, good in my life


** semakin hari semakin sayang **




Kad Raya daripada Zira - SJ

Thanks zira sebab masih ingat kak yan lagi..

Thursday, September 18, 2008

EG Kad Raya

Tahun ni akak join EG kad raya dengan gang - gang forum fizanstore.com.....so far akak dah terima 12 kad raya...best jugak hari-hari terima kad raya ...rasa macam balik zaman remaja dulu pulak...terima kasih kepada yang hantarkan kad pada akak. ..raya depan kita buat EG kad raya lagi ya.

Wednesday, September 17, 2008

Projek Kad Raya

Masing - masing tunjuk sibuk

Kakak punya hasilNisha pulak
Yasmeen pun menyibuk sekali

Setelah berhari - hari anak-anak minta mak diaorang tolong tunjukkan cara nak buat kad raya. Budak2 ni sibuk nak masuk pertandingan mereka kad raya anjuran Panitia Pendidikan Seni sekolah diaorang. 2/3 hari lepas budak-budak ni dah buat sendiri ...akak sibuk tak sempat nak menolong ..tapi hasilnya tak begitu memuaskan...

So semalam akak pun tolong jugak diaorang...tunjuk cara dan bagi idea je..lain -lain diaorang buat sendiri.

Friday, September 12, 2008

Jamal Junior

Sebijik macam abg misai..klon betul

..Dah malu dah..

Haikal Ali meragam dengan baju raya dia..tahun ni tema kami hijau ..

Friday, September 5, 2008

Yang tak mungkin berulang

Satu kenangan yang tak mungkin kan berulang lagi ... mustahil abang misai nak bagi kak yan peluang lalui ini semua sekali lagi ... dia nak kak yan jadi isteri mithali yang jaga dia dan anak-anak je ... bukan melasak sana sini .


Dulu di maktab kak yan agak lasak .... sampai lelaki pun tak nak dekat dengan tomboi ni . Abang misai pun kalau dia kenal kak yan dari awal sure dia reject punya . Kasar bukan bermakna tiada kelembutan dalam diri kak yan .



Agak-agak korang la .. boleh ka akak dapat balik potongan ni ?

Zaman Muda

Kenangan masa muda .. dulu sangat aktif di maktab..sampai dapat anugerah Best Gerko dalam batch aku..tapi semua tu tinggal kenangan .. lepas kawin abg misai tak izin langsung aktif dalam aktiviti luar.. dia terlalu mengongkong dulu tapi sekarang ada kelonggaran sikit..kalau ikut aktiviti sekolah boleh saja..


Minggu yang memenatkan otak.

Minggu yang amat memenatkan ..study ..study ..study..+ sedikit stress tapi tak la sampai menganggu pembelajaran ..just a positive stress. Dalam usia sekarang , agak susah untuk mengingat semuanya..tapi aku rasa kalau dah berusaha tak possible aku pun boleh berjaya macam adik2 aku. Pelbagai taknik belajar aku guna..mind mapping , group study ..jawab soalan2 online ..harap sedikit sebanyak dapat membantu..semalam aku ikut buat solat hajat di sekolah untuk anak murid tahun 6 yang nak sit for UPSR next week...juga untuk diri sendiri .. sama macam teacher diaorang..sitting for exam at the same time..tak dapat la nak bantu diaorang..rasa bersalah jugak. Harap2 kami dapat menjawab dengan baik nanti.
Untuk kawan-kawan semua ..Good Luck!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails