Tak dapat nak update blog selalu buat masa ni sebab tekak ni rasa semacam je bila online... baby ni tak suka mak dia online selalu...
kak yan akan continue menulis semula bila keadaan mengizinkan .
Thursday, April 23, 2009
Thursday, April 16, 2009
I'm Pregnant
Alhamdulillah berkat kena tinggal lama-lama akhirnya kak yan kini pregnant 4 weeks . Dah 2 kali test .. resultnya positive . Due datenya mungkin 17 december kalau tak silap pengiraan kak yan...kira anak hujung tahun la ni..
Both of us are very happy with the result ... tapi kak yan rasa takut juga sebab dah lama benar tak beranak...rasa ngeri pulak...kena prepare dari segi fizikal dan mental ... dah lama tak uruskan baby ...
Harap kali ni takkan kena morning sickness macam dulu-dulu.....harap juga badan ni takkan sakit-sakit , maklum la berat sekarang pun dah 86 kg...kalau 9 bulan nanti entah berapa la...kena kontrol makan la jawabnya ni..
Pemergian Tok Wan Hashim
Pada 7 April lepas satu -satunya atuk yang masih ada telah kembali ke rahmatullah pada usia 85 tahun kerana sakit tua . Kak yan dan adik-adik sempat jumpa tok wan 2 minggu lepas semasa balik untuk pertunangan adik . Masa tu pun tok wan dah tak berapa sihat . Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang dikasihinya .
Al fatihah untuk tok wan Hashim
Al fatihah untuk tok wan Hashim
Jalan-jalan Cameron Highland
Sebelum pulang , kami singgah di kilang Boh ... beli teh untuk abang misai & anak2 je sebab kak yan tak minum teh ..
Friday, April 10, 2009
Busy
Friday April 10
Very busy sangat lately ... dengan aktiviti di sekolah . Then , datuk pula baru je meninggal pada Selasa ...kami bergegas balik malam tu jugak ... kak yan tumpang adik je ..abang misai masih di Penang . Pagi Khamis kami bertolak balik ke KL ... kak yan sampai terus siap untuk ke sekolah ... penatnya ..
Today kak yan ambik cuti untuk exam esok dan lusa . Isnin ni kena kursus la pulak di PD ... abang misai balik Ahad malam ... Nanti dah lapang sikit kak yan akan update blog ni.

Friday, April 3, 2009
Alhamdulillah...gembira dan sedih

Friday April 3
Alhamdulillah ... itu yang dapat diucapkan .... kerana apa yang diusahakan telah membuahkan hasil ... tak sia - sia bersengkang mata malam-malam ... tapi cuma 1/2 way .... masih ada separuh lagi perjuangan nak ditempuhi minggu depan . Kak yan dah check marks for my assignment ... alhamdulillah I managed to get A for Pend.Kesihatan dengan komen " Tahniah! Satu usaha yang baik dan cemerlang. Teruskan kecemerlangan ini " ...maybe A+ la kot ... untuk seni juga kak yan dapat A dengan komen " Penghuraian jelas dan menepati soalan, komited dan kreatif " . Dah mula kena study for the coming exam ...supaya markah A ni akan kekal A . Takut juga memikirkan marks for my English subject ...
Hari ni aktiviti di sekolah seperti biasa cuma selepas rehat diadakan senamrobik untuk semua murid sempena bulan kreativiti . Bulan Kreativiti ini melibatkan aktiviti Panitia Seni PJK dan Kemahiran Hidup .
Balik rumah jam 6.45 petang ... lepas magrib hantar kak Una ke sekolah untuk Kelas Bimbingan . Time balik , kak Una tumpang anak pengasuh sebab time pegi anak pengasuh tumpang kami ... kak yan dah tak larat nak keluar pegi ambik ... dah lembek .
Masa balik tadi dikejutkan dengan kematian anak jiran di tingkat 2 . Meninggal di rumah pengasuh jam 10 pagi tadi .... parents dia minta buat bedah siasat dan didapati baby boy yang berusia 5 bulan itu meninggal sebab ada jangkitan kuman di paru - paru ... memang sebelum ni dia demam tapi today dia dah tak deman . Parents dia dua2 pegi keja .nasib baik bukan kerana sebab lain ... kalau tak tentu tak senang duduk pengasuhnya . Ini kes ketiga baby meningal di rumah pengasuh ... dua kes sebelum ni sebab baby lemas susu . Selalunya nasib sedih begini berlaku di rumah pengasuh ...teringat kak yan tentang kes Nisha patah kaki umur 2 bulan di rumah pengasuh ... sampai sekarang naluri kak yan kata bukan kak una yang duduk atas Nisha tapi anak pengasuh tu sendiri sebab kak Una time tu bukan lasak ...dia budak yg dengar cakap ... kita boleh kenal muka orang yg tidak berterus terang dari air mukanya . Hanya Allah yang tahu .
Rabu yang biasa
Wednesday April 1
Seperti biasa hari dimulakan dengan menghantar anak2 ke sekolah agama .... balik settlekan apa2 yg patut kat rumah...never ending routine . Jiwa tengah kacau sikit sebab terlalu rindukan dia .... tapi takde la menangis macam dulu .
We went to school at 12.15 ... and my class only started at 2.10 p.m . Hari ni cuma masuk tiga kelas je tapi penatnya sama juga .... balik rumah dah terbongkang keletihan . Sampai je di rumah Haikal tunjuk sikunya yang luka semasa bermain di padang petang tadi bersama pengasuh ... noty boy macam tu la ...kalau tak jatuh , luka tak sah .
Malamnya kak yan layan kejap anak2 tengok tv sambil - sambil tolong kakak siapkan scrap book dia ... tapi tak lama sebab mata dah mengantuk sangat . Haikal dok pujuk " mak jangan la tido lagi " .... kalau ada ayah boleh la layan teman Haikal tengok tv ... mak dia ni jenis yg tak boleh lelap kalau bising dan lampu terang .
Seperti biasa hari dimulakan dengan menghantar anak2 ke sekolah agama .... balik settlekan apa2 yg patut kat rumah...never ending routine . Jiwa tengah kacau sikit sebab terlalu rindukan dia .... tapi takde la menangis macam dulu .
Malamnya kak yan layan kejap anak2 tengok tv sambil - sambil tolong kakak siapkan scrap book dia ... tapi tak lama sebab mata dah mengantuk sangat . Haikal dok pujuk " mak jangan la tido lagi " .... kalau ada ayah boleh la layan teman Haikal tengok tv ... mak dia ni jenis yg tak boleh lelap kalau bising dan lampu terang .
Subscribe to:
Posts (Atom)