Thursday, July 23, 2009

Cikgu Pesan

UPSR dah dekat sangat ... bukan cikgu tak cukup ajar tapi students hari ni masuk telinga kiri..esok keluar telinga kanan ... hari ni ingatkan ..esok lusa repeat the same mistake ... mana cikgu tak pening .. cikgu yang bersungguh nak murid berjaya tapi diaorang macam tak kisah pun .. sapa yang tension... cikgu jugak..

Time buat kelas tambahan , macam2 alasan keluar ... yang datangnya separuh kelas je... time periksa bukan nak prepare ... 20 minit lagi exam nak mula baru dok kalut nak buat revision ... murid dah la sikit ... kalau sorang je fail ... maka peratusnya besar.

Alahai cikgu ...

busy


Thursday July 23

Dah lama benar tak meng-update blog...bukan kerana meloya ke alahan..tapi busy sangat ..dengan studynya..menyiapkan assignments , dengan keja sekolah yang tak putus -putus dan upsr dah semakin dekat maka keja pun semakin padat .

badan ni pun perlukan rehat ...so bila balik rumah , masa kak yan gunakan sepenuhnya untuk keja rumah dan untuk rehat je...malas nak memikir benda lain...masuk forum pun dah jarang sekali ...harap kawan - kawan faham..kalau nak menyapa tu , sila la ke fb kak yan .cerita terkini ...takde la sangat ...

cuma perkembangan badan je nampak sikit..kalau dulu tak lalu makan , sekarang ni dah mula berselera ...dalam sebulan je dah naik 3 kilo...so kena la buat check-up untuk diabetes ... dah dekat 90 kilo dah berat kak yan sekarang ... perut tak nampak sangat la walaupun dah nak masuk 5 bulan minggu depan...kalau pakai jeans lagi la orang tak tau kak yan mengandung .

anak -anak dah semakin membesar ... terasa sangat diri makin tua... nisa dah banyak kali datang period .... dah kena beli pad tambahan lagi tiap2 bulan...semalam pegi beli bra untuk dia... nisa & nurul dah mula naik jerawat ...dah nak masuk alam remaja..yasmeen dah mula menunjukkan minat belajar ...haikal masih nakal macam sebelum ni...yang bestnya bila balik sekolah tadika , dia akan ulang balik doa-doa atau lagu yang ustazah ajar ...sejuk hati dengar ...


adik kak yan yang bongsu tinggal dengan kak yan untuk 5 bulan sehingga akhir disember . dia buat praktikal di bernama ...sama macam kakak dia dulu ... kak yan dah beli scooter yamaha ego S untuk kegunaan dia ... lepas ni kak yan pulak boleh guna ke sekolah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails