Tuesday, January 26, 2010

Semester baru...tugasan baru

Sunday Jan 24

Salam,

Hari ni kena bangun awal ...siapkan keja2 rumah ... at 7.15 kejutkan Hakim...then mandikan dia ..kami keluar rumah jam 7.45...singgah Kampung Baru beli lauk for lunch..kak yan dah siap masak nasi sebelum keluar tadi . Hari ni ada tutorial pertama untuk Semester baru ...



Class started at 8.00 tapi kak yan sampai lewat sikit...kalau ikutkan kak yan masih boleh cuti sebab salinan MC masih ada ... tapi malaslah nak ponteng kelas ni...nanti ketinggalan..lagipun Tutorial ke 3 nanti kak yan tak dapat hadir sebab sekolah akan adakan Hari Kantin dan kak yan tentu tak boleh lari dari bertugas on that day .


Kelas pertama ialah Pend.seni visual ... tajuk untuk sem ni ialah Corak dan Rekaan...soalan assignment belum keluar lagi...sure kami kena buat aktiviti mencorak . The next class is English ..and this semester ,it will be about the teaching of reading . Kak yan punya next class is Pendidikan kesihatan .... started at 12.00 till 2.00pm. Balik abang misai dah tunggu dengan anak-anak.


Letih la sitting for 6 hours ... sakit pinggang.

Sunday, January 24, 2010

Siti Aisyah


Anak saudara terbaru..Siti Aisyah Jasumah binti Jasni ... lahir pada 20 Januari 2010 di hospital Parit Buntar . Anak kepada adik ke 3 kak yan ( Jasni ) dan wife dia Fatimah.

Tembam sungguh baby Aisyah ni...muka macam abg dia Mikail .

Saturday, January 23, 2010

Happy Birthday Kak Una

Happy birthday kak una .... permata hati pertama mak dan ayah. Anak yang sangat senang dijaga sejak lahir hingga sekarang . Kak Una anak yang mendengar cakap...tak pandai melawan ... rajin cuma ada sikit2 je perangai kak una yg mak tak berkenan tapi you are you....betul tak kakak ?


Rindu masa kakak masih kecik...sekarang kak Una dah 12 tahun..dah masuk Tahun 6 , tahun yang amat merisaukan mak dan ayah...you will sit for the UPSR this year ... harap2 anak mak berjaya dengan cemerlang...baik di sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama.


Alhamdulillah anak mak jugak akan dilantik menjadi ketua pengawas / ketua murid bagi tahun 2010 pada hari Isnin ni..Kak Una dipilih atas undian guru-guru di sekolah...mak tak terlibat langsung coz mak masih bercuti di rumah. Harap kakak dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaiknya . Anggap semua ini sebagai satu cabaran .

Selamat Hari Lahir Nurulhusna Jamal Ali ...semoga menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat . We love U very much.

Ainul Zakiah

Ni anak sedara kak yan yang lahir 6 hari lebih awal dari Hakim..Ainul Zakiah namanya ... baby yang putih melepak dengan matanya yang bulat..geram betul kak yan tengok. Hari ni dioarang datang melawat Hakim...maklumlah mak ainul dah habis pantang semalam...tentu nak lepaskan gian nak keluar jalan-jalan kan...Mak Hakim ni pulak lagi 5 hari barulah merdeka .

Rambut Ainul baru je dicukur ...abahnya bawak ke kedai gunting...sebelum ni berpantang di rumah nenek sebelah ibu dia...diorang tak kasi cukur tapi abah dia tetap cukur bila dah balik ke rumah diaorang .

Ainul with abah dan ibu..

Ainul lebih besar dan lebih berat dari Hakim...and for sure lebih cerah dari Hakim . Hakim kan anak mamak...bukan anak mak..

Sesekali tengok Ainul ni macam anak mat Salleh la pulak..

Teringin nak tengok gambar anak sedara yang lagi satu , anak adik kak yan ( Jasni ) yang baru lahir 20 Jan 2010..namanya Siti Aisyah ...harap paknjang cepat la upload gambar Aisyah dalam fb ya.

Friday, January 22, 2010

My Ali

3 Ali kesayangan Kak Yan ..

The latest ...Ahmad Hakim Ali


Klon abg misai

Ahmad Haikal Ali ( 6 )



Ali mamak & baby Hakim

Balik ke tuannya

Finally , after been waiting for more than 2 months ... I got back my laptop...thanks to my neighbour .... walaupun lama tapi kak yan tak kisah sebab kalau hantar ke kadai , mau dichargenya lebih...dia minta RM 100 je tapi kak yan bagi lebih sikit...actually laptop tu memang patut jadi arwah pun..dah banyak kali buat hal..lepas ni laptop ni hanya untuk bawak ke sekolah..keja2 lain buat di pc je..


Laptop yang banyak berjasa ... dah berat sangat isinya sebab CD drive dah rosak...tak boleh nak burn semua gambar2 yg disimpan ke dalam CD... now I have new PC so problem settled .


Abaikan meja keja yang serabut tu..sejak beranak 5 ni rumah dah tak macam dulu...tak kisahlah ..janji bersih . Nak buat macam mana dengan rumah yg sempit ni..terpaksa terima seadanya . Nak merasa rumah besar , tunggu pencen la...nak merasa rumah sarjan...sorry la ..sebab nak gi interview sjn pun abg misai tak nak...kena tunggu rumah kami di kampung tu siap... teringin sangat nak decorate rumah sendiri .

Life is beautiful , love your life


Every day ..the same routine ... boring jugak..tapi kak yan cuba untuk sesuaikan diri with this new job. Sejak beranak kecik ni , rasa busy je walaupun masih cuti . I try hard to enjoy what I doing ... really glad to have Hakim around me ... taking care of him .. dia dah mula senyum dan keluarkan suara .... it's so cute... mana la tau lepas ni dah tak beranak dah..this is the last time to experience all these .... kena tunggu bercucu kalau nak merasa jaga baby lagi.

Selasa lepas pegi Hospital Pediatrik untuk Hakim's further check up..alhamdulillah his jaundis dah sembuh sepenuhnya but depa detect ada thyroid la pulak....so worried to hear that .. but doc said it is not serious ... Darah Hakim diambil sekali lagi...on 10Feb we need to go there again . Hopefully everything will be ok..

As for me ... really excited along way to the independent day....nak keluar jalan2 ... cari makan..dah boring sangat makan benda yg sama je...tapi kan..berat kita dah naik semula...waaaaaa..hancus la plan nak diet ni...I'm not the biggest loser anymore . Sekarang nafsu makan menjadi2..entah la...dulu awal2 berpantang tak lalu makan ... sebab tu berat boleh turun mendadak..

Takpe la ...mungkin sebab Hakim kuat menyusu kot... memang dahaga sangat..kejap2 nak minum..orang tua2 marah ni..minum air banyak time pantang .. nanti kembang bawah tu ... tapi kak yan memang minum jugak..mana tahan..


Keja2 sekolah pun dah mula datang...dengan buku2 latihan budak yang hendak ditanda ... Tempat Kak yan takde cikgu ganti ... tapi sampai hati biar budak2 tu tak belajar sepanjang akak berpantang , so every week kak yan bagi depa exercises...for the 3 classes..banyak jugak nak menanda tu...macam mana la bila dah balik mengajar nanti..tentu keja bertimbun2.

Wednesday, January 13, 2010

Boring

Tuesday Jan 12

Bored...that is the word that comes out from my mouth everyday....memang boring..boring tahap gaban..nasib baik ada tenet ... kalau tak sure mati kutu kat rumah ni...dah curi keluar hari Ahad lepas...tapi tak ke mana2 pun... pegi kedai baby world di Wangsa Maju ... beli a few things for Hakim.


Di rumah ni...pagi2 lagi dah sibuk... buat keja macam tak dalam pantang ... tak dapat harap sangat yang lain tolong...abg misai sibuk dgn keja...balik pun dah letih...anak2 pun sama...nak tak nak , buat la semua sendiri. Malam2 merungut sakit sana - sini .

Inilah port favourite Hakim time mak dia bertenet .

Hakim dah tunjuk perangai dia...kalau time dia berjaga , jangan nak letak atas tilam je... sure dia melalak minta diangkat ... ambik dia je..terus diam... baik punya anak... nanti mak dah keja .. sapa nak pegang dia . Dia dah pandai buat bunyi sikit2 bila diagah....dah kenal mak ayah...kalau kakak2 dia tak nak...kalau mak ayah pegang terus diam..

Friday, January 8, 2010

Happy Birthday Meen


Wednesday Jan 6

Today is Meen's 8th birthday ... selamat hari lahir sayang ...dah besar pun anak mak yang comei ni.. meen anak yang baik ... ikut cakap mak ayah ...cuma kekadang tu mulut dia yg tak leh tahan... mak rasa la meen ni lebih kurang tok minah sikit..tapi jangan terlampau banyak cakap dan tunjuk pandai tau....

Apa2 pun mak dan ayah tetap sayang semua anak mak ...moga jadi anak yang baik dan bahagia , berjaya dunia dan akhirat..

Thursday, January 7, 2010

Alhamdulillah..


Alhamdulillah ...

Hakim dah pulih dari jaundis ... rasa lega sangat ...kak yan pun dah boleh start makan ubat - ubat yang dibeli sebelum ni... start dari mula walaupun ubat tu sepatutnya dimakan pada awal bersalin dulu...kalau tak makan rugi you...beli mahal-mahal. Penurunan berat badan dah semakin lambat...dulu kejap2 turun..now my current weight is 80.5 kg...target kak yan ialah 70 kg in 2 months .

Anak2 yang lain pun dah mula sekolah...aman sikit dunia ni...tapi bila diaorang balik...pening kepala balik kami dibuatnya

Semua berebut nak mengasuh adik Hakim.

Hakim dah dibotakkan kepalanya minggu lepas....dah tak hensem anak emak ni...kulit pun dah semakin tan...anak ayah katakan..semuanya klon abang misai..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails