Monday, September 27, 2010

Kami - kami je

Ahad lepas kami buat makan- makan sikit untuk sanak saudara yang datang beraya di istana kecik kami . Akak masak laksa utara untuk sesi petang bersama cucur udang ... malamnya kami buat nasi lemak panas-panas untuk tetamu .

Tahun ni kami tak buat open house .. bukan takde budget cuma malas nak memenatkan diri . Tapi rumah kami sentiasa terbuka untuk saudara & rakan2 yang nak datang .. cuma kena inform dulu sebelum datang ... kalau tak jawabnya kami jamu air je la .

Harap next time dapat buat gader2 untuk adik-adik dan cousins lagi .. seronok bila sesekali jumpa .

Friday, September 24, 2010

Award tanda ukhwah



Terima kasih buat mereka yang sudi menjenguk blog yang tidak seberapa ni .. sama ada akak kenal atau tidak .. juga buat silent readers . Sesekali tu tinggalkan la jejak di sini , supaya akak dapat kenal2 dengan korang ... maaf jugak kalau akak tak sempat nak blogwalking ke blog korang ... akak bukannya blogger tegar yang buat entry tiap-tiap hari .. banyak lagi keja lain yang nak dibuat selain mengadap komputer .

Hari - hari memang masuk melawat ke sini tapi akak buat entry kalau lapang & kalau encik mood ada je . Honestly , akak memang tak kisah dengan jumlah visitors .. blog ni bukan bertujuan untuk mempromosikan diri ... hanya tempat akak simpan semua kenangan yang boleh diimbas kembali in future . Kalau ada yang sudi baca tu , TQ ... sudi -sudikan la jenguk lagi untuk eratkan silaturrahim .

Suka dapat kawan baru walaupun kita tak penah jumpa . Jemput la ambik award di atas khas untuk pengunjung " Kami in the house " ... sure dalam hati ada taman jika akak jumpa award ni blog anda .. itu tandanya korang pernah menjadi tetamu kami .


Wednesday, September 22, 2010

Kami yang kerinduan

Tengok tajuk pun dah sedia maklum kan .. kami mula merindu orang yang di sana ... anak-anak dok mula bertanya bila ayah nak balik ? .. maknya lagi la kan .... sebak malam-malam .. siang tak terasa sangat sebab sibuk dengan keja rumah dan sekolah ... lupa la dia kejap . Tambah pulak minggu ni UPSR ... dalam kepala ni tak terfikir perkara lain .. senak perut risaukan kak Una dan anak-anak orang lain yang akak ajar ... harap-harap semua berjaya dengan cemerlang .

Orang di sana .. jangan la lupa kami di sini yang sentiasa ingat kamu .. walaupun dia tak mungkin masuk jenguk blog ni di sana .. at least terluah apa yang terbuku di hati .

Sunday, September 19, 2010

Assalamualaikum ..kami nak raya


Tok..tok..tok .. assalamualaikummmm .. kami nak raya ... tengah sedap tido petang , kacau betul la . Dengan muka selebet , nasib baik takde air liur basi di muka . Suruh kak Una je pegi bukak pintu ... kira tengok berapa orang yang datang .. alamak ! ramainya sampai 10 orang .. tokei balak pun pokai kalau macam ni .. kalau 3/4 groups yang datang . Kering dompet omak .

Takde ajak masuk pun .. beraya dekat pintu je .. budak-budak ni pun bukannya nak makan .. nak kutip duit je motifnya . Abang misai dah siapkan duit syiling dalam balang untuk bagi budak-budak yang datang ketuk pintu ... kesian depa nak kena bawak syiling yang berat ...he.he.he

Layan jugak la budak2 datang beraya ni ... kesian jugak depa naik turun tangga .. nama pun budak-budak ..tapi akak tak nak anak-anak buat macam ni .. tak semua orang suka pintu rumahnya diketuk . Duit raya anak-anak , abang misai dah masukkan ke bank ... kalau nak guna pun tunggu yang duit yg dapat lepas raya . Kalau biar duit raya di tangan anak-anak , kejap je kosong dompet depa tu .

Penat di jalan

Pagi ni kami bertolak balik ke KL dari Parit Buntar jam 10.00 pagi ..singgah di Taiping untuk lunch kejap .. teringin nak pekena kue teow doli . Bagi akak ... rasanya kira ok lah .. tapi tak boleh kata terlampau sedap .. mungkin sebab dah menempa nama , so popular la .

Bawak balik 4 bungkus untuk abang misai dan anak-anak ... kami selamat tiba di KL jam 4 petang ... letih sangat-sangat ... sakit sana sini . Tapi belum boleh rehat lagi ..sebelum ni memang dah janji dengan adik yg tinggal di Kajang untuk masakkan kuah laksa untuk open house dia Ahad ni ... dia sampai rumah 5 petang .. terus masakkan kuah laksa seperiuk besar untuk dia ... lepas magrib baru akak dapat landingkan badan .

Mood sedih ni ..esok ( Ahad ) abang misai akan bertugas di Penang seminggu ... will miss him a lot . Satu hari pun akak tak sanggup berpisah dengan dia , inikan pulak seminggu .. tapi minggu ni kami akan sibuk dengan persiapan budak2 UPSR , so kurang la masa sikit untuk duduk termenung teringatkan dia . Itu la kenyataannya , walaupun ada yg nak termuntah baca statement ni .

Melawat Adik Nana

Friday Sept 17

Hari ni dah mula sekolah semula ... akak dan anak-anak ke sekolah diminggu pertama syawal .. masih dalam mood raya ... Selasa dan Rabu lepas pun dah ke sekolah , buat kelas tambahan utk murid Tahun 6 .. yang datangnya 10 orang je ... biasa la di KL ni time raya la semua orang pakat balik kampung ..jalan lengang je . Tak kisah la berapa orang yg datang , janji dapat juga diaorang belajar bersama di saat - saat akhir ni .

Pukul 9.00 dapat panggilan from emak ... maklumkan yang mak teh dan family dia accident semalam .. anak bongsu dia masuk icu .. teruk jugak cederanya . Akak call adik dan dia nak balik tengok , so abg misai pun suruh akak tumpang diaorang ke Alor Star . Bawak baby Hakim je ..yang lain tinggal dengan abang misai . Kami bertolak 11.30 dan tiba di AS dalam pukul 5 ptg .. hujan lebat sepanjang jalan dan stop a few times , asyik nak terkencing je .

Kami berada di Hospitah Sultanah Bahiah sampai Magrib ... alhamdulillah adik nana dah masuk wad biasa ... kecederaan pada hati dan muka berjahit di dagu .. kesian sungguh akak tengok . Adik nana terpelanting keluar masa accident malam tersebut .. yang lain cuma cedera ringan .

Lepas waktu melawat , kami ke rumah makndak di Tandop ..makan malam di situ .. kalau tak pi , maunya makndak nangis rajuk dengan kami ... kalau ikut hati dan badan yang letih , mau je balik terus ke rumah tok som . Lepas makan , dalam pukul 10.30 kami bertolak ke rumah tok som dan sampai tengah malam .. letih tak tau nak kata la ... sakit habis badan ni . nasib baik baby Hakim tak banyak kerenah .

Esok pagi dah nak bertolak balik ke KL semua ... anak nak exam ... hati berat banyak ke sekolah je .. Ahad ni pun ada kelas tambahan lagi .

Tuesday, September 14, 2010

Botol & keta baru

Mudah dan praktikal . Itu yang akak boleh cakap tentang botol susu bersudu ni ... sesuai sangat untuk bagi makan baby sama ada nestum atau bubur .. tok som yang suggest bila dia tengok cousin Hakim makan guna botol jenis ni ..kurang comotnya .. botol ni tak keras dan boleh dipicit. Tapi baby Hakim dah tak guna botol ni kerap sgt sebab dia dah makan nasi lenyet .. nestum hanya sekali sekala je .

Baby Hakim dapat kereta baru lepas raya .. kereta murah je . Tak nak membazir beli yang mahal-mahal .. beli yang setaraf dengan kemampuan kami je . Hakim belum boleh jalan tapi dah boleh naik keta ..accident jugak la tapi dia tak serik .. naik keta baru siap dengan bunyi lagi ... menyembur air liur . Buat masa ni hanya boleh move forward & reverse je ... pusing kiri kanan belum lagi .. baru lesen L . Sikit hari lagi dapat la lesen P

Hakim's first Raya

Aidilfitri 1431H merupakan raya pertama bagi baby Hakim ... emaknya yang terlebih excited ... puas cari baju melayu ikut tema kami tahun ni ' gold & brown ' ..akhirnya jumpa juga . He looks so cute in it .. betul tak ? ...sapa lagi nak puji anak sendiri kalau bukan mak dia kan ? Hakim is now 9 months ... dah pandai berdiri pada meja ... selalu juga accident jatuh gedebuk .. tapi itu kan parts of learning for him . Dia juga aktif dengan aktiviti mengutip dan semua sure masuk mulut punya ... so kami kena sentiasa keep an eye on him .

Macam-macam masuk dalam perut baby Hakim di hari raya ni ..semua dia nak rasa ..nasib baik tak cirit - birit . Semua orang asyik puji Hakim comei la ..putih la .. sapa yang kembang , tak lain tak bukan mak dia la ...alhamdulillah . Anak-anak lain pun comei jugak .. termasuk mak depa yang dah terlebih comei ni ...he.he

Monday, September 13, 2010

Lebaran datang lagi

Kenangan di Aidilfitri 1431H / 2010 yang disambut sederhana tetapi meriah . Akak dan family sambut di PB dulu di sebelah pagi dan kami balik ke kampung abg misai tengahari .

Bergambar sekeluarga di pagi raya dah jadi satu agenda wajib bagi family akak ... semuanya sporting bila diajak berposing .. tentu ada yg heran kenapa takde gambar di sebelah kampung yang satu lagi ... bukan akak tak cuba usahakan ambik gambar family sebelah abg misai .. kami dah cuba last year tapi masing-masing buat dono je bila diajak bergambar .. macam kami saja yg beria-ria .. so this year kami teruskan aktiviti bergambar di kampung tok som je .

Kanak-kanak ribena ni pun pandai berposing .. cakap je nak aksi macam mana ..depa akan buat ikut arahan .

Sebahagian daripada cucu-cucu tok som ..

Bergambar bersama tok som , adik2 , makteh dan pakteh

*** Sesi collect duit raya ***

Untung ada mak sedara ramai ni ...riuh rendah rumah tok som di pagi raya.

Sunday, September 12, 2010

Papa ku pulang dari kota

Tuesday Sept 7

Rindu pada orang itu ... baru sehari berpisah dah rindu - rinduan .. jangan nak termuntah pulak korang baca statement ni ... memang akak over feeling sikit . Bila abang misai bagitau dia akan balik kampung hari ni lepas zohor , tiba- tiba je bersemangat balik . Dapat juga dia beraya di kampung ..tapi sampai raya ke dua je ..takpa la janji kami dapat raya di kampung .. belum pernah sekali pun kami sambut Aidilfitri di KL sejak kawin .

Hari ni akak masak nasi ayam ... mak masak jugak nasi putih dan sejenis lauk . Kami anak-anak tok som ni sempoi je .. menu satu dua pun dah cukup ... pasti licin habis .. kalau rumah MIL ... masak berjenis2 dan banyak-banyak pulak tu .. in the end .. banyak tak habis sebab yang nak makan tu berapa kerat je .

Petang abang misai bawak akak keluar kejap pegi tengok rumah kami yg hampir siap itu .. semakin excited hubby akak ni ... kalau boleh hari-hari dia nak pegi tengok .. sure pekerja kat tapak pembinaan tu heran , sapa la orang yang dok mai check kerap sangat ni ... polis ke ?

Yasmeen masih demam ..panas sangat .. lepas tarawih , abang misai bawak dia ke hospital .. kesian tengok dia sampai menggigil dan pucat . Cepat sembuh ye meen .. macam mana nak raya ni ? Esok kami akan balik kampung abang misai .

Wednesday, September 8, 2010

Wad padiatrik


kalau sebelum ni wad pediatrik berperasi di rumah kami di kL ,
balik ke kampung pun wad ni masih lagi dibuka
khas untuk cucu-cucu tok som .
dan salah sorangnya anak akak , si Yasmeen
simtom yang sama seperti baby Hakim dan haikal
bila panas , suhu akan mencecah sampai ke 4o
lebih - lebih lagi time depa tido

Bila anak demam , mak depa pun rasa macam nak demam
nasib baik abang misai dah balik sini semalam
dia rajin layan budak-budak ni
malam semalam dia bawak budak2 demam ni
pi hospital .. nasib baik tak kena tahan wad

Hrapa sangat depa akan sembuh sebelum raya
tak best la raya dengan mood yang tak ceria
meen dah frust sebab tak dapat
berpuasa penuh tahun ni




Tuesday, September 7, 2010

Salam Lebaran


Buat semua teman-teman cyber ..sila la ambik kad raya dari ' kami in the house ' .

Kami sekaluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri ... maaf zahir dan batin atas segala kesalahan selama kita berblogging ni.

Bunga - bunga di halaman tok som

Nampak sangat takde keja .... time balik rumah tok som la boleh nak buat operasi menembak secara senyap-senyap .. kalau di KL malu takut orang nampak .

pokok bunga kertas yang menjalar atas pokok mempelam epal belakang rumah tok som

pokok kari ...di kampung depa panggil pokok karipole ... kena geleng kepala skit bila sebut dia .. :p

jangan tanya nama bunga - bunga ni .. baik nama saintifik or nama kampung ..semua akak fail .

Monday, September 6, 2010

from PB with love


Lintas langsung entry kali ni dari kampung ..dah selamat sampai di PB pagi tadi jam 9. Balik dengan adik dan anak-anak ...tinggalkan abang misai dan kak una di KL . ..kami bertolak 5.30 pagi selepas bersahur . Alhamdulillah perjalanan lancar dan keta tak banyak .

Petang keluar ke pekan PB kejap dengan adik dan Hakim ..gi ke supermarket beli barang dapur untuk emak , biasa la anak pompuan , kalau boleh nak dapur mak dia sama dengan dapur dia ...hari ni kami berbuka menu simple2 je ... badan masih letih , tak larat nak masak macam - macam .

Haikallah yang paling suka balik kampung , tadi petang dah kena rotan sebab masuk mandi dalam kolah ....grrrrrr dah warning pun masih tak dengar cakap . Bila dah jumpa gang semua warning mak habis lupa . Hakim masih merap ..tak nak dengan orang lain . Susah mak dia nak buat keja ...asyik nak bergayut je . Meen pun masih demam .. tu pun dia nak puasa ..tapi akak tak bagi ..macam mana nak makan ubat .. hari ni first time dia tinggal puasa dalam bulan Ramadhan ni .


* Rindu la pada orang itu .

Saturday, September 4, 2010

Demam

Baru lapang sikit untuk menulis entry baru ... 2/3 hari ni sibuk menguruskan hero-hero yang tak sihat ... mula dengan abang Haikal ..then , berjangkit to baby Hakim pulak ... takut jugak kalau-kalau denggi , maklum la kawasan ni black area denggi .

Kesian bila anak-anak demam ... rasa kita sendiri pun nak demam sama ..kalau boleh diganti , biar la emak yang sakit buka anak .... selalunya rumah ni riuh rendah dengan suara depa , bila hero berdua ni demam , sunyi la sikit ... ruang tamu dah bertukar jadi wad kanak-kanak .. mak dan ayah pun tido depan .. bergilir-gilir jelum badan .

Semalam akak bermalam di wad pediatrik HKL ... nasib baik baby Hakim hanya ditahan 2 hari 1 malam je ... baru balik rumah tadi ... letih sangat .. tido di ward mana selesa ... tapi demi anak-anak mak sanggup buat apa saja .

Thursday, September 2, 2010

Menu berbuka

Antara menu berbuka sepanjang minggu ni yang sempat di snap ... mungkin nampak sedap dalam gambar tapi realitinya biasa - biasa saja .

Squid ring ... beli dan balik goreng je

ni pun lauk tapau

Ini bukan lauk tapau ... ikan kukus lemon ni dimasak bersama cik abang sayang . layan gambar je la ..takde mood nak menulis .. tak berapa sihat 2/3 hari ni .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails