Sunday, July 31, 2011

Bersantai dengan adik-adik

Pagi tadi kami ke Putrajaya , saja jalan-jalan ke sana . Sambil-sambil tu buat family photoshoot . Thanks to mak lang sanggup jadi photographer untuk kami .

Penat tapi seronok melayan kanak-kanak Ribena ni ... nasib baik ada maklang Ribena jugak .

The kids with maklang kesayangan diaorang .

love this photo

Akim susah sungguh nak senyum . Banyak lagi gambar di fb untuk tatapan family and close friends only.

Friday, July 29, 2011

Sesekali berjumpa ...

Malam Khamis kami ke rumah cousin akak ( kak bit ) di Seri Kembangan . Diaorang ada buat kenduri doa selamat sikit untuk mak teh dan pak teh yg akan berangkat ke Tanah Suci on Thursday . Seronok bila sesekali dapat jumpa sedara mara ni . Mak Teh ni adik bongsu abah akak . MakTeh banyak bantu kami adik beradik dulu .. moga mak teh dan pak teh dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik .

Ini lagi sorang yang akak nak jumpa sangat ... Muhd Hud , anak sedara akak ... dah lama mak long tak gomoi adik Hud ni . Akim panggil baby montel ni "Bam Bam".

Hud , 4 months ... rupa lebih kepada keluarga sebelah ayahnya ... keluarga Beng . Semua mata sepet . Macam Sholin master or Shin Chan .

Pipi yang sangat labuh dan gebu .. sangat sesuai untuk digomoi-gomoi.

Tuesday, July 26, 2011

Aku nak jadi yg terbaik walaupun aku bukan yg terbaik.

Assignment dah siap ... nak bagi alasan jiwa kacau dah tak relevant lagi . Keja sekolah pun dah berkurang . Cuma mood untuk berblogging agak menurun ... mungkin takde cerita menarik nak di-storykan .Kalau sebelum ni boleh la guna modal 'giler meroyan' penangan assignments untuk berkarya di sini .

Sejak ada gadget baru ni , mood menembak dah berkobar-kobar , malangnya takde masa nak terjah ke TT untuk menembak . Balik sekolah masa dipenuhkan dengan aktiviti kegemaran iaitu membuat taik mata + menambah kemontelan badan . Anak-anak pun lately well behave jugak la .. cuma yang memeningkan kepala akak ialah nak handle tuan puteri intan payung yang sorang tu .Bukan tuan puteri yang berposing dalam entry kali ni tapi tuan puteri yg lagi satu .

Entah la , kadang-kadang akak jadi buntu , macam mana lagi nak layan anak-anak yang tak faham dan susah nak difahamkan kenapa kita buat itu dan ini untuk diaorang ... marah sikit , dikatanya tak sayang , tegur sikit , mula tarik muka dan menjawab . Pening-pening .

Anak dara di atas ni adalah salah sorang yg jarang buat hal . Apa-apapun semua anak tetap kami sayang sama saja tak kira la yang suka buat hal ke or yang well behave . Sebabnya akak dulu pun termasuk dalam kategori anak yg suka buat tok som pening kepala ... so sekarang rasa la balik apa yg penah akak buat pada mak akak dulu . Tapi akak percaya dan selalu think positive yg anak-anak ni akan jadi manusia jugak one day kerana teguran2 kami .

Akak sangat salute dengan abang misai , dalam mendidik anak2 , dia sangat jaga bab solat kami ... dan dia lah jugak yg ambik berat tentang cara berpakaian akak & anak2 ... bini dia ni selalu jugak derhaka tak ikut cakap dia dalam bab2 dressing ni . Kalau boleh dia nak akak dressing macam 'ustazah' tapi jiwa akak ni tetap seorang 'teacher' ..dan korang tentu faham kan 'teacher' ni selalunya over sikit dari 'cikgu' or ustazah . Insyaallah one day akak akan ikut jugak spesifikasi tatacara berpakaian yg ditetapkan oleh tuan pengarah kat rumah ni .


* melalut pulak cerita kali ni , kona sana kona sini ... tadi kata takde idea .

Saturday, July 23, 2011

Rahsia dah pecah

Dia dah tau ... rahsia terbongkar lepas dia jumpa resit CC atas lantai ... ni keja Akim la , sepahkan benda2 dalam purse mak dia ... terkedu jugak akak nak menjawab bila dia tanya " Ha! ni resit apa ni? ... beli apa mahai sangat ni ? " opss ... kantoi .

Macam kena soal siasat dengan inspektor sahap jugak la tadi . Tapi akhirnya dia senyum . Dia dah masak benar dengan hobi bini dia ni . Thanks sayang sebab tak marah.

Budak ni la punca tembelang mak dia pecah tadi .

Bersedia untuk dileterkan .... sumbat telinga dengan kapas .

gambar cilok En.Google

Alhamdulillah dah ringan sikit kepala ni ... 2 assignments dah siap ... tinggal 1 je lagi . Dah 80% completed ... harap2 malam sempat la ditokok tambah mana2 part yang masih kureng isinya .... tapi penyiksaan ni belum berakhir sepenuhnya ... exam belum lagi . Akak punya exam start 6th August ... and on the 16th ... bulan puasa tu . Penah dulu jawab exam ... blank + blur .. dekat 1/2 jam dok melengung tak tau nak jawab apa . Harap2 kali ni tak la jadi macam tu lagi . Lagipun kedua2 paper tu sebelah pagi . Just pray for the best .

Berdosakah akak ? Salah ke beli benda yang kita suka dengan duit sendiri tapi belum bagi tau dia ... akak selalu jugak buat macam ni sebab akak dah sedia maklum , kalau mintak izin , sure dia akan kata " No! tak payah " . Pagi tadi ke Low Yat ... asalnya nak beli ink printer je ... masa nak turun balik tu terpandang sale di satu booth ni ... maka dengan sebab kalah dek godaan , akak terembat la lense 50mm 1.8G tu .... dah lama berangan2 nak beli satu tapi takut nak suarakan ke abang misai ..sebab D90 tu pun belum habis bayar ansuran ke dia . Masa beli dulu abang misai yang bayarkan dulu utk akak . Nak beli cash memang tak mampu .

Dia belum tau ... dah bersedia jiwa dan raga ni untuk kena tegur ... dia takkan marah cuma kena tahan la utk kena sindir yang menyakitkan jiwa ... sure dia berleter punya , time2 dekat nak raya ni , banyak benda lain yang perlu didahulukan . Takpe la sayang ... sekali sekala ... bukan selalu I buat macam ni ... lagipun duit I , takkan I tak boleh beli apa yang I suka kan ?

* I know he will understand ..... terpaksa ikat perut la sikit lepas ni . Tak sabar nak ambik family potrait time raya nanti .... and my SIL nak bertunang lepas raya ... boleh la test guna gadget baru tu.

Thursday, July 21, 2011

Terima kasih kawan-kawan for the support .

Gambar cilok En.Google je ..

Syukur Alhamdulillah ... assignment akak yang paling mencabar dah di-email ke tutor semalam . Entah la ok ke tak ? 2 dah dihantar .... tinggal 1 je lagi .... hari ni nak sambung balik di mana akak tinggalkan 2 minggu lepas . Ringan sikit kepala ni bila dah kurang bebanan . Buat keja dalam keadaan yang sangat tertekan make me sangat stress lately . Terlalu banyak memikir pun buat akak sering migrain .

I am so lucky to have supportive friends .... kawan-kawan di sekolah pun banyak bagi semangat , kawan-kawan di alam maya pun tak kurang juga . Walaupun kita tak penah jumpa face to face , korang still tinggalkan kata-kata yang cukup memberi akak kekuatan untuk terus berjuang . Terima kasih semua .

Terima kasih tak terhingga buat kawan baik akak , Encik Abang Misai yang cukup membuatkan akak terharu . Malam semalam dia masakkan mee bandung untuk kami .... so yummyyyyyyyyy . Alangkah bagus kalau boleh masak hari-hari ya abang . ...tapi kalau dah hari2 tolong masak , sure dah takde bestnya . Rumah kita macam tongkang pecat , sikit pun abang tak merungut . terima kasih tolong tengok2kan anak-anak time Ti tengah serabut ni .

Setiap semester , keadaan yang sama akan berulang ... sem depan ada lagi 3 subjects ... then semester akhir Januari depan hanya ada 1 je subject ... lepas tu habis la azab ni . Tak sabar nak tunggu saat tu .

Bila mak dah sibuk mengadap pc ini la jadinya .... hantu gomok muncul tiba-tiba . Habis setengah botol bedak dia buat main ... nasib baik botol bedak kecik .

Tuesday, July 19, 2011

ahhhhhhhhhhhhhhh aku penat .


... gambar google je ...

Rehat sekejap ... buntu nak menyiapkan assignment ... ketandusan idea .. or otak ni dah jam .. penat sangat ... dah lebih 2 minggu asyik ligat berfikir nak menyiapkan 3 assignments tu .... orang tua study tak macam orang muda ... tambah pulak banyak sangat gangguan di rumah ni . Kalau orang cari pasal dengan akak time ni nasib la kan ? ... terima je la kalau akak agak emo lately . Migrain jangan cakap la ... datang bersilih ganti dengan rasa loya ... bukan loya yang tu ... loya mengadap pc . Minyak cap kapak botol kecik tu kejap je kering ... kena cari botol besaq la jawabnya .

Ini la pengorbanan dan penyiksaan yang akak terpaksa tempuh demi segulung ijazah ... itu baru nak buat degree ... belum lagi nak sambung buat master . Rasanya kena pikir 1000 kali kalau nak ke depan lagi .

Itu baru cerita assignments ... belum masuk cerita sekolah ... risau sangat dengan budak2 tahun 6 tu ... exam dah makin dekat ... tapi diaorang tu tak banyak berubah ... macam tak kisah pun . Mungkin saingan students yg hebat kurang ... calon tahun ni hanya 39 orang . Untuk lulus rasanya boleh capai target tapi untuk dapatkan A yang banyak tu yang perit la sikit . Harap2 di saat akhir ni , akan ada keajaiban berlaku . Usaha dah dibuat , yang tinggal kini polish mana2 yang patut ... then doa untuk yg terbaik .


* Stop sini dulu ... sambung buat assignment pulak .

Monday, July 18, 2011

Merah itu menawan ... go Musytari !

Tahniah buat rumah merah ( Musytari ) kerana merangkul Johan perbarisan dalam kejohanan sukan sekolah kali ni . Walaupun kita tak dapat johan keseluruhan , tapi bagi cikgu , kita semua dah menang ... cikgu kagum dengan semangat dan kerjasama cikgu - cikgu dan ahli rumah Musytari . Korang memang hebat ... Tahniah buat Izzarul dan Musaropah dari rumah merah kerana dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati bagi tahun 2011.

Cik Meen mencuba costumes maskot rumah merah .. cik ladybug .. akak buat untuk ladybird betina ..kawan akak buat untuk yg jantannya ... tapi cik Meen tak dapat jadi maskot tahun ni ... bagi peluang pada orang lain . Meen ditugaskan memberi arahan semasa kawad dan formasi rumah merah . Well done anak mak !... memang sama macam ayah ... suara lantang .

Rumah mustari dengan tema " flora dan fauna " ... dan motonya " lebih hangat daripada biasa ".

Formasi rumah merah yang mencuit hati penonton ...bangga jugak la sebab akak yg pilih lagunya :)

so cute si iman ni .

Apa yang penting ? ... KERJASAMA !


.... Akak rasa lebih cun dari pandangan belakang ....



Thanks to Iman & Amalina , our two cute ladybugs .

Kenapa jadi begini .. begitu ?


Lepas sorang sambung lagi sorang kengkawan akak & abang misai terjebak dalam komflik rumahtangga ... kami hanya mampu bersimpati dan berdoa agar keadaan mereka kembali seperti dulu . Betul ke orang lelaki ni akan mula tunjuk belang di usia 40an ? "Life begins at forty ". Abang misai pun dah menjengah ke angka 40+ . Alhamdulillah dia masih seperti abang misai yang akak kenal 15 tahun dulu .

Bila mendengar permasalahan rumahtangga diaorang akak jadi takut ... segalanya mungkin ... yang bercinta bagai nak rak dulu pun boleh pudar cintanya .. hidup tak lagi ceria . Kami hanya mampu jadi pendengar ... tak berani nak suggest itu ini sebab kami pun bukannya perfect.

Dari pengalaman pahit kawan2 ni kami banyak belajar ... cuba memperbaiki hubungan kami berdua supaya jadi lebih baik dan kekal baik hingga ke hujung nyawa . Akak selalu cakap ke abang misai ... akak harapkan andai umur kami panjang , akak nak kami tetap seperti sekarang ... bercinta sejak kami disatukan sebagai husband and wife . Rasanya tak perlulah akak share apa petua yg akak amalkan sebab setiap dari kita ada cara masing2 ... kalau nak tau jugak YM ke akak dengan pengerasnya mee goreng mamak sepinggan ... acah je .

* off topic : kenapa la sejak dua menjak ni asyik mengidam nak makan mee goreng mamak ?

Saturday, July 16, 2011

Performance anak-anak abang misai di Hari Sukan

Nisha bawak balik satu medal je ... Naib johan tarik tali ...

Penat belum hilang ... habis sakit satu badan ... akak duty as the photographer of the day ... penat berjalan ke hulu ke hilir dari mula event hinggalah ke penutup . Keja yang nampak senang tapi amat memenatkan . Ada orang merungut gambar depa kurang akak snap tapi sapa pun tak fikir apa akak rasa bila gambar2 akak sendiri pun hanya a few .... nasib baik la ada ustaz sorang lagi tu tolong ambik gambar kalau tak , tak merasa la ada gambar akak dalam event sukan seperti tahun-tahun sebelum ni . Kalau nak banyak gambar sendiri .. bawak kamera sendiri , suruh orang tolong ambikkan ... ambik la sebanyak mana pun .. sapa pun tak kisah . Akak suka ambik gambar dan tak penah berkira pun before this tapi kerenah orang2 yg macam ni la yang buat akak jadi malas nak teruskan berkhidmat sbgai camerawoman sekolah . Maybe depa geram kot banyak gambar rumah merah dari rumah lain . Tahun depan cari la orang lain untuk jawatan ni .


Meen , Johan acara lontar peluru kelas 3 dan naib johan sukaneka Tahun 3 .



Aksi Haikal dalam acara pecut 60 meter Tahun 1

Gold medal pertama Haikal ( 60 meter )

..... abang Haikal & the gang ....

Johan acara relay 4 x 50 meter .

... Johan lagi ...

Naib Johan sukaneka Tahun 1

Friday, July 15, 2011

Dia yang special ... terima kasih abang

.... gambar lama dari arkib ..

Entry khas untuk Encik Suami tercinta .

Syukur Alhamdulillah kerana dikurniakan suami yang amat memahami .... dalam keadaan sekarang , kesabaran dia adalah semangat bagi akak untuk terus berjuang ... terima kasih kerana tidak merungut dengan rumah yang agak tunggang terbalik ... terima kasih kerana tidak memaksa akak memasak ... terima kasih kerana sudi makan lauk kedai je lately . Terima kasih kerana sudi melayan anak-anak time akak sibuk depan pc .

Keadaan stress sejak dua menjak ni bukan alasan untuk tak buat semua rutin yang akak buat sebelum ini tapi seperti yg akak cakap tadi ... dia rela berkorban demi kesenangan akak . Bukan saja dia tapi juga anak-anak ... apa yang penting? ... "KERJASAMA" .... apa yang dia lakukan membuatkan kasih akak pada dia semakin kuat . I love U sayang . Thank you abang .

Macam mana kami hadapi semua ni ... senang je ... komunikasi .

Thursday, July 14, 2011

Maskot rumah merah


Akim ... model ladybug untuk maskot rumah Musytari ( merah ) ... belum siap sepenuhnya ... nak kena tambah antena dan design bajunya pulak ... itu bukan kuali ye .. cuma penapis ..ringan je .. hopefully menjadi la seperti apa yang dirancang . So lucky to have supportive friends . ... gang cikgu rumah merah yang happening or ' ha pening! " .. berat sama dipikul , ringan sama dijinjing ... apa yang penting ? ... "KERJASAMA" .



gambar pinjam En.Google

Cadangnya nak buat costume macam ni ... kita tengok la nanti macam mana hasilnya . Tak sabar nak habiskan hari sukan ni ... letih .

Tuesday, July 12, 2011

Suka hati mak bapak aku la nak cakap apa pun ... sesuai ke ?

Sesedap hati je melabelkan orang ... sejak dua menjak penuh di fb a few friends yang sesedap rasa je meluahkan rasa tak puas hati mereka terhadap pihak2 tertentu . Agak hairan ... sedih pun ada .. di kepala ada kepiah ... tapi di hati penuh rasa benci ... memang tak dinafikan kita punya pandangan sendiri ... punya kepercayaan sendiri yang kekadang membuatkan kita rasa kita saja yang betul ... kita juga memang berhak melabelkan orang dan akak admit kadang2 akak pun ada buat perkara yg sama ... cuma jangan la melampau-lampau sampai ke tahap yang tak boleh diterima dek akal . Kita orang Melayu ..orang Islam .. jaga sikit status yang kita bawa tu . Masih ada batasan dalam tutur kata kita ... Budi bahasa sedikit sebanyak mencerminkan sapa diri kita ..setinggi mana kita belajar , sebesar mana status kita ... kalau takde budi bahasa , kita sama je dengan orang **** .

Senang - senang je depa labelkan orang-orang yg bekerjaya seperti abg misai sebagai 'auk-auk' kerajaan ... depa ingat kita tak sekolah kot ? .. tak faham apa yg depa maksudkan . Kita selalunya tak kisah pun kalau seseorang tu tak suka dgn profession tertentu ... tak kira la korang tak suka polis ke .. tak suka cikgu ke ... itu hak masing2 .

fb wall aku yang punya .. so suka hati mak bapak aku la nak tulis apa pun .. betul tak ? tapi bila korang dah tulis macam tu ...orang lain boleh judge korang ni macam mana orangnya ... nampak alim tapi hati sangat busuk . Banyak cara lain rasa tak puas hati tu boleh diluahkan ... cuba elakkan guna bahasa yang tak sepatutnya digunakan . Selama ni akak pendam je rasa meluat ni bila baca ayat2 korang tu .. tak nak melalak macam korang jugak di fb

.... sebab bagi akak .....

Melalak membahasakan orang lain sebagai 'auk-auk' di fb wall menampakkan diri tu sebijik macam 'auk-auk' jugak . Serupa macam 'auk - auk' gila la pulak ... Apa agaknya korang rasa kalau dilabelkan dengan 'oink-oink' pulak ... best kan ?

Monday, July 11, 2011

Blank + Blur = Blackout

gambar pinjam En.Google

Tension tahap gaban dah ni ... hujung minggu ni nak kena submit 2 assignments ... kenapa la time ni pulak blank ...ketandusan idea ... takut sejarah bakal berulang .... kalau akak tak buat betul2 .... lingkup la jadinya .

Hujung minggu ni pulak Sukan di sekolah ... minggu yang amat memenatkan ... hopefully I can cope with this situation . Nasib baik 2/3 hari ni anak-anak pun well behave . Sejuk sikit hati mak . Ok chow dulu .. makin blank .. nak bercerita di sini pun takde idea .

Saturday, July 9, 2011

Anak borek , mak rintik


Seperti mak ketam mengajar anaknya berjalan betul ... macam tu la mak budak kat rumah kami ni ... kalau kak Una balik rumah sibuk pot-pet pot-pet marahkan dia asyik mengadap lappy melayan crite Korea , siap kutuk2 lagi hero-hero tu semua muka macam gegirl ler ... bila anak balik asrama , mak dia pulak buang tabiat sambung mengadap crite2 tu sambil baring2 atas katil ... bukan apa nak release tension ni .... asyik mengadap assignment pun boleh stress ( alasan skema ) tapi bila dah mula tengok jadi ketagih ... nak layan sampai habis .. pastu pukul 3/4 pagi baru tido ... mencari penyakit namanya tu .

2 assignments akak tu baru 50% in progress ... yang lagi satu tu baru dalam 20% je ... ada lagi 2 minggu sebelum nak submit ke tutors . Esok ada kelas ...macam mana nak pegi ni ? abang misai pulak kena standby kat sini . Nak drive sendiri ... tak berani la jalan jauh ni .. tambah pulak dengan keadaan sekarang ni . Kalau dia hantar pun ... balik akak kena tumpang kawan la jawabnya . Semester ni semua killer subjects ... entah boleh score ke tak ? ... kena attend tutorial , kalau tak ... lagi la tak faham ... maklum la otak dah berkarat . OK stop dulu ... kepala dah berdenyut .

Friday, July 8, 2011

Kita bukan ditakdirkan bersama


Hilang lagi .. guna tak sampai sebulan dah hilang ... macam mana boleh hilang ? maybe sebab cuai kot ... dah tau ada budak kecik yang tak reti bahasa dalam rumah ni ... tak reti2 nak letak hp tinggi - tinggi supaya dia tak boleh capai . Walaupun bukan hp yang canggih manggih tapi C3 ni nak kena beli dengan duit jugak .

Sedar hilangnya subuh tadi masa nak keluar pegi sekolah . Selalunya akak guna hp untuk set alarm , malam tadi mengantuk sangat .. suruh abg misai set alarm di hp dia . Last sekali nampak hp ni time Magrib ... Meen cakap dia nampak Akim pegang masa kitaorang tengah solat . Rasanya dia buang hp tu keluar rumah ... dia memang selalu buang barang melalui cermin tingkap ... dan malam2 memang ada orang lalu lalang di koridor ni .... dan dah sedia maklum memang banyak manusia yg tak jujur sekarang ni .

Call pagi tadi ... dah takde line ... rasanya bateri masih penuh .. mustahil dah habis .. kalau jatuh dalam tong sampah pun still boleh dengar bunyinya . Rasanya dah ada orang pada orang lain ... takpe la bukan rezeki kita untuk bersama . Harap2 orang yang terjumpa tu akan terbuka hati pulangkan balik . Buat masa ni pakai la semula hp cabuk cap ayam tu ... nanti kalau orang call pun malu nak angkat . Nak beli baru ... not for now ... semekin sikit bulan ni .

Thursday, July 7, 2011

Kita bukannya tak hebat ... we are special

"Before I got married I had six theories about bringing up children; now I have six children, and no theories. ~John Wilmot "

Dua tiga hari lepas asyik tension dengan perangai anak-anak ... makin besaq makin mencabar nak handle depa ber5 ni . Macam ni la jugak tok som rasa masa bela kami 8 beradik dulu ... nak tak nak kena lalui juga fasa ni . Memang banyak dugaan dan kekadang kesabaran tu berada di hujung tanduk . Ada hari mampu sabar dan tak naik tangan ... ada hari tak boleh control .... mulut macam bertih jagung dok beleter dengan anak-anak dan sesekali anak-anak kena jugak 'pi-ap' bila mak depa ni bertukar hijo jadi incredible hulk .

Thanks kawan-kawan yang concern dan bagi nasihat ...... really appreciate them . Tapi hanya orang yang duduk dalam situasi yang sama je akan faham .... keadaan kita ada yang berbeza ...tahap kesabaran kita pun tak sama ... kalau korang ni jenis budak baik masa keciknya , kemungkinan anak-anak pun well behave je .. jenis budak2 baik jugak la . Family akak ni pulak jenis happening sikit so anak-anak akak ni pun sama la ... macam2 yang happenednya .. pengalaman mak didik kami adik-beradik dulu banyak mengajar akak ... kami 8 beradik semua jadi manusia jugak ... semua berjaya ... even kami boleh dikatakan lebih berjaya dari rakan-rakan lain di kampung sebab kami anak yatim yang dijaga oleh mak sorang saja . Arwah abah tinggalkan kami buat selama-lamanya diusia 38 tahun .. sama umur akak sekarang dan tok som tu la dunia kami adik - beradik dan kami faham setiap tindakan mak ada sebabnya . Kalau akak perasan diri ni ' supermom ' , maka tok som tu layak digelar ' super extraordinary ' mom ... dan semua kengkawan akak juga tau that I'm really proud of my brothers & sisters ... including adik yang 'special' tu sbb dia tak penah menyusahkan kami sekeluarga .

" You don't really understand human nature unless you know why a child on a merry-go-round will wave at his parents every time around - and why his parents will always wave back."

Merungut , merintih , rasa 'down' , bengang ni sebahagian daripada dunia seorang 'supermom' yang akak akan lalui untuk satu tempoh masa yang panjang . Akak tak kisah ...terima kasih buat kengkawan yang selalu bagi semangat ... moga kita semua diberikan kekuatan jiwa dalam mendidik anak-anak . Apa yang kita buat ni adalah perkara biasa ... ramai lagi ibu-ibu bertuah yang lalui fasa yang sama dengan kita ... janji jangan sampai masuk dalam kategori pendera sudah la .



Dari pengalaman , anak-anak yang happening ni lah anak-anak yang lebih rapat dengan mak ayah depa bila depa ni dewasa kelak compare to anak-anak yang well behave . Anak-anak jenis ni jugaklah yang akan lebih rapat hubungan among them ... atau sebaliknya ... just pray for the best . Mak bapak mana yang tak nak anak-anak yang terbaik . So lets enjoy this 'happening world ' of parenting .

"If your kids are giving you a headache, follow the directions on the aspirin bottle, especially the part that says "keep away from children." ~Susan Savannah"

Monday, July 4, 2011

Entry rojak di kala stress

AKU

Nampak je tenang tapi sebenarnya stress sekarang ... tak lain tak bukan sebab assignments masih belum siap ... selagi tak submit selagi tu la stress ... ditambah pulak dengan UPSR yang semakin dekat .. cikgu yang stress .. mana taknya .. budak2 tu relax je .. kekadang kesabaran akak pun ada hadnya . Penat je mengajar kat depan , tapi diaorang macam tak penah belajar ... masuk telinga kiri .. keluar telinga kanan .. hari ni ajar esok lupa ... only a few je yang ikut dan guna apa yang diajar ... the rest ... hurmmmmmm susah nak cakap .
Macam-macam dah dicuba ... cara tegas .. cara lembut .. guna psikologi . Nak buat macam mana lagi .. sekarang ni terpulanglah pada korang . Rasa kecewa ni bukan hanya pada anak-anak orang tapi lebih pada anak sendiri yang sorang tu ... tak pandai bukan masalahnya tapi kesungguhan yang ditunjukkan tu lah yang diharapkan .

ANAK-ANAK


Tak banyak cerita baru tentang depa ber5 ni ..... Kak Una balik rumah minggu ni ... takde keja lain mengadap laptop .. melayan crite Korea .... pastu membuat taik mata ... geram je tengok .. nak kejut bukannya senang .

Hakim demam semalam ... muntah-muntah lagi ... lesu je ... risau sangat . Kami bawak gi klinik .. alhamdulillah dia dah ok now ... puncanya ... abang misai bagi minum ais banyak sangat .. dia keluar dengan mak ayah dia petang kemarin .. dilayannya anak tu nak minum ais semua bagi ... akak bukannya tak penah bagi dia minum ais cuma dalam kuantiti yg sikit je .. biar dia rasa je .. bukannya sampai separuh gelas besar tu ... mana tak demam budak kecik tu .

BLOG SEKOLAH

Semalam berjam-jam akak duduk depan pc buat blog baru untuk sekolah .. blog yang lama tu dah kena hack . Akak je boleh masuk .. orang lain semua tak boleh ... patut la jumlah visitor seorang je sehari ... dan kawan2 pun ada komen depa tak boleh nak surf blog sekolah . Selesai export semua dari blog lama ..masukkkan ke blog baru .. http://skptembak2.blogspot.com tapi yang penatnya semua gadget di side bar hilang termasuk bloglist ... kena masukkan semula 1 persatu .. penat jugak la . Akak sayang blog sana tu sebab dah lama akak menyumbang di situ dan akak tau ada ramai juga pengunjung setia blog sana .

Bukan senang nak manage satu blog ... tengok je la blog atau portal sekolah lain .. canggih2 semua tapi jarang ber-update . Walaupun sumbangan sukarela tu orang pandang sebelah mata je .. akak tak kisah pun ... nanti bila akak dah tak berkhidmat di situ .. mungkin time tu baru orang akan faham apa yang akak rasa . Sekarang akak rasa sedikit terbatas nak menulis di sana ... macam-macam perasaan ada . Takut apa yang akak buat tu orang atas tak suka .. takut tersalah bahasa ... macam2 takut ada . Dah macam takde freedom ... tapi akak akan teruskan muatkan apa yang patut ada di situ ..... takde lagi entry yang panjang2 cuma banyak gambar je la .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails