Saturday, December 31, 2011

Entry terakhir ..... Selamat Tinggal 2011

gambar selingan.. budak2 sambut birthday kawan depa sebelah rumah .

Nak jugak buat entry terakhir 2011 .... masih belum tido walaupun dah takde mood nak mengadap tv ... so kak una ambik alih pegang remote , dok layan lagu2 k-pop la jawabnya . Akak lari masuk bilik on lappy pulak . sambil berbaring dan menunggu detik 12.00 malam . Walaupun every year tengok bunga api , still nak tunggu jugak .. bukan apa best tau tengok bunga api dari view koridor rumah akak ni ... nampak firework shows from KLCC , Dataran Merdeka , Bukit Bintang dan lain2 tempat lagi ... view yang jelas .... tapi kali ni tak boleh nak ambik gambar or record . DSLR akak tu abang misai bawak pi dinner dengan rekrut2 dia . malam ni depa buat dinner sebelah kolam renang pulapol .. ada kemungkinan abang misai akan balik dengan basah kuyup..... jangan basah camera akak sudah .

Akak dah ada azam baru untuk 2012 ... esok la akak reveal-kan . Ada juga azam lama yang masih belum betul2 tercapai ... so akak bring forward ke 2012... tak nak crite lebih2 , tunggu je la esok . actually esok kami belum ada plan lagi nak pi mana2 ... maybe stay at home je .. kalau keluar pun outing ke tempat2 yang tak kena keluar duit . Gaji lambat lagi , banyak pulus nak pakai buka sekolah nanti ... memang yuran sek kebangsaan tak perlu bayar lagi tapi yuran sekolah agama agak membebankan dan yuran asrama kak una pun agak mahal jugak la . Kalau family orang lain boleh pi holiday sana sini cuti sekolah ni , kami pulak tak de jalan ke mana sangat pun . Maybe next year boleh buat planning lebih awal so anak-anak dapat meraasa makan angin hujung tahun macam anak2 orang lain .

Apapun kami tetap bersyukur dengan apa yang kami ada ... masih ada lagi yang lebih tak bernasib baik ... apa yang penting kami happy dengan life yang kami lalui skrg . tak semua orang dapat apa yang kami ada ... As long as we have each other , hidup dengan penuh kasih sayang , cukup makan pakai , hati senang .. semua itu sudah memadai .

Semoga 2012 menjanjikan kami kesihatan yang baik , dipanjangkan umur dengan hidup yang lebih ceria , penuh kasih sayang dan rasa cinta , dikurniakan hati yang bersih , dimurahkan rezeki dan dijauhkan daripada segala perkara-perkara yang tak diingini .






Suka duka 2011

picture from google

2011 bakal melabuhkan tirai . Banyak suka duka sepanjang 12 bulan di tahun 2011 ni ... Alhamdulillah kisah suka lebih banyak daripada duka . Walaupun ada perkara-perkara yang tak best dicatatkan dalam diari hidup , akak tetap redha .. inilah namanya dugaan hidup . Takkan selalunya indah je kan . Kadang-kala kita diuji jugak . kalau boleh akak takkan biarkan ia terus melekat dengan akak di tahun 2012 nanti tapi semua bergantung kepada keadaan . Tengok la macam mana nanti .
Beruntung ada blog yang merangkap diari kami ni ... dapat jugak recall balik apa yang berlaku dalam hidup kami . Antara yang singgah dalam hidup kami di 2011 adalah :

Januari
* Dengan rasminya kami masuk rumah baru , walaupun hanya sebagai homestay cuti sekolah.

Mac
* Adinovirus menyerang Pulapol dan Abang misai dikuarantin 8 hari sebab demam.
* 38th birthday ... dah tua setahun ...

April
* Kak Una ambil Sijil & wang saguhati daripada Parlimen Setiawangsa sebab dapat 5A.
* sekali lagi kak Una dapat sijil dan wang cenderahati drpd Parlimen Setiawangsa atas kejayaan 9A dalam UPSRA .
* Tangan Haikal bersimen , retak sebab terjun tangga .. dia ingat dia spiderman ke apa .
* Dapat 2 anak saudara baru , Mohd Hud Ashman dan Abdul Muiz.
* sentap sebab ditegur atas perkara baik yang akak buat tapi dianggap salah bagi orang lain .
* birthday my sayang yang ke 41.

Mei
* D40x akak tak berfungsi setelah berkhidmat dari 2007 ... sedih sangat2 ... nak kena tukar shutter dan kosnya mahal .
* Hakim kena operate .... ada bisul di kaki dia . Alhamdulillah dia dah pulih sepenuhnya .
* Hilang handphone .
* dapat teman baru .. D90 . terima kasih abang misai
* mini gathering kawan-kawan sekolah menengah & bekas guru di rumah baru akak di kampung .

June
* makan angin di PD
* reunion dengan kawan-kawan lama & bekas guru di Anisani resort.

Julai
* beli gadget baru lagi ... lense 50mm .
* hilang hp yang baru dibeli tak sampai sebulan


September
* Aidilfitri pertama tanpa abang misai di sisi . Dia kena beraya di Pulapol
* Holiday in Kota Kinabalu dengan adik akak dan Kak Una.


Oktober
* nothing special ... bulan yang amat memenatkan

November
* jiwa kacau tahap gaban kerana sesuatu yg tak mampu akak ungkapkan di sini.
* Nisha dapat 2A dalam UPSR ... hanya itu yang dia mampu .

Disember
* bercuti sepuas-puasnya
* kenduri adik bongsu abang misai
* anniversary kami ke 15 .. love him forever




Friday, December 30, 2011

Episod busy bakal datang lagi .

Assalamualaikum , apa khabar korang semua ? Dah berapa hari ya akak tak update blog ? takde mood plus sedikit busy lately . Cuti sekolah pun dah sampai ke penghujung ... tamat la masa untuk bersenggang kat rumah .. dan bermula episod busy tahap gaban .Minggu ni pun akak dah ke sekolah ... meeting ini , meeting itu .. hari ni ada gotong - royong keceriaan kelas dan bilik guru ... tapi akak tak dapat nak join sekali sebab akak ke sekolah menengah untuk hari orientasi Tingkatan 1 .. Nisha daftar ke sekolah menengah sebelah sekolah akak je .

Budak-budak ni tinggal dengan kak Una je kat rumah ... alhamdulillah so far boleh diharap la kakak depa mengasuh adik ni tapi mak kena call kerap .. setiap 1 or 2 jam kena call tanya apa adik tengah buat .Kalau dulu takde anak dara terpaksa la heret ke sekolah anak-anak kecik bila pengasuh ada hal .

Abang misai pun sangat busy sejak dua menjak ni ... rekrut dah nak tamat latihan minggu depan .. so akak kena faham & takde banyak soal bila dia selalu tak lekat kat rumah . Anak-anak pun dah faham dan tak demand nak ajak ayah pi sana-sini.

Bila membayangkan kami akan ke sekolah semula , hati jadi sebak ... kesian kat budak kecik tu nak kena tinggal di rumah pengasuh . Kalau boleh mak nak bawak adik pi sekolah sekali ..

Monday, December 26, 2011

Dah lama kenal tapi baru 1st time jumpa face to face ... berlaga pipi


Sabtu 24/12/2011 akak berpeluang berjumpa dengan sorang teman cyber yang dah lama akak kenal di alam maya . Cikgu Nurul Iliani singgah bermalam di rumah mak sedara dia di Pulapol ni . So akak kena ambik kesempatan ni untuk jumpa Nurul & family ... tambah pulak dia baru je dapat twins yg sangat comei . Geram akak tengok . Nak ajak mai rumah tak sanggup rasanya sebab time tu kami buka semua tikar getah sebab nak salin baru .. tak kan nak suruh tetamu duduk atas lantai pulak ... dah la rumah kami takde sofa .... so akak ajak abg misai ke rumah mak sedara Nurul ni.

Akak mula kena Nurul @ CikuNunu di board parenting CARI forum sejak penghujung 2006 lagi . Masa tu mana ada fb pun dan akak time tu pun belum ada blog . Ramai jugak kawan2 dari board parenting dan board masak2 yang still keep in touch sama ada di blog or fb .

dapat jugak akak pangku twin yang comel ni . Helina dan Helini ... rasa macam nak berbaby lagi tapi ohhh tidakkkk , akak dah penat . Happy dapat jumpa Nurul & hubby dia .. they both friendly . kalau singgah Pulapol jangan lupa calling la ya .

Sunday, December 25, 2011

Angan-angan terpaksa di-KIV ... mungkin takde rezeki lagi


Photo dari website Fella Design

Mood sedih ni .... bonus hujung tahun ni cadangnya nak guna beli sofa baru ... tak nak brand lain selain Fella Design . Bukan apa dah tak nak beli yang biasa2... tak sampai dua tahun dah rosak . Masa Fella buat warehouse sale hujung bulan 11 lepas tak merasa la nak beli sebab time tu baru cuti sekolah , kami balik kampung ... pakai duit ke arah lain . So bila dah dapat bonus ni mula la sambung angan -angan nak beli sofa baru . Rumah kami sekarang ni takde sofa , yang lama tu dah uzur benar , maklumlah beli cap ayam je mana nak tahan lama so kami letak di koridor je ...

Tadi pi la survey sofa fella di Ampang. Memang ada sale tapi masih tak tercapai dek poketku ... banyak jugak habis duit bulan ni untuk barang2 sekolah anak2. Ikut hati memang nak beli tapi tak pe mungkin takde rezeki kali ni , so akak decide untuk tunggu sebulan dua lagi ... duit yang ada tu simpan dulu ... bagi cukup untuk beli sofa 3+2 idaman hati ... so sapa-sapa mai rumah kami buat masa ni terpaksa la duduk bersila atas lantai ya.

Abang misai suka perabut jati tapi akak tak suka .. akak suka modern style . Tapi selalunya dia ikut selera akak sebab akak yang selalunya sponser untuk beli perabut rumah ..... bila lagi agaknya fella akan buat warehouse sale ni ?

Saturday, December 24, 2011

Ubi kayu cicah kelapa parut ... mengimbau kenangan silam

Petang semalam akak rebus ubi kayu untuk minum petang .... dimakan bersama nyok parut . Dulu zaman budak2 mak selalu buat menu ni dan kami makan beria-ria . Tapi anak-anak akak tak makan pun ... setakat rasa skit je ... tak sedap kata depa . Tu la budak-budak sekarang .... bila dah kenal KFC , McD ... menu2 lama ni langsung tak pandang .

Jenuh la mak hampa nak habiskan semua ni ..... masuk fridge ..esok rebus panaskan balik ... ulang 10 kali makan selagi tak habis .

Friday, December 23, 2011

Jom balik ke sekolah

Cuti sekolah tinggal seminggu je lagi ... baru separuh barang2 sekolah anak-anak ni kami beli . Kalau korang sorang pun dah garu kepala , banyak nak keluar pitih , bayangkan akak ni 4 orang . So kami terpaksa la berbudget , mana yang masih elok dan boleh pakai .. akak basuh dan depa akan guna balik . Yasmeen pakai baju Kak Una .. banyak helai yg masih elok2 .. cukup utk seminggu . Bag sekolah Haikal pun still elok , so tak payah beli baru . Nasib baik la anak-anak ni faham dan tak demand nak semua yg baru .

Nak kena keluar pi shopping sekali lagi , baju kak Una belum beli lagi and a few more things , anak-anak akak ni membesar bagai johan . Kasut Nisha dah sama saiz dengan mak dia ... Kak Una pun dah boleh cilok kasut mak jugak . Meen dah pakai kasut saiz 5 ... tu baru nak masuk darjah 4 .. kalau naik sekolah menengah nanti , saiz berapa la ko kena pakai Meen oi ?

Holiday hujung tahun nampaknya akan tinggal angan-angan je la ... nanti bukak sekolah ... duit yuran lagi . Yuran asrama kakak , Nisha pun dah nak masuk form 1 . Garu kepala la ayah dan mak korang ni .

Thursday, December 22, 2011

Dulu dan sekarang sama saja ....


gambar lama dengan kakasih awal dan akhir

Anniversary kami yang ke15 berlalu dengan ala kadar je .. seperti yang akak tulis dalam entry sebelum ni , takdenya candlelight dinner dan takdenya hadiah mewah2 . Bukan setakat tahun ni tapi dari dulu lagi abg misai tak pernah beli hadiah mahal2 . Kalau ada pun hanya beli bunga ikut jumlah tahun dan bawak makan2 .

Tapi semalam kami ada jugak keluar berdua ... lepas anak-anak tido kami merempit ke Kampung Baru . Sebelum tu dah bagitau anak2 dara tu yang mak & ayah nak keluar berdua malam ni dan depa faham dan sanggup jaga adik . Alhamdulillah rumah kami takde la bahaya sangat kalau nak tinggalkan anak2 . Sebelah blok ni ada salah satu pintu masuk ke Pulapol ni , so ada la polis jaga 24 jam . Cuma yg nak risau pun kalau Akim melalak je , so kami tunggu dia tido dulu baru keluar . Rasa macam anak dara & teruna curi2 keluar la pulak . Merempit naik moto , menikmati keindahan KL waktu malam . Naik keta tak best , tak boleh pelok2 .

Abang misai bawak akak makan steak di Kpg Baru ... best jugak bila makan berdua , rasa macam zaman bercinta dulu tapi kali ni sembangnya tak rancak la sebab dah abis modal . Lepas makan kami ke Chow Kit , akak mesti beli dorian dulu sebelum balik . Bedal D24 dua packets . Then kami balik sebab kesian pulak ke abang misai , lately dia penat sangat .. siang di padang kawad , malam pun kadang2 kena kerja jugak . Main badminton tiap2 petang mesti wajib ... tak sampai hati nak larang . kalau ikut hati nak je suruh dia duduk rumah dengan kami lepas balik keja ... tapi tu kan hobi dia , bukannya dia pegi tempat lain pun .

Sambut atau tak , akak tak kisah , dia pun tak kisah tapi yang penting mesti ingat tarikh penting ni . Mesti layan pasangan dengan baik , selayaknya yang seorang isteri/suami patut dapat . Terima kelebihan dan kekurangan masing2 . Apa yang tak baik tu tegurlah dengan elok2 . Yang penting kena banyak bersabar , jangan asyik nak cepat melenting bila ada perkara yang kita tak puas hati or tak setuju . Kena jadi pendengar yang baik . pengalaman 15 tahun ni banyak mengajar akak untuk berusaha menjadi isteri yang terbaik buat dia . Tak lupa yang satu ni ... doa padanya selalu agar hubungan ini kekal mekar hingga ke hujung nyawa .






Kini giliran aku pula

Gambar kenangan cikgu-cikgu sekolah rendah akak dulu ... SKTS atau nama penuhnya Sekolah Kebangsaan Titi Serong , Parit Buntar Perak . Sekolah ni lebih kurang satu 1/2 km dari rumah mak akak . Kami dulu jalan kaki je sekolah , bila dah berduit skit , arwah abah beli basikal dan kadang kala abah juga hantar kami ke sekolah . Banyak antara cikgu2 ni akak dah lupa nama depa . Antara yang masih akak ingat , Ustaz Abdullah , Ustaz Mat , Cikgu Mohd Amin , Cikgu Husin , Cikgu Zaharah , Cikgu Ainon yang garang , Cikgu Siti Nor , Cikgu Abdullah , Cikgu Abd Rahman , Cikgu Badri dan Puan Ong yang penah menyebat akak sebab gaduh dengan sorang budak lelaki .

Credit to my sister Pdah for the photos.

Sekarang akak pulak dah jadi cikgu , entah - entah anak murid akan ingat tak akak lagi bila akak dah tua or dah takde lagi .

15 tahun yang sungguh bermakna

Dear abang ,

15 tahun yang lalu , ketika di alam pertunangan kita , Ti selalu tertanya pada diri sendiri ... adakah Ti dah buat pilihan yang tepat . Ti takut sebab kita tak pernah kenal sebelum itu . Ti tak nak memperjudikan masa hadapan Ti . Tapi syukur Alhamdulillah , walaupun hati ini sering berbelah bagi sepanjang 6 bulan pertunangan kita , Allah masih membuka hati Ti untuk menerima abang . Hanya pada hari kita diijabkabulkan , cinta itu hadir dengan seikhlasnya , dan mulai saat itu ianya hanya untuk abang .

Masa bertunang , abang sangat mengongkong ... apatah lagi bila baru2 bergelar husband & wife ...ye la kan , time tu potongan badan bini abang ni ala-ala stewardess walaupun rupa tak secomei mana . Sepanjang perjalanan sebagai suami dan isteri , pelbagai dugaan telah kita tempuhi . Adat la dalam berumahtangga , kalau tak de gaduh2 , takde selisih faham , rasanya tak sah ... tak happening la kan ? tapi kasih sayang kita mengatasi segalanya . Berkat kesabaran dan apabila ego kita berjaya diletakkan di tepi , maka hidup kita berdua lebih bererti . Sekarang ni nak gaduh pun malas .

Selama 15 tahun ini ucapan " I love you " tak pernah lenyap dari kamus hidup kita . Saban malam abang ucapkannya sebelum tidur ... dan setiap malam juga Ti akan mohon ampun sebelum mata terpejam . Kita sama-sama tidak perfect tapi kita telah disatukan menjadi perfect couple .

Walaupun anniversary kita tak sama dengan orang lain . Takde hadiah mahal-mahal , takde candlelight dinner ... tapi saban tahun Ti dapat hadiah yang tak ternilai iaitu 'abang'. We still have each other that is worth more than anything in the world .


Happy 15th anniversary sayang. I love you so much and have so much more love to give you through the years..


Love ,

Yanti



*p.s ... surat ini ditulis sebagai ingatan dan kenangan di masa depan . Tiada niat lain .

Monday, December 19, 2011

Koleksi terkini .. hadiah dari adik-adik

Adik akak baru balik dari Japan minggu lepas ... lepas balik dari Japan dia ke Singapore pulak .
So ada la ole-ole untuk kakak depa ni . FM dan keychains for my collection .

Yang di atas ni akak beli masa pegi zoo Taiping tapi tak sesuai la tepek di fridge ... nak kena beli board dan nak bagi kawan a few . Akim sangat suka yg ni sebab FM ni gedik2 bila disentuh .

Pintu fridge sebelah atas ni dah padat sngat dgn FM ... bahagian bawah tak boleh tepek langsung sebab budak kecik tu akan ambik FM ni buat main ..... akak plan nak pi Ikea cari board untuk koleksi FM & keychain akak yang dah makin banyak ni .

Saturday, December 17, 2011

exam lagi dan lagi ... penyiksaan yang bakal berakhir

Hari ni exam lagi ... Morphorlogy , Syntax and Semantics . Dah dua hari akak stress tahap gaban sebab baca asyik tak faham-faham . Bila dah discuss dengan adik-adik di YM baru la dapat sikit pencerahan . Alhamdulillah , pagi tengahari tadi akak dapat jugak menjawab . Banyak jugak nota-nota yang akak buat keluar dalam soalan tadi ... Syukur Alhamdulillah semua dipermudahkan olehnya . Akak bukan apa ... kalau boleh tak nak repeat paper yang susah2 tu . harapan akak , bila berakhirnya exam esok pagi maka berakhir la juga penderitaan dan penyiksaan yang membelenggu jiwa raga akak selama hampir 4 tahun ni .

Selama tempoh akak jadi student tua ni , semua perkara dalam hidup akak agak kelam kabut , tak terurus macam dulu . Rumah selalu macam tongkang pecah , anak2 agak terabai walaupun akak cuba buat yang terbaik ... masa yanga ada terpaksa dibahagi tiga , antara rumahtangga , kerja & belajar . Something yang akak rasa tak semua orang boleh bolah buat dan tak semua mampu cope with this situation .

Ok nak pi continue baca buku ... harap esok dapat mengoreng dengan baik ... malam ni kena jadi burung hantu la jawabnya . Tolong doakan akak segalanya dipermudahkan untuk akak esok pagi .

Friday, December 16, 2011

Batu belah batu bertangkup , makanlah aku , telanlah aku

Si anak berkata " Sedap la mak masak ... nak tambah boleh ". Emak mengangguk sambil senyum ( sedap la kot aku masak ni ) Emak pun bertanya pada anak yang sorang lagi " Sedap ke nasi goreng mak ni ?" lantas si anak menjawab "Sedap mak" ... emak berlalu masuk ke bilik dengan hati yang kembang sebab nasi goreng bodonya yang hanya berisi ikan bilis dan sedikit cili padi cukup sedap di tekak anak-anaknya .

Selepas boring mengadap buku dan mata pun dah naik berpinaq , si emak pun ke dapur lalu mengambil sebiji pinggan kerana perutnya dah pun mula berkeroncong . Hati emak yang tadinya kembang setaman bertukar sedih sebab yang emak nampak hanya kuali kosong . Aik! mana perginya nasi goreng yang penuh tadi ? sampai licin anak-anak mak kerjakan ... korang ni betul la macam piranna time cuti sekolah ni . Semua yang mak masak korang cakap sedap dan bedal sampai licin . Ayah selalu tegur mak kenapa masak lauk sikit , mana ada sikitnya bang oi ... masak macam biasa yang selalunya cukup sampai makan malam . Tapi bila dah semua pakat bertambah , mana nak cukup simpan sampai dinner . Mak jugak yang disalahkan .

Time mak busy pun mak tetap masak sebab mak tau kalau kita asyik beli lauk , maunya beg duit ayah korang tinggal habuk sebelum waktunya .... dan dalam hati mak tetap ada taman walaupun korang makan sampai tak ingat mak korang ni. Lebih baik makan habis dari membazir je atas meja .... takpe untuk mak , boleh masak lain ... kalau mak malas , mak suruh ayah pi beli khas untuk mak sorang bila korang semua dah zzzzzzzz .

"Batu belah batu bertangkup
telanlah aku , makanlah aku
aku kempunan nasi gorang bodo"

Happy Birthday baby mak



Happy 2nd Birthday
Ahmad Hakim Ali bin Jamal Ali
Love you so much
You will always be my baby

Thursday, December 15, 2011

Exam day


Tengahari nanti exam akak akan bermula ... doakan akak boleh jawab dengan jayanya dan dipermudahkan segalanya .....

Buat kawan-kawan sekapal .... Selamat berperang dengan minda . Moga perjuangan kita nak dapatkan segulung ijazah menjadi kenyataan .


Wednesday, December 14, 2011

Finally sampai jugak ke angka 500 tu .

gambar curi dari google je

Thanks Eizan sudi jadi follower kami yang ke 500 . Akhirnya sampai jugak ke angka keramat ni ... bukan senang blog kecik kami ni nak sampai ke angka ratus-ratus ni . Agaknya kalau kami tak buat GA dulu , maunya follower kami puluh2 je .

Kepada Cik/Puan Eizan sila emailkan nama & alamat anda ke yantiskpt2@yahoo.com sebab kami ada sikit cenderahati untuk follower bertuah kami ni . Malangya takde pulak link ke blog Eizan ni ... kami tak pasti dia ada blog ke tak . Itu semua tak penting , harap Eizan dapat contact kami secepat mungkin . Untuk yang lain , akak rasa nak bagi a few hadiah jugak atas persahabatan kita di alam maya ni ... tapi tak mampu la nak bagi semua . Kami akan buat cabutan nanti . Tungggguuuuuuuuuuuu .

Siapakah gerangan Si 500 ?


Mencari follower yang ke 500 ... Siapakah yang bertuah itu ? terima kasih tak terhingga buat yang sudi follow blog kami selama ni ... sama ada secara terpaksa , dipaksa rela or tersuka dengan blog kami yang tak seberapa ni . Terima kasih juga buat silent readers blog kami ... akak tau ada yang selalu singgah sini tapi tak penah tinggalkan jejak . Apa kata kenalkan diri anda ... nak jugak kami berkenal-kenalan dengan mereka yang rajin terjah baca entry di blog yang langsung tak popular ni .

Hari-hari dia jual ubi


foto ihsan Google

Sebulan lebih cuti sekolah ... sebulan lebih jugak la kanak-kanak Ribena ni duduk terperap kat rumah ... Makan , tidoq , mengadap tv , berebut laptop ... tu je keja depa hari-hari . Time cuti sekolah ni adik depa , Si Akim tak pulak bercuti dari belajar ... macam - macam ilmu dia sedut dari kakak dan abang dia . Yang paling akak tak suka dia asyik ' jual ubi ' or in other word asyik sebut 'babi' bila dia marah . Depa yang berakai tu suka usik dia , maka makin menjadi-jadi la budak kecik tu jual ubi ... bila Akim jual ubi je akak akan tampar mulut kecik dia tu ... bukan tampar kuat pun ... tampar manja2 je tapi dia akan nangis rajuk bila kena tampar kat mulut .. so setiap kali dia terjual ubi ... akak akan angkat tangan nak tampar mulut cute tu tapi sebelum akak slap dia , dia sendiri slap mulut jahat tu sambil nangis2 ... so cute .... mak yang nak marah ni pun tak jadi tengok dia buat macam tu .

Adik , jangan la selalu jual ubi , bukannya dapat $$$$$ pun .... kakak & abang ... jangan sebut ubi bila marah .. cuba tukar dengan keledek ke , pisang goreng ke ... tak ler sakit telinga mak dengaq hampa jual ubi hari-hari . Apa nak buat , mak depa ni pun dulu mulut jahat .. suka jual ubi jugak masa budak2 dulu .. so tak boleh nak salahkan anak-anak .... yang boleh kami buat , ajar depa cakap sopan .. even bila marah .

Wordless Wednesday : Memang depa takdak kerja

Tuesday, December 13, 2011

Time to take a break : zzzzzzz kejap

Masuk sini kejap ... dah nak termuntah mengadap module ... harap2 boleh masuk la apa yang dibaca . Mata biru ni pun dah pedih .... rasanya nak kena mengadap bantal kejap kot , hujan pun dah mula menyembah bumi ... nak pulak time ni bendera merah , so tak payah nak pikir2 time solat ke apa ... boleh bantai tidoq ikut suka hati ... malam ni berjaga sambung study . Siang2 ni banyak ganguan skit , bukan apa , budak2 ni buat bising , maklumlah rumah kami besaq kelemboi je .. akak terpaksa tarik meja sebuah masuk bilik .. letak tepi katil , ... baru la ada privacy sikit . Korang guna la PC besaq mak tu ... lappy ni mak punya sorang sampai Ahad .

Budak kecik Akim tu pun kakak-kakak dia tolong tengok-tengokan ... depa la bagi makan , depa la jugak buatkan susu . Abang misai pun faham yang otak akak tengah serabut .. so sehari dua ni makan lauk kedai je ... akak cuma masak nasik . Thanks korang semua kerana memahami .

Bila dok terbayang konvo tahun depan , akak berkobar-kobar nak habiskan exam kali ni ... Sem depan tinggal 1 paper je lagi .. itupun subjek minor je . Harapan nak dapat CGPA above 3.5 tu dah punah ... semakin dekat ke garisan penamat , semakin susah , semakin mencabar dan nampaknya tak tercapai dek akalku . Apa nak buat , itu je yang termampu . At least masih lagi ada angka 3 di depan tu .

Lusa paper " English for workplace communication " ... tak ler susah sangat compare to the other two . " Morphology , syntax and semantics " on Saturday and last paper will be on this Sunday " Teaching of Literature ".

Hope for the best ... moga dipermudahkan segalanya .



Semuanya bermula dari langkah yang satu


Salam pagi Selasa ,

Entah kenapa semalam terasa nak tukar kulit blog kami ke warna cerah ... selama ni kami setia dengan warna hitam ... takpa la kan , sekali sekala bertukar angin ... bagi mood baru .. macam tu jugak la hidup ni , perlu ada perubahan ..

Hari ni kami tak pi mana-mana memandangkan mak perlu study lagi untuk exam ... banyak yg nak difahamkan dan dihafal ... susah betul nak mengingat di usia tua ni ... alasannnnn.... nak seribu daya . tak nak seribu dalih .. betul tak ? so mak kena betul2 fokus . Anak-anak , sila beri kerjasama ... nanti habis semua penyiksaan ni , mak belanja korang makan .

" Be not afraid of greatness : some are born great , some achieve greatness , and some have greatness thrust open them "

Willam Shakespeare


Monday, December 12, 2011

Gembira melawat kawan-kawan di Zoo Taiping

Alhamdulillah kami dah selamat sampai ke KL setelah bercuti di kampung selama 2 minggu . Puas la kami bercuti kali ni ... tayar keta bergolek dari rumah Tok Som pukul 4.30 petang , tak sampai setengah jam hujan lebat pun turun ... kami dah plan awal2 lagi nak singgah kejap ke zoo Taiping . Anak-anak dah sedih bila ayah cakap lawatan ke zoo terpaksa dibatalkan sebab hujan .... mungkin berkat doa budak-budak ni kot , hujan berhenti bila kami sampai Taiping ... maka bermula pengembaraan melawat kawan-kawan kanak-kanak Ribena ni .

Budak kecik ni la yang paling seronok ... paling jakun bila masuk sini .. selalunya tengok kat tv pun dah ternganga inikan pulak dok depan mata .

So cute ..


Kalau boleh dia nak masuk pi tengok lebih dekat .



Kami dapat discount 30% untuk harga tiket sebab akak anak Perak ... RM42 je untuk sekeluarga ... mana nak dapat harga ni kalau masuk zoo negara . Kami bertolak balik ke KL lepas hampir 2 jam kami melawat zoo Taiping ... semua dah pakat letih ... nasib baik driver tak pancit jugak . Sampai rumah hampir pukul 1 pagi .... penatnya .

Tuesday, December 6, 2011

Photographer tak bertauliah


Akak baru nak berjinak-jinak ambik gambar pengantin ... so adik ipar akak jadi model untuk kali ni ... dulu ada juga ambik gambar adik2 kawin tapi masa tu guna D40x je . Gambar pun biasa-biasa je . Kali ni pun tak ler secantik gambar2 professional photographer . Banyak lagi yang akak perlu belajar ...bukan nak bisness pun , sekadar memenuhi minat je .


Kawan - kawan boleh la bagi komen .. akan diterima dengan hati yg terbuka ... belajar dari kelemahan ... lain kali boleh improve lagi .


Dek kerana kekangan masa , kami hanya dapat buat outdoor photoshoot pukul 6.30 petang .. tu pun dalam masa setangah jam je . Lokasi : berhampiran rumah pengantin perempuan berlatarbelakangkan bendang & landasan keretapi .







Tema coklat semasa majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki . View yang sangat cantik .. sawah padi nan menghijau tapi sekali lagi masa menjadi penghalang .. lagipun dekat sgt dgn rumah pengantin & ada orang lain tengok masa sesi photoshoot ni , so akak pun automatik jadi pemalu nak arah pengantin buat itu ini .

Bidan terjun ... khas buat adik abang misai


Dah lama tak update blog .. sejak balik kampung minggu lepas , busy benor ... or just buat-buat busy . Alhamdulillah wedding adik bongsu abang misai telah berlansung dengan lancar Sabtu lepas . Akak ditugaskan menyiapkan pelamin simple2 je . Pengantin tak sewa pelamin utk save budget , so kakak ipar dia yang perasan creative ni offer la diri tolong buatkan . Boleh la kan daripada tak ada .


So tadaaaaaa .... inilah hasilnya gambar2pengantin yang berlatarbelakangkan pelamin yg akak deco . Cantik tak ? .... Akak juga offerkan diri untuk jadi photographer for that day . Nanti akak upload lagi gambar2 pengantin yg kami ambik outdooor .

Pengantin on her Nikah day ... macam Diana Amir

Berbaju biru di hari kenduri sebelah pengantin perempuan.

Abang misai tolong pasangkan spotlight . kain bercorak classic untuk backdrop tu akak beli di kamdar , RM9.90 semeter . Banyak hiasan2 ni akak recycle guna yang adik akak kawin dulu . Cuma beli bunga untuk kiri dan kanan pelamin je . Anggaran belanja untuk pelamin ni tak sampai Rm200 pun .

Selamat pengantin baru buat Riniey & Hanif

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails