Wednesday, February 29, 2012

Kami terima sorang lagi ahli keluarga baru

Tahniah my brother , Ahmad Jasni & SIL , Fatimah . Ahad lepas kami terima sorang lagi ahli baru dalam keluarga besar kami ... SIL akak selamat melahirkan anak ke 4 di Hospital Parit Buntar . Baby lelaki seberat 3 kilo ... namanya maybe Ahmad Isa ... akak sangat terharu sebab my brother pilih nama 'Isa' sempena nama arwah abah . Baby baru ni adalah cucu Tok Som yang ke 17 . Cucu lelaki ke 10 .. sorang je lagi cukup untuk satu team bola ... boleh bayangkanlah bagaimana gamatnya rumah Tok Som bila semua balik berkumpul .

Tak sabar nak balik tengok . Buat masa ni umi baby Isa ni berpantang di rumah Tok Som sementara Tok Som masih belum berangkat ke tanah suci .

Tuesday, February 28, 2012

Susah kan kalau hati tak ceria ?

mixed emotions

Alhamdulillah sekarang ni beban keja dah berkurang skit .. buat masa ni la ... in future tak tau lagi . Meeting pun dah tak selalu . Dapat la duduk rumah lama skit . Tapi satu je tak berubah ... perasaan ni tak boleh nak menipu . Memang keja dah tak seseronok dulu . ... tapi tugas sebagai pendidik tetap berjalan seperti biasa .

Kan best kalau hati seronok berada di sekolah macam dulu ... kalau dulu cuti pun sanggup pi sekolah sebab suka punya pasal ... kali ni dah terbalik .. tak sabar menunggu cuti ... nak lari dari sekolah . Entah la ... keadaan sekarang yang membuatkan akak jadi macam ni . Rindu suasana yang mcam dulu ... riuh rendah bilik guru dek gelak ketawa cikgu2 .

Cuti sekolah minggu depan kami tetap nak balik kampung walaupun at that time mak pegi umrah . Biar la jiwa dan minda tenang di kampung . Entahlah ... susah nak crita ... story lebih2 karang lain pulak jadinya .

Budak ini sangatlah tidak friendly

Kalau tengok gambar-gambar budak ini , tentu orang susah nak percaya yang dia ni sangatlah tidak friendly . Akim ni dengan family memebers dia je dia akan terlebih friendly dan terlebih becok . kalau jumpa orang yang dia tak kenal ... jangan harap la dia nak senyum ... muka akan terus jadi masam dan tunduk je . Orang tanya pun dia takkan jawab .

Dia akan berkepit je dengan mak bila jumpa orang2 yang dia tak biasa ... bagus jugak macam ni ... senang nak manage bila ke rumah orang . Payah jugak kan kalau ada anak yg tak tau beza rumah orang dengan rumah sendiri .

....... love you so much ....

2 minggu lagi kena ke klinik sekali lagi ... sebelum ni berat Akim hanya 10 kilo ... harap2 naik la kali ni .. susah sungguh budak ni nak makan . Sangat memilih .

Monday, February 27, 2012

Makin sempit la rumah kami ni .

Dah dapat sofa baru ... nak kata baru tak boleh jugak sebab sofa ni display unit punya ... kami basuh dulu semua cover dia semalam ... entah sapa2 yang duduk sebelum ni . Takde la cantik sangat ... ok la bagi kami . Rega dia jugak boleh la tahan ... abang misai bagi akak limit setakat 2K je so jenuh la akak pilih punya pilih , belek punya belek .. last2 ambik yang ni ... ok ka ?

Tak dapat yang 3 + 2 ... yang kami berkenan ni cuma 2 + 2 seater . Yang corak lain ada .. tapi anak2 siap komen lagi ... " yang tu macam corak orang tua la mak " . 2+2 ni pun dah buat ruang tamu kami jadi bertambah sempit . Harap2 bila masuk rumah baru nanti boleh la lapang sikit bergerak .

Bila semua dok ditempat yang sama , dah tak boleh nak larang budak2 ni buat sofa ni tempat main depa ... larang pun buat sakit tekak je . Kalau boleh nak la ada ruang menonton yang asing dari ruang tamu , so tak la buruk sofa dilanyak oleh anak2 setiap hari ... tapi apakan daya , kami kena tengok rumah macam mana yg kami bakal duduk nanti . Kami terima seadanya .

Sini bukan katil ya ... dilarang sama sekali buat peta dunia di atas sofa . Sila tido kat bawah .

Sunday, February 26, 2012

Operasi mencari sofa baru

photo from google search

Hari ni kami buat operasi mencari sofa baru ... dah setahun lebih rumah kami takde sofa . Tetamu mai rumah terpaksa duduk bersila ... Akak pun dah tak kuasa nak beli sofa murah yang jangka hayatnya bertahan hanya setahun . Sejak tahun lepas lagi dah berkeras tak nak beli sofa lain ... nak Fella design jugak ... biar la kalah membeli tapi menang pakai . Abang misai pun dengan terpaksa rela kena la ikut kehendak bini dia yang degil ni ... dan kali ni akak yang kena keluaq ongkosnya .

* Nak tau kami berjaya ke tak sofa idaman hati ni ?... sila tunggu entry berikutnya .


Bersantai di Laman Santai

Semalam akak tak masak untuk dinner .. fridge pun dah kosong .. stok barang basah dah habis . Alhamdulillah Abang misai selamat sampai dari kampung jam 8 malam ... lepas Isyak kami keluar jalan-jalan cari makan ... untuk save budget akak cadangkan kami ke Laman Santai . Lagipun dah lama kami tak ke sana .

Kami makan nasi lemak , nasi goreng , tauhu bakar , rojak + jus buah ... tak sampai pun RM20.00 . Memang la save compare to makan di restaurant or gerai . Sambil2 tu boleh enjoy dengar orang menyanyi ... tapi semalam temanya muzik rock .. akak tak berapa nak layan sangat . Akim & Haikal suka la ...

Lepas kenyang , balik rumah terus zzzzzzzzzzz . Baik punya bela badan .

Misi yang tak berjaya


Malam Khamis abang misai balik kampung sorang2 naik bas ... misinya untuk mencari kontraktor yg sesuai untuk renovate homestay kami di kampung tu ... buat masa ni kami plan nak tambah wet kitchen di belakang dan porch di sebelah tepi ... nanti bila dah nak balik duduk sana porch tu akan kami jadikan ruang tamu yang baru pulak ... itu lah yang dirancangnya .

2 hari dia mencari 3/4 orang kontraktor .. ada yang ok tapi kosnya mahal sangat la pulak ... melebihi budget kami . Kontarktor Indon murah la cuma kualitinya belum tentu baik ... takut nak ambik risiko ... sebelum balik dia dapat contact sorang kontraktor ni .. tapi belum sempat bincang ... hopefully yang tu ok la . Kami nak dapatkan kontraktor segera sebab loan dah dapat dan permohonan utk renovate rumah pun dah diluluskan oleh MDK ... kalau simpan lama2 duit tu nanti ke lain la jadinya .

* tak sabarnya nak ada wet kitchen ...



Friday, February 24, 2012

Serupa tapi tak sama

23 Februari 2012 ( Khamis )

Kalau entry sebelum ni akak ada cerita tentang hari terakhir Cik Merah bersama kami , kali ni pulak entry tentang cik putih . Cik Putih selamat menjadi ahli keluarga kami semalam . Cik Putih tak banyak bezanya dengan Cik Merah ... dua2 dari family yang sama . Inilah yang kami mampu . Abang misai masih setia dengan Avanza .

Senang sungguh nak drive keta auto ni ... mula2 akak takut jugak nak drive ke sekolah ... lepas ambik keta semalam , abang misai ajak pusing Tasik Titiwangsa kejap . Sekali bawak je akak dah rasa confident . Then , apa lagi terus ke sekolah la jawabnya .

* takde pun niat nak menunjuk -nunjuk ya kawan2 .... cuma part of catatan diary kami .

Thursday, February 23, 2012

Selamat Tinggal Cik Merah , Jasamu tetap dikenang

Hari ni merupakan hari terakhir cik Merah bersama kami ... rasa sedih dan sayu sangat saat berpisah petang tadi . Cik Merah adalah kereta ke3 kami selepas Kancil dan Nissan Sentra . Abang misai pandai jaga keta ... so Cik Merah ni still nampak baru . Lepas ni dia kena jaga lebih lagi sebab Cik Merah akan diganti dengan Cik Putih pulak .

Jasa cik merah berkhidmat dengan kami selama 6 tahun tetap kekal dalam ingatan .
Moga Cik merah akan dapat owner baru yang lebih baik dari kami .

Tuesday, February 21, 2012

Wordless Wednesday : Jom solat


Art Attack with Akim Ali

Pagi ni mak takde meeting , so ada la masa lebih sikit nak settlekan keja rumah ... membasuh kain baju sampai penuh penyidai belakang ... maknya sibuk di balcony belakang , anaknya pun tak kurang sibuknya ... apa lagi kalau kalau tak sibuk membuat sepah di ruang tamu . Hari ni dia bukan saja buat sepah tapi dia juga buat aktiviti art attack . Jumpa tang mana tah permanent market pen ... tak cukup lantai , dinding , muka pun dia lukis . Jenuh mak menonyoh muka Akim tadi .

Buat muka kesian ... tak bersalah la konon .

Monday, February 20, 2012

Kuch Kuch Hota Hai ... to my heart


Bila ada je meeting , mula la rasa malas nak pi sekolah ... buku latihan pun belum habis bertanda .. buat penat je gendong balik rumah . Semalam buat apa entah ... rehat je kot . Ya la kan .. hari Ahad je kan nak rehat lebih . Hari ni akak cuma masak nasik ... kejap lagi abang misai beli lauk tunjuk je .

Hati dah mula gundah gulana sebab nak kena tinggal sebulan lebih ... abang misai akan terlibat dengan temuduga polis ( konstabel ) ... kena pi negeri mana tak tau lagi . Harap2 jangan la Sabah / Sarawak . Kalau pi arah utara sana maybe boleh jugak jumpa . Dulu dia pernah buat recruiting di Kedah .

Sapa tak sayang laki ... sedangkan nak berpisah sehari pun rindu-rinduan , inikan pulak sampai sebulan .. maunya demam kami anak beranak .

Sunday, February 19, 2012

Rumah sapa lebih hebat ?

Kalau a few days back Makcik Rehan buat entry tentang rumah dia yang berserabut , maka hari ni kami nak buat entry tentang rumah kami pulak . Cuba hampa compare , rumah sapa lagi hebat ? ... rasanya rumah kami kot .. sebab rumah kami ada 5 orang tukang buat semak yang diketuai oleh budak yang paling kecik sekali dalam rumah ni . Kadang2 baby tua tu pun tokok tambah buat semak jugak .

Satu hari dah terkira berapa kali akak kena mengemas .. menyapu kalau tak lebih dari 3 kali memang tak sah . Akak simpan , depa bawak keluaq balik barang2 . Bila dah malas tu akak biaq je la ... dah petang or malam baru akak mengemas .... kalau abang misai berletiaq , akak suruh dia kemas sendiri .

Rumah besaq kelemboi ni makin hari makin sempit buat kami ber7 . Dah tak tau nak letak mana barang2 . Ruang tamu ni la tempat tengok tv , tempat makan , tempat main dan tempat anak-anak tidoq . Tu cara tak dak sofa ... kalau ada sofa kalu , nak lalu pun tak boleh .

Budak kecik tu la kepala tukang buat sepah ... dia suka bawak keluaq segala mak nenek letak kat ruang tamu ... sebab tu la kami tak alu-alukan tetamu mai rumah kami ... kalau nak mai jugak , jangan la hampa terjah ikut suka hati ... kena call bagitau dulu , at least 2 jam lebih awai so kami boleh buat spring cleaning .

Ini baru gambar di ruang tamu , kalau hampa tengok bilik tidoq kami , maunya hampa mengucap panjang ... ada gunung everest youuu . Ni yang buat akak tak sabaq nak pindah masuk rumah baru ... harap2 cepat la dapat kunci .

* entry ni ditulis sambil menonton cerita 'cun' sebab tu keluaq habih slang utara .

Duduk diam-diam ... poket dah kering


Lambat sunguh nak gaji ... dah pokai ni ... time-time poket kering ni kena duduk diam la jawabnya . teringin nak buat itu ini .. teringin nak masak itu ini tapi takdak fulus nak membeli dan belah ... kalau nak memborong guna kad memang la boleh cuma nanti bulan depan sure ketaq tangan nak membayaq ... sila haribulan kena ikat perut sekali lagi .

Kesian anak balik dari asrama pun mak tak mampu nak masak special ... cuma masak biasa2 je . Itu la bahananya bila gaji terlampau awal .. ditambah pulak buat aktitiviti jalan-jalan makan angin tak kena pada masanya .

Aktiviti masak memasak agak limited di bulan Februari ni . Ditambah pulak dengan keja sekolah yang tak putus2 ... terus terang akak cakap akak memang agak stress . Keja dari Isnin hingga Jumaat ... mesyuarat dalam satu minggu kurang2 dua kali ... Rabu ada aktiviti kokurikulum ... Jumaat je boleh pegi lambat skit ... Sabtu ada kelas tambahan tahun 6 ... Ahad ke tutorial OUM . Bila di rumah kalau ikutkan hati nak rehat je ... nak tidoq puas2 ... hari minggu je boleh tidoq lebih skit ... hari sekolah jangan harap la . Selesai Subuh je dah mula buat keja ... sampai la malam . Itu belum masuk dikerjakan lagi :)

Minggu depan akak duty .. bakal double penat ... kalau mampu memang akak nak berhenti je keja . Duduk rumah jaga anak-anak ... boleh beramal ibadat ... lately nak mengaji pun tak terbuat ... tak larat , takdak masa .. itulah yang selalu jadi alasan .

* merungut pun tak guna ... cuma hati je lega sikit bila yang terbuku dalam hati diluahkan . nak baca tak nak baca terpulanglah ... nak nilai macam mana pun terpulanglah ... inikan blog kami .


Saturday, February 18, 2012

Anak-anak Cikgu Yanti

Semalam ada sambutan Maulidur Rasul di sekolah ... pelajar boleh pakai baju kurung dan Baju Melayu . Apa lagi budak2 ni melaram la mengalahkan cikgu . Ni anak-anak dan kelas yang akak pegang ... tahun 5 ada 2 kelas je ... dan Kak Yan ni guru kelas 5B .

Bukan senang nak mengajar murid-murid dari kategori average ni ... kelas kak Yan ni 16 orang je muridnya .. 5 pompuan dan 11 lelaki ... majoriti muridnya Melayu ... ada juga anak Indonesia dan sorang Kadazan .

Tersentuh bila depa cakap ... best la teacher Yanti jadi guru kelas kita ... budak2 ni nak perhatian sebenarnya ... depa ni group pelajar yg lemah dalam pelajaran . Teacher pun suka dapat korang as my students ... well behave . Keja yg teacher bagi semua siap ... doa teacher semoga korang dapat lulus dalam semua subjek dengan cemerlang.

Dah lebih 13 tahun tak pegang kelas ... this year akak request nak jadi guru kelas .. kalau boleh akak tak nak jadi guru data lagi tapi apa akak boleh buat ... hamba yang menurut perintah .

Friday, February 17, 2012

Bersabarlah duhai hati


Sampai mana boleh bersabar ... entahlah . Kenapa jiwa kacau lagi ni ? ... susah nak cakap di sini . Kalau dulu jiwa kacau jugak .. tapi telah telerai segala kekusutan ... hati pun dah kembali aman damai ... tup-tup sekarang ni jiwa tak tentu hala balik ... macam-macam perasaan ada .. geram bercampur marah . Takutnya diri bakal meletop sekali lagi .

Sabarlah wahai hati ... moga segala urusan dipermudahkan olehnya ... kalau dah tak tahan sangat , bulan 4 nanti maybe akak bakal buat keputusan yg mungkin akan memeranjatkan sesetengah pihak . Kita tunggu dan lihat dulu la .. setakat mana hati ni mampu bersabar .

Hidup tidak selalunya indah.

Rindu

Rindu nak pegang DSLR tu ... nak pegang saja memang bila2 masa pun boleh cuma rindu nak mengambik gambar . Dah lama tak bawak kamera tu ke sekolah ... bukan apa akak tak nak biasakan bawak selalu , nanti dpt tugas camerawomen tetap dan berpencen ... dulu D40x tu dah jadi macam harta sekolah ... akak dah serik . Kadang2 bila ketagih tu akak bawak jugak .. akak harap mereka yg berkenaan faham yang akak beli those DSLR dengan duit sendiri ... kalau rosak or nak kena tukar shutter , sekolah sikit pun tak bagi sumbangan .

Rindu jugak nak buat outdoor photoshoot dengan anak-anak ... weekend ni kami berdua sibuk la pulak ... tengok la macam mana nanti ... kadang2 tu bila dah plan elok2 tak menjadi la pulak .. dan benda yg kita tak plan pulak tetiba jadi .


Thursday, February 16, 2012

Bantal sudah memanggil-manggil


Letih tahap gaban ... Tak mampu nak buat entry panjang-panjang malam ni ... mata dah mengantuk sangat . Malam ni tak payah tunggu Isyak.. cuti .... so boleh zzzzzzz terus tapi kesian pulak ke Akim ni .. dia ajak mak layan tengok tv sambil baring sebelah dia . Ayah pegi surau malam ni . So selagi ayah tak balik , mak pun tak boleh tido .. nanti ayah balik baru dia take over layan anak-anak .

chow dulu ... mau cari bantal ..... zzzzzzzzzzzz selamat malam


Berita baik dan berita tak baik


Yang mana nak dikongsi dulu ni ? tentulah yang baik kan ... berita baiknya ialah kami bakal berpindah ke rumah baru ... berpindah rumah je bukan tempat keja ... flat baru ni pun masih dalah kawasan yang sama .. hanya 200m dari flat tempat kami tinggal sekarang ... yang bestnya itu flat baru .. ada 3 bilik .. rumah skrg ni 2 bilik je .. bayangkanlah macam mana padatnya kami ber7 dalam rumah ni ... sebab tu akak jarang tepek gambar rumah kami ... dah macam tongkang pecah ... dah takde tempat nak letak barang2. Bila kami nak ke rumah baru ? ... belum tentu lagi tarikhnya cuma abg misai cakap nama dia memang ada dalam senarai ... Alhamdulillah .

Berita tak baiknya pulak , abg misai nak kena outstation for more than a month ... stressnya nenek . Bila dia bagitaupun akak dah bergenang ayaq mata ... kalau skrg ni pun akak selalu pancit bila balik keja ... terpaksa minta bantuan abg misai uruskan anak2 . Kalau dia takde nanti sure akak bertambah stress & double penat . Dah tentu mati kutu bila my other half takde nanti .

Wednesday, February 15, 2012

Dulu lain sekarang lain




Kalau boleh tak nak la buat entry yang berunsur meroyan ... memang ja jiwa agak kacau lately . Stress jugak dengan keja yang tak putus - putus . Assignment masih belum bersentuh ... keseronokan ke sekolah dah tak macam dulu ... harap2 keadaan ni tak berlarutan . Jangan salah faham ya .. akak suka jadi cikgu , suka mengajar cuma keadaan yang buat mood akak merudum .

Nak update blog sekolah pun akak takde mood . Kalau dulu hati senang , tak payah orang suruh , akak akan buat dengan sukarela .


Lebih baik cerita tentang anak-anak kan ? ... lately anak-anak tak banyak buat perangai ... masing2 macam faham je mak depa tengah stress .. mak depa penat . Syukur sangat2 bila balik rumah takde orang kasi tambah lagi stress ... cuma Akim je .. kadang2 rajuk dan nangis bila mak tak layan dia . Kesian baby mak ...

Rindu jugak nak buat outdoor photoshoot ... dah lama tak ambik gambar anak2 . Asyik tepek gambar budak Akim tu je .

Meluahkan rasa ... bukan merungut .. sama ke ?

Over exhausted ... tersangat la penat bila balik dari sekolah . Hari2 merungut penat .. tapi balik rumah kalau abang misai minta tolong masakkan for dinner , akak akan tetap masak ... nasib baik la abg misai pun tak merungut sama bila bini dia tidoq awal . Alhamdulillah dia faham .. bila sekolah petang memang macam ni . Keja dari buka mata sampai la tutup mata .

Sejak sekolah buka tahun 2012 ni . Hari2 pegi sekolah awal kecuali hari Jumaat ... meeting.. meeting .. meeting . Alang2 dah meeting hari Isnin hingga Khamis , apa kata kita sambung meeting hingga hari Jumaat terus . Kita ni kan hebat .. sekolah kan lebih penting dari rumahtangga .. tak payah peduli anak2 kecik kita yg nangis bila mak depa pi sekolah awal ... bila mak depa sibuk depan pc mengadap keja sekolah yang dibawak balik rumah.

Merungut pun tak guna ... bukan akak tak suka dengan keja ni .. jadi cikgu ni la tugas yg paling sesuai dengan jiwa akak ... akak suka mengajar , tapi akak tak suka jadi cikgu dan kerani at the same time .. kadang2 buat keja kerani tu lebih dari tugas utama .. kalau nak jadi kerani lebih baik akak apply jadi kerani je dari dulu .

Ada keja yang boleh dipermudahkan ... Meeting saja pun kalau keja tak jalan tak guna jugak . memang ada orang yang suka berumahtangga di sekolah ... itu hak depa .. tapi akak rasa ramai yang dalam dilema yang sama kerana .............................



Tuesday, February 14, 2012

Atim Ali

Budak ni bahasakan diri dia Atim .. bukannya Akim . "Atim nak itu .. Atim nak ini ... " . Mak Atim sangat busy ... sampai Atim pun terabai ... Atim kena main sendiri ... nasib baik PC mak di ruang tamu ... mak still nampak Atim main sorang2 time abang dan kakak ke sekolah agama .

Atim budak sangat baik ...

* entry yg sangat pendek sebab mak Atim sangat busy ... busy ke ? tak habis-habis busy.

Monday, February 13, 2012

BFF

Friendship is the kind of love
that never can grow old.
Warm and cozy it will stay
when other things are cold.
Friendship is a love so true
it won't be denied,
Because a friend will always be
there close by your side.
Boyfriends and lovers come and go
in this game of life we play,
But a true friend, no matter what,
in your heart will always stay.


Last week , kak Yan berkesempatan bertemu dengan kawan-kawan lama di majlis kahwin salah sorang ex-student yang jugak anak kepada bekas cikgu skpt2 . Kami terpisah bila masing2 pakat naik pangkat or bertukar ke sekolah lain . Tinggal la akak dan beberapa kerat je lain yang masih setia di situ . Walaupun kami ni dah masuk ketegori senior tapi hati tetap muda ceria .

Teman baik tak sihat


Selain D40x dan D90 tu , PC putih ni jugak is my best friend at home .. Bila tuan ada di rumah PC ni sentiasa on unless tuan dia tengah buat taik mata .

Dah seminggu PC akak ni asyik buat hal je ... susah nak start , kadang2 hang ... 2/3 kali on baru ok ... umur dia pun dah masuk tahun ke 3 .. biasa la kan . Nak minta tukaq baru la tu . Tapi selagi boleh guna , akan digunakan sepenuhnya cik putih ni .

Sekarang ni dalam proses copy semua gambaq2 yg ada dlm pc ke CD dan nak delete lps tu .. mungkin memory dah berat sangat kot , tu yang dia meragam . Kalau buat dari dulu kan senang .. ni dah terkumpul banyak .. jenuh nak menunggu . Takpe .. biar lambat asalkan selamat . Yang paling penting gambar anak2 dan kaum kerabatku . Gambar sekolah tahun 2011 akak terdelete dan tak dapat nak restore balik .. check di recycle bin pun takde ... nasib la .

Lepas ni tak nak simpan gambar banyak2 dalam PC lagi .. lepas transfer dari camera nak kena terus burn ke CD . Kesian cik putih .

Saturday, February 11, 2012

Bukan lagi baby emak ..

Dulu dia baby kecik kesayangan semua dalam rumah kami ... suka sangat bila mak peluk cium dia . Ke hulu ke hilir mak bawak dia ... teman setia mak bila ke mana2 . Tidur pun di bawah ketiak mak . Tak suka sangat duduk dengan kakak2 dan abang .. asyik nak berkepit dengan mak or ayah .

sekarang ni , masa dia banyak dengan kakak dan abang ... dah tak melekat dengan mak ... asyik main je ... explore itu ini ... memang lega skit mak nak buat keja ... tidur malam pun dengan kakak or abang ..... mak really miss my little sweetheart .


Kini dia bukan lagi baby kecik mak .... tapi he is now my handsome boy .
Dah jadi budak besar .

Dah tak suka dicium-cium ... setiap kali mak nak cium , dia akan cakap ' tak nak '.. tapi mak tetap tangkap dan gomol2 dia . Dia dah pandai 'bebal' bila apa yang dia nak tak dapat , ikut perangai buruk sapa tah ? kalau dah merajuk tu memang susah nak pujuk .

Apakah ini petanda mak nak kena ada baby baru .... oh tidakkkkkkkkk






Friday, February 10, 2012

Alamak ! ... Bloglist hilang lagi ...


Bloglist hilang lagi bila tangan ni gatai nak tukar blog background ... terpaksa la mengodek sana-sini mencari url blog2 yang akak selalu skodeng selama ni ...... pelan2 add semula .. kalau boleh kawan2 yg selalu singgah sini .. sila tinggalkan komen supaya akak senang nak trace balik blog korang ..

Sekian .. harap maklum

* busy skit hari ni ...
tak habis2 denga busy kan ?

Thursday, February 9, 2012

Over exhausted


Cuti 4 hari memang sangat best .. dapat rehatkan minda , dapat rehatkan badan .. tapi bila sekolah buka semula semalam ... ahhhhhhhhhhhh penatnya .. over exhausted ... pi sekolah dari pukul 8 pagi .. ada aktiviti ko-kurikulum sampai pukul 12 .. then sambung pulak mengajar di sebelah petang .. sampai rumah pukul 7 malam .... lepas Magrib je dah tak larat nak menguit ( gerak) ... sakit satu badan ... tumit dah berdenyut . Lepas Isyak je terus zzzzzzzzzzzz .. anak ke mana , tok laki pun ke mana .. semua akak tak peduli .. pandai2 la depa layan diri sendiri .

Hari ni pun kena pi awal .. kejap lagi ada meeting ... meeting .. meeting .. meeting .


Monday, February 6, 2012

Semester Baru : Assignment terakhir


Last Saturday , akak attended my 1st tutorial for the last semester . The subject for this sem is quite easy .. Seni dalam pendidikan ... semua orang kata senang .. tapi senang2 pun mesti kena pulun jugak to make sure mesti score A for this last one . Soalan assignment pun dah keluar ... rasanya tak ler mencabar sangat .. nak kena start cari bahan . Bersemangat pulak nak buat yang terbaik .. lagipun hanya 1 subjek je kali ni .

Rasa kejap je dah sampai ke penghujung perjuangan .. pejam celik , pejam celik dah hampir 4 tahun akak bergelar student tua . Satu title yang pada mulanya akak tak percaya boleh buat ..tapi Alhamdulllah segala dugaan dapat akak tempuh dengan sebaiknya ... adakala turun , adakala menaik ... maksud akak gred bagi setiap semester la ... apapun akak hanya mampu dapat 2 je sijil dekan .. harap2 semester terakhir ni boleh la dapat lagi satu .

Tak sabar nak grad ... tak sabar nak pegang segulung ijazah ... kalau ikutkan dah lama akak boleh ... dulu lepas kawin dah penah ambik borang ... tapi nak buat macam mana kena ikut kata bos .. kalau dia tak izin , akak tak boleh nak kata apa . Biar la lambat dari takde langsung .. dah tanya ke dia , boleh tak nak sambung terus buat master ... takde respon dari abang misai .. dah tau la tu .. tak boleh la jawabnya ... mungkin tak boleh buat masa ni , tapi in future mana tau akan terbuka hati dia untuk bagi green light . Biar la lambat skit .. takpa ..janji dapat restu dari dia . Lagipun akak rasa akak nak stop kejap .. nak rest dulu otak ni .

Sunday, February 5, 2012

Biar papa asal bergaya ... tapi masih ukur baju di badan sendiri

photo from internet

Permohonan kami untuk renovate rumah di kampung tu dah lulus ... maka dengan itu jugak la selepas ni akak kena lebih berjimat ... nak buat loan kerajaan akak tak layak lagi sebab rumah tu baru 1 tahun jadi hak milik . 5 tahun baru layak untuk buat permohonan untuk ubahsuai rumah . Abang misai tak nak tunggu ... lama sangat katanya .

Kira punya kita .. tolak itu , tolak ini ... dah kena buat budget bulanan yang baru ... masih ada skit baki untuk akak bernafas ... dan orang itu jugak dah arahkan akak menabung di Tabung Haji .. elaun bulanan untuk akak , dia akan terus masuk ke situ . memang dia tak percaya dengan akak .. kalau bagi ke tangan , sure habis punya .

Tapi apapun yang kami rancang , semuanya ikut kemampuan dengan gaji kami yang tak seberapa ni . Tak mampu la nak bermewah macam orang lain . Tetap bersyukur dengan apa yang ada ... bersyukur dengan nikmat lain yang Allah bagi . Ada lagi insan2 yang lebih kurang bernasib baik .




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails