Thursday, May 31, 2012

Family Breakaway ( P2) : Snorkeling


Banyak nak dicerita tentang percutian kami ke perhentian ...cuma masalahnya bila guna lappy kecik ni segala-galanya jadi lembab dan membantutkan usaha akak nak buat entry . Entry kali ni tentang aktiviti bersnorkeling kami sepanjang 3 hari di sana ... we were so lucky sebab BIL akak ada underwater camera so dapat la kami rakamkan saat -saat seronoknya kami bertemu makluk Allah yang sangat indah di dasar laut .

Abang misai dikerumuni peminat hingga tak nampak muka .

Cukup menakjubkan 

Ibu , ayah dan anak ... Meen je yang berani turun di semua tempat untuk bersnorkeling .. anak-anak yang lain turun tempat2 yang cetek je . Rugi tau kalau duduk atas bot saja . 4 tempat yang kami singgah adalah 3 Ruan , Turtle beach , coral garden dan shark point .

Antara takut dan berani ... tapi bila dah hantu air ni , jumpa pulak ikan2 yang cantik ni .. terus hilang takut ... cuma di shark point akak tak berani lama2 di dalam air sebab arus agak kuat ..menyeramkan dan takut jugak kalau jumpa encik shark .. abang misai memang kena ikut dengan shark tapi dia steady je . Kalau akak , maunya panik.


permandangan di 3 Ruan 

tak puas ...balik rumah dok teringat-ingat ... abang misai asyik cakap nak pegi lagi next time.

kami and the fish.

Family Breakaway ( Part 1 )


Baru sampai ... muka pun masih cerah-cerah lagi

Time nak balik ...semua dah tan

Kami sekarang di kampung selepas balik dari bercuti bersama - sama keluarga Tok Som di Pulau Perhentian selama 3 hari ... nanti free akak buat entry tentang percutian kami yang sangat best ni ... Special Thanks to my sisters .. Ina & Pidah and to my BIL Muhd Nur Iman for sponsoring us this great vacation .

Friday, May 25, 2012

Akim demam .... macam mana nak jalan-jalan ni ?


Mak dan anak sama excited

Kami ni jarang dapat bercuti .... jadual abg misai tak menentu ... kadang2 bila dah appy cuti untuk makan angin , terpaksa cancel last minit sebab cuti beku la .. itu la , ini la ... so bila dah dapat peluang bercuti beramai-ramai ni semua dah excited ... anak-anak dok mengira hari ... sekarang ni dok menghitung jam nak bertolak ke destinasi yang kami adik beradik dah rancang sejak hujung tahun lepas lagi .

Checklist :

1.  Pakaian  - siap
2.  Stok makanan  - belum cukup
3.  Baju mandi      - siap
4.  T-shirt hijau     - siap
5.  Snorkeling gear - siap
6.  Sunsblock         - dah beli
7.  duit ?                - ada
8.  DSLR               - siap

Apa lagi ya ?

Tak sabar nak bercuti .... rehatkan minda



Diharap hari ni lebih ceria dari semalam .... ini hari terakhir kami di sekolah petang bagi tahun 2012 ... semester yang amat padat .... habis cuti sekolah ni kami akan ke sesi pagi pulak .... sekolah sesi petang memang sangat memenatkan bagi seorang ibu mcm akak ni ... bukak saja mata keja..keja..keja . Balik sekolah sebelah petang dah pancit ... nak layan anak-anak pun dah tak larat .




Malam ni kami akan bergerak balik ke kampung .... budak Akim tu dah siap bernyanyi2 nak balik kampung bila nampak mak dia packing dan letak bag besar atas katil . Cuti kali ni lebih bermakna sebab kami akan ke sebuah pulau beramai-ramai . Family day anak cucu Tok Som . Harap segala urusan kami dipermudahkanNya .


Thursday, May 24, 2012

You Jump I Jump



One for all and all for one 

Berani kerana benar , takut kerana salah ... fighting! fighting!

They complete me



Time mak sibuk dengan keja - keja sekolah yang tak pernah putus .. anak-anak mak pun sibuk buat hal masing-masing . Sangat lega bila ada abang tolong layan adik .... so adik pun tak ganggu dan datang menempek dekat emak .


love to see them like this 

Wednesday, May 23, 2012

The new house ...

 
The enterance

the kitchen


wardrobe di bilik utama

bilik emak & ayah

Bilik anak dara

The toilets

InsyaAllah awal bulan June dah boleh masuk .... dah boleh sambung packing barang-barang ... ada sesetangah tu terpaksa disedekahkan je kepada yang nak .. rasanya tak nak bawak ke rumah baru ...

The new view ....

 
View dari tingkat 13 .... rumah kami nanti di tingkat 8 so terlindung la dengan blok 10 tingkat tu . Hanya nampak padang bola la . Tapi time ada bunga api nanti  , boleh la naik ke tingkat 13 . 


Sorry gambar tak berapa cun .. guna hp cap ayam je .. malu nak bawak kamera gedabak tu .

Dari tingkat 13 , nampak sekolah kami .


 nanti dah masuk rumah , kami tepek gambar view dari tingkat 8 pula.


Mood bercuti sudah mari .. nak hilangkan segala stress

photo from Google search ..TQ

Hari ni mood tak berapa nak elok juga ... kenapa ? rasanya tak payah dicerita secara detail kat sini . takut mengeruhkan keadaan yang dah sedia keruh .

Dah tak sabar nak bercuti .... tinggal lagi 3 hari  ... cuti kali ni akak tak ambik kelas tambahan ... kami pun ada life lain jugak . Tak suka tau bila orang main paksa2 ... dulu takde la macam ni ... kami suka rela je buat kelas tambahan ... sapa2 yng dah ada plan dikecualikan sebab kami sama2 faham .. 'maybe hari ni hari korang , next time maybe hari kami pula'... tapi bila dah dipaksa2 ni semua keja tak jadi ikhlas .



Tuesday, May 22, 2012

Kunci dah dapat .


Walaupun hari ni dimulakan dengan mood tak baik tapi ada jugak cerita mengembirakan untuk hari ni . Hari ni jugak la katanya kami akan dapat kunci untuk rumah baru yang jauhnya hanya sekangkang kera dari tempat tinggal kami sekarang . Flat baru 13 tingkat dan kalau sekarang ni kami tinggal di tingkat 4 , bulan depan kami akan naik ke tingkat 8 pulak . Tak dapat bayangkan kalau lift rosak ... menangis akak nak menapak naik tangga . 

Sedih pun ada nak meninggalkan rumah sekarang ni ... banyak kenangan suka duka sepanjang hampir 16 tahun kami di sini . Takde lagi view yang cantik mengadap KLCC dan KL tower ... view di tempat baru hanya padang bola. Rumah baru nanti lebih besaq , lebih selesa untuk kami 7 beranak . 

Katanya walaupun kunci dah dapat , kami still tak boleh pindah masuk barang sehingga 31 Mei . Awal bulan depan baru boleh start mengangkut barang . Tak pe lah , lagipun kami nak balik bercuti seminggu di kampung ... homestay kami pun nak kena cuci ... baru selesai renovation . Entah tebal mana la habuk kali ni . 

Sunday, May 20, 2012

Berpuasa bertiga

Semalam selepas habis tengok bola , akak keluar dating dengan abang misai lagi ... dan sekali lagi jugak terpaksa bawak sekali budak kecik tu . Akim tidur petang lama sangat ,so malam pun mata macam burung hantu ... tapi tak lama mata burung hantu tu ... naik motor tak sampai setengah jam dah terlentok .. aktiviti jalan - jalan cari makan diteruskan jugak . Mula2 kami ronda area Wangsa Maju ... last2 kami ke restoran jus buah gelas besaq di Keramat tu ... akak pekena kuey teow tong yam yang sangat pedas ... abang misai pulak order nasi goreng kampung . Pukul 12.30 baru kami balik .. sebelum tu kami tapau burger untuk buat makan sahur .

Hari ni akak dan Nisha puasa ganti ... abang misai pun join sekali ... dia yang tak tinggal puasa ni memang rajin puasa , tak kira hari , kalau dia rasa nak puasa , dia puasa ... akak jugak yang banyak alasan nak ganti puasa ... panas la , keja sekolah banyak la ..dan macam2 lagi . Bila dah puasa tu maka dengan autumatiknya mood pun jadi malas. Asyik nak berbaring je .

Menu untuk berbuka hari ni Cencaru sumbat dan kari daging .. itu aja ... takde sayur pun ... cukup la .. kami ni bukannya cerewet sangat .. ada satu lauk berkuah pun jadi la. Ada lagi 6 hari untuk ganti puasa ... cuti sekolah nanti harap dapat sambung pulak . Hari sekolah susah sikit .. alasan yang skema ... cuaca panas , kami sekolah petang ... cepat dahaga . Nanti semester 2 dah masuk ke sesi pagi , boleh la puasa .




Gambar yang hampir basi : Hari Guru 2012

 Gambar-gambar yang akak ambil masa hari guru minggu lepas ... akak dah buat entry di blog sekolah . Tak perasan pulak yg akak belum tepek di blog sendiri .. so layan je lah gambar-gambar sambutan Hari Guru tahun ni . Walaupun serba sederhana tapi tetap meriah .

 Selalunya murid yang naik pentas ... hari tersebut cikgu cikgi pulak yang kena naik pentas buat persembahan .








Saturday, May 19, 2012

Ladies Night

 
Anak-anak dara tolong belitkan tudung mak depa ala-ala Najwa Latip. Dah lama sungguh akak tinggalkan pesen tudung belit2 ni . Dulu masa anak sorang ada la pakai macam ni , tapi sejak dah beranak pinak tak sempat nak melilit bagai .. semua nak cepat dan simple .



Malam semalam akak attend satu majlis di dalam kawasan tempat akak tinggal ni . 'Ladies night' ni khas untuk staf wanita dan isteri2 polis anjuran Perkep . Wajib hadir kalau tak suami kena double kawad kalau takde reason kukuh . First time akak attend majlis anjuran Perkep . Kalau ikutkan hati maunya akak duduk rumah je ... balik sekolah dah pukul 7 malam .. then, bergegas siap nak pi dinner lagi .. esok paginya akak ada in-house training ... kena bagi kursus dalaman kpd rakan sekerja ... memang sangat penat .


Penuh dewan dengan warna merah hitam ... akak pakai jubah je . Tak kuasa nak beli baju baru ... poket pun dah hampir kering menunggu gaji . Akak tak tunggu sampai ke penghujung ... kena balik nak prepare bahan untuk LDP .

>

Aktiviti wajib .... poco-poco .... tapi sangat tidak sesuai dengan jiwa akak . Abang misai pun tak berapa berkenan . Apapun akak suka join majlis semalam sebab dapat jumpa kawan2 .

Kawan - kawan dah masuk sem baru .. dah mula busy semula


Rasa janggal sungguh sem ni dah tak payah pegi tutorial , dah tak payah mengadap assignment . Dah tak perlu lagi study bagai nak rak ... dah tak stress tahap meroyan menghadap semua ni ... tapi ni semua tak bermakna akak dah stress free .... bila dah habis belajar ni lain pulak cerita dia ... keja sekolah makin bertambah , maklumlah , kita dah bebas dari tugas sebagai student tua .

Cuma sekarang ni ada life la sikit ... boleh nak plan banyak perkara tanpa rasa terganggu dengan kuliah dan exam . Tak sabar tunggu result terakhir keluar ... InsyaAllah kami akan konvo awal Disember nanti . Perancangan selepas itu .... tengok keadaan bah . Abang misai rasanya nak akak rehat dulu jadi student tua .... rehat selamanya atau sementara waktu akak sendiri pun tak boleh nak cakap . Semuanya tengok keadaan in future .

Apapun ... akak bersyukur sangat berjaya mengharungi segala dugaan yang mendatang sepanjang akak belajar .


Friday, May 18, 2012

Terima kasih bagi cikgu hadiah


Terima kasih buat anak-anak murid bagi akak hadiah sempena Hari Guru ... tapi tiada hadiah yang lebih berharga buat cikgu selain kejayaan korang dalam pelajaran dan hidup . 

Sampai je rumah bukannya cikgunya yang excited nak bukak hadiah tapi anak-anak cikgu pulak yang terlebih2 excited . 

Thursday, May 17, 2012

Bilik untuk berkarya .. terima kasih pihak pentadbir

  

Hari ni nak buat entry tentang aktiviti akak di sekolah la pulak . Sejak dari minggu lepas , akak diberikan oleh pihak pentadbir untuk menyelaras bilik seni yang baru . Dah lama benar akak minta pada pentadbir untuk adakan satu bilik seni ... bukan apa , kalau ada bilik khas untuk Pend.Seni Visual , senang la anak2 ni nak belajar ... kalau buat di kelas susah sikit , susah bagi murid , apatah lagi bagi cikgu2 seni nak angkut BBM , alatan dan media bawak ke kelas . 

Dah lama juga pentadbir sekolah kami mohon 1 bilik untuk dijadikan bilik seni pada sekolah yang ditumpang ... jawapannya hampa ... kebetulan bilik yang akak guna skrg ni , cikgunya ditugaskan menyelaras bilik lain .... so dapat la akak bilik ni ... Syukur Alhamdulillah . InsyaAllah akak akan cuba gunakan sebaik mungkin peluang yang diberi ni . Bilik ni sangat sesuai utk bilik seni ... cuma buat masa ni belum ada sinki , so murid2 terpaksa basuh alatan di paip di luar kelas . 


Lihatlah anak teruna akak ni ....nampak gayanya ada mewarisi tangan mak dia ... apa yang diwarisi dari ayah ? ... ada .. mulut yang muncung time pulun buat keja tu . Hari ni aktiviti seni Tahun 2 adalah resis dengan bertemakan lukisan bunga raya . Mulanya takut jugak nak bagi budak2 Tahun 2 ni guna water color ... Alhamdulillah semuanya ok .. hanya sorang dua je yg tak cermat ... yg lainya masih bersih bajunya bila aktiviti mewarna selesai ... termasuklah anak teruna akak tu .. terlupa nak bawak apron .

Objektif pengajaran hari ni tercapai .


Bilik seni akak belum selesai dideko-deko lagi ... nanti dah cantik akak tunjuk kat korang .. sekarang ni akak dok busy mengecat semula bilik ni ... cat warna putih je ... sebab akak nak bilik ni nampak luas dan cerah . InsyaAllah bilik ni boleh beroperasi sepenuhnya lepas cuti semester nanti .

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU .... Hari kita





Hari ini adalah hari kita ... 
walaupun zahirnya banyak menceceh ,
banyak merungut sebab letih mengadap keja yang tak putus - putus ,
kadang kala stress berdepan dengan perangai manusia .... 
jauh di sudut hati aku bangga jadi seorang guru 
dapat curahkan bakti pada anak bangsa .

SELAMAT HARI GURU KAWAN-KAWAN



Tuesday, May 15, 2012

Senyap ada makna ..

Dah berapa hari ya akak tak masuk buat entry kat sini ? Rasa lama sungguh . Agak busy + malas = blog terbengkalai .

Hujung miggu kami agak busy .. Sabtu ada gotong royong kat sekolah ... balik rumah dah penat sangat ... tidur sampai lewat petang . Malamnya bergegas ke BB Bangi rumah adik akak ...celebrate Hari Ibu dengan tok Som dan adik-adik ... depa masak seafood ... makan sampai tak ingat diri . Akhirnya diri yang merana tak larat nak menggaru . Malas nak drive balik lewat malam ... so kami pun bermalam di BB Bangi .

Tahniah buat adik akak cik Pidah telah selamat berkonvo Sabtu lepas ... dia sambung buat master ... akak teringin juga nak sambung belajar lagi tapi buat masa ni abang misai asyik cebek muka je bila akak suarakan hasrat hati . Nampak gayanya kena tunggu la dulu ... penat buat degree pun tak habis lagi .


Pagi-pagi Ahad kami bergegas ke Gombak . Sekolah adakan kem motivasi di sana ... Meen pun terlibat sama . Akak tunggu kat situ sampai program tamat . Abang misai dah bawak balik Akim dulu . Akak ikut budak2 naik bas sekolah .. pukul 3 lebih baru sampai rumah ... kalau ikutkan hati maunya akak cari bantal je ... tapi kena pegi jenguk Una di asrama pulak ... kalau akak tak pergi mesti dia kecik hati . Balik dari tengok Kak Una barulah akak lelap kejap . Badan dan terlalu letih .

Mingu ni bakal sibuk jugak .. Akak duty as guru bertugas mingguan . Esok kan hari guru ... semua pakat double busy la jawabnya . Budak2 nak exam minggu depan , minggu ni jugak la nak pulun ulangkaji .

Moga Allah permudahkan segala urusan kami .


Friday, May 11, 2012

Banyaknya keja ...... help! help!

photo from google search ..TQ

Salam pagi Jumaat,

Sebenarnya banyak keja at this moment ... ni pun curi-curi kejap masuk buat satu entry sementara dok menunggu ikan yang digoreng masak ... kain baju pun belum habis basuh . Rumah dah emas sikit2 je . Rumah kami masih macam tongkang pecah .. kotak dan beg hitam di sana- sini .. menunggu dapat kunci rumah baru macam menunggu buah durian yang tak luruh. Kami dah berhenti mengharap .. katanya 18hb ni depa akan serah kunci ..ermmm entah betul ke tak ?

Hari ni nak kena siapkan buku program untuk Kem Motivasi esok hari . dah hampir siap . Then , print & cut huruf2 untuk buat mural esok pagi ... akak dah print huruf2 tu ... upah Nisha RM2 untuk potong . Mak dah tak menang tangan . Lesson plan tak sipa lagi ... lesson plan untuk Tahun 5 & 6 sekejap je boleh siap ... yang ambik masa tu lesson plan tahun 1 ... KSSR ni rumit skit , banyak nak ditulis.

Baju belum iron lagi .... nasib baik la hari ni boleh pegi sekolah lewat sikit . Ok la stop sini dulu .. nak pi sambung jadi maid tak berbayaq .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails