Wednesday, June 27, 2012

Tak mampu nak ber-blog walking buat seketika .

Maaf ya kawan-kawan kalau akak tak dapat nak buat lawatan balas ke blog korang ... akak ada jugak cuba masuk .. kalau blog yang simple tu boleh tahan sikit la menunggu ... kalau blog yang sarat , boleh terlelap akak tunggu loading ... so buat masa ni akak berhenti ber-blog walking buat sementara waktu hingga la dapat line yang laju sikit .

Jangan la dek kerana akak tak singgah blog korang ... maka korang pun stop singgah sini ya ... terima kasih buat yang sudi singgah sini .. pengunjung tetap &  my silent readers . Akak akan cuba buat at least 1 entry setiap hari .

Sayang korang .

Masih kurang berseri ... sebab kurang berduit .


Rumah baru kami ni masih kurang berseri ... rasanya kalau letak jambangan bunga baru nampak serinya kot .  Nak beli bunga pun bukannya murah ... yang murah memang ada cuma tak berapa nak berkenan ... kalau dulu akak suka roses , sekarang ni dah beralih arah ke orkid la pulak . Rumah kami pun temanya simple dan minimalis . Sekarang ni dah tak minat English style ... dah ramai sangat orang deco rumah dengan tema tu ... dah tak jadi special dah .


Akak cuba nak gubah bunga ni sendiri ... nampak gayanya nak kena beli ranting warna gelap la sikit lagi . Orkid ni bukan main mahal lagi bagi akak la .. setangkai RM21.90 ... tapi yang bestnya nampak real sangat .




Orang itu beli akuarium la pulak ... katanya nak bela ikan guppy .. akuarium ni ditempah khas ikut saiz cabinet bawah dia tu . Harap2 jangan hangat-hangat taik ayam sudah .. takut nanti akuarium tu berkeladak tak de orang nak tukar air . 

p/s : PC masih dalam proses baik pulih ... hard disk rosak ... tukang repair tu pulak busy ..entah bila la nak dapat balik . Pakai lappy kecik ni cukup menduga kesabaran akak ... ditambah pulak dengan line broadband yang lembab giler . Di blok baru ni , jangankan streamyx or unifi , line telefon pun masih belum berfungsi ... bertambah stress la makcik . Sabor je la . 

Selamat hari lahir Tok Som



Selamat hari Lahir yang ke 66 tahun buat emak tersayang ( 26/06/1946 ).. sorry lambat wish , sampai mak call baru ingat  .. busy sangat sampai terlupa ... selalunya akak la yang terawal call mak subuh2 wish happy birthday ... dalam family kitaorang mmg sentiasa wish birthday masing2 bila sampai waktunya ... ingatan tu penting tanda kami care about each other .


Moga mak diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan ... Ti sayang mak  . Ucapan terakhir ... bila mak nak mai rumah baru kami ni ?

Saturday, June 23, 2012

Perasan Glemer dengan setem muka sendiri

Salam semua .. Ada yang rindu kami ke ? sorry la lama benar rasanya tak update blog ... bukan busy sangat pun cuma line broadband akak slow tahap cipan . Tak happening rasanya buat entry tanpa gambar ... nak upload gambar kalu , satu gambar ambik masa sampai setengah jam .. boleh pi makan , mandi dulu la nak tunggu gambar siap upload .. 



Setem aku dan dia ... hahaha jiwang karat .. siap kena usik dengan kawan .. asyik gambar ni je . .. ini kan gambar peberet akak .. susah nak dapat gambar abang misai senyum . Selalunya tak sehati sejiwa bila berposing ... jarang dapat yang dua2 senyum . Lagipun gambar latest kami dah tak berapa nak cun ... sorang makin montel dan sorang lagi dan hampir gondol .

Semalam ada wakil dari pos Malaysia datang ke sekolah untuk promote tentang Kelab Setem dan Filatele kami diberi peluang untuk buat setem gambar sendiri ... perkhidmatan ni memang ada di pejabat pos besar cuma kalau nak tunggu pi sana , entah bila tahun baru nak jejak kaki ke situ . 

 Anak dara sorang ni pun tak ketinggalan .. dia bayar sendiri guna duit simpanan dia . harga setem ni takde la mahal sangat , lagipun kami dapat harga promosi semalam . setem ni laku diguna pakai tau ... tapi sayang la nak pos bagi kat orang ... kalau ada yang nak tukar suka sama suka boleh la .

harga promosi semalam hanya RM10 untuk setem 1 Malaysia ni .

Harap dapat bersabar ya utk tunggu the next entry ... kalau mood akak elok dan tahap kesabaran akak tinggi maka akan ada la entry baru dalam masa terdekat . Untuk entry ni pun selepas 3 kali percubaan baru berjaya mengupload 3 keping gambar ni ... tension siot .. asyik disconnect je .  



Monday, June 18, 2012

kerja ... kerja ..kerja .. bukak mata asyik kerja je

terima kasih abang misai sediakan meja yg cukup besaq utk akak buat kerja . 

Baru selesai buat kelas bimbingan untuk 5 orang anak murid akak yg tinggal dekat sini . FOC sebab ikhlas nak menolong ... ada yg datang tadi sangat lemah dalam BI ... dan ada yang berpotensi utk dapat A cuma nak kena polish sikit lagi .

Sekarang cikgu pulak nak pulun siapkan homework dia ... buku adab murid masih tak settle lagi ... nak kena habiskan malam ni jugak sebab nak submit ke GB esok pagi ... then , nak siapkan lesson plan utk esok pulak ... entah pukul berapa la boleh tido malam ni . harap sangat mata memberikan kerjasama .

Ingatkan bila dah habis belajar ni , maka makin banyak masa senggang , keja makin senang .... sangkaanku meleset sama sekali ... keja makin banyak , stressnya sama dengan masa belajar dulu . kerja - kerja sekolah hari2 bawak balik rumah ... dan kadang kala bawak balik buku2 tu makan angin je ... bawak ke sekolah semula tak berusik . Mana taknya , keja rumah pun banyak ... akak ni kan maid tak berbayar .. bila rumah makin besar ni , makin banyak juga la keja2 mengemas nak dibuat .

Merungut pun tak guna , buat je la selagi termampu ... buat keja banyak dan penat tu adat la .. kalau tak sanggup ambik risiko dan tak sanggup keja berat tak payah jadi cikgu la ... duduk rumah jadi suri rumah sepenuh masa ... itu pun belum tentu kerjanya kurang . betul tak ?

kerja kat mana-mana pun sama je ...

Sunday, June 17, 2012

Kehilangan yang pasti dirasai

24/01/1944  -  15/6/2012

Masih terasa kehilangannya ... dia umpama seorang ayah ... akak takde ayah , so bila ada orang yang selalu bertanya khabar , bagi nasihat .. bagi kata - kata semangat , memang akak sangat terharu atas keperhatinannya .. tapi kini dia sudah tiada .. dia sudah kembali kepadanya pada petang Jumaat yang lalu . Akak hanya tahu pada pagi Sabtu . Terasa sebak sangat dan masih tak percaya yang dia sudah tiada .

Encik Amran Lee bin Abdullah , bekas pensyarah akak di MPIP dulu ... setelah keluar maktab kami terputus hubungan tapi kerana ingatan yang cukup kuat akak cuba cari alamat dia semula dalam yellow pages ... dia sangat terharu atas usaha akak menghubungi dia semula ... dan sejak Mr.Amran pandai berFB , selalulah jugak akak dapat chat dengan beliau .

Akak mula rapat dengan beliau dan keluarga sejak akak dipilih menyertai pelayaran tunas samudera ... Mr.Amran salah seorang panel yang pilih akak sebagai peserta ... akak suka outdoor activities ... Mr.Amran pulak pensyarah sukan dan kami sering terlibat dengan aktiviti outdoor yang dianjurkan maktab . Akak dan kawan2 jugak pernah ke rumah Mr.Amran ... beliau kaki pancing ... puas la kami makan hasil pancingan yang sedap dimasak oleh mak wan .

Jasa Mr.Amran akan tetap akak kenang sampai bila ... he was my favourite lecturer ... dan akak pasti ramai lagi yang akan merindui beliau kerana beliau amat menghargai perhubungan antara guru & anak muridnya . Semoga arwah akan dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang terpilih .. moga Mak Wan dan keluarga tabah dengan kehilangan ini . Al-Fatihah .





Friday, June 15, 2012

Makan malam di hotel



Malam Jumaat yang lepas , akak dan beberapa orang guru ke majlis Sambutan hari Guru parlimen Setiawangsa di Hotel Renaissance Kuala Lumpur ... majlis bermula pukul 8 malam dan berakhir jam 11 .menu kali ni rasanya lebih sedap compare to last year . Akak makan tak ingat ... makin montel la nampak gayanya . 

seperti biasa mesti nak bergambar ... 


Alhamdulillah tahun ni akak dianugerahkan Guru Invatif bagi sekolah akak ... berpeluang la naik pentas terima hadiah dan sijil daripada YB . debabnya akak dalam gambar di atas ... nampak pendek la pulak .




Thursday, June 14, 2012

Kain baju pun dapat 1 bilik khas


Dah lama berangan nak adakan satu bilik kain baju .. ala-ala walking wardrobe la katakan . Impian tercapai jugak bila abang misai pun bagi idea yang sama ... bilik kecik di rumah baru ni ramai yang buat bilik stor atau bilik bibik je . Kami pulak jadikan bilik kain baju . Bilik ni terletak sebelah dapur dan balkoni tempat kami letak mesin basuh ... senang bila baju kering je terus masuk bilik ni . Semua baju pakai harian masuk sini  .. di bilik kami & anak-anak hanya ada almari untuk baju2 yg jarang dipakai ( baju pi jalan ) .


Bila dah buat macam ni , hanya satu bilik je yang serabut dengan kain baju ... semua kami gantung ... dari ayah , baju mak hingga ke baju anak-anak .. hanya baju & seluar kecik dan stoking je masuk bakul . Tudung2 akak dan anak-anak dara pun sidai dalam bilik ni jugak . Kami meng-iron baju pun di sini jugak .. abang misai pun dah pasangkan kipas di dinding .

Terima kasih abang misai merialisasikan impian bini awak ini .

Wednesday, June 13, 2012

Rumah baru .. semua nak serba baru .

Dah seminggu kami masuk duduk rumah baru .. dan semenjak hari tu akak sangat sibuk , mengemas tak habis-habis lagi . Ada a few more boxes yang masih tak bukak ... rasanya biar la duduk dalam kotak dulu dari bersepah sana-sini .


Sejak duduk sini , internet pun slow tahap cipan ... belum register unifi lagi , so akak hanya pakai broadband je . Mood berblogging merudum la sikit sebab lambat sangat nak upload gambaq ...nak upload 2 gambaq ni pun ambik masa dekat setengah jam ... so harap korang faham la kenapa blog ni agak sepi lately .


hari-hari Encik misai itu buat surprise dekat bini dia ni ... banyak duit abang oi ? kalau dulu punya la kedekut nak beli perabut rumah ... sejak masuk rumah baru ni , semangat men-deko dia mengalahkan akak ... semalam dia beli sofa bed ... nasib baik kena dengan taste akak dan tema rumah ni ... kalau boleh akak nak perabut yg simple2 je .... biar sejuk dan lapang mata memandang . Ruang tamu asal ni kami bahagikan jadi dua .. satu utk sudut menonton dan satu lagi ruang utk tetamu duduk .. kami letak sofa kat situ .

Jangan pulak bila dah ada sofa bed kat ruang tamu ni , bini dalam bilik ditinggal-tinggalkan ... abang misai tu selalunya TV yang tengok dia , bukan dia yg tengok tv . Kalau sofa bed ni bertukar jadi bed memanjang , akak sedekah dekat orang lain la nampak gayanya .

Ok lah , kalau ada masa & kalau ada mood akak buat entry lagi lepas ni .. tengok keadaan bah .

Saturday, June 9, 2012

Sibuk mengemas , memunggah dan segala macam me- lagi

Sangat sibuk di penghujung cuti sekolah ni ... hari ni pulun habiskan tanda kertas exam yang masih berbaki sikit lagi ... bila dah sibuk mengangkut barang dan mengemas , keja2 semak kertas tu terpaksa akak letak tepi dulu .

InsyaAllah hari ni baru ada lori untuk hantar perabut kami yang besar2 ... yang lain kami dah angkat ke sini dengan troley je . Dah 2 malam kat sini , akak tak dapat tidur nyenyak ... maybe berlapikkan toto akak tak selesa nak tido .. tilam baru kami pagi ni baru depa nak hantaq . Tilam lama kami tu memang dah tak layak dibawa ke sini ... uzur benar & tinggal spring saja . Untuk anak-anak pun kami beli tilam baru jugak ... pokai la kami bulan ni ... adoiiii .. gaji lambat lagi la pulak .

ok . stop sini dulu ... banyak keja menanti ... akak sampai sakit satu badan , banyak sangat bbuat keja berat .. esok kalau boleh nak rest , takut pancit bila masuk kelas Isnin pagi . Sangat lega bila dah masuk sesi pagi ni ... ada la peluang untuk berehat .





Thursday, June 7, 2012

Segala-galanya yang 'terakhir' di sini . Terima kasih atas jasamu



6 Jun 2012 ( Rabu )
Hari terakhir di rumah lama.
Makan malam terakhir di sini ... maggie goreng je
bermalam terakhir di sini .... tak boleh lelap hingga 3 pagi .. entah kenapa ?
berak terakhir di sini .... no more tandas cangkung selepas ni
sental toilet dan bilik mandi buat terakhir kali di sini .
ber-internet dengan streamyx buat terakhir kali di sini ..lepas ni nak pasang unifi pulak
buat sementara waktu ni guna berukband yang slow tu la jawabnya .
Sedih nak tinggalkan rumah lama ni ... segala-galanya bermula di sini .
Dari berdua menjadi bertiga , ber4 , 5 , 6 dan ber7.
tempat kami berteduh selama 16 tahun .
TERIMA KASIH RUMAH LAMA


7 Jun 2012 ( Khamis )
Bermula lah segala2nya buat kali pertama di rumah baru .
semoga perpindahan kali ni memberi kami pengalaman baru yang lebih indah .


Wednesday, June 6, 2012

nak jahit langsir .. nak jahit langsir .. or nak tidoooo

Hari ni busy lagi ... nak menjahit langsir utk rumah baru ... jahit bodo-bodo je ...so dengan sebab itu juga akak tak masak hari ni .. maybe sepanjang minggu ni makan lauk kedai je ... abg misai pun tak mengomplen sebab dia pun tau , bini dia ni la yg sibuk packing barang , angkut sikit2 naik keta ke rumah baru .. bukan setakat keja ringan akak buat , keja berat yg orang lelaki buat pun akak gagahkan jugak . Semalam akak bukak katil di bilik kami .. banyaknya habuk bawah katil tu ... kalau abg misai yang buat , sure berbakul2 dia berleter . Yang pasti dia tentu tarik nafas lega bila tengok  bilik kami dah hampir clear .


ok , stop sini dulu .. nak kena pi rumah sana sebab msein jahitku itu dah dihantar ke sana ... nanti kalau tak busy akak masuk sini lagi .

Monday, June 4, 2012

Selasaikan sebelum mood merudum ... or mood lari ke lain


Malam ni akak sambung marking kertas periksa budak2 ... kena habiskan cepat2 sebab bila dah sibuk dengan hal2 pindah rumah , dah tak dak masa nak mengadap kertas periksa lagi + takde mood . Ada lagi 2 kelas nak di settlekan . harap-harap juga la mata memberi kerjasama . 

So , malam ni kerja - kerja mengangkut barang ke rumah baru diambil aloh oleh abang misai dan anak-anak . Alhamdulillah dah banyak yang dah dipindahkan ke sana ... tinggal barang2 besar dan barang yg kami guna harian je masih di sini . Esok nak ajak bang misai bawak dapur dan tv ke sana , so boleh la bermalam di sana mulai malam besok .

Petang tadi akak dan abg misai pi beli tilam 2 bijik ..  satu untuk bilik kami dan satu lagi utk bilik anak2 dara kami . Kesian depa tu selama ni tido atas toto je ... rumah kami sekarang mana mampu nak tempatkan katil di bilik anak2 .. terlalu sempit dan padat dgn barang - barang ... walaupun tido beralaskan toto , di sinilah syurga kami ... walaupun kami tak semewah orang lain , tapi kami tetap bersyukur sebab kami masih ada tempat tinggal , we still have each other ... yang lain tu duniawi sahaja .

Bila dah dapat tempat tinggal yg lebih baik .. kami lagilah bersyukur . Lately banyak benda baru dalam hidup kami ... rumah baru , rumah di kampung pun baru siap renovate , keta baru , gaji baru ....

Terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang kami terima ini .

operasi pun bermula ... ahhhh penatnyaaaa


Kami dah selamat sampai KL tengahari semalam ... sampai2 je sini terus pi ambik kunci rumah baru ... excited .. penat pun tak kisah ... petang semalam abang misai pi cuci dulu rumah tu ... lepas Magrib kami start angkat barang sikit-sikit naik keta . Anak-anak bengkek je kena kerahan tenaga ... mana aci hampa duduk saja . Masih banyak nak kena angkut ... perabut - perabut besaq je akan naik lori . Entah berapa kali la kami kena ulang alik angkat barang ni .


 Pening dok pikiaq macam mana nak deco ruang tamu ni .... kalau boleh nak asingkan tempat tengok tv dangan ruang utk tetamu . Kalau sofa letak sekali depan tv , maunya lunyai sofa tu sebelum waktunya .  Macam mana la kami nak susun sofa gedabak 2 bijik tu nanti ya ?


Buruh kanak-kanak yang kepenatan kena dera angkat barang. Esok kita sambung lagi ya . nanti selesai semua mak ayah belanja korang makan sedap2 .

Penyu menangis sapa yang tau ...

 masa pegi snorkeling tempohari kami juga sempat jumpa Encik Penyu di turtle beach ... punya la seronok ... maklum la tak penah tengok penyu live depan mata . Kesian dia kena kejar dek orang-orang jakun macam kami ni .

 adik yang bawak kita orang pegi snorkeling yang tolong ambik gambar ni ... senang je tengok dia menyelam dan snap gambar encik P ni ... kami tengok dari atas je .

Encik Penyu hanya 5 meter dari kami .

Sunday, June 3, 2012

Excited berjumpa Nemo

 Di hari terakhir percutian kami di perhentian , akak sempat berjumpa dengan Nemo ... sanggup masuk semula dalam air tanpa life jacket ... dapat la berendam satu jam sebelum balik .

So cute ... 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails