Assalamualaikum semua .... dah lebih seminggu kami menyepi ... semuanya kerana ini lah ... budak comei ni ditimpa kemalangan ... semuanya bermula pagi Ahad lepas ... akak minta yasmeen ke kedai yang terletak di blok tempat kami tinggal dulu ... jaraknya hanya selang beberapa blok ... Akim nak ikut ... selalunya akak memang benarkan Meen bawak adik sebab akak tau dia bawak adik jalan kaki je .. tapi benda dah nak jadi kan ? kali ni dia bawak Akim naik basikal ... memang selama ni akak tak pernah benarkan dia bawak adik naik basikal .. budak kecik tu mana cerdik lagi ... mana dia tau nak jaga kaki bila duduk atas seat belakang tu .
Bila dah kaki masuk dalam rim basikal .... maka luka la jawabnya .. dan luka di buku lali tu dalam sampai nampak tulang dan bila x-ray ada pasir pulak dalam tu ... maka kaki akim terpaksa dibedah untuk dibersihkan dan dijahit ... dan dengan sebab tu jugak la mak Akim pun kena temankan Akim di hospital selama seminggu untuk habiskan antibitik .
tangan akim kena cucuk juga nak masukkan antibiotik
Hidup mak Akim agak huru hara seminggu lepas .. penat jangan cakap la ... ulang alik balik rumah juga .. kemas rumah ... then bergegas ke hospital semula .. bergilir-gilir jaga Akim dengan abang misai .
Alhamdulillah kaki Akim dah makin baik ... kami pun dah discharge dari hospital semalam . Buat masa ni Akim tak dihantar ke pengasuh . Kakak Nisha jaga dia kat rumah ... susah juga sebab budak kecik ni masih tak nak jalan ... masih terasa sakit kot . Ayah Akim pun sempat balik rumah bagi mandi Akim .
Boring kan Akim kita duduk hospital . Asyik makan tido je .
Sekali sekala mak bawak Akim ke depan main mainan .
Anak manja mak yang sgt baik semasa 7 hari kami di wad KK7 Pedaitrik HKL . Dia hanya nangis time nurse cucuk antibiotik ... sakit la tu . Ayah Akim tak benarkan akak tulis tentang kemalangan Akim ni ... dia takut family dia kat kampung tu risau , diaorang tu cepat panik ... tapi akak perlu menulis juga di sini sebab ini sebahagian dari rencah kehidupan kami .. sebagai pengajaran buat kami dan mereka di luar sana ... Akak cuma mampu berdoa agar seluruh ahli keluarga kami terpelihara dari segala kejadian yang tak diingini dan sihat selalu . Ibubapa mana yang tak risau bila anak-anak sakit ?
Accident do happen .. so kena beringat selalu . Moga kami sentiasa dalam lindunganNYA.