Friday, August 31, 2012

Aktiviti Merempit JJCM tetap akan diteruskan ... tak serik

Kepala masih lagi ting tong ....bukannya pening sebab tak cukup tido tapi terlebih tido la pulak ... lepas Zohor tadi akak balas tido sampai 5.30 ptg ... mana tak peningnya . Tido nyenyak sungguh tak sapa kacau . Abang misai mengasuhkan Akim .

Kejadian sadis malam semalam tidak sekali-kali mematahkan semangat akak untuk keluar merempit JJCM in the future with my boboyot .... cuma kali kali kena lebih berhati - hati ... make sure bawak kunci rumah . Sometmes , kita perlukan masa untuk berdua-duaan tanpa anak-anak .

Malam ni ada kelas tambahan kat rumah .... buat 2 jam je .... kali ni akak ajak sekali murid-murid yg tinggal di luar Pulapol , itupun kalau parents depa sudi hantar ke sini .Harap2 minggu depan akak akan lebih kuat fizikal dan mental untuk conduct kelas malam lebih kerap .... seminggu je lagi untuk kami berkorban segalanya . Buat kelas di rumah lebih selesa bagi akak .... boleh fokus lebih pada diaorang .

Tragedi Malam Merdeka .... sadis you

photo from google search ..TQ


Salam Jumaat , Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 ... selamat bercuti . Tajuk di atas sepadan dengan entry akak pagi ni . memang tragis sungguh la ... boleh masuk hari ini dalam sejarah hidup akak & abang misai .... sambut merdeka macam anak-anak muda sampai siang baru balik rumah .

Ini la bahananya kalau selalu sangat curi-curi keluaq berdating tanpa anak-anak . Sejak kami masuk rumah baru ni , tak pernah lagi keluar berdua macam dulu .... so selepas anak-anak  tido semalam akak dengan abang misai keluar merempit JJCM ... tapi kali ni kami naik keta . Sebelum keluar akak siap tanya abang misai ... " Kunci rumah dah bawak ke ?" ... dia jawab ada tapi dia lupa yang kunci rumah dia dah keluarkan dari rangkaian kunci keta dia sebelum dia pi outstation hari tu untuk bagi pada Nisha . Kami tak sempat nak duplicate lagi kunci rumah baru ni .

Kami berdua pun keluar la pi makan Chicken Mandi di restoran Tok Arab .... sambil2 tu tengok bunga api . Kami balik jam 12.30 tgh malam . Nak masuk rumah baru perasan kunci rumah takde .... alamak .... call rumah berpuluh2 kali takde sapa yang angkat .... Haikal yang tido kat ruang tamu pun takkan tak dengaq . Bertuah punya anak-anak ... semua tido mati .

So nak buat macam mana ? ... dah pukul 1 pagi ... kami pun tido dalam keta la .... akak tak boleh tido langsung tapi orang sebelah tu tidur sampai berdengkur . Boringnya nak tunggu subuh ... try lagi call rumah , masih tak berjawab .

Kami pi solat subuh di Masjid Sri Rampai . Lepas tu call lagi ... sah tak bangun budak2 tu ... kami tala ke kedai mamak .. breakfast dulu . Lepas breakfast baru la Nisha call tanya mak dan ayah pi mana ? Lega baru la boleh balik rumah .... anak-anak siap gelakkan mak ayah depa .... Meen cakap " Tu la ... mak pi makan tak ajak kitaorang " . Amik kau ! menyucuk je kalbu .... tak boleh nak marah sapa pun ..redha saja la .... salah sendiri pun .

So kelas tambahan yang akak plan nak buat di rumah pagi ni ditunda ke sebelah malam ... balik rumah tadi dapat la lelap kejap ... tak boleh nak cover tido balik sebab banyak keja rumah yang menunggu . Nanti lepas Zohor qada balik tido semalam .

Pengajaran dari cerita di atas , jangan selalu curi2 keluar malam tanpa pengetahuan anak-anak . Konon nak dating la semalam ..... haaaaa puas sungguh .. dating sampai pagi .

Thursday, August 30, 2012

Yakin Boleh !




Malam ni pulun taip soalan dan upload soalan form the internet ... tadi pinjam projector daripada sekolah . Esok pagi nak tembak ke dinding rumah kami yang putih tu . Akak buat kelas tambahan di rumah 3 jam ... hanya untuk anak murid yang betul2 nak belajar . Yang datang hanya utk main-main dan bersembang , akak dah warning ... baik tak payah mai . Lusa pulak masih ada kelas tambahan ... tapi di sekolah pulak .

Harap-harap akak sihat walafiat , tak stress dengan keja-keja lain ... tak over exhausted . Cadang nak buat kelas kat rumah lagi sebelah malam . Last minutes ni , budak2 tu lebih concentrate dan senang sikit nak mengajar . 

Moga-moga tahun ni result UPSR sekolah kami lebih baik daripada tahun-tahun lepas ... tahun ni kami hanya ada 38 orang calon .... boleh korang bayangkan kesukaran kami untuk dapatkan A yang ramai .... tapi semuanya tak mustahil kan kalau semua orang berusaha . Untuk lulus memang senang tapi untuk score A tu susah sikit . Tapi students kami tahun ni nampak lebih berpotensi untuk berikan kami result yg lebih baik ... InsyaAllah ... teacher yakin korang boleh .... jangan give up hingga ke hujung garisan . Miracle can happen . 



Ok ... nak sambung kerja . 

Tuesday, August 28, 2012

Penculik ada di mana-mana .... sentiasa berhati-hati

Van putih ya .... bukan Avanza putih di atas ni 

Penculik menaiki van putih kembali lagi .... semalam kes ni berlaku berdekatan dengan sekolah akak . Akak dapat tau van tersebut dinaiki 4/5 orang lelaki berbangsa Cina . Mereka ni mengumpan murid sekolah rendah dengan duit ... katanya duit raya ... nyaris-nyaris la budak tu ditarik masuk ke dalam van . Nasib baik tindakan bijak dia menyelamatkan diri dia . Membayangkan keadaan tersebut dah buat akak rasa ngeri .

Cikgu bertugas selalunya akan bertugas sehingga 30 minit -1 jam selepas waktu persekolahan ... kalau mak bapak budak2 tu lewat datang  takkan cikgu pulak nak kena hantar ke rumah kecuali la kes emergency . Apa yang kami boleh buat , minta murid yang parents ambik lewat ni tunggu dalam kawasan sekolah , jangan tunggu di kaki lima jalan . 

Cuba korang google ' penculik menaiki van putih' .... banyak juga cerita yang hampir sama .... so parents di luar sana ... tolong la alert dengan perkara ni ... ingatkan anak-anak tentang bahayanya orang asing yang mereka tak kenali ni .... tambah-tambah lagi kalau anak-anak kita masih kecik dan tak berapa nak faham bahasa ... tak kira la van putih ke , van hitam ke or apa color sekalipun kecualilah Avanza Putih teacher Yanti ..... semua anak-anak kita mesti dingatkan tentang bahaya sekeliling mereka di mana saja mereka berada .

* moga anak-anak kita semua sentiasa dalam lindunganNYA .... beringat sebelum kena . menyesal dulu pendapatan , menyesal kemudian takde gunanya .

SABAR JE LA ... SELAGI TERMAMPU

Sorry la kalau ada yang tak suka baca entry akak yang berbaur meroyan semalam .... memang akak geram dah semalam ... sms bagitau abg misai ... dia suruh sabar je la .... memang sabar pun sebab tak nak mengeruhkan keadaan ... dan berdoa jugak semoga orang atas tu terbuka hati untuk consider sama privacy orang lain . 

Akak memang sangat memerlukan rehat yang cukup semasa ketiadaan abang misai ni ... semua keja di rumah ni kebanyakannya akak yang buat . Anak-anak tolong sikit - sikit .... dan kalau akak tak bebel maka tak bergerak la budak2 tu . Nasib baik la anak-anak ni well behave masa ayah tak de ... so takde la mak nak naik angin dengan depa .

Petang ni ada meeting AJK PIBG di sekolah .... bakal penat lagi la ... dan terpaksa angkut sekali budak kecik tu ... kalau abang misai ada , dia yang selalu jaga Akim time akak meeting AJK PIBG ni.

* miss him so much .

Monday, August 27, 2012

TOLONG LA PEGI BUAT KEJA BERTUKANG TU KAT TEMPAT LAIN !

photo from google search ..TQ

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tersangatlah tensionnya .... akak balik sekolah lewat sikit hari ni sebab ada meeting ... dah la penat .. mengantuk . Akak bukannya marah sebab ada meeting ... tapi marah dengan orang yang tak faham hak privacy orang lain yang tinggal atas rumah kami ni . Perkara ni bukan berlaku sekali dua tapi kerap kali ... kalau sekali sekala tu akak pun faham . Kalau hari minggu tu tak sah kalau takde bunyi bertukang ... hari kerja pun sama .

Apa yang dia buat yang menyebabkan akak marah sangat ni ? .... jawapannya : DIA ASYIK BERTUKANG TAK KIRA MASA ... SIANG MALAM PAGI PETANG . Kadang2 tengah malam pun ada bunyi orang mengetuk .... time tu kalau ikut hati maunya akak naik ke tingkat atas pi ketuk kepala dia dengan hammer .

Kalau nak buat kerja bertukang pi la cari tempat .... jangan buat di rumah flat . Orang lain ada anak kecik ... orang lain pun nak suasana yang senyap untuk lelapkan mata . Dari pukul 2.30 p.m. tadi hampir 3 jam tak berhenti lagi bunyi orang mengetuk . Akak ni telinga sangat sensitif .... tak boleh tido kalau bunyi orang bertukang ni .

Apa la nasib kami ni ... dulu di rumah sana pun macam ni jugak ... tapi di rumah sana akak syak benda lain yang dok buat bising sebab bunyinya pelik pukul 2/3 pagi ... tapi kali ni sah2 kerja manusia . Bunyi bertukang di rumah lama boleh dimaafkan lagi sebab nama pun rumah lama ... banyak yg renovate sendiri sebab sana sini dah rosak . Ini sekarang kami duduk rumah baru yang taraf apartment . Awal-awal masuk dulu memang banyak bunyi bertukang sebab nak gantung itu ini ... semua orang pun faham . Ni dah masuk bulan ke 3 .

 Anak orang atas pun jenis yang lasak . Kadang2 selain bunyi mengetuk dan drillling .. ada jugak bunyi besi bergolek dan budak2 berlari ... kalau setakat berlari biasa takkan bunyinya kuat sangat ... pelik betul la manusia macam ni . Abang misai bagitau akak orang atas ni buat bisness sewa pelamin . Tu keja bising2 tu buat props la tu . Nak buat bisness tu takde hal .. cuma tak tahan bila selalu sangat menganggu ketenteraman orang lain .

Tak tau dah nak mengadu ke siapa ? nak pi report ke Penghulu blok ... nanti dicop macam-macam ... tahan ler selagi boleh .

* saat akak habis menulis ni dia tak habis lagi dengan keja mengetuknya . 


Sunday, August 26, 2012

Props Tercomel menceriakan gambar


Dia cukup suka bergambar ... tambah pulak dijek sikit kata dia comei .... tapi dia memang comei pun , cuma agak lasak Noh ni . Anak sedara akak ni mix Melayu + Chinese . 












semua orang nak guna prop yang sorang ni ... menjadikan gambar orang yang tak berapa nak cute nampak cute . 







Tangan panas or sejuk .... harap - harap boleh survive .


Cubaan untuk tanam pokok bunga di homestay kami di kampung sana .... kalau kami menetap di sana boleh la tanam pokok sekeliling rumah .... kami hanya balik 2 bulan sekali , takde sapa nak tolong siram ... so hasrat nak bercucuk tanam terpaksa dikuburkan . 3 batang pokok yang ditanam ni pun mengharapkan yang Maha Esa tolong siramkan . Harap2 takde la kemarau berpanjangan .



Moga masa kami balik kampung nanti pokok2 ni still ada bunga . Kalau cubaan kali ni berjaya barulah boleh consider nak tambah tanam pokok lain .

masa untuk bertukar ... from full time housewife to a teacher

photo from google search ..TQVM

Sejurus selepas Subuh je , akak dah mula continue marking test papers ... baru habis 1 kelas ... ada lagi 2 kelas menunggu .... rasanya seharian ni itu ler keja akak ... mengadap kertas ujian . Pagi semalam abang misai dah bergerak ke PD .... sedih sangat nak lepaskan dia pergi ... tup..tup lepas magrib dah sampai ke rumah balik ... ada kawan2 yg nak balik , so dia pun tupang sekaki .... balik nak ambik  a few things . Best la kalau dia boleh balik selalu ... PD dan KL bukannya jau mana . Moga cik abangku itu sentiasa dalam lindunganNYA.

Subuh2 lagi akak dah potong daging nak buat sup .... boleh la anak2 makan dengan nasi ... kuey teow dan bihun pun ada .... menu tu je la ya anak-anak dari pagi sampai ke malam nanti ... mak hampa busy .

Esok dah mula nak ke sekolah .... masih dalam mood raya ... kena kerja lebih keras ni ... UPSR dah dekat dan masih ada students akak yang masih lemah dan keep repeating the same mistakes . Tengok dari karangan depa pun dah buat akak risau. Hanya a few yang betul2 tunjukkan kesungguhan nak buat yang terbaik .... anak-anak sayang .. tolonglahhhh ... jangan tunggu hingga UPSR sebenar baru nak buat yg terbaik ... macam mana teacher nak tau korang punya strength & weaknesses kalau korang tak bersungguh2 .


Saturday, August 25, 2012

Keja Banyak .... bila nak habis kalau macam ni ?

picture from goole search ..TQ

Dah nak termuntah baca karangan budak2 ..... meloya mengalahkan mengandung . Ada yang memang nampak improve penulisannya .... tapi yang makin merapu pun banyak ... keep repeating the same mistakes ... dah diajar , dah ditegur berkali - kali , dah diingatkan setiap kali kelas ... tapi depa dok buat jugak benda yang sama ... mana la teacher tak hangin . Rasa macam nak koyak je kertas ujian depa yang degil ni .

Ramai yang dah buat karangan yang panjang ... tapi panjang yang takde isi pun tak guna jugak ... asyik ulang ayat yang sama . Tak kreatif bercerita ... ada 3 kelas untuk di tanda ... kena habiskan marking kelas A dulu ... yg kelas bawah tu sekejap je boleh siap . 

My 'boboyot' dah ke PD ... outstation for 2 months ... sedih you kena tinggal . Kena jadi ibu tunggal buat sementara waktu ... semua bebanan keja terlonggok di bahu akak ... nasib baik ada anak-anak dara yang boleh diharap bantu akak kat rumah . nasib baik la PD tu dekat ... akak pasti dia akan balik every week tengok kami ... dia pun mana boleh berpisah lama dengan anak-anak . 


* miss him already ... silalah muntah hijo ... akak korang ni memang jiwang.

Posing di hari raya


Bagi sebelah family akak , wajib ada sesi bergambar di hari raya ... family abang misai takde giler bergambar macam kami ni . Gambar2 ni kami ambik on hari raya ke 2 . Sementara menunggu semua orang siap nak pegi beraya di rumah sanak - saudara , kami bergambar dulu . Props untuk tahun ni adalah payung yang colourful ni ... sempat jugak rembat bunga Tok Som ... tak lupa juga basikal yang tak berapa tua kepunyaan Pak Ndak Hadi ( adik akak ). Blackboard kecik tu akak bawak balik dari KL .

over ke kami ?




takde abang misai ... time ni dia tengah melabur di bank kecik .





Banyak cerita , banyak gambar tapi masa pulak takde .

props untuk sesi bergambar tahun ni

payung warna - warni yg di beli DIY dengan kos RM8.90

Sebenarnya banyak modal untuk dibuat cerita sepanjang kami bercuti hari raya di kampung , banyak gambar yang kami snap ... tapi buat masa ni akak sangat busy dengan keja-keja rumah dan ada 3 bundle kertas ujian menunggu untuk diperiksa .... dah nak termuntah baca karangan budak2 tu . 

So bila dah settle semua keja ... baru akak akan continue ber-blogging . terima kash buat yang sudi singgah sini . 

Tuesday, August 21, 2012

Aidilfitri 2012


Gambar raya kami tahun ni ... seperti tahun2 sebelum ni , kami ambik gambar outdoor ... dah tak muat nak buat indoor .. lagipun kami lebih suka di luar sebab cukup cahaya semulajadi . Sesi bergambar kali ni terpaksa dibuat sebelah tengahari sebab kami beraya di kampung abang misai sebelah paginya . 2 orang adik akak balik beraya di kampung mertua diaorang , so raya kali ni tak semeriah tahun lepas . Next year akan kembali riuh rendah .

Abang misai request untuk bergambar sebelah keluarga dia juga . Selama ni bukannya akak tak nak ambik gambar cuma tak dapat kerjasama semua pihak . tapi kali ni semua ada ... so tercapai jugak la hasrat cik abangku itu .


tapi family photo kami kali ni tak berapa comei lah ... entahla kenapa .... maybe panas terik sangat kot ..... or baju raya tak berapa nak ceria ., caca merba warnanya.

Wednesday, August 15, 2012

Hobi saya ialah buat mak marah .

Budak kecik baby manja emak ni memang makin lasak , makin noty sekarang ni ... Akim ni tak tau duduk diam ... ada je benda yang dia nak explore ... Juara membuat sepah ... pelukis mural yang sangat aktif & kreatif . 

Hari - hari dia dok sebut nak balik kampung .... balik nak jumpa gang melasak la tu . Riuh rendah rumah Tok Som nanti . 


Janganlah terpedaya dengan muka bajet comei di atas ini .... budak kecik ni memang pandai pujuk mak dia .... kalau mak dia rajuk cepat2 dia mai kiss ... hati mak mana yang tak cair dibuatnya . 



Tuesday, August 14, 2012

Ala kadar saja .... tak baik membazir .

photo from google search ..TQ

Mood raya makin terasa .... lusa dah nak bercuti balik kampung . Syukur gaji dah dapat , bonus pun dah dapat ... kain baju anak-anak pun dah hampir selesai . Cukup sekadar sepasang dua baju baru . Tak nak membazir . Pelik jugak tengok orang yang shopping bagai nak rak untuk anak-anak . Selalu berpesan dengan anak-anak , kita tak perlulah nak bermewah-mewah bab2 beli baju ni ... walaupun kita mampu beli baju branded , kita kena selalu beringat ... cuba bayangkan kita di tempat mereka2 yang kurang berkemampuan . Daripada beli baju baru sampai berhabisan duit lebih baik kita lebihkan bersedekah . Akak bernasib baik sebab anak-anak akak bukan jenis yang demand nak itu ini . Diaorang sendiri yang cakap tak payah belilah mak ... yang ada masih elok .

Akak ada tanya nak handbag baru ke ? anak-anak dara tu cakap tak payah la mak ... lagipun kitaorang bukannya nak pakai sangat ... kita pakai yang tahun lepas je . Kak Una & Nisha pun tak nak kasut baru ... cukup dengan kasut yang ada . Selain sepasang baju kurung & baju casual , anak-anak dara tu cuma minta akak belikan tudung baru . Tahun ni kak Una nak pakai tudung bawal pulak .... ok la tu . Nisha pakai tudung Nur kasih yang mak dia jual ... Meen pulak cuma pakai tudung2 lama mak dia je ... banyak tudung saiz S dan M yang akak dah tak sanggup pakai ... semua masih elok .... pilih je mana nak ..ada yg mahal & ada yg murah ... sekarang ni anak2 dah tak boleh merungut tak cukup tudung .

.... apa pun persiapan kita , kena ukur baju di badan sendiri ... jangan sampai membazir dan yang paling penting jangan sampai nampak riak di mata orang lain ...... minta dijauhkan .

Sunday, August 12, 2012

Kisah kami dan Ramadhan

photo from google search ..TQ

Ramadhan sudah hampir ke penghujung ... orang berpusu-pusu mengejar menambah pahala ... tapi akak korang tak banyak berganjak dari dulu . Tak berkesempatan ke masjid bersama abang misai dan anak2 menunaikan terawih ... ada je alasan yang keluar . hendak seribu daya , malas seribu dalih kan ?

Syukur Alhamdulillah punyai suami yang terbaik . Abang misai dan Meen tak miss terawih lagi dan 10 malam terakhir ni tiap2 malam abg misai ke masjid KLCC buat Qiamulail . Semalam dia bawak anak2 bermalam di sana . Dia suami yang taat pada perintahNYA dan mampu membimbing kami menjadi hamba Allah yang lebih baik .... dan kasih akak pada dia makin kuat . Moga akak pun dapat jadi seperti dia . 

Sangat tersentuh tadi bila Yasmeen nangis sebab tak dibenarkan pergi terawih sebab tak siapkan homework dan esok pagi dia ada ujian ... nangis sunguh2 dia nak ikut ayah ke masjid ... last2 akak suruh pegi juga ... homework nanti Meen boleh siapkan . 


Menu kami yang simple sepanjang Ramadhan


Kali pertama post gambar makanan sejak berpuasa ni ... bukannya tak masak hari2 cuma mood ambik gambar dah tak seperti dulu ... kadang2 bila dah tangkap gambar dok terperap je dalam kamera .


Juadah kami seperti tahun-tahun sebelum ni ...sederhana saja . Sekadar untuk mengalas perut dan tak elok kan kalau membazir ... selalunya makanan habis selepas berbuka or selepas sahur . Ada juga sekali dua abang misai bagi peluang ke akak untuk gantung kuali ... dan baru sekali je kami merasa berbuka di luar .


Kicap wajib ada atas meja .


rasanya dah 4 or 5 kali akak buat air asam ni ... ada yg buat makan dengan nasi daging dan ada juga kalanya buat cicah ikan bakar . Cucur favourite abg misai di bulan Ramadhan ni adalah cucur udang . 




Saturday, August 11, 2012

Hati sudah berada di kampung ...... mak , tunggu kami balik .

Tak sabar rasanya nak bercuti balik kampung .... badan je berada di sini , tapi hati dah jauh di kampung sana ... rindu pada mak Som ... rindu nak balik rumah kami .

Duduk di sekolah pun kerana tanggungjawab je ...... tapi ini tak bermakna akak tak suka bersama murid-murid ... mereka tetap satu amanah . sebab tu la walaupun hati tak ceria , tugas tetap berjalan seperti biasa .

Tak tau lagi kami akan mula bercuti Khamis or Jumaat ... pihak sekolah ketinggalan keretapi sikit pagi ni ... dah balik baru tau sekolah boleh mohon cuti utk hari Khamis depan . Pihak pentadbir akan ikut kata majoriti guru2... kalau ramai nak cuti dan sanggup ganti , maka kami akan bercuti on that Thursday .... tapi sekolah Kak Una pun tak tau lagi cuti ke tak Khamis depan . Tengok keadaan la dulu walaupun hati dah meronta2 nak balik .

Abang misai dah mula bercuti esok ... jelesnya akak ... dia cuti awal sebab seminggu lepas raya dia akan bertugas di PUSASDA di PD selama 2 bulan .... nangis la akak nanti takde helper kat rumah .

Tiap2 kali balik beraya di kampung , mesti ada sikit rasa tak puas hati ... dia nak balik rumah mak dia , akak pun nak balik rumah mak akak ... rumah mak sendiri tak sama dengan rumah MIL ....
Tak kisah la ... lagipun kami bukannya tiap2 minggu balik kampung ... mesti orang yang di kampung pun dok ternanti2 kepulangan anak cucu .

Wednesday, August 8, 2012

Hakimaru in the house ... haru biru jadinya


Ni la jadinya bila emak terlelap kejap .... bukan setakat dinding kami yang putih tu dikerjakannya ...muka dia yang tak berapa nak putih pun dia buat mural .


makin pening la emak dengan Hakimaru ni ... ada je benda pelik yang dia buat hari-hari . Risau pun sama sebab takut jadi apa2 time tak nampak dia depan mata . Sekarang ni kalau marah , lagi sakan dia buat perangai . Makin berakai ... tapi akai yang tak boleh dipakai . Akim jangan la buat mak tambah stress .

Esok Bonus ... Jemput la jengah ke Butik Tudung Kami


Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan .. akak ada bantu adik akak dengan bisness tudung online dia . jemput la singgah ke Butik tudung Q'Ta . 



Our Objective.
Quality is our first priority, and of course, price is a concern too. That's why we are here, we know not many people can come to Jalan TAR or Jalan Masjid India to purchase tudung at cheaper price.

Let us help you fulfill your needs of latest tudung. PM us if you have any queries with regards to getting the latest design delivered to your door. 

WHO can we help?
You can be an individual who may purchase few pieces of tudung, or you can be a reseller who has issue with time and distance in order to get to the tudung heaven at Jln TAR/Masjid India.

Our collections: Tudung Nur Kasih, affordable and not too pricey.
Other on demands tudung style.

Sunday, August 5, 2012

Langsir Raya Kami Dah Siap

Langsir untuk raya yang akak jahit baru je siap... dah selamat pasang semalam ... jahitannya biasa-biasa je.. takde la cantik sangat , cuma cantik di mata akak . Jahit bodo-bodo je , suka yang simple . Abang misai suruh pasang dekat nak raya tapi bini dia ni degil .


The new look ... tak de la dull  macam sebelum ni .


Ini kalau nak upah tukang jahit siap duit je la ... sepanjang akak kawin ni cuma sekali je akak pernah upahorang jahitkan langsir ... yang lain tu semua akak jahit sendiri . Bukan apa , nak berjimat cermat . 

Saturday, August 4, 2012

Clerance sale

kami membuat clearance sale di Butik Tudung Q'Ta untuk memberi laluan kepada tudung-tudung baru yang akan dipasarkan tidak lama lagi ... cepat dapatkan tudung2 Nur kasih yang masih ada dengan harga yang sangat berbaloi .

click gambar di atas untuk butik kami 

Jemput masuk ke butik online kami .... terima kasih tak terhingga buat kawan2 yang menyokong kami selama ni .

Friday, August 3, 2012

Dia makin lasak ... penat mak.

Budak kecik ni makin nakal ... semakin suka buat mak naik angin . 



Apapun dia tetap buah hati emak ... sekarang ni segala mak nenek dia nak explore . Suka sangat memanjat . Risau sungguh kami , tak boleh lepa dari mata . Dia pun susah nak tido siang , so dengan sebab itu jugak la mak dia jangan mimpi la nak tido siang , unless ada orang lain yg boleh tengokkan budak noty ni .

nanti akak upload gambar ' Apa Akim buat bila emak terlelap '.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails