Assalamualaikum ,
Lately akak agak malas nak meng-update blog ... entah la .. sejak tak sihat tempohari Encik Mood masih tak mai menjenguk ... sekarang ni dah ok sikit .. cuma masih batuk je . Tekak pun dah lalu makan .
2012 bakal melabuhkan tirai dalam beberapa jam je lagi ... banyak jugak kenangan suka duka sepanjang tahun ni . Berikut adalah catatan diary 2012 kami :
JANUARI
1. Bercuti di Langkawi selama 3 hari .
FEBRUARI
1. Dapat sorang anak saudara baru . ( Ahmad Isa ) .. cucu Tok Som yang ke 17 .
2. Tercapai jugak impian nak beli set sofa di Fella Design .
3. 23 Feb .. hari terakhir bersama cik Merah dan kami tukar ke Cik Putih pula ( Toyota Avanza ).
4. Desktop putih yang telah berkhidmat 5 tahun mula buat hal ... dan not long after that , tamat la riwayat Cik Putih .
MAC
1. Meningkat umur ke angka 39 .
APRIL
1. Dapur baru di homestay kami siap .
2. Exam terakhir sebagai student PJJ OUM . Tamat sudah pengorbanan sejak Nov 2008 . Lega .. syukur sangat .
MEI
1. Family breakaway di Pulau Perhentian for 3D2N. Sangat best dapat bercuti bersama anak cucu Tok Som .
2. Dapat kunci rumah baru .
JUN
1. Berpindah masuk ke rumah baru yang lebih luas dan selesa .... masih dalam kawasan yang sama cuma berlainan blok . Tak jauh dari rumah lama yang menjadi syurga kami selama 16 tahun di KL. Sepanjang Jun kami sibuk mendeko rumah baru .
JULAI
1. Akim masuk wad ... kaki tersepit di rim basikal .. kena operate jugak sebab masuk pasir dalam luka yang dalam tu .
2. Butik online Tudung Q'Ta mula beroperasi ... akak hanya bantu adik dalam beli tudung & ambik gambar .
OGOS
1. Tragedi malam merdeka .. kena tido dalam kereta sebab curi-curi keluar malam dengan abang misai . Kunci rumah tak bawak dan anak-anak tido mati tak dengar orang ketuk pintu .. call telefon rumah pun siapa pun tak dengar .
2. Syukur dalam sambut Syawal di kampung .
SEPTEMBER
1. Ditinggalkan abang misai yang kena bertugas di PUSASDA Port Dickson selama 2 bulan . Jiwa lara sepanjang bulan ni .
OKTOBER
1. Sambut Aidiladha di PD .
2. Tamat sudah 2 bulan abang misai duty di PUSASDA , Port Dickson.
NOVEMBER
1. Haikal Ali bersunat on 27/11/2012.
2. Cuti sekolah kali ni kami banyak duduk rumah je selain balik kampung selama 12 days .
DISEMBER
1. Dapat sorang lagi anak saudara baru on 12/12/2012 ( Muhammad Hafiy Ali ) , cucu Tok Minah yang ke 10.
2. Konvo on 18th Dis . Syukur akhir tercapai jugak impian walaupun agak lewat .
3. 31st Dis ... beli netbook baru .( Asus Touch screen ) sebab hp kecik akak tu dah mula buat hal ... nasib baik masih boleh diselamatkan lagi . Now mini hp tu dah jadi hak milik Akim untuk tengok Upin dan Ipin on youtube .
Monday, December 31, 2012
Thursday, December 27, 2012
Dia dan hobinya
Badminton ! Badminton ! Badminton ! .... Kalau satu hari tak main badminton tak boleh ke ? ... jawab si laki ... Ni nasib baik abang pi main badminton .. kalau hobi abang mengadap facebook sapa yang susah ... Ti jugak , iyor la abang oi ... pi la main badminton hari - hari .
Kadang - kadang tu bosan jugak ... bila dia habis kerja , balik rumah kalut2 mandi dan solat , then keluar balik pi main badminton sampai la dekat Magrib baru balik ... bila malam je , tak sempat pukul 10 dah mengeruh depan tv . Bila masa nak duduk bersembang dengan bini .
Yang bagusnya bila dia selalu berbadminton ni ialah dia tetap fit ... maintain slim , tak montel macam bini dia ni ... cuma 1 persamaan kami .. perut buncit ....hahaha .
* mode boring menunggu tok laki balik ..
Wednesday, December 26, 2012
Jom kembali ke sekolah
photo from google search .. TQ
Assalamualaikum ,
Alhamdulillah badan dah semakin sihat ... cuma tinggal batuk je lagi . Dah tak muntah dan loya sejak pagi tadi .... sangat takut kalau akak termengandung .... bukan apa ..seperti yang akak bagitau sebelum ni .. akak tak bersedia , akak dah nak masuk 4 series dan kalau boleh sekarang ni nak bela anak bagi besar je , bukan nak beranak kecik lagi .... tapi kalau DIA nak bagi , siapalah kami untuk menolak ... terima dengan penuh syukur .. kita tunggu dan lihat .. Cik P datang ke tak minggu depan .. suspen sungguh .
Hari ni dah start ke sekolah ... meeting dari 8.00 pagi sampai pukul 1.30 .... kebas punggung duduk dalam bilik mesyuarat yang sejuk tu . Alhamdulillah tugas2/jawatan bagi tahun ni tidak la seberat tahun lepas .... dah tak pegang kelas ... banyak buat kerja as Guru Data . Kena ngajar BI tahun 2, 5 dan 6 dan juga PSV Tahun 2 .
Moga tahun 2013 lebih baik dari tahun - tahun sebelumnya ... Azam tahun 2013 .
* tak nak lengahkan solat ... begitu juga bab kerja
* tak nak banyak merungut ... kalau tak puas hati pun diam je la .
* tak nak terlampau banyak gelak ... ni sambungan azam tahun lps yg tak berapa nak berjaya .
* tak nak busuk hati dengan orang / tak nak bersangka buruk pada kawan-kawan .
Cukup la 4 .... boleh ke buat ni ? ... tentu boleh kan kalau betul-betul nak berubah ke arah yang lebih baik .
Monday, December 24, 2012
Sudah berjangkit
picture from google search..TQ
Salam semua ,
Akak doakan semua sihat-sihat belaka ... tapi bagi akak sendiri , masih belum sihat sepenuhnya .. syukur demam dah kebah , batuk masih ada cuma dah tak berkahak ... tapi yang peliknya datang lagi satu penyakit pulak ... penyakit pening dan loya ... betul macam orang pregnant ... start dari petang semalam masa anak - anak menggoreng kentang di dapur , akak di ruang tamu dah kembang tekak ... tak lama lepas tu terus terkeluar apa yang akak makan sebelumnya ... malam akak makan kuey teow sup ... tapi sebelum tido keluar balik semua sampai pedih perut ... semalam tak boleh tido sebab pening dan loya .. tekak ni masih payau sampai sekarang . Mesti ada yang speku .. ni mesti ada apa-apa ... takde maknanya .. rasanya tak lah .
Meen dan Haikal pun dah demam ... Haikal masih boleh aktif main lagi ... tapi kesian Meen asyik berselimut je . Harap diaorang cepat sihat semula .... mak lebih rela sakit daripada anak-anak mak yang sakit .
Sunday, December 23, 2012
Untungnya ada adik macam ni .

Entry terakhir tentang konvo ... muntah hijo korang kalau asyik cerita yang sama ... saja nak catatkan di sini untuk kenangan in future . Kali ni akak nak cerita tentang aktiviti di PWTC on that day . Akak sungguh beruntung punya adik yang cukup sporting ... di mana ada akak , di situ ada dia ... tak putus-putus ambik gambar ... sampai akak sendiri naik penat berposing .

Naik escalator pun kena posing .. depan orang ramai lagi ... tapi time ni semua pakat bawak kamera .. so takde la malu sangat .

Tak sangka tengah beratur berarak masuk ada adik tunggu nak snap gambar ... dalam dewan dia pilih tempat duduk tak jauh dari akak .

with friends

Kami snap gambar ni sebelum majlis ... kalau selepas majlis jangan harap la dapat bergambar kat sini .

posing lagi .

dan lagi .. dan lagi

with my man .
Terkilan sikit sebab takde gambar dengan photographernya ... asyik sibuk ambik , last-last tak ambik gambar kami berdua . Thank you so much Pdah sebab make my day the most memorable one .
Jemput ke blog adik akak .. Pdah
Hadiah tak ternilai ...

Kalau orang lain sure dah dapat hadiah istimewa sempena anniversary kan ? ... ada yang dapat rantai , gelang emas or cincin berlian .. paling kurang dapat gadget terkini ... tapi akak tak dapat apa pun selain ucapan . Tahun lepas abang misai ada jugak bagi bunga dan bawak gi dinner tapi disebabkan akak demam sampai tak boleh bangun so takde la dinner tahun ni . Bunga pun takde sebab bunga konvo pun masih mekar atas meja . Maybe lepas akak sihat sikit baru kami pi dinner berdua nanti .
Lima budak bertuah di atas ni lah hadiah tak ternilai sepanjang 16 tahun kami bersama .... walaupun hari -hari kami selalu pening melayan kerenah depa ni , tapi ... alah bisa tegal biasa . Kami masa kecik dulu pun noty macam ni jugak ... teringin nak tambah lagi tapi takut tak terjaga .... so cukup la sekadar 5 ni .

dari kiri ... baby Akim yang tak tau duduk diam , miss I follow , miss KA yang kuat zzzz , miss D yang kuat makan dan Mat Noty yang selalu buat ayah marah.
Masih tak Ok ...
Salam hujung minggu ,
Akak masih tidak sihat sepenuhnya .. deman on & off ... kejap ok , kejap tak .. hari ni sampai tak boleh buat apa pun , asyik terbaring atas katil . sakit satu badan . Malam ni ok dah sikit , badan pun dah mula berpeluh .
Semalam ni adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 16 ... takde sambutan yang special ... takde hadiah istimewa , hanya ucapan je la ... akak tak kisah pun . Yang penting akak masih ada dia ... susah senang bersama . Selama 16 tahun ni dia membuatkan akak cukup bahagia .
Thursday, December 20, 2012
Berposing Sampai Lebam

Rugi la kan kalau ada DSLR sampai 2 bijik tapi tak ambik peluang ni kan ? ... biar la apa orang nak katakan ... berposing sampai lebam . Nak pulak bila ada adik offer nak tolong ambik gambar ... abang misai pun sanggup hantar bini dia ke Putrajaya last Saturday .

Bukan selalu boleh pakai jubah ni .... mana la tau lepas ni akan ada sekatan untuk akak sambung belajar lagi .... harap-harap tak ler .

Ni pulak gambar akak bersama rakan seperjuangan yang bersusah senang bersama selama hampir 4 tahun ni ... akak buat satu lagi photoshoot for friends sebaik saja selesai konvokesyen Selasa lepas ... kami ke TT at 1.00 p.m..... memang takde orang la time tu , so takde la malu nak posing ... walaupun masing-masing dah sangat penat dan akak sendiri pun hampir nak pancit sebab badan tak sihat , tapi demi kawan-kawan dan untuk kenangan diri sendiri , akak takkan lepas peluang ni .... terima kasih kawan-kawan.

Kejayaan yang terhasil daripada pengorbanan insan-insan tersayang adalah lebih manis bagi kami students tua ni .... kalau dulu konvo kat maktab takde la feeling macam ni sebab masa tu muda lagi dan cabaran yang dilalui tak sehebat ketika kami masing-masing sudah ada keluarga dan kerjaya .... apa pun .. We made it !
May our friendship last forever

photographers of the day .... maklang Pdah and Yasmeen di Putrajaya.. terima kasih la sudi luangkan masa dan tak jemu2 ambik gambar kami .

untuk photoshoot di TT , Meen yang jadi assistant mak dia , merangkap 2nd photographer .

and not to forget ... thank you so much my sis Pdah for this lovely flowers .
Wednesday, December 19, 2012
Redha dengan dugaan ini
picture from google search ..TQ
Assalamualaikum ,
Di sebalik kegembiraan akak a few days back ... akak sebenarnya tak berapa sihat ... sebalah kelenjar di leher akak dah mula membengkak sehari sebelum konvo ... badan mula sakit2 dan adakalanya panas ... dek kerana semangat nak naik pentas .. akak kuatkan diri .. pagi2 tu terus ambik pain killer ... lepas konvo rasa ok sikit , boleh lagi buat photoshoot untuk kawan-kawan di Tasik Titiwangsa .
Hari ni kedua-dua kelenjar dah bengkak .... akak dah pegi HKL tadi pagi , dapat banyak jugak ubat ... petang ni pun badan makin sakit ... tapi semangat akak tetap kuat ... cuma akak tak larat gagahkan diri buat semua keja rumah ... nasib baik anak-anak dara ada menolong . Si kenit tu pun sibuk je nak menolong .. tolong buat sepah .
Redha dengan dugaan Allah ini ... dah lama benar akak tak demam ni .
Monday, December 17, 2012
Hadiah daripada adik - adik
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah bagi ... walaupun hari ni tiba-tiba akak tak sihat .. badan rasa semacam je ... tengahari tadi panas juga .. sakit habis sendi-sendi dan kepala pun sakit sangat ... dah ambik ubat dan anak2 pun tolong urutkan badan .. now dah ok sikit . Harap-harap esok sihat macam biasa ... esok kan konvo akak .. sihat ke tak , akak tetap akan gagahkan diri untuk hadir .
Set spices di atas akak dapat dari adik sebagai hadiah konvo la ... suka sangat ... cantik je terletak di dapur kecik kami tu . Abang misai siap pesan ... jangan sampai jadi perhiasan sudah la .. InsyaAllah nanti kita masak western food selalu ya .
Thanks to Ina & Iman . Thanks to Pdah jugak sebab dah tempah bunga yang cantik untuk esok ... beruntungnya kak Long hampa ni . Kejayaan kak Ti adalah kejayaan adik - adik juga .. kejayaan diaorang la sumber inspirasi akak selama ni .
Happy Birthday Sayang

Semalam birthday Akim yang ke 3 ... dah besar baby mak ... but he is still my sweet little baby .. forever .. anak bongsu la katakan ... bongsu ke ? cukup-cukup sudah .. cukup sampai di sini saja . Dah penat menjaga baby . Balik ke cerita birthday boy .. nothing special cuma dia dah faham apa itu birthday dan siap minta ayah belikan kek Otomen lagi .. mana ayah nak cari last-last minute ni . Kalau ikutkan akak nak buat sekali birthday party dia dengan anniversary kami next week .. gaji pun belum so mak masaih pokai ... tapi tak sampai hati la pulak .. so semalam kami buat jugak la simple celebration for our birthday boy .

Doa mak moga Akim membesar dengan sihat ... jadi anak yang soleh .. insan yang berguna in future ... semua ibu nak kan yang terbaik untuk anak-anak kan ?

Desktop dan laptop kecik kami dah KO ... yang tinggal hanya laptop lama ni satu je ... hari-hari mak kena berebut dengan budak kecik ni ... cepat la gaji ... tak sabar nak beli PC baru .
Menjahit Sampai Lebam
Masa arwah abah meninggal tahun 1988 .. kami dapat bantuan kebajikan masyarakat ... nak tau apa yang mak request ? mesin jahit la .. sebab kalau dapat duit , mesti habis punya .. bila dapat mesin jahit , mak boleh ambik upah menjahit .... so mak ada juga income untuk menyara kami 8 beradik ... dan dapat la emak sebuah mesin jahit dan sebuah mesin jahit tepi , brand Singer ... sampai sekarang mak setia dengan Singer ... beli baru pun brand yang sama .
Masa cuti di kampung 2 minggu lepas , akak puas menjahit set cadar untuk bilik sendiri ... juga set cadar bilik anak-anak dara , untuk bilik Haikal juga ... puas dapat jahit sendiri ni .. walau tak sekemas jahitan tukang jahit ... at least dapat berjimat banyak ... 3 bulan lepas akak ada beli set cadar ... hampir RM400 .. tapi kualiti kain amat mendukacitakan ..selepas sekali basuh dah nampak pudar . Kain yang akak baru beli ni akak dapat dengan harga RM12 semeter . InsyaAllah tak pudar cepat sebab Tok Som dah banyak kali beli kain jenis ni ... nanti kalau sempat akak snap gambar set cadar yg akak jahit .
Akak juga berjaya jahit a few seluar tidur or kami panggil seluar boyan . Untuk diri sendiri , anak-anak .. adik dan anak saudara. Bestnya kalau abang misai bagi izin akak beli mesin jahit industri tu ... laju sungguh dan lancar je ... mesin jahit tepi juga akak nak tapi mana nak letak ... nanti crowded rumah la pulak .
Friday, December 14, 2012
Kemanisan Sebuah Pengorbanan

Semalam akak pegi ambik jubah ... konvonya 18hb Dis ( Selasa ) di PWTC . Setelah melihat ramai anak murid akak dah ada degree ... akhirnya tercapai jugak hasrat teacher diaorang to join the club .... better late then never .. betul tak ? Dulu keluar maktab hanya dengan sijil perguruan . Thanks to my abang misai .. akhirnya dia bagi green light untuk akak sambung study walaupun hanya setelah anak 4 . Pengorbanan dia dan anak-anak akan akak ingat sampai bila-bila . Ini kejayaan kita bersama ... harap abang bagi Ti sambung lagi ya lepas ni .

Muka student tua yang terlebih excited .. menerai jubah & dok pilih tudung apa yang boleh nampakkan muka akak tak montel .... tak jadi pakai tudung ni sebab licin dan senang terkeluar dari jubah .. nampak tak kemas .. tapi akak suka color tudung ni .

Terlebih montel sekarang ... mana taknya .. asyik makan tido je cuti sekolah ni ... macam pregnant la pulak ... tapi semalam ada kawan cakap akak kurus skit .. yo la tu .

Senyum itu wajib bagi cikgu Yanti bila berposing

I like this one... thanks to Meen sudi ambik gambar mak ...
Wednesday, December 12, 2012
3 generasi
10.. 20+ .. 30+ .. 60+
persamaan yang ketara ... kuku semua jenis kontot :)
Tuesday, December 11, 2012
Jom makan ...
Dah lama benar rasanya tak tepek gambar makanan di blog kami . Hari - hari masak tapi malas nak ambik gambar .. ketam masak bercili di atas dimasak oleh Nisha masa kami di rumah Tok Som di kampung minggu lepas ... akak cuma bagi arahan dari jauh .. dia buat semua .. adik-adik dan kak Una cakap sedap .. akak tak sempat nak rasa sebab ada a few je ketam tu .
Yang ni pulak akak yang masak di rumah kami .. sambal udang dengan petai .. masih ada petai sama macam Nisha masak . Kami anak beranak semua hantu petai .
Cuba ambik gambar lain dari kebiasaan ... tak berapa nak menjadi sebab takde props yang cantik . Kat rumah baru ni memang dapat cahaya ari luar yang cukup ... cuma nak kena kreatif sikit kan ?
Mendeko bilik anak dara
Projek menceriakan bilik anak-anak dara . Selama ni bilik depa tu kosong je .. takde deko langsung . Kak Una bagi idea untuk gantung gambar depa adik beradik di dinding . Dia tengok dalam video klip Ainan Tasnim ada buat macam ni ... idea boleh diterima . Lagipun kami ada banyak gambar yang tak muat masuk album ... mak depa ni kan suka ambik gambar .
Lepas ni nak kena cari benda lain tambah deco sikit lagi .... supaya nampak macam bila anak dara . Cadar pun akak dah dijahit ... kain depa pilih sendiri .
Monday, December 10, 2012
Kembali ke sarang : Home sweet home
Alhamdulillah kami telah selamat pulang ke sarang setelah bercuti selama hampir 11 hari di kampung . Memang seronok dapat habiskan masa bersama emak tersayang ... rasa pilu sangat nak tinggalkan emak di kampung . Apa boleh buat , hidup mesti diteruskan . Nanti adik - adik akan balik pulak menjenguk emak hujung bulan nanti ... luckily mak ada anak - anak yang masih tinggal bersamanya dan ada juga adik akak yang tinggal tak jauh dari rumah emak ... takde la mak sunyi duduk rumah sorang-sorang . Terima kasih adik-adik .
padi sedang menghijau di belakng rumah Tok Som
InsyaAllah kami akan balik lagi dalam masa terdekat ni .... sebab adik bongsu abang misai dah nak bersalin anak sulungnya ... mesti abang misai nak balik tengok anak saudara baru tu nanti .
Balik saja KL .. rutin kembali seperti biasa .. kerja-kerja rumah tak putus-putus .. Si kecik tu pulak makin pandai buat sepah ... tension mak .. kita berkemas , dia pun berkemas jugak ... emak sibuk bersihkan bilik , dia pun sibuk buat operasi di ruang tamu ... alahai anak emak ... tolong la . Mak penat nak mengemas sepanjang hari .
Tuesday, December 4, 2012
Berehat di kampung
Kami masih di kampung .... abang misai dah balik ke KL ... hujung minggu nanti dia datang ambik kami . Now kami di rumah tok som ... suka bila dapat duduk lama sikit di rumah mak walaupun bingit telinga dengan anak teruna tu asyik buat bising je bila dah bergabung dengan cousins dia .
Nanti balik KL baru akak continue berblogging . Agak kurang ambik gambar kali ni ... Mr.Mood belum mari .
Nanti balik KL baru akak continue berblogging . Agak kurang ambik gambar kali ni ... Mr.Mood belum mari .
Subscribe to:
Posts (Atom)












