Friday, January 11, 2013

Agak-agak boleh ke jadi lebih CARGAS tahun ni ?


Malam ni tak nak buat kerja sekolah ... nak rehatkan minda .. gara-gara bersengkang mata semalam , pagi tadi mata jadi bengkak dan sakit kepala ... akak terpaksa tidur semula selepas anak-anak pi sekolah agama .. kalau dibiarkan maunya migrain . Nasib baik hari Jumaat masuk lambat ... boleh berlama-lamaan di rumah .

Hari ni berjaya jugak submit 2 tugasan ke pejabat ... rasa lega sangat ... tercapai jugak niat tak nak tangguhkan kerja ... syukur sangat tahun ni jiwa agak tenang .... buat masa ni la . Tahun lepas jiwa agak kacau . Tahun ni tak nak sensitif sangat ... selagi boleh tahan , akak akan bertahan ... kalau akak tak suka pun , akak akan buat tak tau je , tak mau emo-emo lagi .. janji kerja akak jalan . Kerja kat mana pun sama , sekali sekala akan datang dugaan .. kadang-kadang kita kuat , kadang-kadang kita kecundang .

Nak layan drama la malam ni ... Korea ke Melayu ?

4 comments:

lizamd said...

Assalam........

sekarang rekod mengajar tak leh guna fail ke?
sbb tgk ti dah guna semula buku rekod.......bukan fail mcam dulu?

yantisa said...

GB baru tak bagi guna dah .. semua pakai buku .. umtuk KSSR aku print dan tampal . Kalau tulis tak cukup 1 buku rekod utk satu tahun .

lizamd said...

kita orang tambah buku rekod. tahun lepas adalah 2-3 orang guna lebih dr 1 buku..........tahun ni pentadbir kene order lebih la gayanya.........kita orang tampal2 pun tak bole........semua kene tulih tangan.

yantisa said...

aku tampal utk tahun 1 & 2 sebab dah ada koleksi lesson plan . Senang kerja .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails