Monday, January 28, 2013

Menaruh Harapan ... moga dia permudahkan niat kami

Assalamualaikum ,



Satu hari lagi kami dapat berehat di rumah ... orang KL cuti lagi hari ni sempena Thaipusam semalam . Jumaat ni cuti lagi sempena hari Wilayah . Memang sangat ditunggu -tunggu cuti ni sebab kalau hari kerja memang akak selalu pancit .

Dalam seronok bercuti tu hati ni masih tak berapa nak seronok ... kenapa ? nanti akak storykan ....

Hari ni abang misai dah mula sibuk semula ... pagi ni rekrut baru mendaftar .. kalau tak silap akak 600 orang .... so akak kena terima kenyataan la yang masa abang misai untuk kami akan berkurang dari sebelum ni ... dia akan dapat anak-anak baru yang perlu dijaga selama 9 bulan .

Apa yang akak bimbangkan ... abang misai belum bagi keputusan tentang umrah kami ... dah puas akak bagitau dia yang ini adalah jemputan istimewa dari Allah untuk kami ... kami dihadiahkan untuk pergi ke sana dengan percuma ... kalau kami tak terima jemputan ini entah bila la kami dapat merasa untuk ke sana . Yang jadi masalahnya abang misai tak sanggup nak tanya orang atasan boleh ke dia dapat pelepasan untuk tunaikan umrah dengan akak cuti sekolah bulan 5 nanti . Dalam keadaan yang busy sekarang ni lagi la dia takkan buka mulut ... tunggu keadaan tenang sikit ...tapi tak boleh tunggu lama-lama sangat , by March dah kena confirmkan ...

Hari-hari akak doa agar urusan kami ini dipermudahkanNYA ... kalau dia tak boleh pergi , akak pun tak boleh pergi .... mau nangis akak bila memikirkan hal ni ... In Sha Allah , kalau niat kita baik , DIA akan memberi laluan ... doa-doakan kami ya kawan-kawan .

2 comments:

Wonderful Life with Mary Kay said...

Akak dpt tiket free p umrah ke? bestnya.. rezeki Allah bagi. harap-harap dapat la abang misa p yer.. Akak, jom join contest kat blog Liza? :)

yantisa said...

kami disponser oleh adik akak dan suaminya . Plan asalnya akak pergi dengan adik bujang tapi terpaksa diubah sebab takde mahram ... syarat baru tahun ni agak ketat dan adik akak offer abang misai untuk ganti tempat dia .

In sha Allah akak akan join contest tu nanti .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails