bila tengok gambar ni , mana mungkin akak menolak .
Bestnya dapat berehat di rumah .... minggu pertama ni memang la takde aktiviti lagi .. lepas ni tunggu la , mesti kerap ada aktiviti di sekolah on Saturday . Tapi hujung minggu tak bermakna boleh bangun lambat .. lepas Subuh tadi terus sambung buat kerja rumah , rendam sotong , nak kena masak awal hari ni sebab plan nak keluar cari barang sikit . Kain baju pun dah siap basuh .. tinggal nak sapu dan mop lantai je lagi . Abang misai pulak kena tugas 24 jam ... itu yang tak bestnya .
Hati akak ni sebenaqnya tak berapa nak tenang ... kenapa ?
Dalam hati ni dok suspen je sebab cik P dah lewat 5 hari .... jarang cik P mai lambat sangat .. kalau lewat pun sehari dua je ... tapi selalunya tu awal or on the same date . Kan sebelum ni akak tak sihat sampai loya-loya dan tak lalu makan ... tu yang buat hati ni lagi tak senang selagi tak dapat kepastian . Cadangnya hari ni nak beli pregnancy tester . Esok lepas bangun tidur boleh terus check .
Kalau negatif .... lega la , sebab akak dah nak masuk ke angka 40 tahun ni ... so rasanya dah tiba masanya untuk akak berehat dari menjaga baby . Syukur kami dah ada 5 tentera .
Kalau .... ini kalau la kan .... kalau la positif ... kami terima dengan besar hati , anak itu kan satu rezeki . Tapi siap la nanti kena perli sebab kalau betul la ada ... ini akan jadi anak rumah baru ... majoriti yang tinggal di blok baru ni dah senior2 ... dan akak tak nampak pun lagi jiran2 yang bawak perut . Maunya depa panggil anak bunga raya nanti ( Pangsapuri Bunga Raya ) .
So tak tau la nak kata apa ... suspen je selagi tak dapat kepastian . Segalanya mungkin .
BERSEDIAKAN AKU UNTUK MELALUINYA SEKALI LAGI ?

No comments:
Post a Comment