Salam hujung minggu ,
Dah bangun ke semua ? dah mandi ke ? .. entah-entah ada yang masih bermalas - malasan atas katil . Kalau ikut hati akak pun nak landing je pagi-pagi ni ... tapi perut anak-anak harus diisi .. tak kan nak suruh tok laki beli food kat kedai je? dah la hari sekolah sememangnya tak masak utk breakfast , so hari cuti budak-budak ni nak la merasa ayaq tangan mak depa .
Abang misai dan Haikal pagi-pagi lagi dah pi GH untuk check darah .. harap-harap semua ok la .. dia nampak sihat sangat tapi bacaan darah dia je yg tak sihat ..
Akim , subuh-subuh lagi dah bangun ... pukul 8.00 dah siap mandi tapi seperti biasa ... pakai seluar je , tak nak pakai baju .. bertuah punya budak . Nisha dah ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum .. dia jalan kaki je , mak malas nak hantar , biar la dia exercise sikit ... berat dah lebih daripada mak dia yang montel ni .
Breakfast dah settle .... kemas rumah ? kejap lagi la .. tinggal nak menyapu dan mengemop je .. hari ni nak menyental dua2 bilik air .... rasanya tak perlu masak lauk hari ni , peti ais dah kosong ... esok baru nak pi tambah stok .
Jom jengah blog adik akak ni
Rafyda Black's Journey ... jemput baca cerita-cerita pengalaman dia mengembara di tempat orang .. maklang Pdah ni suka jalan-jalan tengok tempat orang . Orangnya masih bujang . Dia baru balik dari Istambul ... jeles akak tengok gambar-gambar yang cukup cantik di fb dia ... DSLR akak tu dah merantau ke banyak tempat tapi tuan dia belum lagi ... thanks maklang belikan FM untuk kak ti ... tak sabar nak tengok .
Hoping one day nanti boleh sampai ke sana jugak . Dah plan bila tua-tua nanti , kalau umur panjang la , nak pi makan angin melawat tempat orang dengan abang misai .. sekarang ni kena simpan dulu niat tu sebab anak-anak sedang membesar , banyak nak pakai duit .
ok .. stop sini dulu .. maid nak pi sambung buat kerja .