Sunday, April 13, 2014

Cerita lamsam satu minggu ... mak sibuk you.



Assalamualaikum ... kesibukan membataskan akak menulis lebih kerap ... ini cerita satu minggu punya . Minggu ni jadual akak agak pack . Hari Isnin lepas bermulanya Bulan kreativiti anjuran Panitia Seni , KH dan PJK . Minggu ni minggu untuk aktiviti Panitia Seni .. untuk kelas akak kami buat diaorama hidupan laut . 


Selasa , bawak budak ke pertandingan ePPDa Wilayah Keramat .... syukur kami diumumkan antara 4 yang terbaik ... rasa ralat sikit sebab klip video tak berfungsi semasa persembahan slide power point tersebut . Takpe , mungkin bukan rezeki kita kali ini . They have done their best .


Rabu - Khamis . Kursus phonics di BTPN KL . Biru mata hitamku . Balik petang menempuh jam ... penat sangat .


Kegembiraan di hari Jumaat .. ayah pergi ke sekolah lama Kak Una untuk ambik hadiah ... tapi Kak Una tak dapat balik rumah ... dia baru abih exam di MRSM . We are so proud of you girl . 


Sekali lagi ... Semasa Karnival PPDa Wilayah keramat pagi tadi Meen and her friends naik pentas untuk ambik hadiah .. Depa dapat tempat ke 3 dalam pertandingan ePPDa yang diadakan Selasa dan Rabu lepas . Sebagai cikgu yang latih diaorang , mak bangga dengan pencapaian ini ... next year kita cuba buat lebih baik lagi ... Meen dah tak merasa la , tahun depan dah nak naik sekolah menengah . Next week dia ada ujian percubaan UPSR .. harap kali ini ada peningkatan . Kerap sangat tak masuk kelas sebab berlatih untuk pertandingan . Lepas ni mak nak Meen kumpul A pulak , bukan kumpul pingat saja .




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails