Saturday, January 3, 2015

Berpisah demi mengejar ilmu



Masih punya seminggu lagi untuk budak berdua ni duduk di rumah bersama kami ... Meen akan mengikut jejak kak Una tinggal di asrama ... walaupun Meen hanya mendapat 4A 1B dalam UPSR yang lepas kami sekeluarga sangat bersyukur . Redha dengan ketentuan Allah . Perjalanan masih panjang , Insha Allah anak-anak mak akan berjaya .

Meen diterima masuk ke sekolah lama kak Una , kelas aliran agama  ... dapat merasa tinggal di hostel . Dia memang nak sangat pun . Rumah akan kurang bingit dengan suara kuat dia . Pasti mak akan rindu semua tu . Moga anak mak menjadi insan yang mampu berdikari .. mampu kemas locker sendiri ... basuh baju sendiri ... bangun sendiri tanpa dikejut emak .

Kak Una akan meneruskan setahun lagi di MRSM Parit .... tahun yang penting bagi kakak ... 2015 kakak akan ambil SPM tahun ni ... dia memasang angan-angan nak study obersea lps ni ... angan-angan mak dia jugak tu . Moga Allah permudahkan segala urusan anak-anak emak .



Nisha dapat result yang sederhana dalam PT3... setakat itu kemampuan dia . Nak apply kolej vokasional tapi ayah tak izin ... takpe lah Nisha akan terus di sekolah sekarang , duduk dengan kami . Dapat juga tolong-tolong emak buat kerja rumah ... dia sangat membantu . TQ Nisha


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails