Wednesday, September 7, 2016

Susahnya nak istiqamah



Status yang hot dan viral sekarang ni . " Saya dah penat menjadi baik "


        Nak cerita pengalaman akak masa muda dulu. Dulu akak aktif dalam aktiviti outdoor semasa di maktab . Masa tu mana ada lelaki yg nak ke perempuan lasak ni. Habis saja maktab ada orang masuk meminang . Kalau dia tau akak lasak tentu dia pun tak mau. Akak pun terbuka hati nak terima. Jodoh kan?


          Masa orang tu mai merisik ..memang la akak ayu berbaju kurung . Lepas bertunang , barulah kami berkenal-kenalan. Keluar dating kali pertama ok lagi...bila dah kali kedua dan seterusnya akak pun pakai la pakaian yg akak selalu pakai. Jeans , t-shirt lengan pendek dan tudung ikat belakang. 
Terkejut la orang itu . Dia kata Ella pun kalah. Lepas kami nikah dia cuba ubah akak. Dia minta akak pakai tudung labuh. Sebab tu hampa boleh tengok gambar lama akak memang bertudung labuh. Tapi hati akak berbolak balik lagi. Akak memberontak di dalam. Tak lama lepas tu akak balik ke asal. Masih pakai baju lengan pendek semula.


              Kesian orang itu. Mesti dia sedih kan? Susah dia nak bentuk akak. Akak nak tapi tak boleh nak istiqamah. Alhamdulillah semasa buat umrah mulut akak tak henti mohon pada Allah di tempat-tempat yang mustajab doanya. "Ya Allah ...aku nak berubah...tolonglah aku...kasihanilah aku" . Balik dari sana hati akak sudah tetap. Perlahan-lahan akak belajar pakai stokin , pakai arm socks dan labuhkan tudung semula.
Orang yang paling gembira mestilah orang itu. Kami sama-sama lebih dekatkan diri dengan Allah. Bila akak tengok kawan lain yang macam akak yang dulu. Akak doa . "Ya Allah ..kau berilah hidayah pada mereka seperti mana engkau kasihkan aku". 



           Kalau kita diberi peluang kedua selepas nyawa terpisah dari badan , selepas jasad dikuburkan ... boleh la kita cakap macam statement di atas tu . Hampir setiap hari akan terfikir bersediakah aku untuk mengadap Allah . Dengan dosa yang terlalu banyak . Mati ni tak kira tua atau muda . Buatnya kita tak sempat bertaubat .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails