Tuesday, July 15, 2008

Gelagat Si Haikal yang nakal

Inilah aksi - aksi nakal anak bujang kami yang sorang...dari sihat hinggalah ketika tidak sihat. Haikal memang tak tahu duduk diam ..dia hanya diam ketika sakit...kalau setakat demam tu Haikal masih boleh main lompat-lompat.

Akibat nak ikut main dengan anak jiran yang lebih besar , Haikal turut terjun tangga seperti diaorang..tapi nasib dia malang sebab salah landing..patah kaki kanan dia..dua bulan dia kena pakai simen. Gambar di atas diambil pada hari pertama Haikal pakai simen di kaki.
Tengok saja gambar ini ..dah boleh tau setakat mana nakalnya hero kami ni..simen belum dibuka tapi dia dah naik basikal. Pakai simen ke tak ..sama saja bagi Haikal.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails