
Tiada kata yang dapat menggambarkan kepuasan dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik pabila murid-murid berubah ke arah yang lebih baik. Inilah wajah-wajah yang satu ketika dulu membuatkan kak yan terasa penat mengajar tetapi tidak nampak hasilnya. Tapi berkat kesabaran ..kak yan dan juga cikgu-cikgu tahun 6 tidak berputus asa mengajar mereka ..bukan sahaja dalam akademik tapi sahsiah mereka juga agak sukar dibentuk.

Alhamdulillah , kak yan dan guru - guru lain sangat bersyukur dan kami sangat gembira kerana anak - anak ini telah menunjukkan perubahan yang sangat memberansangkan. Kalau dahulunya kelas bising kerana mereka asyik berbual..tidak fokus dalam pelajaran ..tetapi sekarang kelas masih bising tetapi bising kali ni kerana mereka aktif dalam pembelajaran..rajin bertanya..yang paling lemah pun dah tak malu bertanya. Itu yang cikgu - cikgu harapkan.

Di sekolah tempat kak yan mengajar , murid - muridnya datang dari latar belakang yang sederhana...malahan 40% daripada murid - murid di sekolah ini terdiri daripada anak2 warga Indonesia..tapi tugas mendidik tidak mengenal bangsa dan agama. Mereka juga manusia..pahala yang diperolehi masih sama..kami guru - guru di sini harus bekerja lebih keras untuk memastikan kejayaan anak - anak didik kami .
No comments:
Post a Comment