Tuesday, July 15, 2008

My dream

Syukur alhamdulillah impian untuk melanjutkan pelajaran sudah hampir menjadi kenyataan. Kak Yan sudah dapat tawaran Kursus 14 minggu Pra Sarjana Muda Pengajaran . Jika ada rezeki kak yan boleh sambung membuat PJJ di OUM tahun depan. Peluang ini kak yan telah tunggu selam 12 tahun. Semasa mula - mula kahwin dulu , suami tak beri izin sambung blajar..semua kerana anak-anak yang masih kecil..bila dia dah beri izin..rezeki kak yan pulak amat berat..mohon sampai 3 kali baru dapat.

Bukan kerana mengejar gaji yang lebih tapi untuk kepuasan diri sendiri. Ingin memiliki segulung ijazah dan majukan diri seperti adik-adik yang lain. Kak yan masih ketinggalan jauh di bawah. Sekarang kak yan kena rombak semula jadual harian supaya semua tugas dapat dijalankan dengan lancar, baik tugas di rumah dan di sekolah .

3 comments:

PINATBATE said...

Tahniah...Tahniah...tahniah....semuga berjaya dan terus berjaya...dipermudahkan segala urusan dan selamat berjuang!

INTAN said...

cograt kak yan

yantisa said...

Thanks pinat& said..

Kak yan takkan sia-siakan peluang yang susah sangat kak yan nak dapat ni..mungkin bagi orang lain its nothing..tapi bagi kak yan peluang ni sangat bermakna..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails