Sebagai student , kena ikut sama terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh IPG. Pada 28 Ogos lalu IPIK mengadakan sambutan Diambang Kemerdekaan. Antara aktiviti yang kami kena ikuti adalah majlis makan ala-ala Jepun..tak ramai yang tunggu sampai petang dengan alasan penat...
Aku dan Kak Ruhaida menjamu selera. Memang lapar pun sebab kami tak makan sejak breakfast..Menu hari tu ubi kayu dan pisang rebus..kalau ikutkan cara mak-mak kita memang sedap tapi ubi kayu hari tu agak keras ...mengenangkan zaman jepun lagi teruk..kami pun telan je la..
Menu zaman Jepun : Ubi kayu & pisang rebus
2 comments:
Salam kak Yan
kami dah buat menu makan ubi rebus dan keledek rebus kat murid-murid tahun lepas masa program Ambang Merdeka 2007..
sengaja nak bagi rasa anak-anak sekarang perit jerih orang dulu...tapi budak-budak ni ego..ada yang minta kentang goreng sebab tak biasa makan ubi....tu boleh tahan lagi , yang sakit hati ada yang buang ubi tu depan-depan cikgu sambil cakap "tak ada benda lain ke cikgu nak bagi makan "..
pinat ,
budak - budak sekarang memang macam tu.
Post a Comment