Wednesday, December 31, 2008

Finally we met

Wednesday Dec 30
Finally we met setelah agak lama berkenalan di alam maya...Nadia@Anor came to Pulapol for a visit..bermula dari forum cari , board parenting ..

Nice knowing you Nad..very humble person..sanggup datang jauh..walaupun kejap..I really appreciate it ...next time boleh datang lagi..kak yan masak laksa special for U....


Good Bye Pn Hjh Khalsom

Selamat menjalankan tugas di sekolah baru buat mantan GB kami, Puan Hjh Khalsom binti Hj Ahmad yang telah bertukar ke SK Sri Rampai KL..setelah 8 tahun bersama kami di SKPT2..banyak kenangan manis..suka duka dikongsi bersama...walaupun agak tegas tapi masih ada budi bicara dalam banyak hal..beliau juga banyak mengajar kak yan untuk menjadi ketua yang lebih baik..selalu sangat puji kak yan sampai kekadang malu dengan kawan-kawan ... maaf jika ada perlakuan saya selama ini yang buat puan terkecil hati..kita manusia biasa..tak lepas dari salah dan silap..Thanks Puan Hajah for everything.

Visit Melaka ( Part 2 )

24th Dec 2008
day 2 ..kami check out awal pagi ..lebih kurang jam 9 pagi..continue ronda-ronda bandaraya Melaka..pagi2 sejuk lagi dan orang pun tak ramai.

ayahku penarik beca..
abang misai cuba bawak beca ni..uncle tu kasi chance



depan Memorial Pengistiharaan kemerdekaan

Ibu meriam

Monday, December 29, 2008

Visit Melaka ( Part 1 )

Selasa dan Rabu lepas ( 23&24th Dec ) kami sekeluarga ke Melaka...saja bawa anak-anak makan angin ke Bandaraya bersejarah...kami bertolak dari Pulapol jam 12 tghari ..tiba di Melaka pkul 2 petang ..kami check in di Apartment Casa LaGo..hakmilik Koperasi Polis ..


Apartment Casa LaGo yang bersebelahan Selat Melaka.

Melawat Masjid terapung

Sebelah petang kami keluar ronda-ronda bandar Melaka..tapi anak-anak dah penat sangat ...tambah-tambah Si Yasmeen tu..muka asyik monyok je...Haikal pulak badan tak berapa sedap..macam nak demam je..dia asyik merengek..

Anak-anak nak naik Menara Taming Sari..tapi petang ni ramai sangat orang..terpaksa beratur panjang ..so kami cancel je..esok saja lah naik..



Haikal dah buat perangai..tak mau jalan sendiri..


Walaupun penat tapi still boleh bagi pose ceria..


Minum petang...asam laksa Penang dan kerang rebus

Kami lepak makan di Gerai bersebelahan Mahkota Parade...lepas makan kami ronda-ronda cuci mata di Mahkota Parade pula...belikan anak-anak congkak...balik ke apartment jam 9 malam...sebelum tu singgah beli asam pedas Melaka...

Sebelah malam anak-anak just play congkak...nak nonton pun hanya dapat 1 channel je..

Sunday, December 28, 2008

Sensitive Skin

Minggu lepas selain tension dengan assignment yang perlu disiapkan , kak yan juga tension dengan kulit muka yang mengelupas ...semuanya angkara alahan kepada sea food dan cuaca yang panas..abang misai kerap sangat beli udang dan sotong cuti sekolah ni..kak yan pulak pantang tengok..nak ngap je..satu hari tengok muka penuh bintik2 merah...mula la gelabah...konon - konon nak hilangkan bintik2 tu , kak yan pun applied krim jeragat Tia Amelia yang kak yan beli sebelum ni..tapi tak penah guna lagi..esoknya jadi lagi teruk...kulit muka bertambah merah dan mengelupas..

Apa nak buat ni..pagi tu pulak nak kena ke kuliah..alaaaa malunya...nak tak nak kena pegi jugak...dengan pedihnya...kawan2 yang jumpa semua tegur...errrrrrrr tensionnya..

Hari Isnin minta abang misai beli skin balance CNI..sebab adik kak yan penah guna sebelum ni dan berkesan..alhamdulillah hari ke2 guna dah nampak perubahan..pada hari ke 4 dah tak mengelupas lagi..tapi bintik2 merah ni memang susah nak hilang..cuma dah berkurang dari dulu...kak yan akan terus guna skin balance ni sebab ia berasas air dan plants je..

Skin Balance from CNI

Hari ke 3

Hari ke 5

Wednesday, December 24, 2008

Busy giler


Busy sangat seminggu ni..menyiapkan 2 assignment...TMK banyak pecahannya ..so banyak la kejanya...ethic agak sukar..lagipun buat dalam BI...dari pagi sampai lewat malam asyik depan laptop je..tak sempat nak update blog..ada banyak nak cerita tapi masa tak de..

lepas siap assignment ...nak pulun study untuk study pulak..lagipun sekolah dah nak buka..lagi la bertambah beban keja...harap boleh cope dengan semua ni..tak nak jadikan study ni sebagai alasan not perform di sekolah..

Ok gang siber mum semua..kalau ada masa kak yan akan update semula blog ni...

Monday, December 22, 2008

Kekasih awal dan akhir

Hari ini 22hb Disember 2008..is my 12th anniversary...kami disatukan pada 22.12.1996 . Abang misai ialah cinta pertama kak yan..dan hope he will be the last too. Percaya atau tidak kami tak pernah keluar dating sebelum bertunang...penyatuan kami semuanya urusan family...2 hari selepas habis maktab , dia datang merisik..itulah first time kak yan lihat rupa dia..tu pun tak berapa berani nak pandang...

Kami hanya berkenalan selepas bertunang..dalam tempoh 6 bulan tu bermacam dugaan kami tempuhi ...kami dari 2 dunia yang berbeza...abang boleh dikatakan orang masjid juga la..tapi kak yan time tu rugged giler...masa merisik elok je pakai baju kurung...dia mana tau..he..he

Perkara pertama yang abang tanya masa first dating kami " Ti masih dara lagi ke?"..kalau kak yan dah tak virgin , dia sanggup lepaskan kak yan dan tak akan minta balik apa yang telah diberikan masa bertunang termasuk separuh daripada duit hantaran..

Abang juga nak cuba ubah kak yan dengan drastik...kak yan memang tertekan time tu..tapi jodoh kami panjang ...Allah sayangkan hubungan ini ...memang kami dah ditakdirkan untuk bersama walaupun pernah terlintas untuk putus tunang sebab tak tahan dikongkong...alhamdulillah selepas kawin pun kami berjaya melepasi segala dugaan rumahtangga...

Kini dengan hadirnya 4 tentera kecil , terasa lengkaplah rumahtangga kami ... kami berdua pun dah banyak berubah ..mungkin usia jua mematangkan kami...abang banyak mendidik kak yan untuk menjadi isteri dan muslimah yang lebih baik walaupun pada mulanya kak yan melakukan semua itu dalam terpaksa...kasih sayang abang melembutkan hati kak yan ...dan kak yan kini sangat bahagia disamping abang misai dan anak-anak..semoga cinta ini kekal hingga ke akhir hayat.

Abang ... thanks for everything....I love u yang..

Sunday, December 21, 2008

Kami menang ..

meen doing her colouring

Kakak won the first prize for the drawing competition..she got this bikeMeen dapat hadiah saguhati jeNisha pun sama

hadiah kakak

Hari ni dalam sejarah

Saturday Dec 20

As early as 6.00 a.m I was already awake coz today need to attend OUM classes in MP Teknik Cheras . It was my second tutorial for this semester. I was a bit worry to go coz my face looked terrible...mengelupas semacam...semua angkara krim Tia Amilia which I applied last night...

The tutorial ended at 3.00p.m ..abang misai came to take me home without the kids..semua dah lena katanya...after Magrib again he sent myself and the kids to Mid Valley..they wanted to watch the movie...keep begging to abang misai for his permission ...kesian seumur hidup anak-anak tu tak penah tengok wayang..abang misai ni kekadang terlalu mengongkong...pity my kids... takut nanti bila diaorang remaja .. meronta2 nak kebebasan...lebih baik keluar dengan family daripada dengan kawan-kawan or boyfriends ...


tapi sebelum tu sempat juga kak yan berjumpa dengan maksu zuwaidah ... dia datang ke rumah..ada urusan sikit .. tapi kejap je sebab maksu pun nak cepat dan kami pun nak keluar malam ni..jalan jam giler di laluan masuk ke Mid Valley... lama juga kami tersangkut...tapi kami masih ada masa untuk makan dulu di food court kat situ.



Nisha makan tak toleh kanan kiri


We watched ' Bolt ' in 3D..best tengok movie 3D ni...rasa real sangat..macam object tu duduk depan mata...memang mahal sikit compared to movie biasa...belanja Maklang Pdah dan Makcik Timah sekali...lagipun kami tak arif sangat nak merayau di Mid Valley tu..tambah lagi nak tengok wayang..last kak yan masuk wayang 12 tahun lepas...the show ended at almost 11.00 ... pastu abang misai dah siap menunggu kat luar..

Thursday, December 18, 2008

Malasnya

Thursday Dec 18

Hari ni hari gaji ..sepatutnya aku gembira boleh berjoli sakan sebab bulan ni gaji + bonus..nanti hujung bulan dapat lagi duit claim duty hari tu..memang hujung tahun selalu dapat durian runtuh..tapi hari ni aku malas betul nak keluar...lepak kat rumah pun malas nak buat apa-apa ..asyik dok melangut depan laptop ni je...

Satu benda yang aku rajin benor nak buat hari ni...buat satu lagi blog khas untuk catatan aku sebagai seorang guru..so lepas ni aku tak perlu campur aduk hal sekolah dalam personal blog aku..edit itu edit ini..tengok - tengok rupanya dah tengahari..hari ni cuma masak nasi je..lauknya tapau sebab malas nak masak..hari gaji ni abang misai nak ajak makan di luar..

After lunch seperti biasa selepas solat zohor aku pun buat projek membesarkan badan...mana la badan tak naik...asyik zzzzzzzzz je cuti sekolah ni..takpe..bila sekolah buka nanti takde chance la nak tido siang sebab kami akan ke sesi petang bagi semester 1 nanti..

Selepas magrib kami ke Mc D..abang misai belanja malam ni.. prosperity burger pilihan kami..

Wednesday, December 17, 2008

Hari biasa

Wednesday Dec 17

Subuh - subuh lagi dah geram dengan abang misai ..kalau bangun tu dah la bising bunyi alarm clock dia..pastu bersiap mesti nak on lampu..tak boleh kita nak tido lama sikit..ada saja gangguan..kak yan tutup mata dengan kain then terus zzzz...pukul 6.30 dia kejutkan semula..bangun solat .. lepas tu On laptop..semalam tak boleh connect langsung..

Jam 9.00 keluar ke station damai hantar makcik nak balik ke Kajang..pastu singgah ke sekolah..tengok surat . Ada la 2 bil .. balik rumah terus masak..today's menu simple je..sambal sotong dengan telur dadar je..menu orang malas..habis masak , masuk LMS kejap..buat a few posting .. abang misai balik pukul 12.30..dia selsema lagi..ambik ubat dah tido kejap.tak nak ganggu dia..


Lepas zohor kak yan pulak nak tido..membesarkan badan..petang ni tido punya la lama..bangun tu dah pening. hari ni buat revision sikit....tapi tak berapa ada mood la nak study...maybe sebab topic professional ethic tu agak membosankan...

Malam ni pun kami tak ke mana-mana...semua pakat dok menempek depan tv..kak yan pun terpaksa juga la join sekali sebab streamyx benggong tahap gaban .... hampeh betul..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails