Friday, January 30, 2009

Mengomel

Friday Jan 30
Pot pet pot pet...dari pagi lagi mulut ni dah memulakan operasinya..tak lengkap hari kalau tak berleter ... bukan tak pernah cuba..makin didiamkan , makin menjadi kerenah budak-budak ni...nak besiap ke sekolah agam pun dah macam2 perangai..nak kejutkan semuanya bukannya senang...lepas mandi boleh duduk atas sofa tengok kartun..bukannya nak terus siap pakai baju..yang kak yan hangin satu badan pukul 7 lebih baru sibuk nak solat subuh...

Lepas hantar diaorang ke sekolah agama..aman sikit dunia..hari ni kak yan masih ke sekolah juga untuk siapkan a few things..at 10.45 went back to get the kids at sekolah agama..went straight home...masak nasi je..lauk seperti biasa ..tapau..tak larat nak masak ....this few days takde mood la nak masak bagai...ada simtom-simtom itu tapi tak nak mengharap sangat..nanti tak menjadi frust la pulak...baru lewat 3 hari je pun.

Haikal punya keja today..alahai anak mak..kenapa la teruk benar..Haikal ni tak sama dengan kakak - kakak dia..buat keja nak cepat siap je..tak teliti langsung...kak una cakap dia kena tegur dengan ustazah sebab color comor sangat...monyok je anak teruna tu kat kelas tadi..

mak cik Meen yang kehilangan banyak gigi..sekarang kalau bergambar sure tak buka mulut..tapi mulut dia boleh tahan juga....selalu kena dengan mak dia sebab cakap yg tak sepatutnya..

My noty boy....bila la Haikal jadi budak baik ni....so active..tak tau duduk diam..penat mak dibuatnya..

Wednesday, January 28, 2009

A Wish For You, Child

By Author Unknown

May all your wishes come true
May you always do for others,
and let others do for you.

May you build a ladder to the stars
and climb on every rung
and may you stay forever young

May you grow to be righteous

May you grow up to be true

May you always know the truth,
and see the light that's surrounding you

May you always be courageous,
stand upright and be strong
And may you stay forever young

May your hands always be busy,
and may your feet always be swift

May you have a strong foundation
when he winds of change shift

May your heart always be joyful,
and my your song always be sung

And may you stay forever young.

2nd Day in PB

Monday Jan 26

Hari ni hari kedua kami di Parit Buntar...selepas subuh kak yan , Ina dan my mum went to Pt.Buntar ..kami ke pasar ..tak banyak stalls yang dibuka memandangkan hari ni sambutan Tahun Baru Cina..so pilihan pun tak banyak..kami hanya dapat beli 8 ekor ikan siakap , udang dan daging untuk menu hari ni..untuk breakfast pulak kami borong 3 beg plastik nasi lemak dan beberapa keping roti canai..

Nasi lemak 60 sen..sedap jugak.


Inilah dapur mak yang luas sangat ..boleh siap landing lagi kat sini..tapi tv semua dah dibawa masuk ke bilik..so kami dah kurang lepak di dapur lagi..

Sebelah petang kak yan tak ke mana-mana...lepak dengan mak di pangkin belakang rumah..abang misai dan anak-anak balik ke Alma kejap..malam ni baru diaorang balik semula ke sini..Ina & family pula ke rumah MIL dia celebrating CNY..

Hari ni ada gerhana matahari tapi kak yan tak sempat nak tengok..terlupa..sebelah petang matahari dah kembali ke asal.



Kesian Mikael boring sorang-sorang...Mik anak sulung adik lelaki kak yan , Jasni..diaorang tinggal dengan mak di kampung sementara menunggu rumah diaorang siap di Kuala Kurau ... abang misai dan anak-anak sampai ke rumah tok som jam 11 malam..kak yan dah siap baring nak zzzzzzz time tu.

Giliran Pt Buntar pulak

Sunday Jan 25

Hari ni giliran kami balik ke Pt Buntar pulak...dah lama kami tak balik..last sekali time raya dulu..kak yan dan abang misai ke rumah kenduri dulu sebelum bertolak ke PB..kami singgah di pekan Pt Buntar untuk beli jajan & kek..kak Una nak celebrate birthday dengan cousins dia di kampung..kami ke satu-satunya kedai kek melayu dalam pekan PB..service punya la lembab..takde pulak kek yang dah siap..kena tempah la pulak..petang baru boleh ambik..so kak yan cancel je la..kak Una dah moncong je..dah menitik air mata...kesian la pulak..

Nasib baik on the way to rumah tok som ( my mum ) kak yan ternampak sebuah lagi kedai kek melayu...nasib ko la kak una..tapi di kampung ni mana ada cheese cake or chocolate cake..kek span ada la...takpe lah janji kek..budak-budak bukannya kisah sangat..

Adik kak yan , Ina & her family dah sampai ke PB daripada BB Bangi semalam lagi...my BIL , Muhd NurIman Beng is going to celebrate Chinese New Year with his family in Kepala Batas..at 3.00 p.m kanak-kanak ribena ni pun dah tergedik-gedik nak potong kek...kak yanbeli satu lagi kek untuk Meen juga.


Di rumah tok som pun kami tak keluar ke mana- mana ..duduk melapak bersembang & nonton tv je..tok som buat bubur asyura today..dapat banyak bekas jugak la..

my beloved mum tekun mengisi bubur asyura ke dalam bekas..makan sejuk2 sedap ni..


petangnya kak yan dan anak-anak ke bendang...rumput basah sebab hujan kejap tadi..kami plan nak naikkan layang - layang tapi angin pula tak kuat..

boleh posing je la..

nisha yang kembang semangkuk..

kesian Haikal tak dapat naikkan layang-layang

my youngest nephew, Muhd Nuh Ashman..so cute anak cina ni

lepak di pangkin belakang rumah dengan adik dan anak2 sedara...sekali lagi kak yan menyicah buah mempelam dan jambu air..sehingga menjilat jari..



abang misai melayan anak-anak makan malam..anak-anak sedara pun tumbang sekaki ..nak disuap oleh pak long

Malamnya just nonton tv je...family kak yan dan Ina kena tido kat luar..kami decided nak tido di ruang tamu semuanya termasuk dengan mak sekali...bilik dah penuh untuk adik2 ipar kami yang lagi 2 family...so kami yang tua ni lah yang kena beralah...kak yan pun sarungkan selaur panjang..tak ler malu kalau terselak sana sini..di dapur luas untuk kami tido tapi panas la malam ni..kat ruang tamu ada dua kipas syiling..so lebih selesa..

Sukanya anak-anak bila sekali sekala jumpa..riuh rendah rumah tok som

Selagi tak kena marah suruh tido selagi tu la telinga ni bingit dengan ragam anak-anak.

Inilah 9 daripada 10 cucu tok som...anak mamak, anak melayu pure dan anak cina pun ada..macam2 pesen..

main cikgu-cikgu la pulak

anak-anak Ina & Iman

2 days in Alma

Saturday Jan 24

Kami semua bangun seawal jam 4.30 pagi ..pukul 5 semua dah siap mandi tukar pakaian dan sedia untuk bertolak balik ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina ..kak yan dan anak-anak dapat bercuti selama seminggu tetapi abang misai hanya bercuti 4 hari je.bermakna kami akan pulang semula ke KL hari Selasa ni.


Jalan gak jam di beberapa kawasan ..so kami plan nak keluar melalui tol Sungkai...masa kami mula menukar lorong ke plaza tol jam menunjukkan pukul 6.45 pagi..sepatutnya sempat lagi solat tapi malangnya kami tersangkut di situ selama 30 minit..dari gelap dan bila keluar tol dah terang benderang...roda kereta bergolek sikit-sikit je...geram betul..lebur subuh kami ..balik qada di kampung la jawabnya..


Kami masuk semula ke highway melalui tol Ipoh...jam lagi..kami hanya tiba di Alma jam 12.30 tengah hari..penatnya bontot..sakit pinggang. Sampai je tok minah ( MIL ) dah siapkan lunch... bila balik ke Alma kak yan tak perlu fikir pasal masak..tok minah memang rajin masak..sampai tak termakan.

buah mempelam cicah dengan kuah rojak..prepared by MIL

Kami duduk rumah je sepanjang hari ... kak yan dah puas tido..dah takde benda lain nak dibuat..asyik2 melangut depan tv....tok minah pulak asyik tanya nak makan apa lagi..petangnya kami ke rumah sepupu abang misai sebelah rumah MIL je..tapi diaorang pulak dah keluar..


Sebelah malam hanya dihabiskan menonton tv...abang misai banyak la yang nak disembang dengan mak dia..kak yan sampai terlena depan tv..pukul 12 kejutkan abang misai masuk bilik..tak nak la tido depan ..malu la kalau terselak kain batik depan FIL...

Tuesday, January 27, 2009

tag lagi

Tag drpd Fizan~about ur wallet?

ayoyo..dapat satu lagi tag
yang dulu drpd Intan pun kak yan tak terlaksana lagi..
bukan apa gambar kawin kak yan tak cantik
malu nak tepek sini...
apa-apapun terima kasih sebab masih ingat kak yan..


tag berbunyi sebegini:

1)Snap the picture both inner and outer of your wallet
2)Introduce the wallet brand,price and where you buy
3)take out whatever its inside your wallet (at least 5 pictures)
4) Snap the picture of the wallet and yourself
5)Tag another 5 person

Jawapan dari kak yan adalah:

1)Snap the picture both inner and outer of your wallet


2)Introduce the wallet brand,price and where you buy

Purse ni berjenama Giogio Fiore..di beli beberapa bulan yang lepas di Jaya Jusco Wangsa Maju sebab purse yang lama dah nazak sangat..tak mahal manapun around RM40 rasanya...tapi kak yan tak berapa suka purse ni sebab bila tutup tak rapat habis..takpe la nak pakai buat sementara je ..minggu depan insyaallah akan dapat purse baru from US..my sister is now in US dan nak balik M'sia minggu depan..kak yan dah kirim beli purse & handbag baru..so minggu depan boleh la melaram dengan bag & purse baru..


3)take out whatever its inside your wallet (at least 5 pictures)




dalam purse kak yan ada benda2 biasa je yang wajib ada dalam purse orang pompuan..
nombor 1 - gambar-gambar small size insan-insan kesayangan kak yan termasuk gambar sendiri di zaman spek besar..he..he

nombor 2- lesen memandu dari L hingga la ke P..

nombor 3- IC..benda wajib dibawa ke mana-mana..gambar IC ni tak sanggup kak yan tengok..macam minah Indon..dah la nama macam Indon..

nombor 4- Bankcard...kad ni la yang digunakan bulan2 keluarkan duit gaji..

nombor 5- Mydin meriah card..sebab kak yan boleh dikatakan pelanggan setia pak sedara Mydian..selalu pegi beli barang sekolah kat sini..



4) Snap the picture of the wallet and yourself


Muka orang penat baru balik dari kampung..

5)Tag another 5 person

1- ainal
2- cik pinat
3- maksu
4- kak yati
5- anor

kalau free tunaikan la..kalau busy..kak yan faham..

Friday, January 23, 2009

Balik kampungggg

Kami akan balik kampung selama 4 hari je..sepanjang cuti Tahun Baru Cina ni..kalau dah bahagia 2 ..nampak gayanya dua hari la di tiap sebelah keluarga...nak buat macam mana..yang bestnya kali ni semua adik pun balik..my BIL is celebrating CNY dengan family dia..kalau dah semua balik ..jawabnya kami kena beralah tido di dapur je la..nasib baik dapur mak tu luas panjang..dapur pun dapur lah..

Cadangnya nak bertolak subuh esok...dan kami akan balik semula ke sini Selasa..jumpa lagi nanti..

Monday, January 19, 2009

Perlantikan pengawas

Hari ni seperti biasa ...kami keluar ke sekolah jam 12.00 tghari..sampai je terus mulakan tugas...menanda buku latihan murid..kalau dibiarkan mau bertimbun jadinya...ada juga yang kak yan bawa balik..yang tak tahannya bila nak bawa semula ke sekolah..berat dengan bag laptop lagi..camera gedabak tu lagi..

Betapa gedebabnya aku ni..

Hari ni sekolah mengadakan majlis perlatikan pengawas..sepeti biasa kak yan ditugaskan sebagai jurufoto merakam event tersebut. ..untuk dokumentasi..memang penat berdiri..menunggu semuanya ready untuk di snap-snap...lepas tu terus masuk kelas pula..

pengawas jQAF..

Pengawas Pusat Sumber

Pengawas sekolah

Kepenatan selepas habis kelas...menunggu time balik je..sampai je di rumah abang misai pulak order mee sup..nak tak nak kak yan kena buatkan juga..dia kata dah jemu makan lauk kedai..tak sedap pun..maknanya kak yan masak sedap la yer...he..he..perasan kejap...kalau dia dah bagi hint mcam tu..sedap juga hati..hilang penat..terus kak yan turunkan kuali besar..anak-anak dah pegi mengaji...balik je mengaji mee sup dah tersedia..abang misai lepas makan je terus ke care4 beli barang dapaur..dah banyak yang kering..

Lepas solat magrib kak yan lepak depan laptop kejap...update mana-mana yang patut...lepas ni nak terus zzzzzzzzzz....dah letih sangat.

Sunday, January 18, 2009

Operasi Mengemas

Sunday Jan 18

Salam hari minggu...satu hari je untuk berehat di rumah..tapi takde maknanya...lepas subuh kak yan cuba tido semula..tapi pukul 8.00 abang misai call , minta anak turun ke bawah ambik makanan..kak yan suruh dia naik jugak..hari ni ada operasi membuang barang2 tak nak guna ke bawah..mula dari petang semalam lagi..tapi kelmarin abang misai duty dan kak yan pula ke sekolah , pagi ni kami buang ke bawah sofa lama yang simpan di stor..kak yan ke balcony belakang ..buang apa yang patut..lega tengok lapang sikit ..

pukul 11.00 abang misai zzzzzzzzz...kesian pulak nak kacau ..katanya nak keluar beli lauk 12.30 tapi susah benar nak buka mata..so kak yan buat nasi goreng sardin & telur dadar je untuk tengahari ni...kak yan plan nak ganti tido selepas abang misai bangun tapi tak kesampaian sebab ex-student abang misai datang rumah dgn tunang dia untuk hantar kad jemputan kahwin diaorang..lama juga diaorang bersembang ... lepas tu kawan bang misai pulang datang..lepas solat kak yan cuba juga tido sekejap...bukan apa untuk bekalan tenaga mata untuk malam ni..


Jam 5.00 petang abang misai hantar kak yan ke Romatika Wangsa maju..kak yan nak cari bunga sikit untuk letak atas meja kak yan di bilik guru. Baru ceria sikit..on the way back , kami singgah pasar malam di jalan depan sekolah..beli kue teow goreng .. balik rumah abang misai bawa anak-anak ke padang sebelah untuk main layang-layang ..haikal pula sibuk berbasikal..

Lepas Magrib kak yan busy ironning baju sekolah anak-anak ..tak dapat habiskan semuanya malam ni..esok-esok la pulak...nak minta anak2 cermat sikit ..jaga baju di sekolah agama so boleh pakai untuk 2 hari..penat meng-iron kak yan lepak depan tv tengok AJL ..abang misai dah berdengkur...lepas update blog ni kak yan nak beradu...selamat malam..

Sekolah ganti

Saturday Jan 17

Hari ni kami kena ganti hari persekolahan...so this coming Chinese New Year , kami akan dapat seminggu cuti ditambah pula dengan cuti hari wilayah ..so jadilah 10 hari kesemuanya...bestnya dapat rehat setelah 3 minggu persekolahan yang amat memenatkan..betul..sejak sekolah dibuka rasa tension sebab penat sangat..baik dengan keja rumah ditambah pula dengan keja-keja sekolah yang tak putus-putus....kalau masa mula2 berkhidmat dulu..tugas utama lebih kepada mengajar tapi sekarang ni banyak2 sungguh tugas-tugas tambahan yang diarahkan...dari tugas kerani hingga, tukang cat hingga lah ke tugas tukang kebun...


Kami ke sekolah pada sesi petang juga sebab Sekolah 1 pun ada sekolah ganti today...rasa dah tak bermaya , dengan mengantuknya...takpe lah next week boleh rehat lebih sikit..kami plan nak balik kampung ..but only for 4 days ...the other 6 days untuk keja-keja mengemas di rumah ni... nak buat operasi membuang mana yang patut..dah macam stor..semua benda nak disimpan..abang misai selalu larang nak buang2 barang ni...selalu kak yan dengan anak-anak bungkus senyap-senyap dan buang sebelum dia balik.

Balik rumah dah terlalu penat...lepas Isyak kak yan terus lelapkan mata....hari ni juga abang misai duty 24hours .... tak akan balik sehingga esok pagi...miss him so much..sejak sekolah buka dah tak banyak masa untuk duduk bersembang dengan tok laki...thanks abang kerana begitu memahami....

Sebelum tido sempat juga melayan perasaan...miss my mum a lot..semalam dah call dia..tak sabar rasanya nak balik minggu depan..rindu pada rumah kami jugak..dah lama benar kami tak balik..

with mak tersayang dan adik-adik..Pdah is now in Houston till 31Jan..maklang jangan lupa ole-ole untuk kami ya..pilih handbag dan purse yang sesuai dengan selera kakakmu ni...yang penting boleh masuk cameraku itu...kalau tak cukup RM yang kak ti bagi tu..jangan lupa sms..

Friday, January 16, 2009

Sesi bergambar

Friday Jan 16

Hari ni Jumaat ..so tak ler rushing sangat...lepas hantar anak , balik rumah on laptop cari bahan untuk papan PPDa lagi...laluan PPDa sekolah ada 3 papan kenyataan yang besar so..banyak la bahan yang hendak ditepek kat situ...tahun lepas kak yan lekat poster tapi banyak sangat yang gatal tangan koyak habis poster tu..walaupun kak yan dah cover dengan plastik...itu la susahnya sekolah berkongsi ni..bukan nak salahkan mana-mana pihak tapi kalau sekolah satu pentadbiran senang nak monitor sapa punya keja itu...


Pagi ni juga kak yan ke Care4 kejap..cari kertas berborder yang cantik2 sikit untuk papan PPDa tu..sampai rumah jam 11.00 a.m .. singgah ke pejabat pos kejap... buat saving sikit dalam ASB tu..dah lama benar duit tu duduk dalam handbag..bukan apa takut terguna je..seronok bila tengok jumlah yang dah tersimpan...he..he..


kami ke sekolah lewat sikit ... hari ni kak yan free...takde kelas ..macam tak caya je...kak yan buat sesi bergambar untuk murid tahun 6...yang mana tak nak ambik gambar di kedai ..boleh la guna perkhidmatan cikgu yan ni...selesai snap..snap..sambung buat keja lain...takde maknanya free pun..sampai 6.30 p.m tangan ni tak henti buat keja..

Balik rumah sekali lagi Haikal ajak turun bawak..temankan dia naik basikal kejap..yang bagusnya Haikal ni , dia takkan turun pegi sendiri tanpa kebenaran kami..keian juga dia duduk kat rumah pengasuh je after sekolah tadika....


malam.. sebelum mata mendera tuannya , kak yan ambil sikit masa untuk update blog ni..abang misai keluar..ada jamuan dengan rekrut katanya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails