Wednesday, January 28, 2009

2 days in Alma

Saturday Jan 24

Kami semua bangun seawal jam 4.30 pagi ..pukul 5 semua dah siap mandi tukar pakaian dan sedia untuk bertolak balik ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina ..kak yan dan anak-anak dapat bercuti selama seminggu tetapi abang misai hanya bercuti 4 hari je.bermakna kami akan pulang semula ke KL hari Selasa ni.


Jalan gak jam di beberapa kawasan ..so kami plan nak keluar melalui tol Sungkai...masa kami mula menukar lorong ke plaza tol jam menunjukkan pukul 6.45 pagi..sepatutnya sempat lagi solat tapi malangnya kami tersangkut di situ selama 30 minit..dari gelap dan bila keluar tol dah terang benderang...roda kereta bergolek sikit-sikit je...geram betul..lebur subuh kami ..balik qada di kampung la jawabnya..


Kami masuk semula ke highway melalui tol Ipoh...jam lagi..kami hanya tiba di Alma jam 12.30 tengah hari..penatnya bontot..sakit pinggang. Sampai je tok minah ( MIL ) dah siapkan lunch... bila balik ke Alma kak yan tak perlu fikir pasal masak..tok minah memang rajin masak..sampai tak termakan.

buah mempelam cicah dengan kuah rojak..prepared by MIL

Kami duduk rumah je sepanjang hari ... kak yan dah puas tido..dah takde benda lain nak dibuat..asyik2 melangut depan tv....tok minah pulak asyik tanya nak makan apa lagi..petangnya kami ke rumah sepupu abang misai sebelah rumah MIL je..tapi diaorang pulak dah keluar..


Sebelah malam hanya dihabiskan menonton tv...abang misai banyak la yang nak disembang dengan mak dia..kak yan sampai terlena depan tv..pukul 12 kejutkan abang misai masuk bilik..tak nak la tido depan ..malu la kalau terselak kain batik depan FIL...

2 comments:

Nad said...

Bestnyaaaaaaa balik kampunggggggggg .. tak tahan tengok food hu huuuuuuuuuuuu

yantisa said...

memang best ..tapi di kampung panas giler..tu yang tak tahan...kami tengah mencari tanah nak buat rumah di kampung..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails