Wednesday, January 28, 2009

2nd Day in PB

Monday Jan 26

Hari ni hari kedua kami di Parit Buntar...selepas subuh kak yan , Ina dan my mum went to Pt.Buntar ..kami ke pasar ..tak banyak stalls yang dibuka memandangkan hari ni sambutan Tahun Baru Cina..so pilihan pun tak banyak..kami hanya dapat beli 8 ekor ikan siakap , udang dan daging untuk menu hari ni..untuk breakfast pulak kami borong 3 beg plastik nasi lemak dan beberapa keping roti canai..

Nasi lemak 60 sen..sedap jugak.


Inilah dapur mak yang luas sangat ..boleh siap landing lagi kat sini..tapi tv semua dah dibawa masuk ke bilik..so kami dah kurang lepak di dapur lagi..

Sebelah petang kak yan tak ke mana-mana...lepak dengan mak di pangkin belakang rumah..abang misai dan anak-anak balik ke Alma kejap..malam ni baru diaorang balik semula ke sini..Ina & family pula ke rumah MIL dia celebrating CNY..

Hari ni ada gerhana matahari tapi kak yan tak sempat nak tengok..terlupa..sebelah petang matahari dah kembali ke asal.



Kesian Mikael boring sorang-sorang...Mik anak sulung adik lelaki kak yan , Jasni..diaorang tinggal dengan mak di kampung sementara menunggu rumah diaorang siap di Kuala Kurau ... abang misai dan anak-anak sampai ke rumah tok som jam 11 malam..kak yan dah siap baring nak zzzzzzz time tu.

4 comments:

Aida Alias said...

ada lagi nasi lemak 60sen.. semua isi dalam lengkap eh

yantisa said...

ada sambal ikan ikan bilis dan telur sikit..tapi still sedap la..

Nad said...

Dan sekali lagi daku meleleh ayaq lioq tengok nasi lemak

yantisa said...

kat Paris takde jual daun pisang ke Nad?...cuba balut nasik lemak dengan daun lain pulak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails