Sunday, January 18, 2009

Operasi Mengemas

Sunday Jan 18

Salam hari minggu...satu hari je untuk berehat di rumah..tapi takde maknanya...lepas subuh kak yan cuba tido semula..tapi pukul 8.00 abang misai call , minta anak turun ke bawah ambik makanan..kak yan suruh dia naik jugak..hari ni ada operasi membuang barang2 tak nak guna ke bawah..mula dari petang semalam lagi..tapi kelmarin abang misai duty dan kak yan pula ke sekolah , pagi ni kami buang ke bawah sofa lama yang simpan di stor..kak yan ke balcony belakang ..buang apa yang patut..lega tengok lapang sikit ..

pukul 11.00 abang misai zzzzzzzzz...kesian pulak nak kacau ..katanya nak keluar beli lauk 12.30 tapi susah benar nak buka mata..so kak yan buat nasi goreng sardin & telur dadar je untuk tengahari ni...kak yan plan nak ganti tido selepas abang misai bangun tapi tak kesampaian sebab ex-student abang misai datang rumah dgn tunang dia untuk hantar kad jemputan kahwin diaorang..lama juga diaorang bersembang ... lepas tu kawan bang misai pulang datang..lepas solat kak yan cuba juga tido sekejap...bukan apa untuk bekalan tenaga mata untuk malam ni..


Jam 5.00 petang abang misai hantar kak yan ke Romatika Wangsa maju..kak yan nak cari bunga sikit untuk letak atas meja kak yan di bilik guru. Baru ceria sikit..on the way back , kami singgah pasar malam di jalan depan sekolah..beli kue teow goreng .. balik rumah abang misai bawa anak-anak ke padang sebelah untuk main layang-layang ..haikal pula sibuk berbasikal..

Lepas Magrib kak yan busy ironning baju sekolah anak-anak ..tak dapat habiskan semuanya malam ni..esok-esok la pulak...nak minta anak2 cermat sikit ..jaga baju di sekolah agama so boleh pakai untuk 2 hari..penat meng-iron kak yan lepak depan tv tengok AJL ..abang misai dah berdengkur...lepas update blog ni kak yan nak beradu...selamat malam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails