Friday, January 16, 2009

Sesi bergambar

Friday Jan 16

Hari ni Jumaat ..so tak ler rushing sangat...lepas hantar anak , balik rumah on laptop cari bahan untuk papan PPDa lagi...laluan PPDa sekolah ada 3 papan kenyataan yang besar so..banyak la bahan yang hendak ditepek kat situ...tahun lepas kak yan lekat poster tapi banyak sangat yang gatal tangan koyak habis poster tu..walaupun kak yan dah cover dengan plastik...itu la susahnya sekolah berkongsi ni..bukan nak salahkan mana-mana pihak tapi kalau sekolah satu pentadbiran senang nak monitor sapa punya keja itu...


Pagi ni juga kak yan ke Care4 kejap..cari kertas berborder yang cantik2 sikit untuk papan PPDa tu..sampai rumah jam 11.00 a.m .. singgah ke pejabat pos kejap... buat saving sikit dalam ASB tu..dah lama benar duit tu duduk dalam handbag..bukan apa takut terguna je..seronok bila tengok jumlah yang dah tersimpan...he..he..


kami ke sekolah lewat sikit ... hari ni kak yan free...takde kelas ..macam tak caya je...kak yan buat sesi bergambar untuk murid tahun 6...yang mana tak nak ambik gambar di kedai ..boleh la guna perkhidmatan cikgu yan ni...selesai snap..snap..sambung buat keja lain...takde maknanya free pun..sampai 6.30 p.m tangan ni tak henti buat keja..

Balik rumah sekali lagi Haikal ajak turun bawak..temankan dia naik basikal kejap..yang bagusnya Haikal ni , dia takkan turun pegi sendiri tanpa kebenaran kami..keian juga dia duduk kat rumah pengasuh je after sekolah tadika....


malam.. sebelum mata mendera tuannya , kak yan ambil sikit masa untuk update blog ni..abang misai keluar..ada jamuan dengan rekrut katanya..

2 comments:

Aida Alias said...

kak yan.. yasmeen tu darjah bape? kt sini anak sy darjah 1 dah kena pakai baju kurung dn bertudung.. dh ditetapkan dlm peraturan sek.

yantisa said...

Yasmeen darjah 1..kat sini masih boleh pakai pinafore..selalunya darjah 3 baru semua start pakai baju kurung..kesian budak kalau dipaksa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails