Saturday, February 14, 2009

Rumah Sukan 2009

Saturday Feb 14

Awalnya cadang nak tido semula selepas Subuh tapi bila mak dah ada sini tak boleh la nak buat macam tu..alamat breakfast pukul 10.00 la kalau kak yan tak bangun...bukannya masak pun..rebus air dan tunggu abang misai bawak balik nasi lemak...pemalas punya bini..

Mak pun tak tido semula selepas Subuh , so kami pun duduk sambung bersembang. Sambil-sambil tu kak yan basuh kain dan kemas rumah ... Ina & Iman datang ambik mak nak bawak pi kenduri rumah Kak Normah di Kuantan rasanya. Diaorang pun breakfast kat sini..abang misai dah keluar ke Pandan Indah..jadi pengadil sepak takraw jemputan...boleh la buat pocket money sikit...selalu juga dia dijemput jadi pengadil sepak takraw terutamanya private sectors punya family day or sports day .

Selepas mak & adik2 bertolak .. kak yan pun seperti biasa menerukan rutin harian ... keja rumah dan melangut depan laptop juga menyiapkan assignment..mencari bahan ..dan macam - macam me- ....kami ke sekolah jam 12.30 ...punya la malas nak pi sekolah hari Sabtu ni....tido pun sedap ni...tapi apakan daya...nasib baik kak yan takde kelas hari ni sebab ikut jadual hari Jumaat..dan jadual hari Jumaat kak yan kosong... tapi banyak keja lain nak disettlekan...kak yan cuba siapkan gubahan lagu boria baru untuk Pertandingan Boria PPDa yang akan diadakan pada 11 April nanti.....dahhhhhh jadi pengubah lagu la pulak.....cikgu serba bolah la katakan..." masuk bakul naik lif" ... :p

Lepas rehat semua murid ke padang..ada aktiviti sikit petang ni...kak yan ambik kesempatan ni untuk ambil gambar murid mengikut rumah sukan...bukan senang nak kumpulakn semuanya sekali ... bila dah dapat peluang ni.. apa lagi ..snap..snap la.

Rumah Hijau ( Uranus )

Rumah Biru ( Utarid )

Rumah merah ( Musytari )

Balik rumah jam 5.30 petang..punya la penat...sempat tido kejap sampai 7.30 malam....Haikal masuk bilik..." mak bangun ! ... sembahyang " bangun mandi segarkan badan ... tu pun masih mengantuk lagi...tido awal la malam ni.. esok pagi ada tutorial sampai pukul 2.20 petang..sure penat lagi otak ni...petang pulak nak pegi melawat sepupu yg baru bersalin..then nak ke rumah adik di BB Bangi....sebab Pidah sampai KLIA jam 6 petang esok..nak jugak tengok bag dan barang2 lain yang kami pesan dari Houston ....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails