
Friday April 3
Alhamdulillah ... itu yang dapat diucapkan .... kerana apa yang diusahakan telah membuahkan hasil ... tak sia - sia bersengkang mata malam-malam ... tapi cuma 1/2 way .... masih ada separuh lagi perjuangan nak ditempuhi minggu depan . Kak yan dah check marks for my assignment ... alhamdulillah I managed to get A for Pend.Kesihatan dengan komen " Tahniah! Satu usaha yang baik dan cemerlang. Teruskan kecemerlangan ini " ...maybe A+ la kot ... untuk seni juga kak yan dapat A dengan komen " Penghuraian jelas dan menepati soalan, komited dan kreatif " . Dah mula kena study for the coming exam ...supaya markah A ni akan kekal A . Takut juga memikirkan marks for my English subject ...
Hari ni aktiviti di sekolah seperti biasa cuma selepas rehat diadakan senamrobik untuk semua murid sempena bulan kreativiti . Bulan Kreativiti ini melibatkan aktiviti Panitia Seni PJK dan Kemahiran Hidup .
Balik rumah jam 6.45 petang ... lepas magrib hantar kak Una ke sekolah untuk Kelas Bimbingan . Time balik , kak Una tumpang anak pengasuh sebab time pegi anak pengasuh tumpang kami ... kak yan dah tak larat nak keluar pegi ambik ... dah lembek .
Masa balik tadi dikejutkan dengan kematian anak jiran di tingkat 2 . Meninggal di rumah pengasuh jam 10 pagi tadi .... parents dia minta buat bedah siasat dan didapati baby boy yang berusia 5 bulan itu meninggal sebab ada jangkitan kuman di paru - paru ... memang sebelum ni dia demam tapi today dia dah tak deman . Parents dia dua2 pegi keja .nasib baik bukan kerana sebab lain ... kalau tak tentu tak senang duduk pengasuhnya . Ini kes ketiga baby meningal di rumah pengasuh ... dua kes sebelum ni sebab baby lemas susu . Selalunya nasib sedih begini berlaku di rumah pengasuh ...teringat kak yan tentang kes Nisha patah kaki umur 2 bulan di rumah pengasuh ... sampai sekarang naluri kak yan kata bukan kak una yang duduk atas Nisha tapi anak pengasuh tu sendiri sebab kak Una time tu bukan lasak ...dia budak yg dengar cakap ... kita boleh kenal muka orang yg tidak berterus terang dari air mukanya . Hanya Allah yang tahu .
5 comments:
tahniah Yan..teruskan usaha mu iteww
tahniah yan...semoga lebih success dan cemerlang lagi...
sedih ya dgr berita kematian baby 5 bulan tu...semoga rohnya tenang bersemadi di sisi Allah
tq maksu dan ita...
Tahniah! semuga terus cemerlang...lepas ni kena pulun lebih lagi..kekalkan A tu..
marilah kita berdoa mudah-mudahan anak-anak kita sentiasa selamat walau di mana bereka berada..
TQ Pinat ...amin
ya...kak yan pun harap macam tu ..semoga anak2 kita sentiasa sihat dan selamat
Post a Comment