Monday, May 31, 2010

Suke tak ?


Apa macam ...suka tak dengan wajah baru blog akak ? ... dulu penah guna sekali background hitam ni ... then ..tukar ke biru .. then ke pink kejap..pastu light blue semula ... now back to black .. hitam itu kan menawan ? kalau tak ..takan kak yan pilih yang hitam manis tu jugak ...he..he

Tak tau ler berapa lama background hitam ni akan bertahan ... nanti jemu tukar ke biru pulak ..pada kak yan biru beri ketenangan . Sejuk je mata memandang . Header tu masih dok memikir nak tukar ke tak ? malas nak buat yang baru ... kalau rajin .. kak yan tukar jugak nanti ..kalau rajin la.

* nak kena save gambar layout lama ...saja nak wat collection ..dulu dan kini ...nak tengok berapa kali tukar kulit dalam setahun ..

Kembali membingit ... kepala pun kembali pening


Suasana rumah kami kembali bingit sekembalinya 2 anak dara tu dari kampung dan setelah 3 hari mendiamkan diri , mak depa dah kembali berleter ... memang la budak berdua tu punca diaorang gaduh ... kalau Haikal dengan Kak Una ... baik je takde nak usik - usik sampai nangis . Bilik dioarang pun kembali bersepah ... grrrrrrrrrrrrr geramnya ... Nisha ni memang selalu cari pasal dengan mak dia .

Hakim dah baik dari selsema ... dah kembali bising mulut dia ... tapi bising yang ni kak yan suka ... cute sangat dengan suara baby dia tu . Dia dah pandai tengok Ultraman dengan Abang Haikal , sampai tak berkelip mata tengok Ultraman lawan raksasa . Sikit hari lagi sure joint abang Haikal bersilat depan TV .

Now I'm busy marking my students' exam papers . Poning den ..so many grammar mistakes ... but I'm proud of them .. banyak dah improve dan 10 of them managed to get A ... and a few more scored high B ( 75+ ) . Hope this year they will break the record .

Hari ni kak yan tak berkesempatan juga untuk melawat kak Ina di hospital .... takde orang nak tengokkan Hakim dan Haikal ...Kak Ina masih koma . Abang misai pegi everyday . Hari ni dia bagitau badan kak ina mula membengkak due to buah pinggang yang tak berfungsi . Kuku dia pun membiru ... Kak Yan sentiasa doakan kesejahteraan kak Ina .... masih terbayang - bayang keramahan kak Ina bila dia bertandang ke rumah kami .. last sekali dia datang , masa kak yan dalam pantang ... tapi kami selalu bertembung time dia lalu depan blok ni.

Sunday, May 30, 2010

Ketentuannya ...

Moga masih ada sinar harapan untuknya .

Tika dan saat ni sedih dan sayu memikirkan nasib seorang saudara abang misai yang terlantar koma di HKL ... kalau bulan lepas nampak Kak Ina naik moto lalu depan blok ni ... nampak sihat je tapi minggu ni dia dah tak sedarkan diri ... sebelum ni akak tau yang kak Salina @ Ina ni ada darah tinggi je . Bulan lepas abang misai cakap dia kena fibroid di pangkal rahim ..tahap 2 .... tup ..tup 3 hari lepas abang misai balik bagitau kak ina masuk ICU sesak nafas .

Kedua2 buah pinggang kak Ina gagal berfungsi coz kena jangkitan kuman . Kak yan nak pegi melawat tapi takde orang nak jagakan Hakim hari ni . Tengok la esok pula macam mana .. pengasuh busy hari ni dan esok ... ada urusan keluarga ... Kak Yan pun kena ambik cuti esok jagakan Hakim dan Haikal kat rumah .

Balik pada cerita Kak Ina ni ...dia tinggal di blok belakang rumah kami ... selalu jugak datang rumah dan agak rapat dengan kami . Orangnya friendly dan suka menolong . Dia ada 3 orang anak lelaki ...dah besar panjang ... kak Ina polis juga , bertugas di Pejabat Kebajikan dalam ni . Kak Yan doakan yang terbaik buat kak Ina ... moga dia cepat sembuh .

Cuaca sejuk .... hatipun sejuk


Episod geram dah habis ... lagipun kak yan tak penah marah dengan dia lama-lama ... sejak dari kawin dulu setiap malam sebelum tido kak yan dah praktikkkan minta ampun pada hubby dan jarang sekali kak yan tido dengan rasa marah yg membuak-buak ... bohong la kalau kak yan cakap tak penah sakit hati lebih dari sehari . Tido takkan lena kalau tak minta ampun dengan suami ... bila pagi raya dia je yang kena minta maaf pada kak yan sebab dosa2 kak yan pada dia setiap hari dia dah ampunkan .

Rindu pada anak dara berdua tu ... semalam Meen call ...suara lain macam je .. Rindu mak ye ? Nisha tu kental sikit dan dia yang beria - ria nak balik kampung . Hakim pulak dah semakin pulih dari selsema dan batuk ... perubahan cuaca kot ... lately hujan je bila petang .... setengah orang tak suka hujan but I like .. sejuk sikit .

Hujan lebat petang semalam ... KLCC pun hilang .

Saturday, May 29, 2010

Geram jangan engkau geram


Sangat marah semalam
Sangat geram
Geram pada siapa ?
geram pada orang itu lah.
Geram kenapa ?
tak boleh nak cerita ..lu pikir la sendiri
tapi geram tu dah reda .
hati pun dah sejuk ...


Menjenguk Tok Som .... hantar wakil je

Dua anak dara kak yan takde kat rumah ...diaorang ikut maklang ( my sister ) balik kampung yesterday morning . Kurang ler sikit bingit kat rumah ni ... kurang sikit mak berleter . Mak lang jugak bawak balik 2 orang anak Ina ... si Adam dan Noh . Haikal jerit - jerit nak ikut sama tapi kami tak bolehlepaskan dia pegi sebab Haikal ni lasak ... nanti balik kampung , jumpa pulak cousin dia Mik sure macam2 keja diaoarang buat ... depan rumah tok som ada parit besar , takut dia ke situ je ... belakang rumah pulak sawah bendang ... juga tempat diaorang bermain .... but mesti ada orang dewasa ikut sama ... budak pekan sorang ni mana tau takut .
Rindu pulak kat depa berdua ni ... tapi mak tau korang sure sedang bergembira di kampung ... maklang rajin bawak jalan-jalan ... dengarnya nak ke Penang today . Minggu depan kami semua akan balik bercuti selama 2 minggu di kampung ... abang misai pun dah dapat cuti ... dengarnya di utara sana panas ..tu yang tak tahan . Hakim first time balik kampung ... orang kampung tak penah tengok dia lagi ... dah enam bulan kami tak balik ...selalunya tak penah macam ni ... banyak sangat halangan untuk kami balik sekerap mungkin tahun ni . Nasib baik la mak rajin datang sini .


Gambar di atas ..diorang on the way to Penang ... cedok di FB maklang

Friday, May 28, 2010

The new look



Sesi ulang tayang ... meja kejaku

The new look of our staff room ... takut jugak nak letak gambar ni .. takut ada yang meroyan tengok bilik guru kami ada sudut macam ni . Tahniah AJK Badan Kebajikan Guru yang sangat aktif tahun ni . Bukan saja bilik guru , malah Bilik Mesyuarat pun dah bertambah cantik . Keep up the good work ... kak yan sure akan tolong korang semampu boleh .

Thank you


Hadiah dah sampai daripada Zai , tuan rumah http://spiderlily-zaidah.blogspot.com/ . Kak Yan dapat tempat ke 2 dalam satu contest yang dianjurkan . Thank you very much... I likeeeeee ... dah pakai pun .

Wednesday, May 26, 2010

Semak Otak

Macam-macam benda dalam kepala ni .... tapi takler sampai stress ... dengan anak-anak dah start exam ... so far kak una dah dapatkan 3As' ..tinggal Science and English je lagi ... English..kak yan tak risau .. I know she can get A ...but science kalau dia tak banyak membaca , maka punah lah harapan nak dapatkan 5 A dalam PKSR 1 ni .

Di sekolah pun setiap hari kami berdepan dengan pelbagai masalah ... dengan sakit telinga + sakit hati pihak yang lagi satu asyik komplen itu ini ... itu tak boleh ..ini tak boleh .... Kami tak minta ditempatkan di sekolah 2 ... kalau cikgu - cikgu di tempat kami , apa cikgu2 akan rasa ... kalau kami mengadu satu masalah ... diaorang akan keluarkan 10 aduan balas ..... hrrmmmmm

Masalah murid-murid jangan cakap la ... kat mana-mana pun sama ... so far kak yan still can cope with it . Balik rumah mengadap perangai anak sorang - sorang .... our main problem is nak suruh diaorang solat ... liat . Sakit jiwa mak ayah nak menyuruh tiap kali waktu solat ... bila la nak buat sendiri tanpa arahan . Lepas magrib ada yang tertidur .. penat ... nak kejut buat isyak punyalah susah ... bangun dengan nangis2 pegi solat . Bilik dioarang satu hal lagi ... beg & buku bersepah ... tak tau nak susun kemas2 di tempat yang sepatutnya ... pening kepala mak korang anak-anak oi.

Hakim now dah makin lasak .... ronda sana sini dengan kereta pinknya ... but I love having him around me all the time .

Monday, May 24, 2010

Haikal bersukan

Setelah melalui 3 hari yang padat , cadang pada awalnya nak berehat di rumah je hari ni ... lupa pulak yang Haikal terlibat dalam karnival Sukan Tadika Islam Zon Setiawangsa . Kali ni di adakan di padang bola DTHO . Kami pegi lewat sikit dalam pukul 8.30 ... cuaca panas sungguh ...dengan orang ramai ..dengan takde seat untuk parents ... kak yan tak dapat tunggu lama .. Hakim pun dah tak selesa ...lepas selesai perbarisan abang misai hantar kak yan , meen & Hakim balik rumah .


Kesian anak mak ... tak sempat nak ambik gambar dia masuk acara baling bola dalam bakul ... game yang ke 12 ... tak larat nak berdiri menunggu ... abang misai pegi semula naik motor je sebab susah betul nak dapat parking . Nak minta dia ambik gambar .. sorry la....dia tak nak punya bawak camera besar tu. Event selesai pukul 1.00 lebih ... kesian budak-budak kecik tu kepanasan + penat = petang tu Haikal tido tak ingat diri . Mak Haikal pun dapat tido jugak petang ni ... bangun je pening ...terpaksa telan panadol 2 biji ...dah lama tak dapat tido petang yang betul2 nyenyak .


Saturday, May 22, 2010

Satu malam tanpa anak dara

Semalam di rumah hanya kami berempat ... Kak Yan and the boys ... my 3 girls semuanya bermalam di sekolah ...diaorang terlibat dengan Kem Motivasi Kepimpinan Pelajar . Kak Una sebagai ketua murid wajib hadir ... Nisha pengawas SPBT ...ye..di sekolah ni ada pengawas SPBT untuk membantu cikgu SPBT dalam urusan buku teks . Meen pulak hadir sebagai Penolong ketua kelas . Mulanya berat juga nak lepaskan Meen pegi sebab dia ni balik sekolah pun dah pancit ... inikan pulak dengan aktiviti yang pack 2 hari ni .


Lepas pendaftaran dan taklimat oleh Kem Komandan ... diaorang ada LDK 1 oleh penceramah jemputan .... lepas minum petang & solat Asar diorang dirikan khemah mengikut kumpulan masing - masing . Meen satu khemah dengan kak Una .. kakak boleh tengok - tengokkan si adik .

Gang satu khemah meen & kak Una .

Khemah murid lelaki di depan makmal komputer.

Khemah girls pulak di pavillion

Sesi Ice breaking oleh penceramah Pusat Koko .

Yang bestnya ..ada sesi makan ikan bakar ... ada cikgu yang sempat balik goreng meehon dan spaghetti lagi .

Abang Haikal ajak mak tido dalam khemah jugak ... sorry Haikal ..adik dan ayah sapa nak jaga . Apa yang murid-murid buat semua dia nak buat sama . Pukul 11 malam baru kak yan dan Haikal balik rumah .... thanks to my beloved hubby tolong jagakan Hakim lately ... dia sangat memahami tugas kak yan ... I wouldn't ask for more .


Tahniah buat kakak coz terpilih sebagai tokoh murid ( P ) sepanjang kem ni ... you really make us proud .

Friday, May 21, 2010

Busy tak habis-habis

Siapa itu ?


We will be very busy today ...semalam dah balik lewat ..ada solat hajat untuk murid tahun 6 di Masjid Pulapol . Hari ni pulak sekolah anjurkan Kem Motivasi Kepimpinan Pelajar ..ketiga - tiga anak dara kak Yan terlibat ...kak yan seperti biasa ...tugas apa lagi kalau bukan jurugambar ... tetap dan berpencen .

Minta tolong abang misai jagakan Hakim dan Haikal sepanjang kak yan di sekolah ... tak dapat nak join kawan2 lain bermalam di sekolah sebab baby Hakim needs me more at home . Esok pagi pulak nak ke maktab ..tutorial akan bermula untuk semester baru .... dan selepas ni kepala akan berat semula dengan bermacam-macam perkara .

Kesian baby Hakim .... terpaksa la dia main sendiri 2/3 hari ni ... mak sibuk sayang

Alhamdullah ... we're one of the winners


Alhamdulillah ...first time menang sejak menceburkan diri dalam dunia contest online ni . Terima kasih kepada tuan rumah


kerana memilih kami sebagai pemenang tempat kedua . Tahniah juga untuk pemenang tempat pertama dan ketiga . Kemenangan ni kak yan tujukan khas buat Puan Khalthum Hj Darus ..emak tercinta

Insyallah lepas ni kak yan pun nak cuba buat giveaway or contest .

Thursday, May 20, 2010

We really have fun today


Malam sebelumnya kak yan ajak abang misai ke kedai buku Pustaka Rakyat to buy a few presents for my kids' teachers .... so pagi ni anak-anak sibuk membalut sebaik saja pulang dari sekolah agama . Mak tak larat nak balut semua ... banyak keja lain nak oi.


Today kami celebrate Teacher's Day at school . Happening sungguh and we really have fun today . Cikgu-cikgu kat sini semua sporting bila berposing .. budak2 sekolah ni pun dah biasa dengan flash dan tak jakun bila kak yan ambik gambar diaorang ....malangnya gambar camerawoman sikit je ... tapi my own photos selalu tak berapa menjadi ... tak fotogedik kot ....

Game lastik botol dengan getah ..mengimbau zaman kanak-kanak.

Kak yan hanya berjaya menjatuhkan 1 botol je ... practise beria-ria kat rumah .. maybe banyak gangguan dan terganggu concentration . Kumpulan kak yan dapat tempat kedua dalam game ni .

Cikgu lelaki menggamatkan dewan dengan persembahan Sua Sue Kamoning .

Persembahan guru - guru perempuan .... bukan joget lambak ..tapi joget sayang menyayang by Anita Sarawak . Kak yan di barisan belakang ...terlindung
Among the gifts that I received today ... thank you so much my beloved students .. I really appreciate them .

Wednesday, May 19, 2010

Awards


Kak yan amat berterima kasih kepada kawan-kawan cyber yang beri awards pada kak yan...so kali ni dengan berbesar hati kak yan nak bagi awards to all my cyber friends ..especially the cyber mama ... yang belum jadi mama nanti kak yan kasi awards lain untuk korang .

Dipersilakan naik ke pentas ambil awards :

all my cyber friends
all my followers

& this award you all boleh spread to other cyber moms .

Minggu busy + penat = cikgu pancit

Ke-busy-an yang melanda membuatkan tuan rumah malas berfikir untuk buat entry baru dalam blog lately...Sabtu ni tutorial akan bermula ... maka akan berlipat kali ganda la tahap busy akak . Harap sangat still dapat mengupdate blog walaupun busy .

Minggu ni kak yan and the gang bertugas di sekolah .... minggu ni juga ada berberapa event penting anjuran sekolah ...hari ni dengan sambutan Hari Guru ...esok solat hajat Tahun 6 ... lusa Kem Motivasi Kepimpinan Pelajar ... ketiga-tiga anak dara kak yan terlibat .

2 minggu lebih je lagi sekolah akan bercuti ... dan lepas cuti kami akan ke sesi pagi ... bestnya ...saat-saat yang ditunggu bakal tiba ... sekolah sesi petang ni amat memenatkan ... takde masa nak rehat ... kalau sesi pagi , balik lambat pun still dapat rest . Lepas cuti juga kami guru tahun 6 akan bakal busy with the preparation for UPSR ... all out . Harap-harap tahun ni ada peningkatan lagi ... Last year we got anugerah peningkatan saujana ... peningkatan about 20% . Murid tahun 6 kami sikit je ...57 orang and we really hope for the best ... kalau sorang fail besar %nya .

Semoga kak yan dan rakan-rakan guru diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik ..so kami dapat terus membimbing anak-anak didik kami menjadi insan yang berjaya dunia & akhirat .

Tuesday, May 18, 2010

Contest Tidur Paling Comel



Nama baby : Ahmad Hakim Ali
D.O.B : 16 Dis 2009
Umur : 5 bulan
Warna Pilihan : Purple

Gambar di atas masa Hakim umur 2 bulan ...dia suka tido atas badan mak atau ayah dia ...lena tak hingat ...yang lenguhnya mak dan ayah .. itu dulu , sekarang kalau tido atas mak ayah sure jatuh tergolek sebab tido hakim dah makin lasak . Kalau dapat set tilam kekabu empuk sure best.



* saja letak koleksi gambar tido Hakim sejak lahir till now

Sunday, May 16, 2010

Sunday yang boring


Malas betul nak buat entry baru ... bukan tak de idea cuma malas nak menaip ... lately suka pulak nak cuba enter contest yang kengkawan buat di blog diaorang ... mana tau dalam banyak-banyak tu ada la sangkut satu ... sebelum ni kak yan asyik ambik gambar je ... why not I use some of the photos for the contest .

Hari ni seperti biasa kami spent our Sunday at home with the kids ...cuma pagi tadi selepas siap masak , kak yan dan anak-anak ke Sogo . Beli shirt untuk Haikal & Hakim dan kasut untuk diri sendiri .. kasut yang ada tu dah uzur benar ... kak yan hanya sesuai pakai soft soled Sembonia shoes ... dah cuba yang lain tapi sakit tumitku ini masih tak hilang ... ubatnya hanya satu ...kurangkan berat badan kan ?

Lepas zohor kak yan lelap kejap ... bukan senang nak dapat rehatkan diri ... sepanjang minggu keja tak henti . Petang lepak depan pc je sambil layan Hakim .. Haikal buat perangai la .... dia hanya takut bila kami ugut nak lelongkan dia di fb ... penah kak yan lelong sekali dulu dan ada kawan usik nak beli dia ... baru dia takut ... sekarang kalau kak yan taip no.6 di fb dia takut sgt .. itu je yang dia tau .. umur 6 tahun dan nama dia ... budak nakal ni baca pun tak lepas lagi .. baru kenal huruf dan suku kata yang mudah2 je.

Panas sungguh hari ni .. dari pagi hingga ke malam .

LensaMama Cutest Baby in Red Contest

Baby Hakim tak ketinggalan join contest ni .

LensaMama Cutest Baby in Red Contest

Tarikh Tutup : 20 Mei 2010


Hadiah-menarik adalah tajaan





These are our pictures entry .



Baby's name : AHMAD HAKIM ALI BIN JAMAL ALI
AGE : 5 MONTHS
D.O.B : 16 DIS 2009


Gambar di atas juga adalah Hakim in red tapi boleh diterima ke tak ? ... saja nak paste sebab so cute ... keja nakal kakak-kakak dia .


To join click

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails