Wednesday, June 30, 2010

Kita dah boleh duduk

Baby Hakim dan nak masuk 7 bulan dan sudah boleh duduk ... but after a few minutes dia akan tumbang .... suka sangat tengok perkembangan dia day by day ... so cute .... and he looks so smart ... maklumlah anak OUM ... kakak - kakak dia panggil anak oummmmmmm ...dengan bunyi harimau . Memang nampak beza kecerdikan baby Hakim ... masa kak yan ngandungkan dia .. study & wat assignments memanjang .... kalau macam ni nak kena branak sorang lagi la sebelum habis study ... oh tidakkkkkk ... akak dah nak pencen branak . Dah tak larat .. umur pun dah semakin lanjut .

* syukur atas kurniaannya .

gambar selingan ... 2 rainbows

Monday, June 28, 2010

Sakit satu badan

gambar pinjam En.Google

Sejak malam semalam mula terasa sakit pinggang .... akak ingat macam selalu ler .... letih buat macam-macam keja . Pagi tadi tak terasa sangat but now makin sakit ... dah berjangkit ke seluruh badan ... sakit habis sendi - sendi . Pagi tadi puasa ganti ... sampai 2.30 petang ..alamak ..cuti la pulak . Kira diet je la pagi tadi tu . Minggu depan la pulak boleh ganti puasa yang berbaki 2 hari lagi .

Baru tadi Meen dan Nisha urutkan sorang sebelah kaki ... urutan meen ok-ok je but nisha mengurut memang best . Thanks anak-anak mak . Nisha dah makin sihat ... dia alami apa yg kak yan rasa sekarang ... sakit sendi-sendi ... makan muntah .

Ok tak dapat nak menulis panjang ..otak beku sikit malam ni.. Nak tido awal .

Sunday, June 27, 2010

Kudaku lari gagah berlari

Kalau semalam kami banyak duduk rumah je sebab kak yan ada tutorial ... balik dari maktab dah penat sangat ... petang semua dah berkelempangan zzzzzz kat ruang tamu ... Hari ni kami ajak adik-adik mai rumah ... abang misai masakkan mee ketam ... kak yan dan anak-anak tolong siapkan semua bahan ... dia yang wat keja menumis semua ... jangan sangka cik abe ku itu lembut ya bila dia selalu tolong kat dapur ... dia lelaki kental .. kalau tak mana boleh jadi cikgu kawad . .. cuma dia ada special skill which is cooking ... so kak yan memang isteri yang bertuah gitu .


Lepas melantak bermangkuk mee ketam , kak yan dan adik2 bawa anak-anak ke TT ... si Haikal ni asyik minta nak naik kuda . Lagipun dah lama sangat tak melawat kuda-kuda kat situ . Dah jadi macam aktiviti tahunan la pulak .

Hampir 2 jam lebih kami kat sana ... pulang sebab dah hujan rintik ... nanti demam pulak budak-budak ni ... dah la Nisha memang demam today dan dia memerap di rumah je .. kak Una pun dah selsema . harap diaorang cepat sembuh .

Seperti biasa ... mak budak ni tak ler menunggang kuda mahupun naik kereta kuda ... maunya kuda pengsan kalau kak yan naik ... mana taknya berat akak lebih daripada kuda bunting .

Apa ada dengan Bag Shasha ?

Anak dara kat rumah ni dok menggila dengan beg Shaha ... trend budak-budak sekarang kot ... kawan - kawan diaorang pakat pakai berShaha segala benda dari purse hinggalah ke bag sekolah . Seperti yg kak yan beritahu sebelum ni , kami tak biasa mewahkan anak-anak . Diaorang akan dapat things that they like tetapi dengan bersyarat ... semuanya lebih kepada ganjaran .

Bulan lepas kak Una dapat bag Shaha coz dia dapat 5A dalam Trial UPSR .... minggu ni Meen pulak dapat bag Shaha juga sebab she did well in the exam .... Nisha ? dia takde sebab untuk dapat reward ... tapi mak depa ni kesian ke anak . Nisha dapat juga Purse sebab rajin mengasuh Hakim ... senang mak nak buat keja .

Kak Yan masa kecil jarang sekali nak dapat hadiah dari mak abah sebab kami susah ... kemiskinan tu lah yang jadikan kami orang .

Saturday, June 26, 2010

Tanker in the making


Argggghhhhhhhh .... dah bertambah 4 kilo ... jangan tanya la berat akak sekarang ni berapa ? .. aduyai ..mana taknya lately asyik makan je . Cuaca sejuk lagi ler sedap melantak ... lapor je memanjang . Sekolah sesi pagi pulak bagi aku peluang tido petang . Selalunya bila tidokan Hakim dengan mak-mak dia sekali terlelap .

Hancus plan nak jadi the biggest loser .... kalau ada pertandingan sapa naik berat badan paling banyak sure aku ada chance nak menang ni . Nak kena posa la nampak gayanya . Sebab ni la aku tak nak beli apa-apa product kuruskan badan ... bukan tak nak support kawan-kawan yg jual tapi aku kenal sapa diri aku ... tak penah nak istiqamah bab diet ni . I'm happy with the way I look . Kalau kurus aku rasa aku tak secomei sekarang ... ahhhh helah bela diri la tu .... tapi memang rasa umur sekarang ni aku perlu chubby sikit .

Abang misai pulak lately rajin masak itu ini ... dah terbalik .. tok laki pulak yang masak . Skill masak - memasak Tok Minah dah turun ke anak lelaki dia ni ... tapi dia tak nak selalu sangat masak untuk kami . nanti bini dia naik lemak + badan naik gemuk .

Kena do something ni ...

Selamat Hari Lahir Emak


Selamat Hari Lahir yang ke 64 buat emakku sayang Kalthum Darus
Insan yang sentiasa ada untuk mendengar luahan hatiku
banyak persamaan antara kami ... tentulah sebab aku anak emak
emak ada 8 orang anak tapi tak semua dapat bersama emak 24jam
hanya adik special kami yang dapat menemani emak di kampung
kesian mak .... mak tak betah tinggal lama di bandar ..
bukan kami tak nak bawak mak tinggal sini ... mak tak nak
Orang tua mana suka tinggal terkurung dalam flat
takde halaman nak bercucuk tanam
petang-petang tak leh bertandang ke rumah jiran
semoga emak dipanjangkan umur
diberi kesihatan yang baik dan gembira selalu
kami akan balik jugak tinggal di kampung one day

Emak insan yang tabah
besarkan kami tanpa abah
tak terbalas jasa emak pada kami
tak sebanding elaun kami pada emak bulan-bulan
tapi kami tau mak pun bertuah punya anak seperti kami
seperti mana kami amat bertuah punyai emak sepertimu
anak-anak yang tua bangka tapi masih manja
tak kira anak lelaki maupun anak pompuan
mungkin sebab kami takde abah sejak kecil lagi
yang buat kami sangat rapat dengan mak

Selamat Hari Lahir emak
Kami sayang bangattttttttttt samamu

* ops .. ni la penangan BBC ..terlebih sudah

Friday, June 25, 2010

Sesi posing untuk majalah

Rabu baru ni kak yan ambik gambar untuk majalah sekolah ... kalau nak upah photographer sure mahal .. kami takde budget .... so depa guna je la camerawoman yg free ni ...at least sekolah benarkan kak yan buat jualan pada murid ... lepas la duit servis camera tu ... sekarang tengah kumpul pitih nak beli lense baru . Gambar yang kak yan ambik ni tak ler secantik profesional photographer . Biasa - biasa je .

Kak yan suka sangat ambik gambar kids ... murid sekolah ni dah tak kaku bila bergambar ... mana taknya cikgu yanti selalu snap sana sini around the school . Sekarang ni dah ada gang menembak di sekolah .... lagi ramai lagi best ..tapi cikgu pompuan takde yg boleh share hobi ni .

Budak pengakap sikit sangat yang pakai uniform semalam..tu pun tak lengkap .... ambik yang mana ada je ... nak tunggu semua tahun depan pun belum tentu cukup sifatnya .

Gambar kelas pula

Tahun 1 yang cute miut

Tahun 4

Tahun 6

Lepas posing skema wajib ada aksi free style

Tahun ni gambar-gambar untuk majalah sekolah kalau boleh tak nak la skema sangat dan kami benarkan cikgu-cikgu kelas / kelab / persatuan pilih lokasi sendiri . Kalau kita belek majalah sekolah sure boring tengok aksi dan tempat yang sama ... yer tak ? Banyak changes nak dibuat tahun ni ... kalau korang ada idea ... sudi-sudikanlah bagitau kak yan ... nak comment pun tak pe ... komen membina la yer .

Baby dah OK

Alhamdulillah ..Hakim dah semakin pulih dari ciritnya ... beraknya dah ada isi bukan air lagi . Lega sikit hai mak ... semalam kak yan ambik cuti nak jaga dia . Sejak incident yang berlaku pada Nisha dulu , akak takut nak hantar anak ke pengasuh ketika diaorang sakit ... but selalunya terpaksa juga hantar . Kita kan bekerja ... tak boleh la cuti selalu .

Suara Hakim juga dah back to normal ... takde serak-serak lagi .

* nanti kak ya sambung lagi N3 ni ... nak ke sekolah dulu ya.

Thursday, June 24, 2010

tak OK lagi la ..camna ni ?

ketika N3 ni dibuat ..Hakim masih lagi keciritan
nak kena gi hospital ke ni ? semalam dah gi klinik ambik ubat
pagi ni dah bagi dia ... tapi still cirit lagi
kalau pegi sure kena tahan punya
dia cirit sikit-sikit je ..kalau kak Una dulu sampai bocor
lagipun Hakim still active ..cuma merap sikit
kalau still cirit jugak seharian ni
kena jugak la gi GH ... tahan pun takpe lah
demi baby.... mak sanggup bermalam di wad

ops ... stop sini dulu
nak kena pi cuci montot si kenit tu lagi

Wednesday, June 23, 2010

Akibat suka mengutip


My baby keciritan ...cian Hakim
sejak pagi tadi dia dah mula berak
lately memang dia berak kerap jugak tapi tak ler sampai cirit
hari ni saja dah 6 kali dia melepas
yang last sekali tu air je .... risau mak
lepas magrib kak yan & abg misai bawak Hakim ke klinik
dah ambik ubat... harap - harap esok dia ok la
kalau still keciritan jugak .. nak apply cuti la
tak sanggup biar orang lain jaga dia time dia tak sihat ni

Sejak dua menjak ni Hakim makin ligat
round sana - sini .. kutip itu ini
semua sumbat masuk mulut
kelilingi blok ni penuh dengan construction work
habuk jangan cakap la ... kalau boleh jual
dah kaya raya kami .
kekadang tak terpantau Hakim 24 jam

cepat baik ya baby Hakim
dia ni sakit macam tak sakit
tetap ceria ... macam mak dia jugak
uhhhh ..perasannnn

Tuesday, June 22, 2010

emak kita hebat ..superwoman


Busy melanda lagi
keja banyak bersilih ganti
nak tak nak .. semua nak kena buat
dah tanggungjawab
takkan nak makan gaji free je kan ?

Assignment setia menanti
buat sikit je .... terhenti ... banyak lagi priority lain
esok lusa kena sambung semula ... harap-harap ada la masa
Sabtu ni nak tunjuk ke tutor .

Tangan ada dua ... otak satu je
kekadang tak terbuat semua dalam satu masa
balik rumah ... gendong sama buku untuk ditanda
kalau tak esok berganda - ganda

Aku juga perlu rehat ... aku bukan robot
bateri nak kena charge jugak
nasib baik banyak assistant tak bergaji ... sukarelawan kat rumah ni
sorang tolong buatkan susu .. sorang tolong tidokan adik
sorang tolong belikan lauk ..aku tak masak lately ..tanak nasi je
tapi ada jugak yang tolong wat sepah ... saja nak tambah keja mak
aku sayang korang ..terutamanya lelaki hitam manis bermisai itu
baby pun tak banyak ragam ...macam faham je mak dia busy .

hebat kan ? ... memang superwoman
bukan aku sorang je ... ramai gang yang sama
aku salute korang ... sama-samalah kita kutip pahala
bukan merungut ... bukan stress
saja nak lepaskan apa yang terbuku dihati .
banyak mana pun keja .. aku tetap ceria
sebab aku tau ada yang lebih teruk lagi kejanya dari aku .









Monday, June 21, 2010

Pesanan untuk diri


Untuk mengubah murid belajar
kita juga perlu mengubah cara kita mengajar
kerana kita tidak adil kita minta murid berubah
tetapi
kita tidak mahu berubah
bersedialah untuk berubah
Guru yang berkesan
ialah guru yang akan membawa perubahan positif
kepada murid walaupun dalam apa jua bidang

Sesi pagi .... I like ...

Setelah bercuti 2 minggu , hari ni kami kembali semula ke sekolah ... kali ni sesi pagi pulak ...suka sesi pagi kerana banyak sebab ... pertamanya ..badan lebih segar bila ke sekolah .. takde mengantuk . Masa berlalu cepat je .. kejap je rasa dah nak balik .Kalau penat sangat ... balik boleh boleh tido kejap . Kalau sekolah petang ... selalu je pancit bila balik sekolah ... takde masa nak rehat langsung .

Anak murid pun lebih bersemangat dalam kelas sesi pagi .. kalau petang diaorang nampak penat & kurang fokus . Balik ke sekolah .. keja mula menunggu ... cuti sekolah tempohari bagi keja banyak juga pada murid Tahun 6 .. hari dah kena mula menanda ... subjek bahasa ni ambik masa sikit untuk marking ... tambah-tambah lagi bila diaorang buat karangan ... repeating the same grammar mistakes ...

Apapun keja tetap keja ... kat mana pun sama bebanannya .... yang penting kita ikhlas .

Sunday, June 20, 2010

Thanks En.Ben

Thanks Encik Ben kerana blog akak tersenarai dalam list blogger baru di blog Encik Ben ... nak kata baru takle baru sangat blog ni tapi blog kami in the house kurang dikenali ... kak yan tak kisah sangat .. tapi kalau menulis syok sendiri pun tak best juga bila takde orang baca .

Harap lepas ni dapat lebih ramai kawan cyber .... di sekolah memang dah ramai kawan tapi bila balik rumah ..asyik melayan peel anak-anak pening jugak ...so internet lah kawan kak yan .

Bafana Bafana

My new buddy ... mini HP ..senang dan ringan sikit compare to my laptop .. takler sakit belakang mengendong ke sekolah ... kalau ikutkan tak beli pun takpe ... laptop yang ada masih berfungsi ... kak yan juga boleh ambil laptop sekolah sbb kak yan guru data ... tapi yang ni dapat free bila masukkan line streamyx kat rumah tok som tempohari ... adik guna student card dia untuk daftar streamyx kat rumah tok som ... dia kan student .. tentu la tak mampu nak bayar bulan-bulan ..so kak yan dengan rela hati sanggup bayarkan ... dan ambik la mini HP ni . Bila rumah tok som dah ada line tenet senang hati sikit bila balik kampung ... boleh bawa balik segala keja buat di sana je ..especially time nak wat assignments.

Tadi ajak abang misai pi Low Yat beli sticker/skin for my lappy tapi dia nak pi sendiri .. bagitau dia nak color pink .." pilih yang comei ye bang! " ... bila dia bawak balik ..alangkah frustnya ... corak ni yang dia pilih .. takde taste langsung ... sekali tengok terbayangkan " bafana ..bafana " ... dia gelak je .. terpaksa pakaikan jugak pada lappy ku itu buat sementara waktu ... lepas gaji ni tak kira jugak .. nak ajak dia pegi sekali lagi beli skin yang baru .

Nasib baik casing & mouse yang dia beli masih boleh diterima ... kalau tak wat membazir je .

dah boleh itu ini

Latest photos of baby Hakim ... lagak seperti Sarip Dol , samseng kampung pisang . Kejap je boy mak dah 6 bulan .. mulut pun dah semakin menceceh ... mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi . Like father like son ....sedap je mengata abang misai ... mak Hakim pun apa kurangnya .. mulut kecoh jugak .

Hakim dah mula makan nestum ... sebelum ni pun ada kasi tapi campurkan dengan susu dia ... kali ni bersuap pulak ... bila bersuapnya banyak sungguh penyibuk .. Haikal sibuk nak disuapkan sama ... jeles la tu ... kekadang tu masuk jugak ke mulut mak Hakim ... sedap jugak nestum baby ni ..he..he

Port favourite Hakim masih lagi atas riba mak dia ... tapi kena berjaga-jaga sebab dia makin lasak .. jatuh gedebuk karang ...mak jugak yg susah . Hari - hari dia naik walker ... ronda dalam rumah ... kalau letak atas Toto dia pandai bergolek je utk bergerak ... nak mengesot ke depan terpaksa berpeluh baby mak ni .

Lovelygift Giveaway Contest



Lovelygift ingin menganjurkan satu giveaway.

3 orang pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1.) mesti mempunyai blog. ( ada )
2.) anda diwajibkan menjadi follower lovelygift sepanjang tempoh giveaway berlansung. ( done )
3.)buat 1 entry bertajuk 'Lovelygift Giveaway Contest' dan sila tinggalkan link di bahagian komen atau shout box. ( done )
4.) copy paste banner lovelygift & letak pada side bar blog anda. ( done )

Giveaway berlangsung dari 15/6/2010 hingga 15/7/2010

kak yan join this giveaway sebab teringin sangat nak cuba pakai tudung zahra ... mana tau nanti hati akan terpaut dengannya .

Nak join sama ? click here

Saturday, June 19, 2010

Happy Father's Day

....... To the man of my life .......


Crita crite kampung lagi

............ akan di-update later .......

Pondok buruk kami

This is how our house will look like bila dah siap nanti ... sebelum pulang ke KL ...kami singgah dulu tengok rumah contoh ... terletak sebaris dengan rumah kami .

Tak sabar rasanya nak tunggu rumah siap ... bukannya boleh duduk sana pun ... dah lama kak yan nak beli rumah tapi banyak sungguh syarat cik abang misai tu ... akhirnya dia setuju jugak setelah kak yan rajuk berkali - kali . Kami beli rumah di kampung kak yan ...dah sepakat .. tuan rumah berhak pilih lokasi .... so jangan la nanti ada nanti kata kak yan queen control la pulak .

Living room ... tak ler besar sangat .. kami nak buat bilik je nanti sebab living room besar punya kami akan tambah di bahagian tepi macam rumah tok som ..so cucu - cucu nanti boleh main futsal .

Tengok la aksi dua beranak ni ... dia plan nak renovate in 2012 tapi tengok ke gayanya .. sempat ke tunggu 2 tahun lagi ?

Wet kitchen kami akan tambah di belakang ... so ruang ni akan jadi dining area kitaorang . Dah 14 tahun tinggal di flat dengan bilik yang keciknya .. kesian anak-anak .. tak boleh ada their own rooms ... apapun kami sangat bahagia tinggal di sini ... as long as we are together .

Friday, June 18, 2010

Seharian di PB

Tuesday June 15

Hari ni kami berada di PB but abang misai awal-awal pagi dah bergerak balik ke Alma . Dia nak bawak MIL dan adik dia ke Simpang Pulai ... adik bongsu abang misai akan buat praktikum di salah sebuah sekolah menengah di situ , so diaorang pegi hantar barang ... kak yan dan anak-anak tinggal je di rumah tok .

Ada jugak belek sikit assignment dan masuk LMS . Kumpul bahan siap2 ... tak suka buat keja last minutes ... buat editting ok la di saat akhir ... tak terkejar nanti ... takut stress sebab tak cukup tido .

Malam lepas Isyak abang misai balik semula ke PB . Awalnya plan memang nak balik Alma hari ni ... tetapi terpaksa cancel last minute atas sebab-sebab keta penuh masa abg misai balik from Ipoh . Kak yan tak kisah ... lagi suka .

Wednesday, June 16, 2010

New look

Monday June 14

Hari ni ada lagi anak buah abang misai kawin ... Lepas balik makan kenduri di Kota Kuala Muda ... kami ke Gurun ..saja jalan-jalan ke rumah bekas rakan sejawat kak yan yang dah bertukar ke sana . Punya la panas cuaca di Gurun ...memang sesuai dengan namanya ...macam duduk kat Gurun ....wonder jugak .." macam mana la korang boleh beli rumah kat sini ? "
Balik dari Gurun semua kepenatan .... anak - anak pakat lena dalam keta . Singgah PB ... kak yan pegi gunting rambut .

Gambar pinjam dari Encik Google

Style ni yang kak yan pilih ... sesuai jugak la dengan muka ku yang chubby tu . Abang misai pun kata OK . dah rimas dengan rambut panjang ... dengan gugurnya ... dalam cuaca panas ni ... rambut pendek la paling sesuai . For now , selesa dengan style ni ... kita tengok berapa lama boleh bertahan .

Tuesday, June 15, 2010

Ronda - ronda Penang

Sunday June 13

Kami keluar selepas makan nasi free ( kenduri jiran tok Minah ) ke Penang ... saja bawak anak-anak ronda . Nama pun ronda ... memang ronda makan angin je la .... makan angin keluar asap ... dengan cuaca yang baik tapi agak panas membuatkan banyak plan terbantut ... ni kes malas nak keluar keta la . Nasib baik keta tak banyak queue masa nak naik ferry . First time bagi baby Hakim tapi dia biasa je .. mak dia yang terlebih excited .

Kami ke Batu Feringgi ... ada jugak orang yang mandi ... airnya tak sebersih mana . Seperti biasa , Haikal geram je nak masuk air ... tapi taktik kali ni tak menjadi ..... ingat mak ayah selalu ikut cakap dia .

Not in the mood to snap banyak-banyak ... dalam cuaca panas ni .. ingat nak balik je la .

Sebelum balik ke Pt Buntar , kami singgah di persiaran Gurney dulu ... pekena pasembur , laksa & cha kuey teow . Not bad la ... abang misai suka la .. kebanyakkan taste mamak .... kena dengan tekak dia .

Sampai rumah tok Som dalam pukul 7.20 malam ... malam ni tok som prepare karipap utk breakfast esok . Banyak sungguh pembantu yang menyibuk nak tolong ... kuih karipap yang sepatutnya gemuk - gemuk jadi kepes je .... tok som buat dua jenis inti ..ayam & sardin ... semua kat rumah ni suka karipap tapi kak yan sorang je yang tak berapa nak boleh telan banyak-banayk ... setakat sebiji ok la .

Monday, June 14, 2010

Makan free lagi


Saturday June 12

Sejak petang semalam kami berada di Alma ... seawal 5 pagi tok Minah dah bangun , siap mandi lagi my MIL tu ... kalau dulu abang misai suruh kak yan jugak bangun awal tolong Tok Minah masak .... tapi sejak incident tu , sekarang bila kami balik kampung ... beli je breakfast . Kita kalau balik kalau boleh tak nak menyusahkan orang tua masak itu ini . Kalau di rumah Tok Som selalunya keja masak memasak kak Yan yang ambik alih ... tapi bila ke rumah MIL ... kak yan jadi kekok .. tak tau nak tolong ... tok Minah cargas di dapur ... yang dia fikir bila kami balik ialah jamu kami makan .... sampai2 je rumah dia .. dia dah suruh pi makan ... kekadang tu rimas jugak tapi sekarang ni kak yan dah biasa .... biar lah dia nak masak 10 kali sehari pun ... janji abang misai jangan asyik menyuruh kak yan ke dapur sama ... style masakan kak yan bukan sama dengan syle my MIL .

Pukul 10 pagi kak yan ikut abang misai hantar my BIL & his family ke Penang airport ... diaorang nak bercuti ke Langkawi .... sampai ke airport ...Haikal pun bersuara " Haikal pun nak naik kapal terbang jugaklah " .... lepas berfikir kejap dia tukar statement " takpe la ayah , kita naik ferry je lah " ..... ciannya Haikal .... mak & ayah tak mampu nak bawak korang semua naik flight ... kita hanya layak naik keta je ye nak .... tapi anak-anak kak yan macam faham ... tak mampu buat macam cara tak mampu ... bersyukur dengan apa yang ada ... ada orang lain tak berkemampuan dari kita .... dah rezeki masing - masing ... nanti korang belajar pandai-pandai , boleh dapat apa yang korang nak .... nak keliling dunia pun boleh .

Lepas hantar diaorang , kami bergerak ke Permatang Tok Jaya SPU untuk makan nasik minyak salah seorang bekas student abang misai . Sampai sana around 1.00p.m . Ada jugak beberapa orang lagi ex-students abang misai yang hadir sama .... macam mini reunion la jugak . Kami balik ke Alma semula dalam 3 petang .... lepas pada tu ..aktiviti macam biasa ... melangut depan tv sebab kat Alma takde internet .

Friday, June 11, 2010

Rezeki anak .

Memang betul apa yang selalu diucapkan ... usaha tangga kejayaan ... Alhamdulillah semester lepas boleh dikatakan memberangsangkan ... kak yan berjaya dapatkan 2 A & 1B+ = 3.78 .... rasa happy sangat . Sapa kata beranak kecik tak boleh berjaya dalam pelajaran ?

Zillion thanks to my abang misai ... he is part of this ... kalau tak kerana dia sanggup berkorban jaga anak-anak time kak yan study ... sure kak yan stress ... dia jugalah yang hantar dan jemput balik setiap kali kak yan ada tutorial . Thanks sayang ... nanti Ti belanja you ye .

Harapan yang tinggi jugak diletakkan untuk exam-exam yang akan datang ... sekarang dah mula mengumpul bahan untuk assignments .... assignments perlu A ... barulah senang nak score A in exam .

Thursday, June 10, 2010

Melayan anak-anak + anak sedara

Hari ni kami ke Ban pecah Kuala Kurau ..sejak dari tengahari lagi budak-budak ni dok asyik tanya .." Maklong ! boleh mandi tak kat Ban Pecah ?"...dan jawapan yang maklong bagi cukup menggembirakan diaorang .

On the way sms adik bagitau kami bawak anak diaorang ke Ban Pecah ... dia reply " Jangan bagi depa mandi ya " ... ops ...macam mana ni ? ...budak2 siap dah bawak baju lagi untuk mandi ...cian anak buah maklong .... bagitau Adam & Idris yang mak diaorang tak kasi mandi laut ... monyok je muka ... diaorang pegi ke air ..." jangan mandi ye " pesan maklong lagi .... ok lah .... boleh duduk je ... hrmmmm tak kan nak duduk je . Mulanya basah kaki .. pastu basah seluar , then baju ... Akhirnya maklong bagi jugak diaorang mandi tapi tak boleh melepasi border yang ditetapkan . Tak sapa berani langgar arahan maklong yang garang ni .. he..he



Abang misai call his biras bagitau yg kami benarkan anak2 dioarang mandi ... and jangan risau sebab kami sentiasa awasi anak-anak depa .

Mik la yang paling suka ... mungkin abah dia tak penah benarkan dia mandi kat sini . Semenjak cuti sekolah Mik tak nak balik rumah diaorang sebab ada kawan di rumah Tok Som . Nanti kami semua balik KL ..sure dia monyok semula .

Esok petang kami akan balik ke Alma ... Lusa nak bawak anak-anak ke Penang pulak ..sorry ye Adam & Idris maklong tak dapat bawak korang sekali sebab tak muat kereta ...lain kali kita ajak ayah mak pegi sekali .

Berfutsal dalam rumah

Dari siang hingggalah tutup mata ..keja depa main je ... senang sungguh jadi kanak-kanak ya ... awal-awal pagi lagi dah mandi , bersiap ..then ..keluar main ... kena pasang bodyguard merangkap bibik untuk tengokkan depa ni ..sapa lagi kalau bukan kak Una ... bibik tak berbayar ..kesian kak Una .... takut jugak budak2 ni main dekat tepi parit .

Malam bila terkurung dalam rumah lain pulak gamenya ... berfutsal di living room Tok Som.... ruang tamu tok som sangat luas dan perabutnya sikit je ... senang cucu-cucu nak bermain ...berbasikal ...berfutsal ..semua boleh ... bingit telinga ...selagi depa tak mengantuk ..selagi tu la ada je keja depa .... sampai kena suruh mandi semula sebab badan melekit dek peluh .

Kenduri 1 Malaysia



Tuesday June 8

Hari ni kami bertolak balik semula ke Titi Serong ... memang membazirkan duit minyak je ulang alik sana sini . Semuanya sebab nak makan nasik kenduri di THM . Semua orang tau nasik kenduri di Parit Buntar memang sedap . Kenduri yang kami pegi ni agak unik .... bukan kenduri orang Melayu kita tapi kenduri kahwin pasangan Cina yang dibuat dengan cara orang Melayu ..... mana nak cari kenduri macam ni ?

Pengantin lelaki , Ng Boon Guan atau di kampung lebih dikenali dengan Ah Guan adalah anak tokey kedai di kampung kami ... customers dioarang adalah orang kampung ni juga ... so memang patut la depa buat kenduri untuk orang kampung jugak .

Pengantin pompuannya seorang cikgu ... she looks friendly ..... orang Cina boleh hidup satu family je dalam komuniti Melayu tapi jarang kita tengok orang Melayu sanggup tinggal dan bercampur dalam komuniti lain ..... bukan nak kata orang ..kami pun tak sanggup .

Wednesday, June 9, 2010

2nd day in kampung

Monday June 7

Ayoooo bila tengahari manyak panas woooo... itu kipas tatak henti berpusing . Malam pulak sejuk je . Hakim akan togel tinggal diapers je start pukul 11 hingga 4 petang ... badan dia melekit macam baru je lepas bertomoi .

Mereka - mereka yang paling gembira tak lain tak bukan kanak-kanak Ribena dalam gambar di atas . Main tak ingat dunia ... bukan selalu diaorang dapat berjumpa ... kalau di KL nak main kena pi padang ... bila balik kampung , halaman rumah tok som la padang diaorang ..kejap main badminton ..kejap main bola ...kejap main kucing ..sampai kucing tu pun dah takut nak mai depan rumah tok som .

Kedai kecik sebelah rumah tok som ... senang petang-petang perut minta diisi pegi saja ke kedai maklang Munah .

Petang sebelum balik ke rumah Tok Minah ( MIL ) di Alma , kami singgah dulu di kedai Mak lang Munah bersebelahan rumah Tok Som . Pekena mee udang dan ais dulu . Sedap jugak mee udangnya . RM2.50 je semangkuk ...laksa dan rojak pun ada .


Lepas makan kami bertolak balik ke Alma ... macam tu la rutin kami sepanjang 2 minggu kami di kampung ... dua hari di Parit Buntar ..2 hari di Alma ..sampai la habis cuti .


Dan beginilah aksi si Mikail ( sepupu Haikal ) time kami nak balik kampung sana ... rajuk tak nak cakap ... dia cukup tunggu2 Haikal balik kampung ... kawan kamceng Haikal ... kalau depa ada berdua , gamat rumah tok som .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails