Saturday, January 29, 2011

Masuk rumah baru


Boring menunggu abang misai datang ambik kami dari Kajang , sempat akak buat 1 n3 .... lepas subuh tadi dia ke rumah adik akak untuk tolong angkat barang masuk lori . Kami akan bertolak balik kampung kejap lagi . Lepas ni akak bersiaran langsung dari kampung la pulak . Sure akan sibuk sepanjang minggu ni ... nak mengemas barang di rumah sana ... langsir pun belum jahit . Bukan senang nak jahit langsir untuk satu rumah ... tok som akan tolong jahitkan langsir untuk ruang tamu ... jahitan tok som kemas sikit ... untuk bilik-bilik lain akak jahit sendiri je .

Keja sekolah pun bawak balik kampung ... apa nak buat .. tanggungjawab tetap kena buat walaupun time cuti .

Friday, January 28, 2011

Hadiah on the way


Hadiah dah dipos ke 7 pemenang GA kami yang dah bagi maklumat ... ada lagi 4 yang belum dituntut .... harap-harap akan sampai esok seperti yang tertera pada sampul surat .

Pejabat pos yang hanya sekakang kera dari rumah .... gambar dari view tingkat 4 rumah kami . Kalau malas lagi nak ke pejabat pos tak tau ler ... selalunya akak upah anak-anak je pegi situ . Bayar bil pun kadang2 anak-anak yang uruskan ... apa la punya mak . Bukan apa ... dekat sangat ... dan takde bahayanya ... masih dalam kawasan ... monitor dari atas rumah pun boleh .

Thursday, January 27, 2011

Sorry ........

HADIAH GA

Maafkan kami sebab tak sempat nak send hadiah GA today ... banyak kekangan ... tapi sampul surat pos express kami dah beli tengahari tadi ... insyaallah esok pagi kami akan pos ke semua 7 hadiah yang sudah dituntut pemenangnya ... yang lagi 4 tu kena tunggu lepas cuti sekolah la jawabnya sebab Sabtu pagi kami akan bertolak balik ke kampung bersama lori yang hantar barang ke rumah baru kami di kampung .... susah sikit akak nak uruskan penghantaran hadiah dari sana sebab pejabat posnya jauh dari rumah ... kalau di KL ni , post officenya hanya depan blok ni je ... 2 minit pun dah sampai ke situ .

ANAK-ANAK
Baby Hakim demam la pulak ... dah 2/3 hari dia tak sihat ... batuk dan selsema ... pagi tadi dah mula panas badannya ... balik sekolah tadi lagi panas ... dah naik ke 38 suhunya ... asyik merengek je . Kami jelumkan kepala dia kerap2 ... dia tengah tido sekarang .... malam ni kami pakat tido di ruang tamu . Senang nak monitor baby Hakim .

Nasib baik esok abang misai cuti ... kalau tak akak la kena ambik cuti kalau Hakim masih demam juga . Esok tengahari kak Una pun dah boleh balik rumah ... boleh juga dia tolong ayah tengokkan baby Hakim .


KELUARGA BARU TOK SOM


Alhamdulillah akak dapat sorang lagi anak sedara baru tengahari tadi ... Lahirnya Amni Safiyyah ... baby sulung adik akak yang ke 6 , Siti & hubbynya Hafiz . Cucu tok som yang ke 14 dan cucu pertama bagi keluarga MIL nya .

Tuesday, January 25, 2011

Tahniah Pemenang 'Kami 2nd Giveway'


Tempat pertama : no.19
misz lovely
miszhaniez0307@yahoo.com

Tempat kedua : no.23
Fazillah Kamaruddin
fadzillah_18@yahoo.com

Tempat ketiga : no. 51
Atia Adina

Tempat keempat : no. 1
cempaka kuning

Saguhati : no.31
miz ruha
bird_7842@yahoo.com

Saguhati : no.36
Kehelan
tufulah@gmail.com

Saguhati : no.75
zue @ annaleeya
annaleeya_4999@yahoo.com.my

Saguhati : no.99
azatie sayang

Saguhati : no.16
bambam
adlina712@gmail.com

Saguhati : no.8
The lekat lekit story

Saguhati : no.129
Mrs.Asida
asieda82@gmail.com



* Sila emailkan nama dan alamat untuk pengiriman hadiah dengan segera ke yantiskpt2@yahoo.com ... dan beritahu no kemenangan & ID anda . TQ


TAHNIAH BUAT YANG BERTUAH KALI INI ....
HADIAH AKAN DIPOS DALAM MASA TERDEKAT ...
YANG TAK BERNASIB BAIK CUBA LAGI DI MASA AKAN DATANG .

INSYAALLAH KAMI AKAN BUAT GA LAGI DI MASA AKAN DATANG.



Monday, January 24, 2011

PERHATIAN Peserta ' Kami in the house' 2nd GA


Berikut adalah senarai peserta yang masih tak lengkap . Sila semak semula dan buat pembetulan... kami beri hingga esok je ... 25hb kami akan buat cabutan . Harap maklum.

34. http://remizati.blogspot.com/2011/01/kami-2nd-giveaway.html ( takde banner )
44. http://ceriterainie.blogspot.com/2011/01/kami-2nd-giveaway.html ( takde kami in the house di bloglist anda)
85. http://att0ae0chre.blogspot.com/2011/01/kami-2nd-ga.html (kami takde di bloglist)
96. http://cekedismanis.blogspot.com/2011/01/kami-2nd-giveaway.html (takde banner )
107. http://hanyagiveawaycontest.blogspot.com/2011/01/kami-2nd-giveaway.html (kami takde di bloglist)
120. http://adventurekkp.blogspot.com/2011/01/kami-2nd-giveaway.html ( link not found )



Akak dah buat terjahan balas tapi still tak lengkap juga . Yang dah buat pembetulan tu dan maklumkan kepada akak ..TQ. Banyaknya yang takde 'kami in the house ' di bloglist ... kalau dah takde tu macam mana la nak tau perkembangan terkini tentang GA kami ni .

Sunday, January 23, 2011

Melawat birthday girl

Selesai packing barang tengahari tadi , kami pegi melawat Kak Una di asrama ... belikan cupcakes je for her 13th birthday .... tak dapat nak sediakan macam-macam sebab mak dan ayah belum gaji lagi ... dah pokai sebab banyak habiskan duit untuk rumah baru kami .

adik-adik yang rindukan kak long diaorang.

Nisha tak nak ikut ... lebih suka duduk rumah landing atas sofa tengok tv ... .

Kak Una & her classmates


Ralatnya rasa ..sebab hanya bawa cupcakes je ... lagipun mak dah penat sangat packing ... hari ni je cuti mak boleh mengemas ... semalam dah letih ke sekolah .

Happy Birthday Kak Una

Packing time

gambar pinjam En.Google

Letihnya packing barang ... ini baru sikit .... kalau pindah betul-betul ,macam mana la ya . Baru selesai masukkan pinggan mangkuk yang tak guna ...... dah penuh almari belakang tu ... tinggalkan yang selalu kami guna je .

Packing semua medal & trophy anak-anak masuk kotak ... kalau letak sini , buat penuh habuk je ... nak beli display cabinet pun dah takde tempat nak letak . Nanti petang nak packing kain baju pulak ... separuh tinggal di rumah sana ... bila balik kampung tak payah nak bawak balik banyak-banyak dah .

KAMI 2nd Giveaway


Syarat - syaratnya :


1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog .
2. Follow blog Kami in the house .
3. Add ' Kami in the house ' di bloglist anda .
4. Copy & paste gambar di atas dan letak di side bar anda dan link ke entry ini .
5. Buat satu entry " Kami 2nd Giveaway " .
6. Tinggalkan link anda di entry ini dan kalau boleh sertakan e-mail address supaya mudah dihubungi nanti .
Tarikh tutup GA ialah 23 Januari 2011 @ sehingga ke penyertaan ke 150 sahaja.


4 FM from Thailand menanti anda .
Pemenang dipilih randomly dengan cabutan bertuah .

DENGAN RASMINYA GA KAMI DITUTUP .. PENYERTAAN DAH MENCECAH 150. TERIMA KASIH BUAT YANG SUDI JOIN. GOOD LUCK EVERYONE ... PEMENANG AKAN DIUMUMKAN BEBERAPA HARI LAGI ... TUNGGUUUUUUUUUUU

Thursday, January 20, 2011

Sesi terjahan lagi

gambar pinjam Mr.Google

Saja buat entry ni supaya senang nak cari kami in the house dalam bloglist peserta . Malam ni nak buat terjahan sebanyak yang mungkin . Paling pening sekali part mencari "kami in the house " di blog list peserta . Berpinar mata akak ... akak scroll berkali2 still tak nampak pun... or mata akak yang dah juling sebab buat terjahan banyak sangat dalam satu malam .

Kepada yang tak lengkap tu ... sila la ye buat pembetulan ... kalau sampai Isnin nanti masih tak cukup syarat .. maka dengan automatic anda disqualified la yer ..

Tupperware & Kalendar dah sampai

Personal Calendar Giveaway

Alhamdulillah hadiah sampai lagi Isnin lepas tapi baru hari ni sempat nak buat entry ... akak sibuk sangat dan diri pun tak berapa sihat lately . Balik sekolah je dah pancit ... Hadiah pertama kami terima dari puan eB dari Personal Calendar Giveaway 2010 ... sangat cute calendarnya ... buat masa ni akak letak atas meja di sekolah dulu ... tapi lepas ni akan berpindah tangan ke Kak Una yang tinggal di asrama . Thanks a lot eB.

Hadiah kedua kami terima daripada Puan Norhayati dari Casa Bonda Tupperware Giveaway . Kami sangat suka dengan hadiah yang diterima ... tupperware kuning 3 beradik ... anak-anak dah booking nak bawak bekal ke sekolah ... rajin ke mak korang ni masak bekal nak oi ? ... dapat la kami tambah koleksi tupperware sedia ada . Terima kasih Casa Bonda .

Hadiah-hadiah yang membakar semangat kami untuk join lebih banyak contest & giveaway ... itupun kalau ada masa .

Tuesday, January 18, 2011

Migrain & Malang Tak Berbau

Lega sangat - sangat dapat tido petang kejap tadi ... sekejap pun dah cukup ... dah dekat 2 minggu tak cukup rehat . Sabtu dan Ahad lepas pun akak tak dapat nak rehat . Petang semalam tiba2 je mata akak jadi kabur + imej jadi banyak .... call cik abang ... dia suruh basahkan kepala ... yes , he was right ... lepas basuh muka dan basahkan rambut , pandangan jadi ok ... tapi kepala pula mula berdenyut .... akak dah tau ... migrain bakal menyusul . Abang misai datang nak bawak akak balik tapi akak still drive balik sendiri sebab tak kan nak tinggalkan motor dia di sekolah ... cuma dia escort sebelah keta . Nasib baik dekat je .

Dah lama akak tak migrain ... bila akak tak cukup rehat ... tak cukup tido ...dia pun datang la . Bila dia datang , macam nak pecah kepala ni dibuatnya . Semalam , balik dari sekolah akak tak pegang Hakim langsung ... terus masuk bilik ... makan ubat dan cuba untuk tido.Anak2 semua abg misai yg uruskan . Thanks sayang .


Sejak kaki Hakim sakit , tidur dia pun asyik terganggu ... merengek malam-malam . Mungkin luka tu kena kain cadar or kaki yang lagi satu .... Akak belum crite ye tentang kaki Hakim ? ... kaki dia kena iron di rumah pengasuh Khamis lepas ... time tu kakak pengasuh tu tengah masak di dapur ... anak dia iron baju dan letak iron tu di bawah ... besar juga luka dia ... ambik masa juga la nak sembuh sepenuhnya . Nak marah pun tak guna ... akak tu jaga anak akak dengan baik selama ni .. bukan salah dia ... anak dia yang cuai ... harap takde ler lagi perkara buruk berlaku semasa Hakim dalam jagaan orang .

Ada baby ni kita kena alert all the time ..... diaorang ni nak explore macam-macam . Sentuh itu ini , tarik itu ini ... masuk mulut itu ini ... selagi tak cerdik , kena pantau 24 jam . Sebelum ni akak pakaikan Hakim kasut yang berbunyi tu even di dalam rumah ... memang bising tapi senang akak nak tau dia ke mana . Kalau senyap tu ada ler keja yang dia buat .

* Akak buat entry ni takde tujuan lain ... buat pengajaran semua ibu di luar sana ...termasuk diri sendiri .... terutama kepada yang baru ada baby . Blog ni kan diari kami ... so wajib kami masukkan entry ni sebagai kenangan .

Saturday, January 15, 2011

Abang mood takde

Dapat cuti 2 hari ... boring la pulak ... abg mood takde hari ni ... abang misaiku balik kampung semalam . Dia nak gi tempah grill untuk rumah kami dan macam2 hal lagi dia nak kena uruskan dalam satu hari ... malam ni baru dia balik semula ke KL ... so hari ni kami hanya duduk memerap di rumah saja la . Banyak keja menunggu ... nak mengupdate data murid ... data guru ...nak pencen jadi guru data tapi takde sapa pun suka rela nak ambik jawatan ni .

Keja rumah pun banyak nak dibereskan ....Lepas siap keja rumah nanti , nak buat terjahan ke blog peserta GA kami ... sambil2 tu nak join GA dan contest yang mudah2 ... cari yang senang-senang je . Pemalas punya orang ...he.he.

Friday, January 14, 2011

Rindu

Rindu pada anak ... rindu pada emak ... rindu sangat - sangat .. cuma bila dah busy ni kekadang terlupa kejap . Lepas tu rindu datang balik .... rindu pada mak yang jauh di kampung ... kesian dengan mak ... duduk sorang2 ... sure boring dan sunyi .... walupun ada Adi tapi dia bukan jenis yang boleh buat kawan bersembang .... but thanks to Adi ... kalau takde dia sure mak lagi sunyi ... walupun dia anak istimewa , dia banyak bantu tengokkkan mak kat sana . Thanks to Noni juga ... kerana selalu juga pegi jenguk mak ... almost everyday ... itu yang untungnya anak ramai ... walaupun 6 terpisah jauh , masih ada dua yang tinggal dekat dan boleh jenguk tengok-tengokkan mak ... kami yang jauh ni boleh call tanya khabar je la .... nak balik selalu ... kami tak mampu .. kami tau mak faham .

Rindu pada anak ... rindu sangat pada kak Una ... 5 hari tak jumpa ...terasa lama sangat ... minggu ni dia tak boleh balik ... hanya boleh outing je . Nak pegi juga esok atau lusa ... hari2 kakak call ... tapi tak boleh cakap lama - lama . Harap kakak OK kat sana . Tunggu kami datang ya.

Thursday, January 13, 2011

Seksi ke seksa ?

Nak masuk contest the sexiest baby punya pasal ..baby Hakim kena kerah buat catwalk keliling rumah dengan pakai towel je ... so supportive baby mak ni ... jalan ala-ala model lagi . Kakak2 & abang tak balik sekolah agama lagi ...tinggal kami berdua je di rumah ... senang sikit ..kalau tak ramai pengacau .

Sukanya dia bila mengadap camera mak ... 2/3 kali jugak la tuala tu terlucut sebelum mak dapat shoot yang cantik ... Seksi tak ? ... ke.... seksa ?

Finally it is ours .... Rumah kami

Sesi gambar ulang tayang ... takde niat nak menunjuk ya ... cuma nak share rasa happy ni dengan those I know . Setelah setahun menunggu .. finally the house is ours .... pondok ni kini milik kami . Baru je Selasa lepas ambik kuncinya ... CNY ni baru pindah masuk barang .... masuk barang je ... kami tak pindah sana pun ... ini rumah time cuti sekolah je . Kami still selesa tinggal di KL ... one day kami akan balik juga ... and that one day belum tentu bila tahun entah .

Hujung minggu ni abang misai akan balik kampung ... nak tempah grill ... nak uruskan hal2 nak tambah wet kitchen di belakang tu .... buat masa ni wet kitchen je dulu ... tak mampu lagi nak tambah yang lain .Nak buat hutang memang boleh ... tapi kami tak nak hidup dibelengggu hutang ... cukup la dengan akak miskin lagi 1K mulai bulan depan .

Tuesday, January 11, 2011

Rajinnya anak mak

Rajin adik rajin ... rajinlah belajar ,
bila besar nanti boleh tunjuk ajar
ayah juga ibu gembira selalu
melihat adikku rajin baca buku

Si abang yang masih tak pas membaca ... bial la nak lancar abang oi !

Monday, January 10, 2011

Kalendar Baru sudah di meja

Kalendar baru untuk 2011 dah sampai ... Kalendar yang kami menang dari GA Cikgu n@m@n ... dah pun berada di bawah cermin kaca atas meja akak di sekolah . Terima Kasih cikgu ... cikgu Yanti suka sangat kalendar baru ni .


Meja keja akak ... masih macam dulu

Tupperware bakal milik kami

Alhamdulillah kami menang Tupperware Giveaway @ Casa Bonda ... akak suka sangat sebab akak ni memang hantu tupperware .

Hadiah tajaan :


Terima kasih puan penganjur ... ni yang buat kami bersemangat nak join GA lagi . Nanti dah sampai hadiahnya kami upload sini .

Sunday, January 9, 2011

Masa untuk terjah


Ini la keseluruhannya 10 hadiah dari kami buat pemenang GA kedua kami . Yang bertulis 2 tu ada 2 butir .

Masa untuk terjah amat terhad ... tapi akak cuba juga untuk masuk semak blog peserta GA at least 5 blog sehari ... semalam akak dah pegi beli FM tambahan untuk hadiah GA ... kepada yang dah diterjah ... anda dah lulus . Ada beberapa penyertaan yang tak penuhi syarat .. sila semak semula . Akak selalunya akan buat entry terkini sebelum buat terjahan ..so senang akak nak cari ' kami in the house ' di bloglist peserta .

Hari ni banyak keja sekolah nak kena settle ... yang pastinya masa akan banyak di depan pc la jawabnya . Adios dulu .. nak sambung buat keja.

Saturday, January 8, 2011

Korang tak tau penat ka ?

Mak korang sejak sekolah ni hari-hari pancit .... hari ni pun mak ke sekolah jugak ... bila balik rumah mak dah tak larat nak buat apa dah . Tapi anak-anak mak still macam gasing ... korang tak penat ka ?

Hari minggu ni la salah satu aktiviti abang Haikal ... meronda di koridor ... nak turun bawah mak tak bagi ... bukan apa dia masih melelong lagi naik basikal ... bahaya kalau takde orang dewasa ikut sama .

Abang Haikal menunjukkan skillnya naik gerek .

Ini sorang lagi yang tak tau duduk diam ... dahi tu kejap2 benjol ... terhantuk sana sini ... hobi memanjat still ditangga teratas . Dia dah nak boleh berlari ...advance sungguh hero sorang ni .

Friday, January 7, 2011

Happy Birthday Meen

Happy 8th Birthday to my dear sweet Yasmeen . Semoga jadi anak yang baik . We love you very much .

Meen anak yang berani ... rajin ... suka nak melawa ... bercita-cita nak jadi wartawan or pengacara tv sesuai dengan mulut becoknya .

Wednesday, January 5, 2011

Kami ubah tarikh tutup GA

Salam ...

Rasa excited tengok penyertaan GA semakin meningkat dalam masa yang sangat singkat ... so akak decided nak tutup penyertaan bila dah sampai ke peserta ke 150 ... rasanya akak tak terdaya nak pegi terjah kalau lebih banyak dari tu ... maklum la sejak sekolah buka ni .. masa agak terhad untuk BW . Balik rumah senja ... malam dah pancit .

Dan kami akan tambah hadiah lagi 6 .. menjadi 10 kesemuanya .. dan 6 hadiah tambahan tu adalah fridge magnets juga.. tapi tak dapat ler dari Thailand semuanya ... don't worry .. akak akan cari yang cantik2 ya . So peluang untuk kengkawan menang adalah lebih besar . Kepada yang baru nak join tu .. harap maklum tarikh tutupnya adalah sehingga penyertaan ke 150 ... tak kira la sebelum atau pada 23 hb ... kalau cukup awal .. maka kami umumkan pemenangnya lebih awal la ... mungkin 23 hb tu kami dah boleh umumkan pemenang .

Tuesday, January 4, 2011

Minggu pertama yg memenatkan

Minggu ni akak sangat busy ... walaupun baru ke sekolah 2 hari , tapi penatnya macam dah seminggu ... minggu ni juga akak duty , so masa bersenggang juga amat terhad ...nak kena duty masa perhimpunan sebelum naik kelas .. masa rehat ... nasib baik time balik salah sorang gang duty sanggup balik lewat .

Ahad lepas kami hantar kak Una ke asrama ... sekolah menengah biasa je .. di KL juga dan tak jauh dari rumah kami ... kak Una tak nangis ... macam suka je nak duduk asrama ... memang betul jangkaan akak sebelum ni .. akak yang tak tahan nak berpisah dengan anak ...emak yang nangis ... sampai tak boleh nak cakap time nak balik tu . Harap2 kak Una dapat bertahan di sana ... hari2 dia call ... dalam 2/3 kali juga la ... mak tau kakak pun rindu juga dengan kami .. suara kakak pun macam sebak je .

Pagi-pagi nak kejutkan Haikal punya la susah ... kena seret dia ke bilik mandi ... dia tertido dalam kelas masa hari pertama sekolah . Letih sangat la tu .. pagi2 ke sekolah agama .. petang sekolah kebangsaan ... lepas magrib , pegi mengaji pulak . Kita yang dewasa pun boleh pancit , inikan pula budak-budak .

GA kami
Akak akan cuba terjah sebanyak mungkin blog perserta GA hujung minggu ni ...dan kalau penyertaan menggalakkan , insyaallah kami akan tambah hadiah .

Sunday, January 2, 2011

Busy tak habis-habis

Hari amat busy bagi akak ... pagi settlekan keja rumah ... then masak ... menu hari ni .. sambal udang + petai , ikan bawal goreng cicah sos kicap .... dan sup daging untuk Hakim . Pukul 2 petang kami hantar kak Una ke sekolah barunya di Sentul . kak Una dah mula tinggal di asrama ... dia tak nangis pun masa kami balik ... mak dia yang nangis . Tak sanggup rasanya nak berpisah dengan anak . Abang misai tak putus - putus tinggalkan pesan ... start dari keluar rumah ... sampai la kami masuk ke kereta nak balik .

Balik dari situ akak tido kejap ... badan letih ... kalau tak tido nanti malam tak larat nak buat apa2 ... dekat magrib baru anak-anak kejut . Malam ni sibuk siapkan semua benda untuk anak-anak ke sekolah besok pagi , dari baju hinggalah ke-buku2... diaorang akan ke sekolah agama sebelah pagi dan petang ke sekolah kebangsaan bersama akak .

Malam ni juga akak pulun buat persediaan untuk mengajar esok ... buku rekod perlu disiapkan .. buat lesson plan untuk esok ... esok juga akak duty di perhimpunan ... ayo yoyo ... mesti ramai parents ke sekolah hantar anak-anak esok .

Saturday, January 1, 2011

Hero pujaan Malaya

This is my new look .... dengan rambut style baru ... suka tak ? Mak cakap style ni buat Akim nampak lagi noty . Yer la tu ... tapi Akim nampak lagi hensem kan dengan rambut ni ? Ada serupa Akim AF7 tu tak ? Mak cakap Akim lagi hensem + cute + lasak = hero pujaan mak .

Akim pun sudah pandai posing depan camera .... tapi depan camera mak saje ... kalau orang lain Akim still takut .

Akim sekarang dah boleh berlari ... Akim juga dah pandai menari .. lagu favourite Akim ialah " Bunga Raya , Bunga Kebangsaan ... patriotik kan ? ... tapiiiiii .. Akim belum pandai mengaji lagi .

Hero kami di Tahun 1

Belum pun sempat mak nak buat entry tentang hari pertama Haikal di sekolah ... muka Haikal dah terpapar di paper Sinar harian pagi ni . Semalam memang ada reporter datang ke sekolah .

2 pages lagi .

Actually ini bukan first day Haikal ke sekolah ... selalu sangat dah dia ikut mak ke sekolah ... dah tau selok belok kawasan sekolah .

Cikgu bawak round kawasan sekolah ... tunjuk bilik-bilik , kantin , toilet ... ajar macam mana nak turun tangga dengan betul ... nasib baik la tangga sebelah kelas diaorang tak curam macam ni ... Tahun 1 memang kena turun tangga sebelah kelas diaorang... tapi semalam cikgu ajar juga macam mana nak turun tangga di blok lain . Untuk keselamatan di kemudian hari .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails