Semasa di dewan hujan turun selebat-lebatnya .... risau sangat... maklumlah minggu ni giliran akak duty ... penat jugak la semalam nak uruskan budak2 . Balik rumah dah tak larat nak buat apa...lepas isyak terus zzzzzzzzzzzzzzzz.
Saturday, February 26, 2011
Rumah terbakar panggil bomba
Tuesday, February 22, 2011
Tahniah kawan-kawan
Entry kali ni akak nak ucap tahniah buat kawan-kawan yang berjaya untuk ke program pengsiswazahan guru ... sekolah kami semua yang minta dapat ... alhamdulillah ..tumpang gembira dengan semangat kawan-kawan . Menuntut ilmu ni perkara yang baik . Jangan kita pasang niat sebab nak naik gaji ... pasanglah niat supaya kita dapat memperbaiki diri ... dapat timba ilmu baru ... dapat jadi guru yang lebih baik .
Pesan akak untuk kengkawan ...jangan sekali-kali give up . Jangan mengalah di tengah jalan .... memang perjalanan kita untuk mendapatkan segulung ijazan bukan senang ... bukan semua yang mampu harungi cabaran ni .... terutamanya kita-kita yang dah veteran ni .... yang otaknya dah berkarat ni ... bukan senang ibu-ibu dan bapak-bapak budak nak sambung belajar .... Akan ada banyak halangan di depan kawan-kawan nanti.... halangan kecik..halangan besar .... Akak dah melaluinya dan masih lagi melaluinya . Kalau akak boleh lepas ... sure kawan-kawan pun boleh .
Dapatkan sokongan orang sekeliling kita .... paling penting family mesti memahami apa yang kita lalui . Akak ni boleh dikira sangat bertuah . Abang misai dan anak-anak support akak dari belakang . Sanggup bawa akak ke sana sini kalau akak nak beli itu ini untuk assignment .... sanggup jaga anak time bila akak nak study exam . Sanggup jaga anak-anak bila akak pegi kuliah . kejayaan akak nanti adalah kejayaan diaorang juga . Kalau akak berjaya dapat degree nanti , abang misai pun sepatutnya dapat ijazah juga .... ijazah suami mithali dengan cemerlang .
Bila dah belajar ni kita akan melalui situasi rumah akan bersepah .... anak-anak kurang terurus , makan minum ala kadar je ... mana taknya , kita selalunya tak sempat nak masak ... cik abg pun kenkadang kita tak dapat urus ... terpaksa la diaorang belajar urus diri sendiri . Kena selalu duduk berbincang ... biar family faham betul2 keadaan kita . Support dari diaorang adalah semangat untuk kita ... 3-4 tahun tu adalah tempoh yang sangat lama ... tapi percaya la pejam celik , pejam celik semuanya akan cepat berlalu . Jangan stress ... cari jalan yang terbaik buat kita untuk handle stress .
Yang paling penting ..... jangan pula kita lupa amanah kita yang lagi satu ... jangan dek kerana kita belajar , kita buat sambil lewa pula bila mengajar . Itu periuk nasi kita .... biar la ia setimpal dengan rezeki yang kita dapat bulan-bulan . Takde alasan kita busy dengan assignment , busy dengan exam ... kita tak boleh focus dengan anak-anak orang di sekolah . Akak pun kengkadang stress ... dan kawan2 boleh nampak kerut di dahi akak time kepala akak serabut dengan banyak benda yang nak di-settlekan .... tapi akak tak ler sampai masam muka dengan kawan-kawan ... tak layan anak-anak orang . Kita kena bijak bahagikan masa ... bijak buat keja dengan cepat ... kalau sekarang kawan2 tido pukul 2/3 pagi siapkan keja sekolah ... bayangkan bila dah ada assignment nanti ... nak tido pukul berapa pulak ?
Akak cakap ini bukan bererti akak perfect ... ini semua dari pengalaman akak ... kengkawan baru nak mula ..akak tinggal a few months to go .... dah dekat penghujungnya . Doa akak kawan-kawan dapat cope dengan keadaan baru nanti ... Good luck .... yakin boleh ... kita boleh .
Sunday, February 20, 2011
Wau dah berbaju
Malam ni nak pulun menanda kertas exam murid ...dah siap separuh ... kalau boleh nak htr esok ke cikgu kelas . Then lepas tu cadangnya nak berjaga nak godek-godek cari bahan untuk assignment .... harap-harap sangat mata & minda memberi kerjasama yang baik . Tolong lah
Friday, February 18, 2011
Wau Bulan in the making
Thursday, February 17, 2011
No mood ... no idea ... no cerita
Tuesday, February 15, 2011
Jangan tak jadi
Cuti satu hari ni macam-macam plan nak dibuat ... nak siapkan data murid ... sikit je lagi . Then nak mula cari bahan untuk assignment .... sem lepas result exam punya la teruk ... jatuh merudum CGPA ku .... frust giler . So sem ni kena la pulun habis-habisan naikkan semula gred . Tinggal satu tahun je lagi nak berhempas pulas dengan assignment & exam . Kejap je masa berlalu . Thanks to my other half for the non-stop supports that he gave me .
Petang ni ada jemputan birthday party . Anak-anak dah excited nak pegi . Dah lama tak ke rumah kawan kami ni . Moga apa yang dirancang ni akan terlaksana hari ni ... kalau tak semua , separuh siap pun jadi la . Ok stop sini dulu ... nak pi settlekan keja rumah dulu .
Petang ni ada jemputan birthday party . Anak-anak dah excited nak pegi . Dah lama tak ke rumah kawan kami ni . Moga apa yang dirancang ni akan terlaksana hari ni ... kalau tak semua , separuh siap pun jadi la . Ok stop sini dulu ... nak pi settlekan keja rumah dulu .
Thursday, February 10, 2011
Air Tangan Tok Som
Homestay kami
The kampung boys
Di kampung boleh main sakan .... halaman yang luas ... boleh pegi ke bendang belakang rumah tok .... dan aktiviti terbaru balik kampung kali ni adalah memancing ... mula-mula pinjam pancing jiran sebelah ... bila dah pro sikit , dia mintak ayah sediakan pancing untuk dia . Dapat jugak dia a few ikan puyu . Lepas tu balik pulak gang lagi 2/3 orang ... sampai jenuh la mak dia menjerit ala-ala mak tarzan bila nak panggil balik .... mana taknya tengahari rembang pun still di bendang . Tok som selalu perli " Hah! jerit la kuat-kuat , sat gi terkeluar bijik kelen*** tu ! ... ha..ha.ha .
Seminggu di kampung , dah macam anak orang asli jadinya ... dengan kulit makin tan , dengan rambut ceringnya . Alahai Ahmad Haikal .
Tuesday, February 8, 2011
Tak salah mencuba
So kepada kengkawan yang nak tau how they did it & cuba produk tersebut ..cuba jengah ke blog adik akak Siti . Mana lah tau kalau diizinkan Allah korang pun boleh berjaya macam diaorang berdua .
Monday, February 7, 2011
Cuti yang memenatkan
Assalamualaikum buat pengunjung blog kami .... terasa lama benar tak update blog .... nama je cuti seminggu tapi tak dapat nak rehat pun .... cuti kali ni amat memenatkan ... kami tak sempat nak update blog . Tak sempat nak membalas message kawan-kawan .... harap maaf ya ... akak sampai demam , sakit satu badan penangan masuk rumah baru . Menjahit langsir berhari - hari . Alhamdulillah sebelum balik KL semua dah settle .
Kesian tok som ... balik bercuti kali ni akak tak dapat banyak menolong . Asyik berulang-alik ke rumah baru sebab banyak keja nak diuruskan . Tapi tok som tentu masih gembira sebab dapat jumpa kesemua 8 anaknya berserta menantu & cucu-cucu yang seramai 14 orang tu . Gamat bila semua berkumpul .
Kami menantikan cuti sekolah bulan Mac pula .... harap cuti akan datang kami betul2 boleh rehatkan badan & minda di homestay kami tu .
Tuesday, February 1, 2011
home sweet home
Subscribe to:
Posts (Atom)