Tuesday, March 29, 2011

Si gemuk , si pemalas .. si panjang

Kalau sebelum ni ada entry tentang ular , kali ni kami tayang gambar kucing pulak ... kami pegi tengok kucing di Tasik Titiwangsa . Akim yang paling excited ... geram je dia tengok kucing-kucing yang cute ni .

Gumukcat .... keja dia tido je ... punya la gemuk sampai tak larat nak angkat badan ... garang ... marah orang kacau dia nak tido .


lazycat .... a.k.a si penyek ..... pandai2 je kami bagi nama ke dia ni.

Plastic cat .... boleh memanjangkan badan hingga 1 meter .... acah je .

Sunday, March 27, 2011

Blog Kami Berbaju Baru .


Mood datang untuk tukar background blog kami .... memang dah lama nak wat style ni ... masukkan gambar anak2 as background ..tapi takde masa . So hujung minggu ni akak habiskan berjam2 mengedit gambar ... kejap menjadi ... kejap tak center ... kejap serabut .. finally dapat la yang anda sedang tengok ni ... tu pun akak tak puas hati lagi ... header tu akan ditukar bila dah ada idea nanti ... tapi nak stick dengan header yg simple sebab background dah penuh dengan gambar ... nanti nampak lagi serabut . Bila tengok di PC akak nampak tak penuh gambar utk background tu , tapi tengok di screen laptop nampak normal la .. di mini hp tu pulak nak kena kecikkan barulah nampak semua gambar . Slow tak korang nak masuk blog kami ni ? ... mula - mula je lambat nak loading ..... kalau dah selalu datang sini takde la slow mana kan ?

Si pengacau tu seperti biasa la , memang tak boleh tengok mak dia mengadap PC . Siap boleh panjat meja lagi ... jangan salah sangka ya ... akak tak penah biarkan dia naik atas meja ni kalau tanpa pengawasan . Selalunya akak akan terbalikkan kerusi kalau akak tak duduk di depan pc ... hero sorang ni memang suka memanjat . Rumah kami sekarang dah takde sofa or kerusi untuk tetamu ... kalau sesapa datang tu kena duduk bersila la ye . Lagipun akan bertambah serabut kalau letak set sofa di ruang yg sangat sempit ni .


Ni sudut CC budak-budak ... tapi cukup masa je kena shut down lappy tu .... kelebihan ruang sempit ni pulak ... apa yg anak-anak buat mak ayah boleh monitor . Haikal bengkek je ... minta mak buka account fb untuk dia tapi mak cakap " tak boleh " ... kecik lagi ... baca pun tak lancar ... menulis pun tak pass lagi ... sorry la mak nak bagi berfb ... tapi bila difikirkan balik ... baik jugak dia ada fb .... at least dia akan cuba mengeja ... cuma nak kena monitor la apa yg dia buat .... tengok la nanti .

* miss my abang misai ... dia duty 24 jam today.

Ular sawa masuk rumah

Ni cerita yang dah hampir basi .... Khamis lepas abang misai bawak balik anak ular sawa ... entah sapa punya tah ...... sebelum tu dia dok asyik bercerita dengan Haikal .... si Haikal pun asyik dok suruh ayah bawak balik ... dia nak bela katanya .

Bila ayah bawak masuk rumah , dia yg nangis2 suruh hantar balik ... tau pun ko takut ye Haikal . Akak siap usik cakap nanti dia tido ular merayap keluar masuk seluar dia . Sebenarnya mak dia pun geli tengok ular ni ... apa lagi nak pegang . Akim dah tido ... kalau tak sure dia ternganga mulut tengok ular life depan mata .

Malam tu jugak abang misai hantar ke tuan punya ular ni . Tak kuasa akak nak membela apa pun jenis binatang dalam rumah ni ... bela anak cukup la . Itu pun tak terjaga ... mana taknya , asyik busy memanjang ..... alasan skema .

Sepetang di Tasik Titiwangsa

Petang semalam bawak anak-anak ke TT ... saja jalan2 ambik angin . Kebetulan ada satu event di TT ... so banyak ler gerai kat situ ... kami tuju ke satu khemah yang menarik perhatian anak-anak ... ada banyak makluk comei di situ . Akim punya la seronok dapat tengok kucing .

Lepas puas tengok kucing , apa lagi sesi ambik gambar la ... tapi tak snap banyak sebab ramai orang ... malu . Nasib baik ada maksu ... berpeluang la akak bergambar dengan anak-anak . Tinggal lagi seminggu je maksu tinggal dengan kami ... hujung bulan ni maksu dah tak keja di Bernama tu . Balik kampung duduk dengan mak semula sementara tunggu tawaran sambung blajar . Baik jugak adik balik teman mak buat masa ni .

Emak dan Akim

Anak dara sorang ni ... posing di tempat yang sama ... baju sama ..tudung sama .. takde baju & tudung lain ke ko nak pakai Meen ?

Tembamnya akak .... dah terasa sangat badan dah semakin membesar ... jeans dah tak boleh nak dibutangkan ... rasanya makan dalam kuantiti yg sama je ... nak kena do something ni ... sebelum ditegur abang misai .

Friday, March 25, 2011

Pengikut tegar



Renungan si peminta simpati .... 'tek' ... ' nakkkkkkkk ' .. tu je yang dia tau ... tapi dengan renungan yang macam ni sapa pun boleh cair kan ? My sweetheart ... intan payung baby mak ... cepat je masa berlalu dah setahun 4 bulan . Dah pandai tunjuk perangai ... banyak tok guru dalam rumah ni ... kalau mengajar ilmu yang baik takpe le ... ni ilmu yang tak patut adik tau pun depa ajar jugak .

Sejak baik dari demam ni makin menjadi-jadi nakal dia . Makin melasak . Kalau mak & ayah dah jenis yang tak tau duduk diam , ni kan pulak anak-anak . So tak boleh nak salahkan sapa-sapa . Dah genetik macam tu .

Kenapa gambar anak-anak yang lain dah jarang ada di blog kami ?.... Anak yang besar2 sikit tu dah tak suka bergambar ... dah tak fotogenik tapi asyik posing fotogedik je . Yang kecik ni pun tak lama lagi pun mengikut la jugak ... so sementara dia sukakan kamera ni ... ambik gambar dia banyak2 .

Thursday, March 24, 2011

it's a bird it's a plane


Sehari dua anak-anak ayik mendongak ke langit ... apa taknya kejap-kejap lalu helicopter , pastu lalu pulak aeroplanes ... then , ada pulak latihan paragliding .... Akim sampai ternganga tengok . Semua ni sempena Sambutan Hari Polis 25hb ni .

View dari koridor depan ...

Ni pulak view dari balkony belakang ...

Yang mana satu idaman kalbu ?




gambar En.Google ...idaman kalbu

Semalam menyuarakan hasrat nak upgrade camera yang sedia ada tu ke yang lebih baik ... dah dekat 4 tahun dia menjadi teman baik akak .... digendeng ke sana sini ... dan ada yang ingat camera tu hak sekolah dan suruh akak ambik gambar setiap event sekolah ... dari event yang besar hingga yang sekecik-keciknya ... akak tak kisah tapi kekadang tu terasa jugak macam dipergunakan ..... kalau sebelum ni abg misai selalunya tak setuju dengan niat akak yang satu ni , tapi kali ni dia diam je ... ada harapan ler tu . Akak explain ler ke dia yang ini hobi akak ... ambik gambar family , especially anak-anak ... dan D40x tu dah banyak berjasa dengan kami .

Rasanya akan stick dengan Nikon juga sebab dah biasa ... Kalau ikutkan hati nak ler model terkini di atas tu ... D7000 ... tapi rasanya tak tercapai dek poketku .. so pilihan kedua adalah yang dibawah ni ... D90 je .

cilok gambar En.Google lagi ... yang ni ok ke ?

Harap-harap impian kali ni menjadi kenyataan ... bukan nak beli dalam masa terdekat ni ... tunggu la sebulan dua lagi . Ada tak kawan-kawan yang penah guna D90 ni ...ok ke ? ... or ada suggestion lain ?

Monday, March 21, 2011

Sesi tayang tudung baru

Baru hari ni sempat nak snap gambar dengan tudung baru . Actually dah seminggu tudung ni sampai cuma akak sibuk dengan assignment & jiwa agak kacau last week , tak sempat akak nak buat entry tentang hadiah dari seorang kawan ni . Tudung ni adalah pemberian cha .. mama Auni sempena follower ke 200 blog dia ... Alhamdulillah kecik tapak tangan , padang kawad kami tadahkan ... kebetulannya pulak sampai beberapa hari slps birthday akak , macam hadiah birthday la jugak ni .

Snap sendiri ... anak-anak dah ke sekolah . First time pakai tudung berropol-ropol bahagian bawah ni ... I like ... sesuai dengan 2 pasang baju kurung akak . Thank you so much cha ... semoga persahabatan kekal selamanya .

Sunday, March 20, 2011

Ayah dah ok ... anak pulak demam




gambar ulang tayang

Malam yang dingin ... bermalas-malasan sambil tengok tv , sambil berblogwalking ..anak-anak semua dah lena ... abang misai ke asrama jumpa budak2 dia ... bagi peluang anak2 buah dia yang takde hp untuk contact family depa ... nampak ... betapa baiknya hubbyku itu ... selang 2 hari dia bagi depa call family guna hp dia .... nanti bil mari jangan buat2 lupa ya ... parah kalau nak bayar sorang2 .... itupun macam-macam tuduhan orang buat ... akak faham .. mereka yang diluar tu risau sangat dengan ahli keluarga mereka yang di dalam sini .... akak selalu singgah baca dlm fb PDRM tu ... wabak ini bukan dicari . Dugaan Allah .. kita tak tau dari mana puncanya . Sama ada dari sini ataupun dibawa dari luar . Kami yang di dalam ni pun sentiasa risau je selagi benda ni tak reda .

Akim demam ... tapi suhu tak tinggi sangat ... dah bagi ubat ... harap2 takle dari virus yang abang misai bawak balik ... tapi nampak dia macam biasa ... lasak macam org tak demam . Semoga kami sentiasa dalam lindungan Allah .

Esok dah kena ke sekolah semula ... tengok la dulu macam mana keadaan Akim esok ... kalau tak baik juga terpaksa la balik cepat ... akak ada 1 kelas je esok ... minta tolong abg misai jagakan kejap ... tak sampai hati nak hantar ke pengasuh ... nanti berjangkit pulak dengan anak-anak orang lain . Tak nak la ambik cuti ... kalau boleh tahun ni nak buat rekod 'tak pernah cuti' ... kalau boleh la ... kita hanya merancang .. tuhan yang menentukan .

Jom tempah jahitan manik

Entry khas kali ni akak nak kenalkan korang dengan adik sepupu akak , Nurul Mansor ... orangnya sangat kreatif ... akak pun sangat teruja dengan keja-keja menjahit maniknya .. so kepada yang berminat nak tempah jahitan manik yang sangat halus jahitannya boleh la ke blog Nurul ni .

ManikQueen

Perkhidmatan yang disediakan ialah :

Tempahan manik untuk baju kurung, kebaya, dress, baju pengantin dan kasut pengantin.Juga tempahan Gubahan Hantaran Pengantin. Bersedia menerima tempahan dari sekitar Lembah Klang dan dari seluruh Malaysia

Antara hasil kerja tangan Nurul Mansor

gambar-gambar dari blog manikqueen



Banyak lagi hasil kerja Nurul boleh anda lihat di blog Manikqueen

Sukanya dia


Senyum ..tak perlu kata apa-apa
senyum

Amboi-amboi mak .. senyum sampai ke telinga ... mana taknya akhirnya doktor benarkan abang misai balik rumah pagi ni setelah 8 hari di kuarantin di sick bay . Tapi yang tak bestnya , baby Hakim pulak yang suam - suam kuku . Jangan la demam adik .. risau mak . Kalau adik demam takkan nak kuarantin di asrama jugak .

Pagi ni akak buat operasi mengemas ... basuh semua kain baju yang menimbun dalam besen . Baju abang misai kena basuh asing sebab takut ada virus tumpang balik rumah . Godek sampah & habuk bawah katil , lap habuk sana sini ... rumah ni memang kaya habuk sebab ada construction kiri kanan , depan belakang .. pastu tukar cadar ... masak ... penat dah ... pasni mak rehat kejap .

Saturday, March 19, 2011

Kak Limah oi ... tolong la bagi my baby face balik rumah .

Bila la adik angkat kak Limah tu nak balik bermalam di rumah ... dah seminggu dia dok bermalam di rumah kak Limah sana . Kak Limah tak bagi dia balik ... dok ajak main njet-njet semut tiap-tiap malam ... dak pun dok ajak pi teman dia meronda kampung pisang .

Harap-harap esok Kak Limah bagi la adik dia balik rumah .... dah rindu benar la dengan baby face I tu .... kalau tok som tau ni sure kena sedas ... gatai ! .

Cuti sekolah dah sampai ke penghujung . Walaupun cuti kali ni memang la amat membosankan tapi kami redha ... ini baru dugaan kecil buat kami . Lusa dah nak ke sekolah balik ... nak masuk zone busy semula . To be continue la episod sibuk cikgu Yanti . Takpe .. dah rehat seminggu ni dah cukup kumpul tenaga semula ... nak fokus ke anak-anak orang pulak ... risau benar dengan budak2 tahun 6 this year ... banyak nak kena buat untuk jadikan depa macam batch tahun lepas ... kekadang tu akak makan hati berulam jantung dengan sikap depa tu tapi akak tak akan putus asa hingga ke akhir garisan . Tah ler boleh tak depa kekalkan pretasi tahun lepas ? Harap2 sangat diaorang berubah ... bukan tunggu di saat2 akhir .

Sementara ada baki lagi sehari cuti esok ... rasanya nak ajak abg misai bawak kami keluar jalan-jalan la ... itupun kalau Kak Limah bagi green light dia balik rumah .

Bebanan berkurang ... tension pun hilang

Alhamdulillah , kesemua assignment dah siap dan hari akan dihantar ke lecturer ... lega sangat ... rasa ringan sikit kepala ni ... tapi ada satu lagi bebanan menanti .... nak kena study for the coming exam ... start 6 April .... apapun nak rehatkan otak kejap . Dah bermingu-minggu stress dengan segala macam dugaan .

Harap-harap abang misai dapat balik rumah hari ni . Dah 8 hari dia di sick bay ... semalam hari terakhir dia ambik antibiotik . Jumlah yang dikuarantin pun dah makin berkurang , harap2 keadaan akan kembali seperti biasa dalam masa terdekat . Doa kami sentiasa mengiringi mereka-mereka yang masih di ICU dan di wad .

Hari ni juga la nak mula operasi mengemas yang asyik terbantut sebab menyiapkan assignment . Plan mengecat rumah tergendala ... tak jadi la kali ni ... next time maybe .

Friday, March 18, 2011

Kenapa blog kami takde iklan ?


seperti biasa ..gambar pinjam Mr.Google .

Kenapa blog " kami in the house " takde iklan ? Jawapannya :

1. Blog kami tak semegah mana .... visitor pun berapa kerat je . Rasanya tak perlu lah nak mengharapkan duit iklan yang sejemput tu . Walaupun kata orang , sikit-sikit lama-lama jadi bukit tapi kami tetap dengan niat asal berblogging ni .

2. Niat asal akak wujudkan blog ni ... sebagai journal .. diari kami ...untuk kenangan di kemudian hari . Crite pun banyak berkisar tentang kami saja . Memang tak penah ada niat nak popular dengan berblogging pun . Tetamu datang kami alu-alukan ... yang silent readers tu teringin jugak akak nak kenal korang ... sesekali tu tinggal la jejak korang di chat room kami . Maaf sesangat kalau kami tak sempat nak buat lawatan balas ke blog korang .

3. Niat kedua ... nak cari kawan ... kawan di alam cyber ... sebab akak ni bukan ada masa nak duduk berlonggok depan koridor bergossip dengan jiran-jiran ... balik keja , masa hanya untuk family je . Lagipun bila balik je badan dah penat , sambil layan anak-anak , sambil layan tv , sambil blogwalking ... itupun kalau sempat ... hari minggu pun masa banyak dihabiskan dengan melepak depan pc .. lepak dengan abg misai dan anak-anak .

4. Akak rasa akak tak perlu lah side earning daripada iklan2 di blog ni. Cukup dengan apa yang kami ada .

Lain orang lain pendapat .. rambut sama hitam , hati lain-lain .. niat tak sama . Apapun akak tabik spring la buat kengkawan yang beroleh side income dari berblogging ni . Korang memang hebat .

Kawan ada makna

gambar pinjam En.Google

Rehat kejap ... assignment hampir siap . Alhamdulillah idea datang mencurah2 di saat akhir . Dalam mood tengah elok ni , ada pulak kawan yang 'suam-suam kuku ' asyik dok call . Malas akak nak angkat ... akak tau ... dia call akak sebab ada makna ... time struggle with the assignment ni la , dia akan ingat kita . Kalau nak minta tolong , baru nak call ... kalau tak , kenal kita pun tak . Banyak dah akak jumpa orang yang macam ni dan terus terang akak tak senang berkawan dengan ' kawan yang ada makna ni '.

Akak pun bukannya pandai pun .. masih merangkak-rangkak lagi student tua ni ... jenuh perah otak nak siapkan assignment . Buat la sendiri ... tak faham , tanya la lecturer ... akak hanya tolong setakat yang termampu ... tapi kalau semua benda nak ditolong , bila masa keja akak nak siap ... bagi akak , kalau kita usaha , insyaallah ada la imbuhannya nanti , jangan asyik nak harapkan bantuan orang je . Akak ni memang suka tolong kawan , dan akak sudah buat silap dengan menolong kawan sorang ni ... sekali akak tolong , dia nak ditolong berkali - kali .

Akak suka tolong kawan yang suka tolong menolong .... maksud akak ada give and take ... dia tolong akak , akak tolong dia ... kami share bahan ... share idea ... itu baru la kawan yang betul dan Alhamdulillah akak ada ramai jugak kawan yang suka menolong dan akak akan terus menolong sesama kawan yang macam ni . Terima kasih atas segala bantuan kawan-kawan akak selama ni ... Aisyah , Mahani , Tuan Rahimah , Nafwal , Aman , Aziedah & gang kelas 1.2 .

* apapun berkawan biarlah ikhlas .

Thursday, March 17, 2011

Keluar ambik angin

Kami keluar rumah jugak semalam .... kami dah pun dijangkiti virus di dalam rumah ni ... virus apa ? .... virus bosan ... bosan tahap gaban , so semalam akak bawak anak-anak ke TT , itu pun pegi dah pukul 11 ... orang pun dah takde ... kesian budak2 ni berpeluh main dalam panas ...nak buat macam mana , kalau pegi awal sure ramai orang .

Kak Una dan Nisa tak ikut , anak dara 2 orang tu memang dah malas nak ikut kami keluar ... kalau setakat nak berpanas macam ni , baik depa duduk rumah ngadap crite Korea .

Nak ambik gambar pun diaorang tak berapa nak bagi kerjasama sebab semua dah kepanasan .


Tapi budak sorang ni , dia tak kira , panas ke , hujan ke ... sejuk ke ... main tetap main .

Wednesday, March 16, 2011

Budak di sebalik baju


Aippppp ... buat apa tu ? Sejak ayah takde kat rumah ni , mak la jadi mangsa merap si Hakim ... selalunya ayah yang rajin layan dia malam - malam ... sejak 4 hari lepas , mak la jadi tempat dia bermanja siang malam ... mak nak buat keja di pc pun susah ... adik kena faham la , mak nak siapkan assignment ... jangan asyik nak bergayut je ... asal mak mula tekan keyboard je , adik pun datang la dengan muka seposen ... " tek " ..tek " ... panjat kerusi siap landing atas riba .

Alhamdulillah masih mampu bagi supply susu cap gantung buat Akim ... dia dah setahun 4 bulan ... walaupun sebelah je tapi akak puas hati dapat susukan dia . Nak lawan rekod nisa dulu , 18 months ... yang lain tu kejap je susu dah kering . " Susu ibu tetap yang terbaik " betul tak Hakim ?

Lagi 3 hari ... penantian satu penyiksaan

Crite hari ni lebih kurang sama dengan crite semalam . Abang misai masih lagi di sick bay ( zon hijau ) ... walaupun pada zahirnya dia dah sihat walafiat , tapi doktor tak benarkan dia balik ... kena tunggu lagi 3 hari ... habis la cuti seminggu kami . Cuti yang paling membosankan . Mungkin ada rahmat di sebalik semua yang berlaku .. kalau abang misai tak dikuarantin , kalau abang misai balik rumah , mungkin kami akan berjangkit sama ... virus adenovirus ni bukan boleh dibuat main-main ... boleh bawa maut ... so memang patut pun abang misai tinggal di sick bay buat sementara waktu .

Hari ni akak berjaya siapkan assignment PK ... tinggal 1 je lagi , BI ... nak kena pulun siapkan dalam 2 hari ni coz Sabtu dah nak kena submit ke lecturer . Sehari dua ni baru la rasa otak ni berfungsi , kalau tak sebelum ni rasa blank je ... tak de idea langsung apa nak buat . Selalunya bila abang misai takde , mood pun akan dibawa pergi juga ... buat apa pun serba tak kena .

Akim dah pandai panggil ayah dengan jelasnya ... sure ayah sebab dengar suara Akim setiap kali kami call him . Dah berapa hari ayah tak bawak anak-anak ronda naik motor . Seharian dengan anak-anak , kesabaran akak pun kekadang langgar border ... kena juga budak2 ni bila dah ditegur tapi masih degil . Korang jangan la buat mak marah ... mak tau la kita semua boring duduk rumah , sampai tak tau dah nak buat apa ?

Tuesday, March 15, 2011

Dekat tapi jauh = Jiwa kacau


Jiwa kacau ... tak tau ler nak cakap macam mana ... tapi don't worry , akak tak lepaskan pada anak-anak . Diaorang tak salah apa-apa pun . Rindu sangat dengan orang itu . Dia sangat dekat dengan kami , tapi terasa sgt jauh sebab tak boleh balik rumah ... tak boleh nak jumpa ... hanya boleh call je .

Hari ni dah 3 hari abg misai dikuarantin , kalau dua hari lepas dia di zon merah , hari ni dah masuk zon hijau ... zon tak kritikal ... tapi dengarnya mungkin kena tahan di zon hijau selama 8 hari , baru boleh balik rumah .... ni yang buat akak lagi sebak , mau gila dibuatnya . Boring dah sampai tahap gaban dah ni ... duduk terperap di rumah ... layan tv , layan tenet ... makan , tido ... balik-balik itu je yang kami buat . Nak keluar boleh , cuma malas nak layan anak-anak sorang-sorang di tempat awam . Malas nak drive ... malas segala galanya bila dia takde ... mood dah hilang .

Bekal untuk ayah

Big Bos masih dikuarantin di sick bay .... anak-anak dah mula rindu ayah ... si emak jangan cakap la . Kami pun boring sebab tak ke mana-mana ... duduk terperap je dalam sangkar burung merpati ni ... mau mati kutu dibuatnya . Keja kami makan tido , makan tido ... pakat membela badan ... budak-budak ni melayan tv 24 jam ... yang si kakak , asyik - asyik crite korea ... nak termuntah mak . Yang adik2 pulak , dok ulang tayang hantu mak limah ... entah ke berapa kali tah .



Anak-anak rajin menolong gulung kulit popia untuk buat kerepek ... untuk dikunyah sesi petang . Habis satu bungkus ... makan sekali hadap je ... rakyat kebuluran kena tahanan di rumah .

Buat kerepek gulung versi pedas ... Hakim pun melantak sekali ... pastu mak meneruskan operasi memasak untuk sesi malam pulak . Spaghetti Bolognese ... habis satu packet tu ... licin kuali .

Tak lupa bekal untuk ayah ... spaghetti untuk dua orang makan .. ayah dan teman sebilik dia ... dan satu bekas kerepak juga kami bekalkan untuk ayah buat konyeh-konyeh waktu malam . Ayah sms , " baru habis makan , kawan kata sedap , TQ " ... kawan je kata sedap ? ... abang tak kata ? ... mak tau ayah memang suka makan spaghetti yang mak masak . Kalau kat rumah sure ayah makan bertambah .

Harap sangat ayah dapat balik rumah ... 2 hari tanpa ayah memang takde mood mak dibuatnya ... dekat tapi jauh . Miss U

Sunday, March 13, 2011

Dia dah dikaurantin

Apa yang ditakutkan telah menjadi kenyataan ... bos dah dikuarantin ... pagi tadi balik akak pegang dahi dia , memang terasa suam .... dia pegi check , memang demam skit ... tapi tak serius la ... hopefully dia cepat pulih dan dapat balik rumah . Buat masa ni dia kena duduk di sick bay kejap ... jangan la lama pulak di sana . Susah la dia takde ... dah ler boring tak boleh pi mana - mana ... + semua benda nak kena buat sendiri .

Akak dah ok ... tadi memang rasa macam nak demam ... mungkin sebab mood tak elok kot semalam . Anak-anak dah mula boring ni .. selalunya kalau tak balik kampung , kami akan outing , jalan-jalan ronda KL . Tapi kali ni terpaksa pasrah dengan dugaan yang menimpa .

Doakan kami ya .

Risau bertambah risau


Badan rasa tak sihat ni , kepala rasa suam ... badan rasa sakit2 ..... jangan la .... mintak dijauhkan ... mungkin sebab menangis semalaman kot . Terasa hati sangat dengan dia . Dia tersangat la busy + stress sampai dah tertinggi suara pada akak ... dan akak ni pulak sangat sensitif , terus emo sepanjang malam ... off hp terus .

Subuh on hp ... ada message masuk ... dia minta maaf .... hati sejuk balik ... akak bukan tak faham keadaan dia cuma bagi akak walau sesibuk mana , walau se-tension mana pun , seorang isteri tak patut dilayan macam tu . Akak hanya call nak wish him good night tapi lain pulak yang akak dapat .... Pagi ni dia balik ... minta maaf lagi . Akak tak marahkan dia .. cuma tersentak sikit . Semalam dia pun tak tido , duty 24 jam ... so akak bagi dia privacy tido pagi ni . Rasa badan dia macam suam je .... suruh dia pegi check dulu . Takut sangat , jangan la dia terjangkit sama . Ya Allah , peliharalah keluarga kami .... jauhi la dari segala yang tak diingini . Juga doa untuk semua yang di sini .

Saturday, March 12, 2011

Tukar Plan

Gambar takde kaitan dengan cerita ... muka orang frust tak dapat balik

Ala tak best la macam ni ... dari minggu lepas lagi dah seronok sebab nak balik kampung , nak balik tengok mak , nak balik tengok rumah , nak menebas rumput lalang yang dah setinggi pinggang tu .... entah-entah dah jadi mini zoo pun . Tapi plan dah jadi lain la pulak ... bos dah bagi arahan berbunyi " ok muktamad ... kita tak balik kali ni ! .... takut nanti bawak balik virus ke kampung " ..... waaaaaaaaaaaaa rasa nak nangis bila bos cakap macam tu . Memang la kami semua sihat tapi dia takut kami ni jadi pembawa .

Dah call mak semalam ... dia pun faham ... dia tak kisah . Lain kali la kami balik .... tapi tak boleh kata jugak .... entah2 esok lusa plan berubah lagi . Sure boring giler seminggu duduk sini tak buat apa . Bos pulak hari2 sibuk di tempat keja . Lewat malam baru balik . Bila balik dia dah penat sangat ....zzzzzzzzzzzzzzzz ... nak duduk bersembang pun tak sempat .
So ... apa nak buat ya seminggu ni ... nak keluar , tak digalakkan sangat . Yang pasti akak nak siapkan assignment .... ni la kalau jadi student tua ... asyik tak siap-siap dari dulu lagi . Time sekolah .... memang tak dan nak buat ... balik dah penat sangat . So cuti ni la kesempatan nak siapkan semuanya .

selingan lagi

Cuti ni juga kesempatan bagi akak untuk clearkan tongkang pecah @ rumah kami . Cadang nak cat semula la dinding ... dah bertahun tak bersalin kulit , dah dekat 4/5 tahun rasanya .... warna apa ya yang sesuai ? Akak suka putih je tapi senang kotor la pulak nanti dengan bala tentera yang ada kat rumah ni . Tengok la nanti , nak tanya pendapat bos dulu .

Ok chow dulu ... keja tak menjadi kalau asyik lepak depan pc ni.

Thursday, March 10, 2011

Risau


Salam buat semua pengunjung ' kami in the house ' . Apa khabar semua ? Kami di sini alhamdulillah semua sihat2 belaka walaupun keadaan di sini tak berapa nak sihat . Semoga kami sekeluarga dalam lindungan Allah dan dijauhkan dari perkara2 yang tak diingini . Akak risau sangat dengan abang misai .... dia sangat terdedah dengan virus tu ... So far dia takde la lagi tunjukkan symtom2 tak sihat . Balik rumah dia akan mandi dulu sebelum pegang anak-anak . Kalau dia terdedah , maka akak dan anak-anak pun sama la berisiko . Doakan la kami semua di sini tak terlibat sama ... dan kami pun berdoa agar keadaan di sini akan cepat pulih seperti sediakala .

buat yang masih tertanya - tanya apa yang terjadi di tempat kami ... click ler sini

Akak lega sikit sebab tutorial sabtu ni ditunda ke Sabtu depan ... maknya ada lagi satu minggu untuk siapkan assignment . Boleh siapkan dalam cuti sekolah ... badan tak penat , jiwa tenang dan kepala tak serabut dengan macam-macam benda . Tinggal sikit je lagi . Tak sabar nak balik kampung Ahad ni tapi yang tak bestnya abang misai tak dapat bercuti dengan kami . Keadaan memang tak mengizinkan dia apply cuti pun . Takpe kami faham ... dah tugas nak buat macam mana .

Tuesday, March 8, 2011

Bila nak habis ni ?

Letihnyaaaaaaaaaaaaaaaa ...

Tersangat la penat ...
minda penat .. badan penat ..
kaki saki ... lutut pun sakit
keja banyak ... boleh jadi stress dibuatnya
assignment tak siap lagi
semuanya nak didahulukan
mula je nak menaip ... keja lain pulak nak kena buat
macam2 duty datang bertindih
semuanya nak dalam masa yang sama
last-last semua tak siap

dah tak tau nak tulis apa ...
penat

Sunday, March 6, 2011

Advance Birthday Celebration

Setelah plan ke BB Bangi di-cancel semalam sebab jalan jam giler , hari ni kami ke sana semula . Pegi untuk tujuan lain sebenarnya tapi lain pula yang menanti .... supriseeeeee ... Hari ni adik-adik & anak sedara menceriakan hari akak yang agak stress lately dengan advance birthday celebration . Thanks to them .... especially Ina , Pidah , Iman & the kids ... siap ada nyanyi lagu ' Happy Birthday ' lagi ... rasa macam kembali ke zaman budak2 cuma time budak-budak dulu maklong tak merasa semua ni .

Kek yang sedap ...ditambah pula dengan nasi arab yang cukup menyelerakan ... semua pakat makan bertambah ... termasuk la maklong yang dah sedia tembam ni .... memang terasa berat badan ni dah naik ... bila la nak mula diet ni . Niat ada ...cuma asyik tinggal niat je la ... walaupun agak stress sejak dua menjak ni tapi selera makin pulak makin menjadi - jadi ... lagi tension lagi lalu makan .

Abang misai belum tegur lagi ni .... tunggu masa je la tu . Tapi dia pun dah makin menboncit ... badan slim tapi perut ... kalah akak . Kira adil la tu . Sebut pasal abang misai ni ... rasa rindu pulak dengan baby tua tu ... sejak rekrut baru masuk , dia sangat busy ... jarang ada kat rumah ... nak duduk bersembang dengan dia pun dah susah ... balik keja ..sama-sama penat ... akak awal lagi dah pengsan zzzzzzzz .... cuti sekolah nanti , kami je balik kampung , abang misai stay sorang2 di KL .... tak best la macam ni .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails