Friday, March 18, 2011

Kawan ada makna

gambar pinjam En.Google

Rehat kejap ... assignment hampir siap . Alhamdulillah idea datang mencurah2 di saat akhir . Dalam mood tengah elok ni , ada pulak kawan yang 'suam-suam kuku ' asyik dok call . Malas akak nak angkat ... akak tau ... dia call akak sebab ada makna ... time struggle with the assignment ni la , dia akan ingat kita . Kalau nak minta tolong , baru nak call ... kalau tak , kenal kita pun tak . Banyak dah akak jumpa orang yang macam ni dan terus terang akak tak senang berkawan dengan ' kawan yang ada makna ni '.

Akak pun bukannya pandai pun .. masih merangkak-rangkak lagi student tua ni ... jenuh perah otak nak siapkan assignment . Buat la sendiri ... tak faham , tanya la lecturer ... akak hanya tolong setakat yang termampu ... tapi kalau semua benda nak ditolong , bila masa keja akak nak siap ... bagi akak , kalau kita usaha , insyaallah ada la imbuhannya nanti , jangan asyik nak harapkan bantuan orang je . Akak ni memang suka tolong kawan , dan akak sudah buat silap dengan menolong kawan sorang ni ... sekali akak tolong , dia nak ditolong berkali - kali .

Akak suka tolong kawan yang suka tolong menolong .... maksud akak ada give and take ... dia tolong akak , akak tolong dia ... kami share bahan ... share idea ... itu baru la kawan yang betul dan Alhamdulillah akak ada ramai jugak kawan yang suka menolong dan akak akan terus menolong sesama kawan yang macam ni . Terima kasih atas segala bantuan kawan-kawan akak selama ni ... Aisyah , Mahani , Tuan Rahimah , Nafwal , Aman , Aziedah & gang kelas 1.2 .

* apapun berkawan biarlah ikhlas .

2 comments:

jay said...

Sabor jer la cik kak... aku pun ada kawan yg jenis gitu kat sini.. huk huk! Dia yg sambung ngaji, aku yg kena wat assighment dia! Bila aku 'letak jawatn', dia 'paksa' member ku yg lain plak buat.. Haduh! Satu skolah penuh mural aku wat, JPN mai tengok, dia yg dpt NAMA.. huhu

yantisa said...

memang ada manusia macam ni kat mana-mana pun . Ambik kesempatan atas kebaikan kawan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails