
Macam duduk dekat ranch la pulak ... tiap kali cuti sekolah , aktiviti berkuda wajib ada ... selagi tak bawak pi , selagi tu la depa dok tanya ... bukan yang besar-besar tapi yang gang yang tak cukup umur ni . Mak depa pulak malas nak bawak pi ... malas nak berpanas tapi dek kerana anak , mak gagahkan jugak bawak Meen , Haikal & Akim ke tempat biasa ... nasib baik la TT hanya sekangkang kera dari rumah .

Sorang 2 round ... RM1.00 satu round . Kalau nak lebih bayor sendiri la nak oi .

Panas-panas pun masih boleh senyum ... suka hati la tu dapat naik kuda . Nanti kita suruh ayah beli kuda sorang sekor dalam mimpi .

Then, kami naik keta kuda pulak 2 round ... Tiket untuk kanak-kanak 50 sen & dewasa RM1 untuk satu round . Kira murah la tu .

Posing sebelum balik . Tak kuasa mak nak tunggu lama-lama .. panasssss

Aksi melompat yang tak berapa nak menjadi .
No comments:
Post a Comment