Sejak ada gadget baru ni , mood menembak dah berkobar-kobar , malangnya takde masa nak terjah ke TT untuk menembak . Balik sekolah masa dipenuhkan dengan aktiviti kegemaran iaitu membuat taik mata + menambah kemontelan badan . Anak-anak pun lately well behave jugak la .. cuma yang memeningkan kepala akak ialah nak handle tuan puteri intan payung yang sorang tu .Bukan tuan puteri yang berposing dalam entry kali ni tapi tuan puteri yg lagi satu .
Entah la , kadang-kadang akak jadi buntu , macam mana lagi nak layan anak-anak yang tak faham dan susah nak difahamkan kenapa kita buat itu dan ini untuk diaorang ... marah sikit , dikatanya tak sayang , tegur sikit , mula tarik muka dan menjawab . Pening-pening .
Anak dara di atas ni adalah salah sorang yg jarang buat hal . Apa-apapun semua anak tetap kami sayang sama saja tak kira la yang suka buat hal ke or yang well behave . Sebabnya akak dulu pun termasuk dalam kategori anak yg suka buat tok som pening kepala ... so sekarang rasa la balik apa yg penah akak buat pada mak akak dulu . Tapi akak percaya dan selalu think positive yg anak-anak ni akan jadi manusia jugak one day kerana teguran2 kami .
Akak sangat salute dengan abang misai , dalam mendidik anak2 , dia sangat jaga bab solat kami ... dan dia lah jugak yg ambik berat tentang cara berpakaian akak & anak2 ... bini dia ni selalu jugak derhaka tak ikut cakap dia dalam bab2 dressing ni . Kalau boleh dia nak akak dressing macam 'ustazah' tapi jiwa akak ni tetap seorang 'teacher' ..dan korang tentu faham kan 'teacher' ni selalunya over sikit dari 'cikgu' or ustazah . Insyaallah one day akak akan ikut jugak spesifikasi tatacara berpakaian yg ditetapkan oleh tuan pengarah kat rumah ni .
* melalut pulak cerita kali ni , kona sana kona sini ... tadi kata takde idea .

4 comments:
hahaha teacher tapi dressing macam ustazah, nanti kita bayangkan sekejap. ok juga tu, belum pernah jmpa lagi :D
haha cik abg misai tu nk yg terbaik buat family dia...dgr cakap, so ank2 pon insyaAllah akan ikut apa kita buat..sikit2 inprove our self...emm, npk cm aku ni bagus sgt...
cha .. kalau tengok di fb akak memang ada gambar masa akak transform jadi ustazah sekejap. Tapi tak tahan lama sebab jiwa akak sangat memberontak .Then, balik dressing spt teacher semula.
PCL ..semua mak ayah nak yg terbaik . Didik anak ni satu tanggungjawab yg sgt mencabar tambah2 tinggal di KL ni.
Post a Comment