Friday, August 26, 2011

Kad Raya dari teman tapi mesra

Baru terperasan ada kad raya khas dari Cha . Sorry akak tak sempat nak reply . Nanti kami balas lepas akak balik dari sabah .. sila emailkan alamat untuk akak poskan ole-ole dari Sabah nanti . terima kasih cha atas ingatan .

Mood Raya di sekolah

Sempat buat photoshoot raya selepas Majlis Khatam Quran semalam di sekolah .

Gang hijau


Nisha dan kengkawan

Tuesday, August 23, 2011

Header baru dalam mood raya . Mekasih adik Ann

Thanks to adik bongsu akak , Norehan or nama glemernya Nomi Hashim ... Hashim tu nama atuk kami . Dia buatkan kad raya untuk kami ... then , akak guna design yang sama untuk header blog kami ... mood raya .. blog pun nak beraya jugak . Nanti dah abis mood raya ni kami tukar header lain pulak .

Raya kali ni semua anak-anak tok som akan balik beraya di kampung .. so raya kali ni lebih meriah , cuma yang tak bestnya my abang misai takde bersama kami di pagi raya ... nanti takde la abang misai dalam gambar raya keluarga tok som . Bukan senang nak kumpulkan semua di pagi raya .

Seminggu selepas raya adik Ann akan berangkat ke Unimas . Jauh peginya kali ni ... dulu dia buat Diploma Media Digital (Seni Digital) di Politeknik . Doa kak ti adik berjaya dunia dan akhirat . Walaupun kita bakal jauh nanti , still boleh dekat di hati ... fb kan ada . Jemput la jenguk ke blog adik Ann@Nomi ni .

Monday, August 22, 2011

Mengayam tikar lebih baik dari mengayam ' ketupat '

Finally anyaman akak yang akak buat siap jugak . Terasa la juga bila ada yang tegur " tak habis lagi mengayam akak "... dengarnya macam nada perli je ... takpe lah .. I love doing this . Contoh-contoh anyaman ni akak akan masukkan ke dalam folio PSV di sekolah . Ada 6 folio semuanya dan 3 daripadanya dah hampir penuh dengan contoh - contoh hasilan murid & guru bagi empat bidang PSV iaitu menggambar , membuat rekaan &corak , membentuk & membuat binaan dan kraf tradisional . Cikgu-cikgu boleh guna contoh2 ni as their teaching aids .

Akak harap sangat sekolah dapat adakan satu bilik untuk PSV .. sekolah sebelah tu ada .. kami ni menumpang , susah nak dapat bilik2 khas ni . Kalau ada bilik PSV akak nak pamerkan hasil2 keja murid ni ... papan kenyataan PSV pun dah penuh dengan hasil keja murid .. karya yang berbentuk 3D tak dapat akak nak simpan banyak2 sebab takde tempat .

Yang ni pun akak buat jugak . Nanti free nak buat design lain pulak . Buat masa ni busy skit dengan murid2 Tahun 6 & marking exam papers .

Kelarai buga tanjung ni kawan akak yang buat ... thanks Cikgu Hasma .

Saturday, August 20, 2011

Tak habis - habis dengan shopping

Pagi tadi keluar shopping lagi sekali , tapi a few things je ... banyak benda yang tak berkenan di hati ... tengoklah esok , rasanya nak keluar lagi .. ada a few more yang belum lengkap . Tadi belikan kasut untuk hero berdua tu .. sandals je . Susah la kalau pakai kasut sarung ... susah nak pakai & panas pun sama . Rasanya tak sesuai untuk depa yang lasak tu .

Salah satu menu kami petang ni ... ikan kembung kukus cicah dengan air asam .



Pening dengan perangai depa


Anak dara sorang ni rajin sikit compared to the other two . Gigih pujuk mak ajar dia buat kad raya untuk join pertandingan kad raya . Tiap-tiap tahun dia masuk dan tiap2 tahun dapat hadiah ... mak dia takde mood , just bagi idea dan arah buat itu ini je . Kali ni banyak tampal , tak kuasa nak mengayam ketupat tepek di kad macam tahun lepas .

Yang lagi dua tu asyik bagi mak depa naik angin je .. yang sorang asyik mengadap drama & lagu korea je ... nak termuntah mak menengoknya . Yang debab tu pulak , asyik nak berbaring ngadap tv je ...upsr dah dekat ..dah berbiuh mulut dok berleter suruh ulangkaji tapi dia tetap malas ... badan dah makin gedebab walaupun di bulan puasa .. sikit hari lagi dia akan jadi yang terberat dalam family kami . Hai anak bertuah , mak dah tak tau nak cakap apa lagi .

Friday, August 19, 2011

Mood raya dibawa pergi ...


Kurang sikit mood nak raya kali ni bila abang misai bagi tau dia tak dapat balik beraya di kampung dengan kami .... kami akan balik dengan maklang Pidah ( adik akak ) . Abang misai hanya akan balik selepas pukul 12tgh hari raya pertama , entah pukul berapa dia akan sampai ke kampung dan pukul berapa pulak kami akan bergerak ke rumah MIL ....dan cuti dia pun tak lama ... mungkin raya ke 3 dah kena balik ke KL semula .Nak buat macam mana kena redha je la .... dah tugas dia . Sejak kami kawin , ni la 1st time dia tak dapat bersama kami di pagi Syawal , so akak tak boleh la nak merungut bagai sebab ada lagi orang yang lebih tak bernasib baik dari kami .

Dek kerana sebab ni jugak la kami nyaris-nyaris bertikam lidah ... alhamdulillah akak dapat control diri ... so akak pun beralah dan ikut je plan abang misai untuk raya kali ni . Bagi akak " kadang2 mengalah tu bukannya bererti kita kalah " tapi kita tetap menang di satu sudut yang lain .. walaupun hati sedikit terluka .

Dah lebih seminggu akak cuti puasa ni ... rasanya akan melarat ke 10 @ 11 days ... jenuh la nak ganti nanti ...Cik P lama sungguh bertandang kali ni setelah sebulan tak tunjukkan diri . Bila dah dapat cuti ni , idak pulak orang itu suruh masak itu dan ini ... dia pulak yang malas nak pi beli barang2 basah untuk akak masak ... asyik tapau di PARAM je . Makin bersenang-lenang la bini awak ni buat taik mata lepas balik sekolah . Memang tahap mengantuk lebih sikit di bulan puasa ni . Bangun awal nak masak untuk sahur ... semua nak makan yang panas2... dah siap cuma kejutkan depa je termasuk la baby tua tu . Walaupun tak puasa akak tetap kena bangun awal ....tu yang qada balik tido selepas balik sekolah ... kalau tak akak boleh jadi mereng .

ok .. stop sini dulu .. nak pegi membasuh kain baju yang dah penuh dalam besen tu.


Thursday, August 18, 2011

Ubat mengantuk


Mood berblogging tak menentu ... kadang rasa bersemangat , kadang dikuasai penyakit M . Minggu ni ada ujian di sekolah ... so rehat la sikit dari bercakap banyak ...tapi mengantuk sungguh ... kalau duduk dalam kelas tak buat apa2 maunya boleh terlelap . Nak menanda buku pun , tak sampai 3 buah pandangan dah kabur .. apa yang akak buat untuk hilangkan mengantuk ni ? akak melukis dan mengayam tikar untuk buat BBM Pend.Seni ... sempat siapkan anyaman kelarai bunga durian & kelarai kepala lalat . Mula2 mengayam tu rasa nak termuntah sebab nak kena mengira dan akak buat silap a few times , tapi bila nampak motifnya , hati rasa puas . Tak dapat nak tunjuk gambar sbb akak tak bawak kamera ke sekolah . Nanti kalau rajin akak snap gambar ayaman tu.



Ini antara hasil yang budak2 buat untuk ujian PSV Isnin lepas ... sayangnya kami takde bilik seni dan kelas kami juga berkongsi dengan sekolah lagi satu ... kalau buat hiasan dalam kelas , maunya esok hilang or pecah .

Tuesday, August 16, 2011

Ada jugak orang macam ni ...

gambar pinjam dari En.Google


Petang semalam dapat satu msg di fb akak .. orang tu wrote like this "belagak ang sek *** ***** satu umur ngan aku pun ang tak accept aku jadi rakan .. pi la mampus .. macam ang ingat kerja kerajaan ang hebat .. pi mampus ".

Terkejut akak ... tak pernah - pernah akak terima msg macam ni . Apa salah akak pada dia ? Salahkah akak ignore orang yang akak tak kenal . Akak ni bukannya memilih sangat dalam berkawan cuma kena la berhati-hati . Takkan semua orang kita main terima je as friends . Kekadang tu timbul jugak rasa curiga towards certain people . Kenapa dia nak add aku ?

Akak kekadang tak accept request diorang atas sebab-sebab berikut :

* tak kenal langsung or tak berapa nak kenal
* guna nick name yang meragukan ...
* ada kepentingan lain add akak ... contohnya ..just nak tengok gambar je.
Ada yang tetap nak jadi friend & send msg kenalkan diri ... dan selalunya akak accept .

Ada friends yang akak add pada awalnya tapi terpaksa remove atas sebab2 :

1) tapi tak penah pun bertegur sapa .
2) suka komen yang tak membina pada gambar yg akak upload ...ni selalunya budak2 sek yg buat ... ada yang suka kutuk mengutuk kengkawan lain ... akak cukup pantang .. orang macam ni akak akan terus remove je .
3) mereka yang tak aktif di fb
4) students akak yang selalu tak siapkan keja sekolah ..asyik berfb je ..yang ni akak dah warning dalam kelas . " Sapa yang malas ... cikgu remove korang dari fb ". Diaorang takut jugak dgn ugutan tu sebab nanti tak dapat tengok gambar2 yang cikgu Yanti upload .
5) annoying people .... ada tapi jarang2 sekali jumpa .

Apapun dalam dunia cyber ni , kita kena berhati-hati dalam berkawan . Bagi akak la .. kalau orang tak nak accept request kita , biar je la ... takde hal punya . Banyak lagi orang lain yang kita boleh buat kawan . Kita takde hak nak maki orang tu .

* terfikir juga nak privatekan blog ni macam dulu .

Monday, August 15, 2011

Cerita selepas exam ... masa untuk release tension .


Entry rojak untuk hari ni . macam-macam cerita ada .

Alhamdulillah penyiksaan untuk semester ni dah berakhir . Semalam dah abih exam . Rasa ringan sikit kepala ni . Rasa bebas ..... boleh la jugak menjawab semalam . Harap lulus la subjek tu . Kalau tak baca memang sure tak boleh jawab ... dalam dok baca pun susah nak menggoreng .

Sekarang masa untuk study for raya pulak . Apa lagi yang tak beli ya ? Esok bonus masuk ... boleh le menyopping lagi ... kena pegi minggu ni jugak , nanti kalau puasa , penat & haus ... kalau puasa kena hati-hati , nafsu membeli tu lebih sikit dari biasa .

Shopping shopping jugak .. kena berjimat cermat pun sama ... raya ni plan nak buat open house di kampung macam selalu ... tong-tong sorang sikit dengan adik - adik . Kali ni nak buat besar sikit dari dulu , nak jemput kawan-kawan sekolah menengah . Tak sure lagi nak buat di rumah kami or rumah tok som , rasanya lebih ke rumah tok som kot ... boleh jemput jiran2 terdekat & kulaan . Kalau di rumah taman rasanya tak sesuai kot sebab kami tak sempat lagi nak berkenal - kenalan dengan semua jiran2 kat tu ... nak buat besar2an tak mampu ... kalau ada yang tak dijemput nanti , apa pulak kata diaorang . Lagipun barang-barang dapur di rumah baru masih serba tak lengkap .

Lepas raya akak & Nurul akan ke KK for 3 days .... terima kasih mak lang ( my sister Pdah ) belanja kami jalan-jalan . Nak pi makan angin pun nak kena menabung jugak . Kesian abang misai kena mengasuh . Takpe , nanti lain kali kita pi satu family ye .... entah bila tahun la gamaknya ? family kita ni , makan angin naik keta je yang kita mampu . Ukur baju di badan sendiri . Selalu nasihatkan anak-anak , belajar pandai-pandai , nanti dapat keja yg bagus , boleh naik flight , nak pi mana pun boleh .

Minggu ni di sekolah ada ujian formatif , ada la masa sikit nak habiskan menanda buku. UPSR dah dekat sangat . Cikgu dah makin berdebar-debar , budak2 tu nampak relax je termasuk la yang sorang kat rumah ni ....nak kena ketuk baru nak bergerak . Tak tau la Nisha , mak dah tak kuasa nak marah-marah ..sendiri mau ingat ...dapat result teruk nanti , mak bagi menikah je .

Yang tadi tu story anak bertuah kami , Meen lain pulak kisahnya ... dia ni memang rajin ... ringan tulang tak kira di rumah or di sekolah .. independent , tak melawan dan tak banyak songeh bila kami minta tolong buat itu ini ...selepas berbuka , tak payah nak suruh2 , dia bangun pegi siap untuk ke masjid ... tiap2 hari dia pi solat terawih dengan ayah . So proud of you Meen ... sejuk perut mak . Nanti mak bagi duit raya lebih ya .

to be continue .....

Friday, August 12, 2011

One more to go ... then .."MERDEKA"

Akim masih lagi boleh dipanggil adik .

Masa jeles dengan akak untuk buat entry tiap2 hari di rumah sini ... selagi tak habis exam akak , selagi tu la jiwa kacau . Dengan budak2 di sekolah pun ada test next week ... kena buat banyak revision ... orang atas pun dah minta buku latihan untuk semakan ... maka bertambah berkali ganda la sibuknya cikgu Yanti sejak dua menjak ni .

Dah 2 hari makan lauk PARAM je ... bukan tak nak masak tapi fridge kosong ... takde stok bahan mentah .. abang misai pun busy gamaknya , balik keja penat ... tak sempat nak ke market . Akak suka jugak sekali sekali gantung kuali ni ... esok pun kuali masih tergantung jugak sebab akak nak focus on study ... Ahad ada satu lagi paper .. pastu akak merdeka ... boleh la fikir persiapan raya pun ... hati ni meronta-ronta nak sambung shopping .

Exam kali ni harap akak harap sangat tak ler susah macam minggu lepas ... dan kali ni akak cuti puasa ... hopefully otak tak jam . Boleh la curi2 teguk air dulu sebelum masuk dewan . Akak memang susah nak menjawab kalau puasa ...

Tak tau la berapa lama nak cuti berpuasa ni ... Cik P kali ni lain sikit ..kejap ada kejap takde . Dah beli pregnancy tester dan resultnya negative . Lega sangat , tak bersedia lagi untuk menerima orang baru ... cukup la dengan yang ber5 tu .... tapi kalau dianugerahkan juga , kami terima dengan berbesar hati . Anak2 tu semua bukti cinta kami ... mana mungkin kami menolak .

Wednesday, August 10, 2011

Menu Ramadhan kami

Entry kali ni kami share menu-menu yang sempat akak masak & sempat akak snap sepanjang 8 hari berpuasa . Menu yang biasa-biasa je untuk kami 7 orang . Tiap2 hari akak kena masak at least 2 dishes . Yang lain tu abang misai tapau di bazar Ramadhan .

Budak kecik yang macam kucing ... pantang tengok lauk2 dihidang ... favourite dia sudah semestinya 'fish' .


Stok sambal yang sentiasa ada ... boleh lebur masuk macam-macam . Dah ditumis siap2 ... bila nak guna memang cepat dan mudah .


Tiap kali Ramadhan mesti kena buat air asam ni ... sekali buat semangkuk besar .

Nasi daging , requested by Abang misai .

Sunday, August 7, 2011

Susah giler ... nasib baik tak gila .


Rasa-rasanya semester ni sejarah bakal berulang .... kenapa ? ... exam semalam punya pasai la ... punya la susah ... akak ingat akak dah study cukup2 ... nota2 soalan favourite akak dah hafal tapi haram satu pun tak came out . Yang keluarnya soalan entah apa2 ... yg kami tak sangka nak keluar . Bukan akak tak baca topik2 yg tak favourite tu .. cuma sekali lalu je . Selalunya kalau time tak puasa , boleh jugak akak goreng ... bila puasa ni , memang jadi jam otak ni ... nak menggoreng pun tersekat2 idea takde .

Majoriti kami pakat geleng kepala ... kawan sebelah akak siap tido lagi ... kalau dia tido , akak dah maklum sangat la yg dia tak dapat nak jawab . Akak pun sama ... sejam pertama tu masih blur .. soalan part A tersasar langung dari apa yg harap keluar . daripada 5 soalan , akak hanya boleh jawab 2 ... itupun belum tentu betul .

Ahad depan ada satu lagi ... yg tu pun killer subject . Dah start study ... kena baca semua part , takut jadi macam semalam . harap2 sangat la akak cuti puasa at that time ... sebut pasai cuti puasa ni , gerun akak .. dah lebih 3 minggu cik P tak mai ni . Adakah ? ... mungkinkah ? ...ahhhhhh mungkin tidakkk .... takde la kot .. hormon tak betul ni . ( jawapan penyedap hati )

Happy 12th Birthday Nisha

Happy 12th birthday Nisha ... moga jadi anak yang baik .... lebih baik daripada sekarang . Semoga berjaya dalam exam . Nisha kena rajin dan jangan putus asa . Mak & ayah sayang Nisha walaupun Nisha selalu buat kami pening .

Friday, August 5, 2011

Selingan time tension ... boring baca buku .


Boleh ke buat entry WORDLESS FRIDAY ? .. saja masukkan gambar budak comei 3 orang ni ... yang atas ni buat hati pengarang jantung akak ... tak habis - habis mengacau mak dia study... nak marah pun tak jadi .. dia datang kacau dan bagi kiss sekali .

Amni yang cute ... anak sedara akak ni dah pandai melaram .. or dengan istilah yg lebih tepat .. sudah pandai dilaramkan oleh uminya .

Baby Hud , si montel yang tak jemu dipandang ... kali ni dalam versi ceria .

Wednesday, August 3, 2011

Exam cikgu dah dekat ... exam murid bakal menyusul .. dah ready ke kita ?


Aktiviti berblogging terpaksa dikurangkan buat seketika sebab exam dah dekat ... buku belum buka ni . Bulan puasa ni penyakit M makin teruk melanda diri . Balik sekolah rasa penat sangat ... tidur dah menjadi agenda wajib ... bangun tido sibuk di dapur siapkan juadah berbuka .. tiap2 hari kena masak at least 2 jenis . Pastu sibuk dengan keja2 rumah .. membasuh , mengemas , iron baju anak2 ... then sambung dengan keja sekolah yang tak penah putus ... pukul 12 selalunya mata pun dah tak tahan .. kena tido awal jugak sebab nak bangun 4.30 pagi untuk sediakan juadah bersahur pulak ... itu la rutin akak sepanjang bulan Ramadhan ni .

Sabtu pagi kena ke BB Bangi ..terpaksa bertarung di dewan peperiksaan pulak ... moga dipermudahkan segalanya . Moga dikuatkan ingatan . Nak keluar awal , so dapat la jugak study last minutes dengan kawan-kawan .

* Stop dulu nak sambung keja2 yang bersusun menunggu .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails