Tuesday, November 29, 2011

Balik kampung lagi


Kami akan balik kampung untuk hampir dua minggu .... 1st week akan bakal sibuk dengan persiapan wedding adik abang misai ... minggu ke 2 cadangnya nak spend time with tok som di kampung akak pulak .. abang misai pun tak dapat cuti lama .

Mid December ni dah start exam .... so balik kampung kali ni buku pun diangkut bersama , tapi sedia maklum la , belum tentu studynya ... kalau mai mood malas nanti , buku ke mana , exam ke mana .

ok stop sini dulu , nak continue packing ... ramai bala tentera kami .. keta pun dah pack macam sardin . Macam-macam nak dibawa balik .

Friday, November 25, 2011

Tiap-tiap kali cuti buat aktiviti yang sama

Seperti biasa setiap kali cuti sekolah, anak-anak ajak pi naik kuda .Itu je tempat paling dekat yang mak depa boleh bawak . Balik-balik naik kuda , balik naik kuda ..dah macam gambar ulang tayang la pulak . Kuda2 kat sana pun dah macam kenai budak2 ni .

Kalau ikutkan kak Una tu memang tak mau ikut kami ... biasa la kan , anak remaja .. lebih suka duduk rumah layan internet dari berpanas di luar . Tapi mak dia cakap nak gambar gambar dengan adik2 , takkan la nak kurang satu pulak .. macam tak best la .

Tapi apa yang di-plan tak menjadi ... cadangnya nak ambik gambar sampai lebam , tapi mood Akim pulak tak elok .. kawan kan demam ... muka pun macam asam kecut je .So..dapat la beberapa keping sebelum kami balik ... kami bukan balik rumah terus tapi pi klinik ambik ubat untuk Akim dulu .

Tak sampai hati nak hampakan permintaan budak berdua ni , kalau ikutkan mak depa tak nak pi sini dengan adik yang demam tu .. tapi demi anak-anak , mak ikutkan jugak kehendak korang .

2 hero kesayangan emak : Adik & Abang

Biarlah gambar yang bercerita

Thursday, November 24, 2011

Lega 1 selesai ... tapi risau bab lain pulak


Lega sangat-sangat bila balik dari sekolah petang tadi . Dah serah segala apa yang patut diserahkan ... beres semuanya . Dah boleh bercuti dengan aman . memang perlukan angin luar dari KL untuk rehatkan minda . Tok Som pun dok tanya bila nak balik ... Kesian jugak dengan Tok Minah yg takde kami tolong uruskan persiapan majlis perkahwinan adik bongsu abang misai awal Disember nanti .

Abang misai masih lagi outstation hingga hari Ahad ... bila dia takdak , macam separuh nyawa hilang , nak buat apa pun takdak mood . Esok boleh la kot outing dengan anak-anak ... kesian depa dok terperuk dalam rumah je dah 6 hari .

Akim pulak demam start tengahari tadi .. masih panas lagi .. risau sebab dia tak nak makan ubat , kalau akak paksa pun dia sembur keluar balik . siang ni tak la risau sangat , selalunya malam2 akan naik lagi suhu dia . Tolong la makan ubat dik ... mak risau ni .

Wednesday, November 23, 2011

First time isi minyak keta sendiri ... teruk betul la cikgu ni .


Believe it or not ... hari ini dalam sejarah Cikgu Yanti isi minyak kereta dengan sendirinya , tanpa bantuan sapa-sapa pun . Akak dah bawak keta since 2002 tapi tak pernah buat sendiri . Bila cik abang outstation tau pulak dia buat kan ? selama ni abang misai la yang isi minyak keta ... akak tak penah ambik kisah pun . Sebelum dia pegi Ahad lepas dia tak sempat nak pi isi penuh , dia suruh akak minta tolong sapa2 isikan untuk akak . Dek kerana tak nak menyusahkan orang , akak pegi jugak ke station minyak pagi tadi . Kena isi jugak sebab mana boleh terperuk dalam rumah je , mesti nak keluar jugak .. mati kutu la kami kalau tak pi mana2.

Lepas ni tak perlu lagi harap orang lain jika minyak keta habis . Sebenarnya benda ni senang je cuma akak ni terlalu bergantung pada abang misai dan tak nak cuba benda yang baru . Bila dah terdesak , baru nak buat . Jangan ikut tabiat ni . Kita takkan tahu kemampuan kita selagi kita tak cuba .... perkara yg sangat mudah akan jadi susah selagi kita anggap ia susah dan membebankan .


Masak , makan , menyepah , mengusik dan segala jenis me-

Cuti sekolah tak bermakna mak pun boleh bersenang - lenang duduk mengadap PC . Bila dah ramai-ramai kat rumah ni , maka tambah lagi 2 keja menanti , keja yang perlu dibuat setiap 2 jam .. kadang2 OT selang 1 jam . Apa lagi kalau bukan keja masak-memasak dan mengemas rumah .

JOB 1 : Memasak
Bukak je biji mata , ada yang dah tanya " Mak! makan apa pagi ni ?" ..dari siapa lagi kalau bukan Cik BamBam kami ... dia bab makan No.1 . Kalau mak malas , hulur duit je suruh dia pi beli nasi lemak di blok belakang rumah kami . Tapi tak boleh hari-hari breakfast beli dari gerai .. maunya pokai mak ayah hampa ni . Lagipun kalau makan nasi lemak hari-hari , makin berlemak berkrim la kita semua .. especially Nisha dan mak dia yang dah sedia tembam ni .

Pagi tadi akak ke K4 ... borong barang dapur .. seronok la budak2 tu tengok apa yang mak depa beli ... ada yang pandai bodek .." mak ni kan .. kenapa la tak masuk masterchef " ... then ada pulak tukang tokok tambah " sedap la mak masak " ...iyor la tu .. kembang punggung mak hampa yang dah sedia kembang ni . Mak hampa ni bukannya pandai masak pun ... tapi hakikat yang kita semua tak boleh deny... air tangan ibulah yang terbaik ... sapa setuju sila angkat keyboard .

Mak teringin nak masak itu ini ... nak cuba resepi2 yang begitu mengoda di blog masakan cuma masalahnya kita kan kena budget , gaji mak dan ayah korang ni bukannya banyak mana . Takkan nak habiskan ke makan je . Bila mak dah banyak masak , maka dengan alasan yang sama jugak , mak akan banyak makan ... mana tahan mak tengok hampa saja yang sedap-sedap makan .

JOB 2 : Mengemas
Duty ni pun mak kena buat setiap 2 jam or setiap jam .. tapi tugas yang 1 ni kadang-kadang ada pembantu ... itupun selepas dikerah . Apa yang depa sepah sangat ? rumah kan besaq kelemboi je ? nama je rumah kecik ... lagi kecik lagi la senang nak serabut . Situ la tempat main , situ la tempat makan , situ jugak la tempat tidoq . Tapi akak kena fikir +tive , at least anak-anak ada depan mata ... biaq la depa nak tunggang terbalikkan rumah pun , tak boleh berkisah sangat ... mak depa pun 2 kali 5 jugak time budak2 dulu ... bukannya jenis yang kemas . Kalau ketam dah jalan senget , takkan nak suruh anak-anak jalan betui pulak kan ?

Itu 2 main activities akak sepanjang cuti sekolah ni ... yang lain-lain tu tak payah la akak cerita , tugas - tugas lain tu kalau rajin akak buat , kalau penat , akak leter2 , nanti abang misai tolong la ... budak2 ni pun bukannya pemalas pun , kalau suruh depa akan buat ... tolong jaga Akim tu memang depa rajin , tapi yang tak tahannya menyakat adik pun boleh tahan rajinnya . Time cuti sekolah ni jugak la akan kedengaran suara mak tarzan jerit ... tambah2 bila ada je yg nangis bila diusik . Orang yang datang mengadu pun kena , yang diadu pun kena ... so you all pikir la sendiri anak-anak ... mak bukan maid yer kat rumah ni . Korang sayang mak tak ? ..kalau sayang jangan buat mak bertukar jadi incredible hulk .

* tau anak-anak mak akan curi baca blog mak tiap kali mak buat taik mata .



The wind of change ..... mungkin jalan terbaik .

Cuti sekolah dah berlalu 5 hari tapi kami belum sekali pun sempat outing anak beranak .... kesian budak-budak ni asyik terperap je di rumah ... apa nak buat anak-anak , mak masih sibuk siapkan keja2 sekolah yang berbaki ... tahun 2011 ni sangat padat rasanya ... aktiviti macam2 , pack dari awal tahun sehingga ke cuti akhir tahun . Tambah pulak dengan study akak yg masih berbaki 1 semester ni . Tak tercapai dek akalku ... penat badan , penat minda ... penat segala-galanya . Bukan takde senarai semak , tapi selalunya senarai semak tu buat menyemakkan lagi hidup akak ...... sampai kadang-kadang akak stress tahap gaban .

Hari ni akak nak pulun habiskan semua keja2 sekolah tu , esok nak serah tugas . Nak cepat bercuti , rehatkan minda yang agak kusut lately . Rindu sangat dengan mak di kampung . Rasa macam nak terbang balik ke kampung sekarang ni jugak . Tak berani nak drive jauh2 dengan bala tentera yang tak tau duduk diam dalam kereta tu .

Rindu sangat dengan cikgu Yanti yang dulu , yang selalu ceria , happy je walaupun keja menimbun , bak kata adik2 ... there'e no more glow in my eyes .... entah la ... malas la nak fikir lagi , nanti bertambah stress . Dah la my other half is not around ... lagi la cepat turun hujan air mata . Mungkin akak perlu berubah angin ... bukan nak lari dari masalah cuma nak cari suasana baru . Dah terlalu lama di tempat yang sama . Langit pun bukannya selalu cerah .

Tuesday, November 22, 2011

Akim yang cute ... cute ke ?


Cute di mata mak dia la ..sapa lagi nak puji anak kalau bukan mak dia .

Dah pandai buat memek muka bila mak pegang camera ...

nanti kita buat outdoor photoshoot ..... tunggu mak lapang sikit .

Sunday, November 20, 2011

Rindu kekasih hati ... moga dia sentiasa dalam lindungannya .


Berpisah dengan kekasih hati buat sementara waktu ... sangat sedih & akan menangggung rindu selama satu minggu . Demi tugas kena relakan dia pegi ... jiwang karat pulak petang-petang ni . Dia baru pegi tak sampai sehari dah angau .

Tinggallah akak dan anak-anak kat rumah ni . Kami tak boleh nak balik kampung lagi sebab akak masih kena ke sekolah for a few more days . Lepas abis urusan di sekolah , maka terperap la kami kat rumah ni . Tapi kami dah plan nak pi ronda-ronda TT bila mak dah free sikit . Agenda naik kuda wajib ada ... ada sapa-sapa nak join ?

Kalau mak depa ni terlebih rajin , nak jugak bawak budak2 ni pi zoo cuti sekolah ni ... tak penah drive sendiri ke sana ... rasanya boleh kot . Tengok keadaan la bah .

Saturday, November 19, 2011

Siapa yang bertukang ditengah malam ?


Rasa lega sikit sebab dah submit semua assignment . Yang last sekali akak hantar pagi tadi . Kalau ikutkan masih ada masa 2 minggu sebelum deadline tapi akak tak boleh pegi kelas on that day so akak hantar je pagi tadi . Jam 4 pagi akak bangun siapkan saki baki mana2 yang tak complete tu . Naik berpinaq bijik mata mengadap pc . Berat sangat kepala ... skrang dah kurang sikit bebanan ... tapi keja sekolah belum settle semuanya lagi ... so tak boleh berangan la nak bersenang lenang duduk kat rumah .

Semalam masa akak bangun nak siapkan assignment , terdengar satu bunyi yg bagi akak agak pelik kedengaran pada waktu orang sedang enak dibuai mimpi .... bunyi orang mengetuk paku yang agak kuat ... tapi bunyi tu tak asing bagi akak sebab sebelum ni pun pernah dengar cuma selalunya dalam pukul 12 hingga 2 pagi . Bunyi tu datang dari rumah atas ... dan kadang-kala tu macam datang dari rumah sebelah . Rumah sebelah dah lama kosong ... Entah la . Sebelum ni ada juga bunyi budak berlari selepas pukul 12 tangah malam , ada juga sekali tu pukul 2 pagi .

Kami dah biasa ... bila anak-anak pun cakap benda yang sama .. akak cuma cakap dengan depa " jangan tegur ... dia tak kacau kita so kita tak payah la sibuk2 "

Thursday, November 17, 2011

Kami rindu abah ... Al-Fatihah


17 November 2011 ( 1988 ) Hari ini genaplah 23 tahun pemergian abah, kembali kepangkuannya . Kami kehilangan abah diusianya 38 tahun dalam kemalangan jalanraya . Arwah abah pergi meninggalkan emak dan kami 8 beradik tanpa pesan ... akak anak yang sulung ketika tu berusia 15 tahun dan adik bongsu masih dalam kandungan mak .. baru 3 bulan .

Kehilangan abah merubah hidup kami .. kami hilang tempat bergantung , hilang tempat bermanja . Mulai saat itu emaklah segala-galanya bagi kami , dialah ibu , dia jugalah ayah . Mak buat macam2 keja untuk menyara kami 8 beradik . Pengorbanan mak tak ternilai buat kami . Kehilangan abah jugalah membuatkan kami adik beradik lebih berusaha untuk merubah hidup kami ... mungkin ada rahmat disebalik apa yang berlaku .

Kalaulah arwah masih ada , tentulah dia bangga dengan anak-anak dia yang berjaya dalam hidup . Abah juga ketika hayatnya kerja keras untuk menyara kami sekeluarga ... terkilan kerana tak berpeluang membalas jasamu abah .

Buat adik , jangan bersedih dengan entry ni ... walaupun tak sempat merasai kasih sayang abah , adik tetap beruntung menjadi salah seorang anak abah . Adik masih ada kami , ada mak , ada kakak dan ada abang untuk bermanja . Siapalah kita untuk melawan kehendaknya .

Moga abah tenang di sana ... Al-fatihah.

MAT ISA HASHIM
( 28/12/1949 - 17/11/1988 )

Wednesday, November 16, 2011

Jiwa kacau : annoying luncai

Mode : takde masalah cari masalah

Dalam keadaan sekarang ni
I wish abang misai ditukarkan ke tempat lain ...
but at the same time akak masih suka berada di sini .
akan terus bertahan selagi boleh.


Tuesday, November 15, 2011

Membesar bagai johan .

Takde mood la nak update blog malam ni ... so layan je la sekeping gambar Nisha dan kawan-kawan dia semasa jamuan perpisahan tahun 6 . Tengok la betapa sihatnya anak mak yang sorang ni . Dah tak larat nak larang ... selera makan dia dah tak mampu nak dicatu macam dulu .

Monday, November 14, 2011

Nisha dah grad ....

Gambar-gambar yang akak ambik semasa Majlis Graduasi Tahun 6 . Minat punya pasal , kerja sukarela FOC . Tak kisah buat semua ni dengan orang yang tau menghargai keja kita . Apa yang buat akak terasa sebelum ni bila orang mempergunakan apa yang akak ada ... dari sebesar-besar event hinggalah aktiviti ciput2 semua nak suruh akak bawak camera gedabak tu .. nak gambar cantik , tapi semua nak free je .... tambahan pulak bila disuruh oleh orang yang kedekut dengan harta benda dia . Memang sangat2 tak suka keja dengan orang yang kedekut ni ... jangan tak percaya ada cikgu yang kedekut tahap gaban hingga paper bag isi hadiah pun diminta balik dari murid lepas majlis penyampaian hadiah .

Ayu je bila semua bertudung , macam ni la yang cikgu suka ..sejuk mata memandang .

Gambar akak tak ler secantik profesional photographer ... belum cukup lagi ilmu di dada... main belasah je .

Murid-murid senang skit bila diajak berposing .

Semoga korang semua berjaya dalam hidup .

Lebih tersusun kalau macam ni ...

Dah berkurang penyiksaan minda ... tinggal satu lagi assignment nak disiapkan ... sekarang ni tinggal nak bereskan keja-keja sekolah sebelum bercuti panjang . Tadi sempat menjenguk ke dapur ... kemaskan gerobok buruk di dapur tu . Bila la nak dapat dapur yang baru & besar skit . Yang ada ni dah daif sangat ... maklumlah flat lama . Sebab tu la akak tak penah ambik gambar dapur kitaorang .


Bila tengok rancangan Masterchef Malaysia ... terpegun dengan pantry dia . Suka juga dengan pantri chef Micheal Smith tu ... Dah lama berangan nak buat satu ... mini pantry pun jadilah .

picture from google

dapat buat macam ni pun dah ok .... cuti sekolah nanti kami nak uruskan untuk renovation rumah di kampung tu , nak tambah dapur & porch . Nak request mini pantry dengan abang misai sebagai hadiah anniversary yang ke 15 . Boleh ke ?

Saturday, November 12, 2011

Kita boleh selagi ada kemahuan ...

Alhamdulillah , syukur pada Allah .. nampaknya banyak yang dipermudahkannya untuk akak menyiapkan segala tugas-tugas yang diamanahkan . Dua assignments yang sepatutnya akak submit online dah pun siap ... esok akak akak submit ... kalau ikutkan hari ni pun dah boleh hantar tapi nak tengok balik , kot-kot boleh touch-up lagi sana sini . Tinggal lagi satu je lagi . Dah 80% siap , yang tu datelinenya 20hb so masih ada masa nak buat betul2 .

Isnin ni dah boleh fokus dengan keja-keja sekolah pulak yang kena dibereskan sebelum cuti . Yang tu akak tak risaukan sangat sebab every year buat benda yang sama . Cuma cara kita buat keja je yang tentukan semua tu siap cepat or lambat . Kalau nak bercuti awal kena la siapkan cepat-cepat ... tak sabar rasanya nak rehat . Nak bereskan keja-keja rumah yang dah banyak tergendala sejak akak busy dengan belajar ni . Rasanya nak cat balik didnding ruang tamu yang dah penuh mural yang dilukis oleh Akim . Nak ganti curtain yang dah buruk sangat tu ... nak make over sikit apa-apa yang patut . Buruk benar rasanya rumah kami sampai tak sanggup nak ajak orang mai rumah .

Kesian Akim .. tadi dia merengek2 nak bermanja dengan mak dia ... nak tido kena gosok-gosok belakang dia , peluk2 . Sehari dua ni mak dia memang asyik mengadap PC 24 jam . Esok mak dah tak busy sangat , so boleh la nak bermanja-manjaan dengan adik ya .

15,17 dan 18 Dis ni exam pulak . Perjuangan belum selesai .


Thursday, November 10, 2011

Sedih bila dikenangkan

Bersatu kita teguh , bercerai kita roboh . Jangan kerana seorang , kita berpecah-belah .


Susah senang kita bersama ...
jangan jadi api dalam sekam .
Ingatan untuk diri sendiri sebenarnya ni .


* all pictures from google search
..TQ

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday : I'm a collector


the latest .. thanks to Pidah


Keychain ni akak terpaksa biarkan dalam plastik sebab sayang ... belum ada rezeki nak beli display board yang ada cermin . Banyak yang dah berkarat .

Inilah untuk untungnya ada adik2 yang selalu ke negara orang ... next month harap dapat kirim FM & keychain dari Japan pulak . Cik Pidah akan berjalan lagi atas urusan keja .

Tuesday, November 8, 2011

ALASAN OH ALASAN



Agak tension nak mengadap PC di rumah ... banyak sungguh gangguannya . Geram dengan perangai anak-anak ni . Tak faham or saja-saja buat tak faham . Sabar je la . Silap2 haribulan ada yang kena piappppp ni . Ada je yang depa buat menaikkan darah mak dan ayah ... asyik nak bertekak je . Ada je yang tak kena . Susah nak dapat privacy nak tumpu pada assignment .

Di sekolah pulak nak kena masuk kelas ... minggu2 akhir ni agak busy di sekolah .. banyak benda yang nak disettlekan . Bila la masanya yang sesuai dan aman untuk akak buat keja ... timeyang paling sesuai ialah semasa anak-anak dah tido ... tapi masa tu jugak la mata akak pun memang tak boleh nak buka . Bantal peluk macam memanggil2 la pulak .

Where there's a will there's a way ... betul tak ?

AidilAdha kami di Pulapol

Kami tak balik kampung Aidiladha tahun ni sebab dua minggu lagi cuti sekolah , time tu kami akan cuti panjang di kampung ... tambah pulak ada kenduri kawin adik abang misai awal Disember nanti , so abang misai jugak akan apply cuti panjang jugak la . AidilAdha kali ni biasa2 je ... menu kami pun ala kadar je , pagi anak2 request nak pizza , then akak buat roti jala dengan kari daging . Petangnya kami bertandang ke rumah adik di BB Bangi dan Bandar Kinrara. Malam baru balik rumah .

Pagi Raya kami ke masjid tunaikan solat sunat Aidiladha ... first time kami ke masjid as one big family ... sejak beranak pinak susah akak nak ke masjid . Tahun ni Akim pun dah besar , nasib baik la dia tak selasak Haikal . Akim ni sebenarnya takut dengan orang luar , so dia akan berkepit je dengan mak dia . Masa kami solat pun dia duduk diam je . pandai anak mak .

Sedondon berjubah . Mana satu mak & mana satu anak ? semua dah sama saiz .. tambah2 lagi Si Nisha tu ... dah lebih besar dari mak dia .


My 3 heroes .

Susah nak dapat gambar abang misai dengan senyum yang lebar . kalau ambik gambar kena remind him to smile ... kalau tak muka dia macam angry bird Rio je . Tengok la betapa tembamnya akak sekarang , perut mengalahkan orang mengandung 5 bulan .

* kenapa takde gambar Meen ? .. dia terus pegi beraya dengan kawan dia lepas sembahyang raya .

Monday, November 7, 2011

!!!!* #+ @?? #grrrr&^*$# ..<% = jiwa kacau seketika


Masuk sini kejap . Jiwa kacau sikit .... dah tau kan kenapa ? Selagi tak submit assignments tu semua selagi tu la jiwa kacau bilau . Penat memerah otak . Kenapa la otak beku di saat2 genting ni ? idea takde nak menulis . Asyik tersangkut je .

Seminggu ni masa akan banyak di depan PC ... bukan mengadap fb ye kawan-kawan tapi mengadap assignment la . Sangat2 memerlukan kerjasama semua pihak ... cik abang tersayang , anak-anak dan mereka2 di sekolah pun diharap dapat faham yang akak sangat busy minggu ni ... bukan akak saja tapi rakan2 seperjuangan yang sama2 sambung belajar macam akak .

Seperti sebelum2 ni waktu dan saat ni la akan muncul ' kawan ada makna ' . kawan yang tak penah nak sembang or contact di waktu2 lain , tetiba jadi terlebih baik ...

MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALANYA .

Friday, November 4, 2011

Anak-anak SKPT2 yang cute semuanya .

Anak-anak didik SKPT2 , murid tahap 1 bergaya sakan dalam pertandingan Fesyen Cilik sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah pagi tadi .

Habibi & Hani Kamila

Jemelia daripada kaum bidayuh

Danisya


Vilver darpada kaum kadazan

Pengantin pun ada

Iman & Izz

Rusydina Muslimah ayu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails