Tuesday, January 31, 2012

Hasil rembatan di Langkawi .. sepadan dengan fulus yang dibawa.

Ni la salah satu benda yang kak Yan rembat masa pi Langkawi minggu lepas selain 2 helai kain batik , set sudu dan cokelat ... tak dapat memborong sakan sebab poket kering ... balik kampung saja dah pakai banyak duit .. inikan pulak lajak pi sampai Langkawi sana .

Besaq jugak beza rega kuali di atas ni dengan rega di sini ... berbaloi la beli dan usung bawak balik naik ferry tu . Cokelat masih ada skit lagi .. kalau ikut napsu , dah lama habis .. tapi tak boleh la pulun banyak2 .. setakat makan sikit2 satu hari tu masih boleh dimaafkan ... tambah2 pulak badan dah semakin membelon sekarang ni ... baju pun dah semakin mengecut .

Bahana pi bejalan ni jugak la kak yan kena ikat perut time sekolah bulan ni .. gaji pun lambat lagi ... jawabnya boleh minum ayaq je la time rehat ... kalau nak sure selamat , tak payah pi kantin time rehat .. duduk ja di bilik guru tanda buku ... baguih jugak .. boleh diet sama .... sedih Pak Ya kantin kalau baca statement ni .

Peringatan untuk diri sendiri : Sekali sekala berbelanja tak salah .. tapi kena la ukuq badan sendiri ... kalau tak mampu buat la cara tak mampu , jangan sampai berhutang keliling pinggang .

Jom follow "Kami in the house " di facebook


Kami in the house dah bertapak di fb ... jom follow cerita-cerita kami di fb pulak . InsyaAllah kami akan update entry2 terkini di sana juga .

Terima kasih buat semua pembaca blog "kami in the house ".

Monday, January 30, 2012

Kembali ke sekolah ... bestnya kalau boleh sambung cuti

Kesian budak baju merah nak kena tinggal dengan pengasuh today

Hari ni dah mula banyak keja nak dibuat , so aktiviti berblogging kena letak sebalah dulu la sehingga keadaan mengizinkan ... akak akan cuba juga update at least once a day .

Seperti biasa , hari pertama selepas cuti panjang ... mood agak merudum untuk ke sekolah . Kalau boleh nak sambung rehat kat rumah .. bestnya time cuti , otak tak stress , badan tak penat ... tapi apakan daya , nak tak nak kena jalankan tugas demi sesuap nasi , membantu abg misai mencari rezeki yang halal untuk keluarga .

Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya .

Sunday, January 29, 2012

Cuti-cuti ke Langkawi ....

Sepanjang 3D2N bercuti di Langkawi , kami menginap di rumah my BIL di Pengkalan TLDM , Bukit Malut . Save la budget untuk penginapan ... abang misai sewa Nissan Serena bawak kami ronda2 Langkawi . Yang tak bestnya , tak byk tempat kami pegi ... memang tak puas . Hari pertama membazir begitu saja tak pi mana-mana . Bagi akak biar penat takpa , asalkan puas berjalan . Tak nak cakap banyak .. dah orang bawak berjalan2 pun kami sepatutnya bersyukur .


Permandangan dari balcony apartment my BIL .. view yang sangat cantik ..

Friday, January 27, 2012

Banyak halangan nak update blog dari kampung ni .

Keadaan tak berapa mengizinkan akak update blog berlintas langsung dari kampung ... dengan line yang tak berapa nak clear ... macam siput .. tambah pulak guna mini hp ni agak menyukarkan akak nak edit gambar +mousepad yang sedikit bengong , lagi la malas akak nak update . Banyak nak diceritakan sebenarnya tapi bila dah banyak yg menghalang , akak postpone dulu la sampai kami balik KL nanti ... terutamanya cerita kami ke Langkawi .

Hari ni kami masih di rumah MIL ... petang nanti baru kami balik ke homestay kami ... penat jugak bila ulang alik sana sini ... malas nak packing kain baju . Cuti pun tinggal 3 hari je lagi .. lepas ni kembali ke rutin sibuk dan penat tahap gaban .




Thursday, January 26, 2012

Jamuan makan ala kadar + Una's birthday

Selasa lepas kami sambut birthday kak Una & meen di homestay kami di Pt Buntar ... tengahari tu abang misai jemput kawan dia mai rumah .. adik2 akak pun mai join lunch di rumah kami . Meriah la tengahari tu dengan suara budak2 .

Happy 14th Birthday kak Una .. meen tumpang celebrate sekali



Menu ala kampung ... gulai ikan kembung , ikan goreng , ikan sepat masin , sambal belacan + ulam dan sup daging ...

Wednesday, January 25, 2012

Berehat di homestay kami


Kami masih lagi dalam mood cuti ... sejak balik dari Langkawi dua hari lepas , kami lepak di homestay kami untuk merehatkan badan .

Inilah latest rupa homestay kami ... masih serba kekurangan .. tapi memang selasa untuk berehat2 time cuti sekolah .

Tv kecik je ... janji ada ... kalau takde tv , maunya mati kutu kami duduk sini .

Thursday, January 19, 2012

Tak sabar nak cuti , nak rehatkan badan dan minda .


Dah banyak hari tak update blog .. akak tersangat la busy . Dah 2 minggu direct , asyik meeting je bila nak habis entah la .. hari2 kena pi sekolah awal .. pagi2 sibuk uruskan hal di rumah dulu .. terkejar-kejar buat itu ini .. memang over exhausted la . Kesian kat Akim . Nasib baik ada Nisha kat rumah .. dia la tolong uruskan adik tu , bab makan dan pi hantar pengasuh sebelum dia ke sekolah . Kalau tak hari2 akak kena hantar ke pengasuh lebih awal .. kesian jugak dekat pengasuh tu , dia tengah sarat mengandung .

Balik rumah , lepas Isyak akak dah pancit ... dah tak boleh bangun , sakit habis satu badan . Abang misai la yang layan anak-anak sementara diaorang nak tidur .. kadang2 dia pun tertidur sekali dengan depa . Tengah malam baru dia masuk bilik . Bagi akak , macam mana lewat pun , tempat tidur suami adalah di sisi isteri ... kami tak nak biasakan tidur asing-asing .

Hari ni pun ada meeting lagi ... kena pi sekolah awal lagi ... akak cuma masak nasi je , lauk nanti abang misai beli je . Nak buat macam mana , kerja banyak menunggu . Terpaksa ... tak sabar nak bercuti seminggu .

Cuti CNY selama seminggu ni kami akan balik kampung . First , kami akan bercuti ke Langkawi for 3 days , balik dari sana baru kami bercuti di kampung pulak . Sebab tu akak dok pulun siapkan semua keja2 sekolah sebab cuti nanti akak nak rehatkan badan dan minda .


Tuesday, January 17, 2012

Cuaca panas bikin hati pun senang panas

Budak-budak ni kalau satu hari tak bagi ayah mak marah memang tak sah ... banyak penyebab yang buat marah dan ayah naik angin ... antaranya malas nak solat , suka mengusik/menyakat , bergaduh , menyepah rumah dan perkara2 yang sewaktu dengannya .

Akak pasti ramai parents di luar sana face the same problem ... bila anak ramai memang tak boleh elak untuk jadi mak or bapak singa .. nak pulak dapat species yang tak tau duduk diam macam anak2 akak ni . Tapi marah2 pun depa ni la penghibur hati kami hari2 ... depa la racun , depa la penawar . Bersyukur sangat2 punya anak yang ramai ... kalau boleh nak ramai lagi tapi rasanya kami tak mampu la dalam banyak hal ... zaman sekarang bukan macam dulu . Banyak cabaran dalam mendidik anak2 .

Sunday, January 15, 2012

Apa yang penting ? ... KERJASAMA .


Alhamdulillah semalam dah selesai majlis perjumpaan ibubapa dan guru-guru Tahun 6 . Akak kena terangkan tentang kertas Bahasa Inggeris 014. Calon UPSR kami tahun ni hanya 38 orang je , so parents yang datang pun takde la seramai sekolah jiran yang buat perjumpaan pada hari yang sama .

Memang satu cabaran yang cukup besar bila calon tak ramai ni . As parents mestilah kita nak yang terbaik untuk anak-anak kita kan . Bagi cikgu2 pun sama . Anak-anak orang sama saja dengan anak sendiri sebab kami pun ada anak dan kami faham bagaimana rasanya bila anak2 kita berjaya or sebaliknya .

Bilangan calon sikit , maka saingan antara diaorang pun agak kurang . Kalau sekolah yang ramai calonnya , maka saingan antara murid pun tentulah ramai , semangat berlumba2 pun lebih , compared to the mixed ability class yang ada di sekolah kami. Apapun ini bukan penghalang buat mereka2 yg bergelar guru . Walaupun siapa pun clients kami , khidmat yang terbaik akan kami cuba berikan .

Tapi ada juga kelebihannya bila calon sikit ni .. kami boleh bagi tumpuan sepenuhnya bagi setiap murid ... kami cukup kenal each of them , faham kerenah dan masalah diaorang , tahu kelebihan dan kelemahan setiap mereka ... even dengan parents pun kami agak rapat .

Dan sebagai insan yang tak perfect , akak mengaku akak pun ada kekurangannya sebab tu la akak tak putus2 cari cara yang terbaik untuk mengatasi segala kekurangan dan kelemahan especially dalam P&P ... sokongan dan kata2 semangat daripada parents juga bagi impact yg besar pada diri akak . Tak salah bagi parents kalau nak tegur , nak komen , nak bertanya ke or ada yang tak puas hati... tapi biarla dengan cara yang sesuai , jangan terus pegi serang sekolah .. tanya elok2 , bagi cadangan elok2 , InsyAllah kami boleh terima dengan hati terbuka sebab seperti yang akak kata tadi ... kami hanya insan biasa .

Azam tahun ni nak naikkan bilangan A dan peratus lulus bagi subjek yang akak ajar .. Akak pun dah nak habis belajar so akan ada lebih masa untuk murid tahun 6 . Akak jugak harapkan kerjasama murid2 .. kalau cikgu2 je bertungkus lumus tapi murid2 tak nak usaha tak tercapai jugak matlamatnya . Semua pihak kena main peranan barulah kita akan dapat hasilnya nanti . Moga niat dan usaha kita semua dipermudahkan olehnya .

Saturday, January 14, 2012

Mat K-Pop ke ustaz ?

>Budak kecik ni dikerjakan oleh kak Nisha . Disuruh posing ala-ala hero K-pop . Iyo la tu k-pop .. mak nampak macam ustz je pun .


Posing konon-konon kat Korea la ... back to reality la adik .. kat KL ni panas membara bukannya sejuk bersalji .

Mengidam

photo from google search ..

Tengah mengidam sekarang ni ? ... bukan mengandung ye ... mengidam ni lain skit .. akak teringin nak tukar kereta baru ..bukan model baru , model yang sama jugak . Setia pada Toyota Avanza juga.. yang tu la kami mampu dan model tu jugak la yang abang misai suka .

Tadi kami dah pi merisik , lepas ni boleh la pi meminang pulak... berkenannya dengan 1.5S tu tapi akak kena waras sikit ... abang misai request nak ambik manual jugak sebab nak budget . Kami dah plan sebelum ni nak renovate rumah di kampung tu ... banyak nak pakai duit .. nak buat loan lagi . Untuk mengelakkan hutang yang tak sepadan dengan gaji kami , akak mungkin akan beralah , ikut kata abang misai .. ambik Avanza 1.3 manual je . Biar la tak bergaya pun , asalkan kami tak papa .

Kalau diikutkan hati , memang nak cuba keta auto la pulak ... tapi .... memang banyak tapinya . Takpe la , asalkan akak dapat tukar keta baru pun jadi lah . Bagi kami pelaburan untuk rumah lagi penting dari kereta . Kalau ikutkan abang misai tak tukar pun takpe . Avanza yang ada skrang ni pun masih ok . Dia memang pandai jaga keta .

Ukur baju biarlah di badan sendiri .

Thursday, January 12, 2012

Hari-hari mak meeting ... kesian anak-anak

gambar selingan ...

Dua minggu telah berlalu , memang amat terasa bezanya rutin harian ... sekarang ni memang sangat penat ... over exhausted dan agak kelam kabut hari2 akak . Minggu ni meeting tak habis-habis ... dari Isnin hingga hari ni , ada je meeting itu ini .

Kalau dulu bila ada meeting , maknanya akak kena hantar Akim lebih awal ke pengasuh tapi tahun ni agak lega skit sebab ada Nisha ... dia di sekolah petang jugak . Kalau akak kena pegi sekolah awal , nisha la yang ngasuh adik dia sampai tengahari dan dia jugak la yang hantar Akim ke pengasuh . Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita ... walaupun Nisha tak berapa boleh dlm pelajaran , at least dia boleh tolong mak di rumah ... pagi2 tugas dia kemas rumah dan mandikan Akim , then baru dia buat keja sekolah ... akak pulak membasuh dan memasak . Memang rasa lega skit bila dah ada pembantu ni .. Thank you so much Nisha .

Semoga segala tugas dipermudahkan olehnya .




Wednesday, January 11, 2012

Panas siang dan malam .. nasib baik hati tak panas sama

Cuaca di siang hari agak panas ... dulu masa cuti sekolah akak banyak terperuk je dalam rumah .. takde la rasa sangat bahangnya , tapi bila dah sekolah ni terpaksa la tahan jugak cuaca panas .. keja bukannya dalam bilik ber air-corn , hanya harapkan kipas je ... nak pulak sekolah sesi petang ... memang mencabar sikit la.

Bahang panas ni kadang2 terasa sampai ke malam .. sebab tu abang misai akan minta kami buka pintu bagi angin masuk ... akak tak suka sangat buka pintu depan sebab bila orang lalu je nampak segala yang berserabut di ruang tamu kami .

Inilah view dari pintu rumah kami ... memang mampu menyejukkan mata dan hati .Dah 15 tahun kami mengadap view yang cantik ni ...

Tuesday, January 10, 2012

Cara mudah bagi ibu bekerja yang selalu nak cepat

Nampak sangat takde idea kan ? ... dalam fridge pun cikgu yanti nak ambik gambar . Ini antara benda-benda yang sentiasa ada dalam fridge kami ... bawang putih dan bawang besar yang dah siap dikupas . Kerja-kerja mengupas diserahkan kepada Nisha ... bawang putih tu beli je yg siap berkupas . Bukan apa .. sejak sekolah dibuka , masa akak untuk ke dapur amat terhad .. akak sekolah sesi petang tapi sejak bangun solat subuh ... tak berhenti buat keja .... dari membasuh , mengemas , masak dan buat keja2 sekolah yg dibawak balik ke rumah .


Bawang2 yang dah siap berkupas ni memang mencepatkan lagi keja memasak ... akak memang suka guna banyak bawang terutamanya bila buat tambal tumis ( masak cabai ) ... abang misai siap beli satu guni kecil bawang besar bila stok bawang kami habis .

Ini lagi satu ramuan wajib ada di dapur ... sambal/cili yang siap ditumis hingga masak ... cili blender ni akak masak sekali dengan bawang putih + bawang besar ... sambal ni anak2 akak sangat suka ... boleh guna buat masak cabai , goreng mee/ meehoon / kuey teow , nasi goreng ... masak kicap pun boleh ... memang sambal serba guna la . Bila nak masak tak perlu nak tumis lama2 sebab sambal ni memang dah masak betul2 . Hujung minggu akak akan tumis stok sambal ni yang hanya cukup untuk satu minggu je .

Itu la cara akak masak untuk family , cepat dimasak sedap dimakan ... selain menu berasaskan sambal , kari dan sup adalah alternative lain utk menu ibu bekerja yang selalu nak cepat . Air tangan ibu adalah yang terbaik untuk anak2 ... walaupun sesibuk mana pun akak akan cuma masak walaupun hanya 1 jenis menu je .... unless peti ais kosong takde barang basah untuk akak masak .

Next top model ... hero hensem kami

Next top model ... Ahmad Hakim .. apa macam handsome tak ? .. apapun akim tetap cute di mata kami . Gambar2 ni abang Haikal yang ambik semalam .. sebab tu agak blur skit . Mau pulak adik posing ala-ala model depan abang dia .

Tergoda mak .. mimik muka mat bunga

Akim sendiri request buat rambut pacak ... jangan tertipu ye .. rambut merah tu gimik je .. bukannya dye pun .. maybe effect cahaya dari tv . Budak kecik ni kalau depan orang luar , dia sangat pemalu ... diam dan masam je .. dengan kami je dia rela posing-posing macam ni .

Singgah Planetarium untuk bergambar je .

Ahad petang , selepas pegi melawat Kak Una di asrama , kami ronda2 KL . Saja abang misai ambik hati anak-anak yang merajuk sebab ayah depa tak bawak depa pi mandi di KLCC . Nak singgah masuk ke Taman burung tapi dah petang sgt dan kami pun belum solat Asar ... so kami singgah di Planetarium kejap . Tak masuk dalam pun cuma ambik gambar je kat situ . View yang cantik dengan cuaca yang cantik juga.

Nisa tak ikut ... kalau dah ada anak dara , memang macam ni .. depa lebih rela duduk rumah , tido or ngadap laptop daripada berpanas di luar .


Haikal dengan Meen ... meen ni kami panggil ' Cik I follow ' sebeb dia memang suka ikut kami nak pegi mana-mana pun .

Mak budak yang semakin debab ... sejak kembali ke sekolah , selera makan makin menjadi-jadi .. asyik lapor je ... nak pulak petang2 , di kantin ada menu yang boleh mengoda iman akak . Bila nak start diet ni ? akak kalau diet , bukan jenis yang diet giler2 cuma kurang makan je . Tetap kena makan , sebab nak guna tenaga banyak untuk keja2 yang tak pernah putus .

Sunday, January 8, 2012

Benda free siapa tak suka kan ?

Ni ole-ole yang kami dapat dari anak murid abang misai yang baru tamat latihan... tengok ke barang2 di atas , tentu kengkawan boleh agak daripada negeri mana ? ... ye betul .. Melaka . Cencalok tu dah habis sebotol ... akak selalu guna gula melaka time masak . Kebetulan pulak stok belacan kat rumah ni pun baru je habis .


Ini pulak dari anak buah dia dari Pangkor ...parents diaorang bawak mai hari depa tamat latihan ( Sabtu lps ) . Akak suka sangat kalau dapat ole-ole macam ni sebab akak suka masak ... dan anak-anak memang suka makan . Terima kasih daun keladi buat mereka-mereka yang bagi bagi barang2 ni semua.

Si suami dah tak busy sgt tapi Si bini sebaliknya

Kami dah dapat ayah kami semula ... abang misai dah tak se-busy sebelum ni . Budak2 dia dah tamat latihan semalam . Tak tau bila pulak ada pengambilan baru ... dengarnya lamaaaaaa lagi ... so tak tau nasib kami selepas ni .

Saturday, January 7, 2012

Dia yang dipinggirkan .. mak dah mula busy

Hakim : Mak ! Atim atit ..
Emak : Sakit apa ?
Hakim : Atit botot
Emak : Alaaaa ..ciannya sakit bontot .
Hakim : Mak! Atim atit ..
Emak : Sakit kat mana ?
Hakim : Atit puyut ..
Emak : Sakit perut pulak dah .

Ayat-ayat cinta yang keluar dari mulut Ahmad hakim Ali bila mak dia sibuk buat keja ... dia ni manja terlebih , kalau boleh nak menempek dengan mak dia je ... tapi lately kakak2 dan abang dia banyak tolong layan adik depa .. so Akim dah kurang sikit melekat dengan mak . Akim ni still nak menetek ... sekali sehari pun jadi lah bagi dia .. kalau tak dapat dia monyok je ... susu akak masih ada skit2 je . lagipun Akim kan dah 2 tahun .. kalau boleh nak berhenti terus .




Merajuk ... bawak diri masuk dalam besen

Budak kecik ni semalam merajuk dengan mak dia ... kenapa ? sebab dia bukak diaper dan kencing dalam bilik , atas sejadah lagi ... mana maknya tak mengamuk ... sejak dua menjak ni Akim suka sangat bukak diapers . Kalau anak pompuan , umur dua tahun kami dah start ajar tak pakai diapers ... maybe Akim anak bongsu mak yang manja so tak berapa kisah sangat hal ni .. biar la dia cerdik skit .
Kena marah je dia lari ke balcony belakang ... akak sibuk dengan dok mencuci kesan najis mutawasitah ni ... rupa2 dia lari masuk dalam besen kain baju kotor yg akak letak sebelah mesin basuh ... besar besen tu .. akak panggil dia buat tak tau je ... rajuk sungguh la tu .

Tak nak senyum pun dengan mak ...

Thursday, January 5, 2012

Misi kurang berjaya ... takpe , cuba lagi .


Percubaan untuk lebih diam di tahun baru tidak berjaya semalam ... kalau dah memang species suka bercerita ni memang susah la nak duduk diam ... takpe .. kalau tak boleh sepenuhnya .. akak cuba skit2 dulu .. yg penting dah tak nak gelak kuat2 .. bercerita lebih-lebih . Realitinya ketawa tu penting , dapat hilangkan stress dan mewujudkan suasana ceria . Cuma bila dah terlebih2 , lain pulak jadinya . Nampak tak elok jugak kan kalau dok gelak besaq ?

Bila dah bercerita tu maka gossip pun akan termasuk sekali dalam topik perbualan . Kalau dah bergossip tu tak sah la kalau tak buat dosa ... mana tak nya , sedap je dok mengata orang ni tak betul , orang tu tak betul ... padahal diri sendiri ni pun lebih banyak tak eloknya dari orang lain ... selalunya kita lupa , bila kita tuding satu jari ke orang lain , dalam masa yg sama 4 jari lagi tuding ke diri sendiri . eeeee... teruknya aku .... moga Allah merestui niat suci ni nak memperbaiki diri ke arah kebaikan .

Hari ni dah start meeting , tak suka la tinggalkan Akim awal di rumah pengasuh .. kesian ke dia ... Alhamdulillah semalam ok je dia di rumah pengasuh ... masa nak hantar je dia asyik sebut tak nak ... masa ayah ambik dia .. dia happy je . Lega skit . Sepanjang cuti sekolah akak tak hantar langsung dia ke rumah pengasuh ... takut dia mengamuk je tak nak pegi .

Wednesday, January 4, 2012

PANCIT ... itu baru satu hari


Hari pertama persekolahan .... satu perkataan yg paling sesuai utk hari ni ... PANCIT .... 7.15 sampai rumah .. tadi lepas magrib rasa macam tak boleh bangun ... letih sangat ... dan mata sangat mengantuk , hanya mampu baring2 sambil layan si kecik tu . Selama sebulan lebih duduk rumah makan tido ni la jadinya ... cuaca hari ni sgt panas .. asyikmeneguk air je .. esok nak kena bawak air lebih banyak lagi .. tak larat la nak membeli je kan ?

Hari pertama ...rasanya semua ok untuk hari ni .. akak mengajar sesi petang sehingga tamat semester 1 ... sesi petang ni yg buat akak pancit .. start dari subuh tak henti2 buat keja . Bukan nak cakap besaq tapi memang betul la utk hari ni ... hari2 mendatang tak tau la lagi macam mana .

Anak-anak dah pengsan dah .... pagi ke sekolah agama , tengahari pi sek kebangsaan ... lepas Magrib pi mengaji ... maunya tak pengsan . Apa nak buat hidup mesti diteruskan . Walaupun apa pun cabaran mendatang , harap kami dapat tempuhinya ..


Monday, January 2, 2012

Azam Tahun 2012


Mesti kena ada azam kan ? baru ada matlamat hidup .. kalau takde azam takkan ada perubahan , takde cabaran dan hidup pun tak happening .

1. Kurangkan bercakap .. tapi banyak buat keja .
Bab buat keja tu rasanya boleh kot tapi bab kurang bercakap ni masalah la skit sebab mulut jenis tak tau duduk diam .. nak pulak bila jumpa gang . Kita tengok la nanti lama mana boleh duduk diam .

2. Kuruskan badan
Bukan nak slim molim pun ... janji kurang la skit dari sekarang ni ... yang paling penting perut tu .. nak kena kempiskan . Bab badan besaq ni akak tak kisah sangat sebab akak tinggi tapi bila perut buncit pakai apa pun tak cantik .

3. Menjadi lebih baik dari sebelum ini .
Jadi insan yang yang lebih baik dari segala aspek .. sebagai hambanya , sebagai anak, sebagai isteri , ibu ,kakak , pekerja dan sahabat . Walaupun sesetengah role tu agak susah dan banyak dugaannya tapi akak akan cuba buat yg terbaik .

Itu je azam Cikgu Yanti bagi tahun ni .

Misi di hujung tahun .. pulun jangan tak pulun

Tak dak masa nak memikir untuk buat entry kerap2 ... banyak keja nak dibereskan ... hujung2 cuti ni banyak pulak idea nak buat itu ini ... time cuti panjang hari tak terfikir pulak .. makan tidoq je kerjanya .

Cuti tahun baru ni kami tak pi mana-mana pun .. abang misai just bawak anak-anak ronda2 dalam Pulapol ni je. Kami ada keluar tapi semua sebab nak beli barang2 sekolah . Pagi tadi pun pi kedai pak menakan ( Mdin ) sekali lagi .. ada lagi skit barang2 yg akak terlintas nak beli , juga untuk beli barang2 kak Una nak bawak balik asrama .

Malam ni punya misi , nak balut buku sekolah anak-anak ... esok pulak nak pulun iron baju sekolah depa dan baju mak depa sekali .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails