Sunday, February 19, 2012

Duduk diam-diam ... poket dah kering


Lambat sunguh nak gaji ... dah pokai ni ... time-time poket kering ni kena duduk diam la jawabnya . teringin nak buat itu ini .. teringin nak masak itu ini tapi takdak fulus nak membeli dan belah ... kalau nak memborong guna kad memang la boleh cuma nanti bulan depan sure ketaq tangan nak membayaq ... sila haribulan kena ikat perut sekali lagi .

Kesian anak balik dari asrama pun mak tak mampu nak masak special ... cuma masak biasa2 je . Itu la bahananya bila gaji terlampau awal .. ditambah pulak buat aktitiviti jalan-jalan makan angin tak kena pada masanya .

Aktiviti masak memasak agak limited di bulan Februari ni . Ditambah pulak dengan keja sekolah yang tak putus2 ... terus terang akak cakap akak memang agak stress . Keja dari Isnin hingga Jumaat ... mesyuarat dalam satu minggu kurang2 dua kali ... Rabu ada aktiviti kokurikulum ... Jumaat je boleh pegi lambat skit ... Sabtu ada kelas tambahan tahun 6 ... Ahad ke tutorial OUM . Bila di rumah kalau ikutkan hati nak rehat je ... nak tidoq puas2 ... hari minggu je boleh tidoq lebih skit ... hari sekolah jangan harap la . Selesai Subuh je dah mula buat keja ... sampai la malam . Itu belum masuk dikerjakan lagi :)

Minggu depan akak duty .. bakal double penat ... kalau mampu memang akak nak berhenti je keja . Duduk rumah jaga anak-anak ... boleh beramal ibadat ... lately nak mengaji pun tak terbuat ... tak larat , takdak masa .. itulah yang selalu jadi alasan .

* merungut pun tak guna ... cuma hati je lega sikit bila yang terbuku dalam hati diluahkan . nak baca tak nak baca terpulanglah ... nak nilai macam mana pun terpulanglah ... inikan blog kami .


2 comments:

DaiADellas said...

hanya yg mengalami mengetahui perasaan tersebut.. Sy pn sama!! :)

yantisa said...

bersabarlah DaiADellas selagi kita termampu . tugas tetap tugas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails