Tahniah my brother , Ahmad Jasni & SIL , Fatimah . Ahad lepas kami terima sorang lagi ahli baru dalam keluarga besar kami ... SIL akak selamat melahirkan anak ke 4 di Hospital Parit Buntar . Baby lelaki seberat 3 kilo ... namanya maybe Ahmad Isa ... akak sangat terharu sebab my brother pilih nama 'Isa' sempena nama arwah abah . Baby baru ni adalah cucu Tok Som yang ke 17 . Cucu lelaki ke 10 .. sorang je lagi cukup untuk satu team bola ... boleh bayangkanlah bagaimana gamatnya rumah Tok Som bila semua balik berkumpul .Tak sabar nak balik tengok . Buat masa ni umi baby Isa ni berpantang di rumah Tok Som sementara Tok Som masih belum berangkat ke tanah suci .
3 comments:
comelnya baby.... ^_^
tak lama lagi giliran Ustazah Hana pulak.
putih macam Mikhail.. kira spesel sbb nama abah .. Mat isa.. huhuuuhuuu
Post a Comment