Sunday, March 4, 2012

Sayang bini tinggal - tinggalkan

photo from google search - TQ

Dua hari tak masukkan entry baru ... mood ke laut sikit . Malas nak memikir & menulis , kalau boleh 24 jam nak menempek dengan abang misai . Pagi ni dia dah bertolak ke utara tanah air untuk tugas luar ... dan tugas kali ni agak lama , sehingga akhir Mac then sambung di Lembah Klang sehingga hujung bulan April .

Nak tak nak , rela tak rela , kena jugak lepaskan dia pergi ... walaupun dengan hati yang sangat berat . Itu dah tugas dia . Jumaat dan Sabtu dia tak keja , maybe minggu ni dia boleh balik kot untuk celebrate birthday bini kesayangan dia ni .

Bila abang misai takde ni , semua benda nak kena buat sendiri ... dari hantar anak ke sekolah agama hinggalah ke pegi buang sampah . Nak kena balik lambat selepas sekolah sebab kena tunggu Nisha balik dulu . Kalau ada meeting , semua anak kena pegi awal dengan akak dan Akim pun kena hantar awal ke pengasuh . Ahhhhhhhhhh stressnya nenekkkk .

Takpe ... kejap je tu .. pejam celik , pejam celik nanti abis la bulan Mac ni . Ada orang yang lagi tak bernasib baik macam kami , ditinggalkan hingga 2 bulan , nak pulak yang kena duty di Sabah , Sarawak , lagilah tak boleh balik .. at least duty abg misai bulan April ni di Lembah Klang so dia dah boleh bersama kami time tu .

* semoga segala urusan abang misai & rakan2 di sana dipermudahkan olehnya .


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails