Monday, April 30, 2012

Berkilat semula lantai kami ... tapi sampai lama mana ?

OPERASI BERSIH


Pagi tadi lepas breakfast , kami balik ke Parit Buntar setelah bermalam di rumah MIL. Hnatar anak-anak ke rumah tok Som , akak dan abang misai terus ke homestay kami . Maka bermula la operasi membersih rumah yang dah tak serupa rumah tu ... abang misai bersihkan kawasan luar , akak pulak bersihkan bahagian dalam .. penat jangan cakap la ... habis satu rumah akak sapu buang habuk .. then , mopkan sampai berkilat semula ... tapi tak tau la sampai bila akan terus bersih sebab keja2 renovation sebelah dapur tu masih belum siap sepenuhnya . Entah bila la depa nak siapkan . Buat keja tu biar la sampai habis ...bukannya banyak mana pun lagi .Selagi tak siap sepenuhnya , kami takkan bagi duit baki . Kalau bagi semuanya nanti depa tinggal macam tu je .

RAMBUT BARU


Petang tadi akak ke pekan Parit Buntar dengan adik bongsu akak ... pegi potong rambut sampai pendek terus . tak tahan la rambut panjang tiem2 cuaca panas ni ... akak tak kisah berambut pendek sebab rambut ni jenis yg cepat panjang . rasa ringgan sikit kepala ni .

Sunday, April 29, 2012

Sampai Jugak Kami Ke Kampung




BALIK JUGAK AKHIRNYA
Kami balik jugak ke kampung selepas subuh ( Ahad ) . sampai di Parit Buntaq jam 10.30 pagi . Alhamdulillah perjalanan lancar . Kami akan stay di kampung sampai Selasa . Itupun nak kena bahagi dua antara kampung sendiri dan kampung abang misai .

SEDIH TENGOK RUMAH
Sebelum ke rumah Tok Som , kami singgah dulu homestay kami tu ... sedih tengok keadaan rumah tu . Kami cukup jaga rumah tu , tapi sejak renovation ni , habis selerak dan penuh habuk .. bukan setakat di dapur yang di tambah tu , tapi sampai ruang tamu pun dah tak macam ruang tamu . Pekerja2 tu buat ruang tamu kami tu tempat berehat depa . Sedih tau ..mentang2 la tuan rumah takde .

BALIK KE ALMA
Hari ni kami tak cuci rumah lagi ... lepas jenguk Tok som kejap .. kami terus ke Alma . Abang misai ajak attend majlis pertunangan cousin dia . Kami bermalam di rumah MIL . Balik sana akak mati kutu sikit . Entah la , dah kawin hampir 16 tahun , tapi still kekok di rumah MIL .


Saturday, April 28, 2012

Punah Harapan Nak Balik Kampung

Banyak perkara yang berlaku hari ni .

BIRTHDAY ABG MISAI
Hari ni adalah birthday abang misai yang ke 42 ... takdenya celebrate bagai .. cukup setakat ucapan . Dia pun tak kisah .... dan dia tak suka akak membazir beli hadiah untuk dia ... saveeee duit akak .
Ucapan untuk suami tercinta : Ti doakan abang sentiasa dalam lindungannya , sihat selalu . Terima kasih atas kasih sayang yang abang bagi selama ini . I love you .

MERENTAS DESA
Boleh ke guna istilah ni dalam kawasan bandaraya KL ni ? tang mana la desanya tu ? Pagi tadi sekolah kami buat aktiviti merentas desa . Laluan kami selamat sebab budak2 masuk berlari dalam Kem Kementah (sebelah sekolah je ). Hari Isnin ni kami dapat cuti peristiwa , so kami akan bercuti hingga Selasa .. jangan jelessss . Horayyyyy

TAK JADI BALIK KAMPUNG
Horray apa kebendanya ? ... plan asal yg dah kami rancang sejak 2 minggu lepas iaitu balik kampung punah ranah .... abang misai masih lagi bercuti hingga 1 Mei , tapi dek kerana BERSIH tu , dia kena bertugas semula . Tension siot ... akak bukan marah abg misai kena duty .. itu dah keja dia . Meluat benda lain ... malas nak cerita kat sini .

MELAWAT KAK UNA
Malam ni abang misai duty semula , so petang tadi kami pi tengok kak Una kat asrama kejap . Minggu depan baru kakak boleh balik rumah . Kakak betul2 independent ... dia suka duduk hostel . Hati kental tak macam mak yang cengeng ni .

Malam ni kami duduk melepak depan tv je la jawabnya ... kalau tak kerana bersih tu , sekarang ni maybe kami tengah sibuk bersihkan homestay kami di kampung yang baru selesai di-renovate tu . geram...geram .. sabor je la .




Thursday, April 26, 2012

" Mak jangan lupa tau pujuk ayah .... "

" Mak , tolong la pujuk ayah datang jenguk kakak dulu sebelum balik kampung . hari Sabtu ni kan birthday ayah .. kakak nak bagi kad " . Sebak dengar luahan hati anak sulungku itu . Sabtu ni selepas selesai aktiviti merentas desa di sekolah , kami akan balik kampung hingga ke hari Selasa . Yang tak bestnya kak Una tak boleh join sekali . Sekolah dia tak cuti hari Isnin minggu depan .


Kak Una jangan risau , mak dah berjaya pujuk ayah untuk singgah jenguk kakak on the way kami nak balik kampung nanti . Nanti kami belikan KFC untuk kakak .

Mak nak balik tengok macam mana la rupanya wet kitchen kita tu .

Kesian pulak nak tinggal sorang anak di KL sedangkan kami semua balik kampung .


Obes tahap gaban


Sejak dua menjak ni selalu sangat sakit kepala .... boleh dikatakan tiap2 hari , kadang2 sederhana dan ada harinya sakit sangat .. belum pasti la apa puncanya .. adakah sebab stress ? Semalam akak ada pegi buat pemeriksaan kesihatan percuma di klinik pulapol ni .

So far semuanya ok .. dari tekanan darah , tahap kolestrol hinggalah ke glukos dalam badan . Tapi yang tak oknya tahap obes ni la . Berat sekarang ni dah cecah 91kg dgn BMI 33.8 . Nak kena diet la jawabnya . Tapi masalahnya bila nak start ?

Alasan .. alasan


Terima kasih pengunjung setia blog kami

Terima kasih masih ada yang sudi jenguk sini walaupun akak kurang update sikit lately . Blog ni pun takde la popular , tapi terharu jugak la bila tengok ada yg sudi singgah sini . Akak ketandusan idea la  ..... balik2 tulis pasal stress ... nanti orang cop akak ni cikgu moeroyan la pulak . Lebih baik akak cerita tentang anak-anak , lagi happening dari cerita2 meroyan yang tak kesudahan tu . Hidup tetap diteruskan walaupun jiwa kacau . Sekarang ni akak tengah cuba fikirkan +tive walaupun bebanan yg akak tanggung tu selalu menggangu prestasi kerja dan membuatkan akak penat tahap gaban .


2 hari tak masuk kelas , ada urusan kat luar . Hari ni pasti penat semula ... tak pa lah , nak buat macam mana , dah tugas . Ramai lagi yang senasib , depa pun sama penat , sama stress macam akak . 

Abang misai masih bercuti sampai 1 Mei ... sangat lega bila dia ada kat rumah . Kerja-kerja membasuh dia ambik alih ... bukan setakat kain baju , habis semua selimut dan toto dibasuhnya .. Thanks sayang . Really appreciate it . 


Sabtu ni kami nak balik kampung for 4 days .... tak sabar nak balik . Rindu pada segala-galanya di kampung sana . Balik nak mengemas rumah kami ... sure banyak habuk punya . Tak sabar nak memasak di wet kitchen yang baru . 

Ok .. stop sini dulu ... nak sambung buat keja . Jangan lupa datang lagi ya. 





Tuesday, April 24, 2012

Perasaan yang sama


Sehari dua ni banyak perkara nak dibereskan , tu yang buat mood utk update blog pun merudum sikit . Otak jadi buntu apa nak ditulis . Hari ni akak ke pegi taklimat di PKG dari pagi ... balik dari situ terus balik rumah . Sekali sekala keluar dari sekolah bagus jugak .. dapat hilangkan stress , walaupun tempat yang akak pegi tu hanya sebelah sekolah kami je .

Esok sekali lagi akak kena keluar budak ke Pertandingan ePPDa sebagai guru pengiring . Kesian jugak dengan budak2 yang kena tinggal kat sekolah tu , tapi akak kena kesian ke diri sendiri jugak . Lately akak terlalu stress di sekolah , tu yang akak menunggu je peluang utk keluar . Boleh ke macam tu ?

Tak sabar nak balik kampung Sabtu nanti .. rindu dengan emak...rindu dengan rumah kami .

Sunday, April 22, 2012

Sekali - sekala Berdua Lebih Baik

photo from google search .. TQ

a friend in need is a friend indeed 

Sometimes , we need to be alone , just the two of us ... lari dari kebisingan suara anak-anak . Lari sekejap dari masalah yang membelenggu diri . Selapas anak-anak tido , kami keluar ke kedai mamak . Plannya nak merempit je , tapi tangan dia luka la pulak , dia tak boleh nak drive .. so akak terpaksa la jadi driver .

Bila dah keluar berdua tu , rasa macam zaman bercinta la pulak .. cuma kali ni bila borak2 , ceritanya lebih kepada anak-anak dan kerja . Sangat bersyukur sebab abang misai pun takde banyak songgeh bila akak ajak keluar berdua ... kita kena keluar dating sekali sekala abang . Dapat seminggu or 2 minggu sekali pun ok la .

Hargai apa yang kita ada sekarang kerana kita tak tahu apa yg bakal berlaku in future .

Saturday, April 21, 2012

Perlukan sedikit masa untuk berdua


Salam hari Sabtu ...baru sehari tak menulis , rasa sungguh lama ... masuk nak buat entry , rupanya blogspot dah bertukar skit setting dia ... suka jugak .. rasa lebih user friendly .  Hari ni kami ada sekolah ganti , kami ke sesi pagi ..hanya untuk hari ni je .. balik sekolah tadi akak pulun zzzzzzzz sampai pukul 5 ... bangun dah pening lalat . Malam ni boleh la berjaga marking kertas periksa budak2 sambil layan crite Korea .

Abang misai pun dah start bercuti panjang ... akak tumpang happy .. mana taknya , tok laki ada kat rumah , boleh tolong itu ini , so tak ler akak penat sangat . Ibu pengasuh Akim pun dah balik kampung ... dia menunggu hari je nak bersalin . Buat masa ni abg misai la jadi pengasuh Akim time kami ke sekolah . Awal bulan depan kami htr Akim ke rumah jiran yg lain utk 2 bulan sementara ibu pengasuh Akim habis pantang .

Walaupun keja sekolah banyak dah mood akak ni sedikit ke laut , akak cuba pujuk hati untuk bersabar demi anak orang , demi tanggungjawab yg akak tak boleh ikut mood . 

* utk kembalikan mood , malam ni akak nak dating berdua dengan abg misai . My Mr.Mood.

Friday, April 20, 2012

Sekolah kami dilanda ribut

Minggu ni hampir tiap - tiap hari hujan ... selalunya hujan lebat ni sebelah petang . Kami yang sekolah sesi petang ni terkena la tempias hujan lebat .Selasa lepas lebatnya lain macam skit , sekali dengan ribut ... berlakunya kejap je tapi tengok la kesannya . Banyak pokok tumbang dalam dan luar kawasan sekolah .

Time hujan lebat ni akak takde kelas , akak ada di bilik guru , memang rasa gerun tengok angin yg cukup kuat bergulung2 ... cukup ajaib bila ustaz dan students azan dalam dan luar kelas , terus berhenti angin kuat tu .. akak nampak sendiri , macam dibrek . Subhanallah .

Dalam kedaaan hujan lebat memang kami tak benarkan students keluar kelas ... ada yg siap duduk bawah meja . Syukur takde sorang pun warga sekolah yg tercedera , Alhamdulillah jugak takde sebuah pun kereta or motor cikgu yang dihempap pokok .

Kedaan di padang yang paling teruk ... ada pokok yg terbelah .. ada yg sampai tercabut akar .

Nasib baik takde yang parking sini on that day.

Gambar2 ... credit to Cikgu Haiyazi

Itu ini dia nak cuba ... poning omak

Dia semakin lasak
Dia semakin cerdik
Dia semakin ligat meng-explore
Dia makin membuatkan mak naik angin

Akim oi ! ... lipstik tu untuk orang pompuan je ..
jangan nak jadi gegirl la pulak
habis patah lipstik mak

eeeeeeeee geramnya mak

Thursday, April 19, 2012

Stress ...


Sangat stress
Kepala pun dah berdenyut
tak tau kepada siapa nak bercerita
apa yang membelenggu dalam diri
diluah mati emak , ditelan mati bapak
tensionnnnnnnnnnnnnnnn
nangis je yang aku mampu

bertahan selagi boleh ...
benci dengan perasaan ni
betul2 menganggu prestasi kerja

* p/s ... takde kaitan dgn rumahtangga ye ... kami baik2 aje

Mak Akim sangat sibuk ...


Mak Akim tengah stress , mak Akim tengah banyak keja ....
Akim tak boleh buat sepah , nanti mak mengamuk
Akim kena duduk diam2 tengok tv , baru mak senang hati


Kesian mak Akim .

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday : Akim

Dia yang hensem

dia yang manis

dia yang mengada

dia yang manja

dia yang cute

dia yang kepoh

Cikgu Transformer

gambar takde kaitan lagi

Masih lagi sibuk , ditambah mood yang agak merudum sehari 2 ni ... honestly , akak rasa sangat penat sejak kena ambik tugas mengajar tahun 1 ... ada hari tertentu , akak masuk kelas tahun 6A .. lepas keluar kelas tu , masuk tahun 1 ... bayangkan la macam mana akak terpaksa transform dari cikgu yg tegas ke level cikgu tadika ... stressnya nenekkkkk . Tak berani nak mengadu ke pentadbir ... nak dicop manja la pulak .. bagi tugas lebih skit pun tak boleh ..

Bukannya tak boleh buat ... dapat jadual yg padat pun akak tak kisah cuma nak mengajar dua alam ni memang sangat menduga kesabaran akak . Kalau jadual padat tapi level yang sama ok lagi ... harap2 depa memahami keadaan akak ... kalau akak pegi klinik check darah tinggi ni , sure join the club punya .

Ya Allah ... permudahkanlah segala urusanku . Kuatkanlah semangatku .

Tuesday, April 17, 2012

Baru balik hantar anak berdua tu ke sekolah agama ... tahun ni depa banyak naik keta dari naik basikal ... mak dulu pi sekolah jalan kaki je ... kadang2 naik basikal jugak . Senang sungguh compare dengan hampa .

Pagi ni banyak kerja menunggu .. sempat ka nak buat semua . Tak sabar nak tunggu cuti sekolah .. bukak sekolah semester 2 nanti giliran kami ke sesi pagi pulak ... tak suka sesi petang ni , tak cukup masa untuk rehat .

Tinggal lagi 2 hari abang misai duty kat luar ... then , balik ke asal ... senang skit bila di ada dlm kawasan ... boleh la tolong ringankan tugas bini dia ni .

Ok stop sini dulu ... tak boleh nak bercerita panjang2 ... nak start enjin buat keja .

Dah hampir 2 kali ganda berat sepatutnya

dulu sekeping je , sekarang ?

Risau sangat dengan satu perkara ..
Risau tentang apa pulak ni ?

AKAK DAH SEMAKIN MONTEL

Risau tentang berat badan yang semakin hari semakin naik
nafsu makan semakin hari semakin menjadi-jadi
mengalahkan orang somalia yang tak makan sebulan
asyik rasa lapaq je ...

tengok tu teringin
tengok ni teringin
makan pulak bukannya sikit
memang betul nak cari penyakit

Dah check BMI baru2 ni
Now dah Obes Tahap 2
berat sekarang ni dah jauh ke depan
jauh dari berat mengandungkan baby Akim 9 bulan dulu
memang nak kena buat something
kena mulakan dengan kurangkan makan
kurangkan ambik makanan manis

Banyak alasan boleh bagi .. banyak halangan nak diet ni
hari2 kena buat makan utk orang dalam rumah ni
mana tahan kalau join makan sekali

Pakai apa pun dah tak nampak cantik
montel je mengalahkan ikan buntal
kalau jalan dengan abg misai
nampak sangat akak ni 2 kali ganda saiz dia.

Bila nak start ni ?

Monday, April 16, 2012

Semua benda adalah mainan bagi dia


Ni la yang buat akak risau sangat nak tinggalkan Akim kat rumah ... dia suka memunggah ... semalam dia punggah pencil case mak dia yang ada macam2 mak nenek dalam tu ... tengok la benda apa yang dia pegang tu ... ni time kami nampak , kalau takdak depan mata , boleh bayangkan apa pulak yang budak kecik ni nak buat .

Budak kecik macam ni mana tau bahaya ... belum cukup akai orang cakap ... semua benda dia ingat mainan . Benda yang kami sorok pun dia boleh jumpa , inikan pula yang dok depan mata . Minta dijauhkan perkara2 buruk jadi pada anak-anak .

Kena alert sepanjang masa ... menyesal dulu pendapatan.



Menyambung hobi lama .... blog akan kembali bergambar

posing budget comei

Dah lama tinggalkan hobi yang satu ni .... teringin sangat nak buat outdoor photo shoot tapi masa asyik jadi penghalang ... weekend pun penuh dengan aktiviti ... tunggu lepas habis masuk rumah baru nanti , boleh la kot bergambar kat luar . Semalam hero sulung kami pulak jadi model tak berbayaq ... boring jugak kan asyik tengok gambar budak Akim je kan ? yang anak dara 3 orang tu ... dah jarang bergambar . Depa dah besaq , kena pakai tudung bila nak berposing .. tu yang malas skit depa nak enteprem .

posing ala mat bunga

superhero tak boleh blah

posing mat rama-rama la pulak

masih banyak nak kena improve ... akak ambik gambaq ni just as hobby . So memang la tak setanding gambar2 photographer pro yang hebat2 tu.

Skema itu membosankan ...

Baru selesai basuh kain & iron baju sekolah anak-anak ... sekarang ni adalah landing time ... landing pun kalau mata tak ngantuk tak guna jugak ... kejap lagi nak layan crite korea ... dah tak tau nak tengok crite apa sebab semua drama yang best2 akak dah tengok ... kalau tak dak jugak , akak layan semula crite2 yg menusuk jiwa tu .

Sebenaqnya ada lagi keja sekolah yang menunggu tapi mood pulak tak nak bagi sokongan malam ni ... esok pagi la sambung .. asyik buat keja sekolah je pun boring jugak .. akak perlukan something yang boleh buat akak ceria walaupun keja banyak . Sebab tu akak nak sambung balik hobi2 lama yg boleh tolong hilangkan stress .

Sebut tentang stress ni ... memang kebanyakkan kita tak boleh lari dari kena tekanan hidup .. sama ada di rumah , mahupun di tempat keja .. akak sendiri pun kadang kala tewas dek tekanan . Tu yang kadang kala meroyan semacam je .

Daily routine dah tak se-happening dulu .. I need to something about it ... keadaan di tempat keja sikit sebanyak pengaruhi mood akak ... dah rasa tak bebas nak buat keja ... terikat dengan sesuatu yang 'skema' yang membataskan akak nak buat itu ini . Maybe akak perlu berubah angin untuk mencari pengalaman yang baru ... berada terlalu lama di satu2 tempat pun tak memberi peluang utk akak berkembang .... yang pasti bentuk badan tu memang dok mengembang saban tahun .. nak kata happy tak jugak . Lagi stress lagi banyak makan .


* tak dapat bayangkan hidup dengan orang yg skema ... macam mana ya rasanya ?

Sambung hobi lama .. anak-anak sila bersedia utk jadi model tak berbayar

posing budget comei

Dah lama tinggalkan hobi yang satu ni .... teringin sangat nak buat outdoor photo shoot tapi masa asyik jadi penghalang ... weekend pun penuh dengan aktiviti ... tunggu lepas habis masuk rumah baru nanti , boleh la kot bergambar kat luar . Semalam hero sulung kami pulak jadi model tak berbayaq ... boring jugak kan asyik tengok gambar budak Akim je kan ? yang anak dara 3 orang tu ... dah jarang bergambar . Depa dah besaq , kena pakai tudung bila nak berposing .. tu yang malas skit depa nak enteprem .

posing ala mat bunga

superhero tak boleh blah

posing mat rama-rama la pulak

masih banyak nak kena improve ... akak ambik gambaq ni just as hobby . So memang la tak setanding gambar2 photographer pro yang hebat2 tu.

Hati seorang ibu .... antara kasih dan tanggungjawab

Pagi tadi akak ke Hotel Flamingo , Ampang ... ada majlis Anugerah Cemerlang UPSR , PMR dan SPM bagi pelajar2 cemerlang tahun 2011 Parlimen Setiawangsa ... tahun ini akak pergi sebagai AJK ... tahun lepas akak hadir bersama abg misai as parents meraikan kejayaan kak Una .

Nak pergi dan tak nak pegi sama banyak je ... wajib hadir sebab tugas ... tapi hati berat nak tinggalkan anak-anak di rumah , terutamanya si kecik tu ... lately , dia suka explore macam-macam ... semua benda Akim nak tiru buat ... akak risau je sepanjang berada di hotel tadi . Abang misai duty hari ni .. dia suruh akak bawak sekali budak Akim tu .. kalau bawak budak kecik tu tak jadi keja la jawabnya . Ibu pengasuh Akim pulak sarat mengandung , tunggu hari je ... tak sampai hati nak hantar Akim ke rumah dia di hujung minggu ni .. Nak tak nak terpaksa tinggalkan Akim dengan Nisha .. tawakkal je tadi dan doa supaya semuanya selamat . Tiap2 jam akak call ke rumah tanyakan anak-anak .

Penuh dewan dengan students dan parents ... masing2 ceria dan bangga dengan kejayaan anak-anak ... akak dah laluinya tahun lepas .. ibu mana tak bangga kalau anak berjaya dalam akademik . Kembang setaman you !

Pelajar cemerlang dari sekolah kami ... semoga korang terus berjaya dalam hidup .

tersentuh hati seorang ibu melihatkan ketabahan ibu yang lain ... ex-student kami yg sorang ni anak yatim ... ibunya sanggup bersusah payah naik teksi datang ke majlis pagi tadi bersama adik OKUnya . Teacher doakan Faezah terus berjaya dan dapat membantu ibu in future .

Sunday, April 15, 2012

Macam - macam jenis topeng haiwan terhasil di dewan .

Bulan April adalah bulan Kreativiti bagi sekolah kami .... akak selaku Ketua Panitia PSV jadi penyelaras bagi tahun ni . Alhamdulillah aktviti2 bulan kreativiti bagi aliran dah selesai dijalankan semasa p&p DSV dan PSV ... minggu lepas kami buat aktiviti kemuncak di dewan .. semua murid terlibat .


Aktiviti kemuncak tahun ini ialah menghasilkan topeng tema haiwan . Macam - macam binatang boleh dilihat selepas aktiviti selesai. Nanti ada masa akak tepek kat sini hasil kreativiti murid2 yang menang .


Mengemas , membungkus , membuang dan segala macam me-

Buat masa ini rumah kami tersangat la tak kemas ... barang2 pun dah banyak dipacking untuk pindah masuk ke rumah baru ... ada dalam storage box , ada dalam kotak dan kain baju kebanyakkannya kami bungkus dalam plastik hitam je .

Buku2 yang masih nak diguna kami ikat je ... tak kuasa nak masuk kotak dah ... nanti nak pindah kena pinjam keta sorong la jawabnya .

Nanti penat pulak nak menyusun semula di rumah sana.

Anak-anak pun dikerah kosongkan meja masing2 . Esok petang keja mengemas akan bersambung semula .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails