Monday, July 30, 2012

Hati yang panas tadi dah sejuk semula.

Tak sampai sejam merungut menahan geram sebab PC screen besar tu masih tak berfungsi ... tup tup kejap tadi orang tu mai hantaq CPU kami tu ... sebelum tu akak dah minta abang misai call dia bagitau akak nak guna sgt2 PC tu . 

Alhamdulillah boleh la siapkan keja2 dengan lebih selesa . Syukur jugak segala yang disimpan dalam drive D tu masih boleh diselamatkan . 

OK ... chow dulu ... hati yang marah tadi dah sejuk ... tak sampai hati pulak akak nak marah orang tu tadi . Kalau lah dia hantar lebih awal kan baik ... takde akak stress angkara PC ni .

Apa yang dia repair sampai sebulan tu ? geram tahap gaban dah ni ...

photo from google search ..TQ

Dah tak tahan mengadap laptop screen kecik ni ... dah dekat sebulan hantar PC pada jiran yang duduk di blok yang sama ni ... sebelum ni tak pernah macam ni ... jiran kami di blok lama dulu repair kejap je .. tak sampai pun dua hari . Hanya utk tukar hard disk takkan sampai ambik masa sebulan ...  Sebelum ni akak boleh bersabar lagi ... sekarang ni dah membuak2 rasa geramnya ... banyak kerja tak boleh nak siap dengan cepat ... vision mata akak ni makin teruk ... sangat2 mengharapkan PC screen besar tu .

Dah berkali2 abang misai call tanya .. asyik berdalih je orang tu ... duit RM200 abg misai dah bagi utk tukar hard disk tu ... sorry la .. this is the first & the last time hantar ke dia . Esok kalau dia tak hantar jugak CPU kami tu ... nak paksa abg misai pi ambik balik CPU tu dan mintak duit tu semula . KESABARAN PUN ADA HADNYA.

Thursday, July 26, 2012

Rutin yang sama .... busy .. busy .. busy


Assalamualaikum semua ..

Hari ni agak busy ... seperti biasa , kerja sekolah dok beratoq menunggu . Begini la nasib seorang cikgu , yang pada zahirnya keja nampak sangat senang ... pergi sekolah pagi , balik tengahari ... cuti banyak ... tapi banyak yg tak tau kami ni banyak work from home . Orang lain balik rumah boleh rehat , kami pulak balik rumah bawak sekali pengkeranian sekolah . Akak ni kira ok la jugak sebab celik IT ... kawan akak yang nak guna komputer pun masih merangkak2 , depa tu ada yg tidoq pukul 2/3 pagi . 

Itu cerita bab kerja ... dah lama tak cerita tentang anak-anak . Kaki Akim dah makin pulih dan dia dah start jalan semula semalam ... kalau tak sebelum dia dok merangkak satu rumah , kesian tengok .. macam baby tua la pulak . Anak-anak berpuasa pun so far tak de masalah besaq cuma Ahmad Haikal Ali tu kalau balik sekolah sibuk dok bodek mak dia bagi green light dia minum sikit . Sorry ya sayang ... dah masuk Darjah 2 ni kena la belajar puasa penuh ... Haikal sahur pun lewat , pukul 6.15 dia bangun ... takpe la .. lagipun dia baru nak belajar berpuasa penuh . 

Anak2 dara dua orang tu takde masalah ... minggu ni Kak Una tak boleh balik rumah ... Sabtu nanti nak kena pi melawat dia di asrama dan bawak bekal utk berbuka . Next week dia ada exam ... better pun dia tak balik . kalau balik asyik mengadap drama Korea je keja dia .

TAK SABAR NAK TUNGGU HARI SABTU .... nak pi shopping ... nak menghabiskan saki baki air dalam tempayan sebab semalam dah diumumkan hujan renyai-renyai akan turun 9hb Ogos nanti . Kalau la hujan lebat yang turun kan best ... penuh semula la tempayan kami tu .



Wednesday, July 25, 2012

Assignment datang lagi ... selepas habis belajar.

picture from google search ..TQ

Baru je nak merasa terlepas dari bebanan assignment ... tup2 dipaksa pulak buat kajian inovasi .. dah la takde taklimat ... macam takde keja lain nak dibuat ... boleh kalau nak buat .. belasah je la . Tak suka la bila dipaksa2 ni ... kerja kalau ikhlas akan membuahkan hasil yang terbaik . Kerja dalam keadaan stress tak dapat apa ... dapat penat dan dosa marah2 je .

UPSR dah makin dekat ... bukan budak yang berdebar lebih ... cikgu2 yang over takutnya . Tak dapat nak bagi full attention pada diaorang sebab banyak sgt keja lain yg mengganggu .... bila dah banyak keja , cikgu pun cepat pancit . Tu belum campur stress .

Merungut pun takde orang yang faham or saja buat2 tak faham ... hanya mereka2 yang dalam kelompok sama je yg akan faham . Siapa la kami untuk membantah .... tapi bila dipendam tak diluah bahaya jugak. Sekali gunung berapi meletup habis semua kena tempias panasnya .

Projek menjahit langsir lagi

Setelah terbengkalai selama a few weeks , projek menjahit disambung semula ... jahit bodo-bodo je . Semalam dah siapkan 1 tingkap ... petang nanti cadangnya nak jahit habis semua langsir tu .. tapi kena tengok keadaan dulu bah ... kalau mata tak beri kerjasama susah jugak .


Inilah kain langsir yang akak beli tu ... tapi akak jahit simple je tanpa button . Akak beli sheer curtain tu dengan harga RM10 semeter . Dapat discount harga tu as Moon Blog reader . Abang misai tak kata apa2 sebab curtain yang sedia ada tu kurang berseri . Curtain tu kami pasang di blik anak . Abg misai suruh akak pasang curtain baru ni dekat nak raya nanti tapi bini dia ni dah tak sabar , lama lagi nak menunggu raya .

nanti dah siap , akak ambik gambar dan tepek kat sini .



Tuesday, July 24, 2012

DIA yang lebih mengetahui ...


Salam semua ... mood berblogging agak merudum ... keja banyak dok beratoq untuk dibereskan ... sepatutnya bila dah abis belajaq ni , masa lapang tu lebih banyak la .. ni tak .. rasa makin kalut ada la ... malas nak mengomel panjang ... diam aje la selagi termampu . Lagipun sekarang ni bulan puasa ... mengumpat lebih karang , makin susut pahala puasa . 

Masa Akim duduk wad minggu lepas kami dapat kenalan baru ... pesakit katil sebelah kami ... adik Aida warded sebab masalah lenguh2 dan sakit2 di kedua belah kaki dia .. dah hampir sebulan dia kena tahan wad . Last Friday result keputusan ujian yg dibuat keluar .. Aida mengidap Limfoma , sejenis penyakit cancer ... akak dapat bayangkan betapa sedihnya perasaan parents adik Aida ni ... diaorang dah tak ceria sejak dapat berita tu ... akak pun sebak jugak . Akak tak dapat bayangkan kalaulah kami di tempat diaorang . Adakah kami mampu menanggung dugaan yang berat tu .
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya .

Setiap yang berlaku adalah ketentuannya ... moga adik Aida akan cepat sembuh , moga Aida kuat dalam melawan penyakit ni ... moga mama dan babah Aida juga kuat semangat dan tak mudah putus asa . Doa kami sentiasa bersama Aida . 



Monday, July 23, 2012

Kami menyepi sebab Akim sakit kaki.


Assalamualaikum semua .... dah lebih seminggu kami menyepi ... semuanya kerana ini lah ... budak comei ni  ditimpa kemalangan ... semuanya bermula pagi Ahad lepas ... akak minta yasmeen ke kedai yang terletak di blok tempat kami tinggal dulu ... jaraknya hanya selang beberapa blok ... Akim nak ikut ... selalunya akak memang benarkan Meen bawak adik sebab akak tau dia bawak adik jalan kaki je .. tapi benda dah nak jadi kan ? kali ni dia bawak Akim naik basikal ... memang selama ni akak tak pernah benarkan dia bawak adik naik basikal .. budak kecik tu mana cerdik lagi ... mana dia tau nak jaga kaki bila duduk atas seat belakang tu . 


Bila dah kaki masuk dalam rim basikal .... maka luka la jawabnya .. dan luka di buku lali tu dalam sampai nampak tulang dan bila x-ray ada pasir pulak dalam tu ... maka kaki akim terpaksa dibedah untuk dibersihkan dan dijahit ... dan dengan sebab tu jugak la mak Akim pun kena temankan Akim di hospital selama seminggu untuk habiskan antibitik .

tangan akim kena cucuk juga nak masukkan antibiotik

Hidup mak Akim agak huru hara seminggu lepas .. penat jangan cakap la ... ulang alik balik rumah juga .. kemas rumah ... then bergegas ke hospital semula .. bergilir-gilir jaga Akim dengan abang misai .


Alhamdulillah kaki Akim dah makin baik ... kami pun dah discharge dari hospital semalam . Buat masa ni Akim tak dihantar ke pengasuh . Kakak Nisha jaga dia kat rumah ... susah juga sebab budak kecik ni masih tak nak jalan ... masih terasa sakit kot . Ayah Akim pun sempat balik rumah bagi mandi Akim .

Boring kan Akim kita duduk hospital . Asyik makan tido je .

Sekali sekala mak bawak Akim ke depan main mainan .


Anak manja mak yang sgt baik semasa 7 hari kami di wad KK7 Pedaitrik HKL . Dia hanya nangis time nurse cucuk antibiotik ... sakit la tu . Ayah Akim tak benarkan akak tulis tentang kemalangan Akim ni ... dia takut family dia kat kampung tu risau , diaorang tu cepat panik ... tapi akak perlu menulis juga di sini sebab ini sebahagian dari rencah kehidupan kami .. sebagai pengajaran buat kami dan mereka di luar sana ... Akak cuma mampu berdoa agar seluruh ahli keluarga kami terpelihara dari segala kejadian yang tak diingini dan sihat selalu . Ibubapa mana yang tak risau bila anak-anak sakit ?

 Accident do happen .. so kena beringat selalu . Moga kami sentiasa dalam lindunganNYA.

Saturday, July 21, 2012

Menyepi ada makna .

Salam Ramadhan , selamat menjalankan ibadah puasa buat semua kawan-kawan ... sorry la kami menyepi dalam minggu ni . Akak tak lekat di rumah , balik pun kejap2 je .. bukan atas urusan kerja cuma ada emergency sikit  ... nanti bila semua dah ok akak storykan di sini ... buat masa ni abg misai tak nak akak ceritakan di blog or fb . Akak hanya menurut perintah ... rasa tersiksa la pulak bila perkara yang tak sepatutnya dirahsiakan terpaksa dipendam .

Monday, July 16, 2012

Alahai anak emak .

salam semua ,

Tak dapat nak duduk lama2 depan lappy . Ada hal emergency . Anak-anak perlu diutamakan dulu . Cuma tak dapat bercerita panjang di sini . Orang tu tak nak semua orang kecoh nanti . So biar kami  - kami je yang tahu. Akan kembali berblogging jika keadaan mengizinkan .

Sunday, July 15, 2012

Jemput Singgah ke Butik Tudung Q'Ta

Alhamdulillah kedai tudung kami dah beroperasi . 

Butik Tudung Q'Ta 

Jemput la jenguk ke situ , mana tau ada yang berkenan di hati . Semalam akak pegi ambik stok baru dengan adik ... Malangnya tudung Lutfiyah saiz XXL dah takde stok , laku macam pisang panas . So akak minta maaf banyak2 buat yang tanyakan tudung tersebut . Kalau ada stok next time akak akan inform dulu kawan2 yang dah tanya sebelum ni .

Hari ni bakal busy nak upload gambar-gambar tudung ... Keja rumah kena settlekan awal-awal . nak melawat kak Una jugak ... penat..penat . PC belum dapat balik lagi ... lamanya orang tu repair . tension tau sebab banyak kerja sekolah akak terbengkalai . Laptop kecik yang ada ni bukannya boleh buat keja berat .

Semoga segala urusan dipermudahkan olehnya .

Thursday, July 12, 2012

tayang dulu ... InsyaAllah minggu depan kami bukak kedai

tudung Lutfiyah yang dah dirembat dulu oleh akak . boleh dilaraskan labuhnya dengan tarik ke belakang .

Salam semua .... agak busy hari ni .. suka tengok comment yang masuk tentang tudung yang bakal kami jual online . Tak sangka ada permintaan . Cuma masalahnya sekarang akak masih pakai broadband yang murah so korang boleh bayangkanlah betapa azabnya nak bertenet .. dah berbuih minta tolong abang misai pi register streamyx .. so petang tadi akak gagahkan jugak pi TM centre . Dah apply cuma tunggu depa mai pasang je lagi . Nak pasang unifi tak boleh lagi di blok baru ni so akak ambik streamyx package yg paling mahal tu .. puas la mengadap crita Korea nanti ... sejak pindah sini langsung tak boleh tengok movie ke , drama korea ka ...youtube ka .. nak loading ke fb pun hazab pun slow . bukan tak boleh upgrade ke package broadband yg lebih laju cuma bila memikirkan nak pasang streamyx , tu yang terbantut segala2nya.

Berbalik ke cerita kedai tudung kami .... akak ni bukan tokei kedainya .. adik akak yang tuan punya kedai online ni .. akak cuma tolong dia cari customers ...  dia agak busy dengan keja dan anak2 so akak la yg akan tolong manage blog dan fb tudung online yang akan kami lancar nanti . 

Dok memerah otak memikirkan nama yang sesuai untuk kedai kami tu ... harap kawan-kawan dapat bersabar . Sedikit masa lagi kami akan uploadkan stok tudung Nur Kasih untuk dilaramkan masa raya nanti . InsyaAllah . nanti akak pujuk tokei kedai buat special promotion for hari raya . 

Wednesday, July 11, 2012

Jual tudung online . Ada yang minat dengan Tudung Nur kasih ni ke ?

Tudung Nur Kasih ( Lutfiyah )

Assalamualaikum ustazah ... ops silap , Good Morning teacher ... teacher korang dah bertukar jadi ustazah la pulak . Alhamdulillah perubahan ke arah yang lebih baik kan? ... dulu pernah pakai tudung labuh tapi kejap ke sebab time tu belum sampai seru kot ... dan time tu pakai sebab abg misai yg paksa ... sekarang ni pakai sebab rasa malu dan faham lebih sikit . Wajib tutup dada tu ..walaupun masih tak berubah sepenuhnya , at least dimulakan dengan tudung dulu . Kalau dulu saiz S pun sanggup pakai sekarang ni dah tukar ke saiz XL dan XXL . Still boleh berfashion walaupun tudungnya lebih labuh dari sebelum ni . Abang misai pun nampaknya tak kata2 apa-apa bila akak borong tudung saiz besar banyak helai  .. setuju la tu .

Tudung Nur Kasih ( Sumayya )

Adik akak berjinak2 jual tudung Nur kasih yang akak pakai ni ... Ada beberapa helai lagi tudung saiz XL dan XXL . Kalau ada yang berminat .. jangan segan-segan e-mail ke akak untuk best price . yantiskpt2@yahoo.com . Sabtu ni kami nak pi ambik stock baru ... nanti akak publish kat sini .

Monday, July 9, 2012

Tergoda , Terbeli ..... langsir baru untuk raya .

me & Moon @ Globe

Hujung minggu ni memang sangat pack . Dari kelas tambahan hinggalah aktiviti senggang dengan emak dan adik beradik yang datang bertandang ke rumah . Semalam akak dan adik ke Jalan TAR memborong tudung . Sempat jugak singgah ke Globe temankan adik akak tempah langsir untuk rumah baru dia .


Bila dah berada di situ ,mata pun terpandang la satu set curtain ni ... maka hati pun tergoda dan akhirnya terbeli lah jugak ... tambah pulak dapat harga special sebab akak mentioned yang akak ni follower blog Moon. Memang harga berbaloi la ... di tingkat 5 ni banyak pilihan . Rasa macam nak pegi lagi la untuk beli curtain bilik anak..

p/s : sila jengah blog Moon untuk tengok promosi curtain ni .

Wednesday, July 4, 2012

Diam


Salam Nisfu Sya'ban. malam yang penuh barakah ... sedih sebab tak dapat buat amalan sunat sebab akak tengah bercuti ( bendera merah ) . 

Perasaan agak berkecamuk sekarang ... ditambah pulak dengan sakit gigi geraham berlubang yang dah berdenyut sampai ke telinga so tindakan terbaik adalah diam dan banyakkan bersabar . Bersuara pun tak guna bila orang tak faham .


photo from google search .. thanks tuan punya gambar.

Monday, July 2, 2012

FM Giveaway : Coming soon

 
Dah lama sungguh rasanya kami tak buat GA ... InsyaAllah kalau plan menjadi , akak dan adik akan buat GA fridge magnet ... Dia sekarang masih di Prague atas urusan kerja dan akak minta dia belikan a few FM utk akak sendiri dan mintak lebih 1 or 2 untuk buat GA . rasanya dia balik besok dan akan singgah di London .. tengok lah nanti kalau ada FM lebih from London . Apapun tunggu kami terima FM dulu baru akak akan announce GA kami nanti .  

Oleh kerana adik akak adalah salah sorang penyumbang hadiah GA kali ni .. so peserta GA kami kena la jugak follow blog dia ... Fida Black's Journey


 p/s : sedih sangat FM dan keychains yang dibeli dari Perhentian tempohari sampai ke hari ni masih tak jumpa ...entah mana la akak letak bag plastik tu ... RM50 akak beli dan plan nak buat GA . Nak buat macam mana dah takde rezeki .






Sunday, July 1, 2012

Hari-hari dia mengadap ikan.


saban hari ada je yang berubah dalam akuarium ni .. 

bukan saja penambahan bilangan ikan ... accessories pun makin bertambah .

The latest ... harap2 kekal cantik dan airnya tetap jernih ... dan harap jugak rajin orang itu berterusan .... jangan hangat-hangat taik ayam ye abang .

Menang lagi tahun ni ... Go Musytari!

 Alhamdulillah Kontijen rumah merah menang lagi tahun ni dalam acara perbarisan walaupun secara keseluruhannya kami berada di kedudukan ke 2 ... berkat kerjasama & usaha semua pihak , baik dari guru-guru rumah merah dan murid-murid .

 Petua untuk menang senang je ... pastikan warna tu menyerlah , nampak meriah dan seragam ... depan warna merah.

bahagian belakang pun kena meriah jugak .. kali ni kami pilih warna cream .... baru lain dari yang lain .

 Ahlan wasahlan ya habibi ya maulana .

tahniah rumah merah ! ... tahun depan kita bagi menang lagi.

lagu rumah merah : nyanyian ikut melodi Wonderpet

Musytari ! Musytari ! kami nak menang 
Kami tak takut dan kami tak gentar
Bila bekerjasama , semua jadi hebat 
yeeee Musytari !

Apa yang penting ? ..KERJASAMA!
Apa yang penting ? KITA USAHA !

Busy buat costumes 2/3 hari ni .


Salam hujung minggu ... dah 2/3hari tak update blog .... busy dengan persediaan hari sukan sekolah ... tahun ni akak guru penyelaras rumah merah ( Musytari ) . Untuk perbarisan , rumah merah pilih tema ' Arabian Warriors ' . Akak dan gang cikgu rumah merah bergotong-royong buat costumes . Akak cuba buat seluar Aladin dan Alhamdulillah percubaan menjadi ... seronok bila dah tau jahit seluar ni .

Seperti tahun-tahun sebelumnya budak kecik Akim la yang menjadi mangsa ... jadi model mak di rumah .


Akak ambik masa hampir 2 jam nak siapkan patung Aladin ni .... patung ni kami pacakkan depan khemah .


Ni la 3 helai seluar Aladin & princess yang akak jahit tu . Lain kali kalau free boleh jahit lagi .. beli kain murah2 untuk semua murid perbarisan rumah merah ... Ada jugak berangan nak buat costumes utk sewa ... contohnya seluar , vest dan jubah utk konvo sekolah ... tapi takde modal la . Kalau sewa murah2 sure permintaan banyak ye ? angan-angan mat jenin sungguh la .



Topi ni kawan akak yang buatkan ... suka sangat ... dia pun tangan berseni jugak ... beruntung akak dapat gang kreatif , tak banyak songgeh & tak berkira  . 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails