Wednesday, October 31, 2012

Bebanan Kerja di Hujung Tahun .... lepas ni kita cuti panjang .

photo from google search .. TQ

Hujung-hujung tahun ni rata-rata cikgu sibuk tahap gaban ... malah ada yang stress dengan beban kerja yang bertimbun-timbun ... sama la dengan cikgu yang menulis entry ni ... banyaknya kerja yang nak dibereskan sebelum bercuti panjang ... tapi tak ler sampai stress ... buat kerja cepat-cepat supaya cepat siap dan hati senang . Hampir separuh daripada senarai semak akak dah berpalang . Pedulikan apa orang nak kata .

Akak nak jadi cikgu Yanti yang dulu ... awal-awal mengajar dulu agak boleh kata yang akak ni masuk dalam kategori cikgu rajin la jugak tapi beberapa tahun kebelakangan ni je prestasi akak agak merudum . Sekarang ni akak dah malas nak melayan perasaan . Akak just buat kerja akak . Lantak la korang nak buat apa pun , malas akak nak enteprem sangat . Janji keja akak beres . Buat lebih-lebih pun selalunya orang tak hargai . Kadang-kadang tu tak pandang sebelah matapun .

Sekali sekala datang jugak perasaan tidak baik tu ... tapi Alhamdulillah tahun ni akak berjaya tidak mengikut kata hati yang sakit . Realitinya , dalam hidup ni ada macam-macam manusia kita akan jumpa ... yang betul-betul kawan , yang suka mengata belakang-belakang , yang rajin , yang malas , yang jenis tak kisah , yang banyak cakap dari buat kerja , yang berlagak pandai tapi kerja tak seberapa ... semua ada .. termasuk la diri sendiri yang tak sebaik mana pun . So kalau labelkan orang itu ini sama la dengan labelkan diri sendiri jugak kan ? satu jari tunjuk pada orang lain 4 lagi balik pada diri sendiri . peringatan buat diri sendiri . 



* work smart but don't work too hard ... nanti diri sendiri yang susah . Family comes first . Harap sangat cuti sekolah cepat menjelma ... nak rehatkan minda dan hati .

Tuesday, October 30, 2012

Berenang sampai habis semua dah legam .

Masa di PD Jumaat dan Sabtu lepas , anak-anak cukup happy sebab dapat buat aktiviti kegemaran diaorang ... swimming sampai tak ingat . Sebelum ni pun ayah dok bawak depa pi berenang di public swimming pool tapi tak puas la kan , setiap kali pegi hanya 2-3 jam je . 


Meen dah semakin cekap berenang ... dah berani pergi ke tempat yang dalam .


Budak lasak ni pun makin improve skill dia  ... ni dia berenang dia berenang di kolam dewasa .. cuma dia berani berenang di bahagian tepi kolam je . Belum cukup confident rasanya .


Makin hitam la anak mak yang sedia hitam ni .

Si kecik ni pun dah makin berani ... dah join kami jadi hantu air .



Tak dapat mandi laut sebab air kotor .... ada kerja - kerja korek pantai dekat tempat kami menginap .





Monday, October 29, 2012

Cerita Aidiladha kami


Sepatutnya Aidiladha kali ni kami sambut tanpa abang misai , tapi lakiku itu selalu saja buat suprise ... Akak bangun awal sebelum Subuh untuk masak nasi lemak ... dah takde apa dalam peti ais , so nasi lemak je la menu raya kami ... pagi tu akak bawak anak-anak pi solat hari raya di masjid Pulapol .. sedih je rasa sebab tok laki takde di sisi di pagi raya . Sebelum pegi dah bersarapan sepinggan nasi lemak ... then lepas solat raya , kami makan lagi .. ada jamuan di dewan bersebelahan masjid ... balik rumah pukul 10 tu boleh melantak lagi nasi lemak ... lepas tu mata mak budak ni pun dah kuyu ... mengantuknya . Suruh anak-anak dara tu tengok-tengokkan Akim ... mak nak membuta kejap .

Belum pun sempat membuta ... dengar orang masuk bilik ... suprise!!!!! . Suprise la sangat ... suka sangat balik tak bagi tau awal-awal .. penat orang bersedih pagi tu . Abang misai balik sebab kebetulan ada kawan dia nak balik KL pagi tu ... rezeki dia la kan . Dan satu lagi rezeki kami , adik abang misai dapat booked 2 apartment di Seri Pena ... so satu tu adalah untuk kami . So berayalah kami di PD ... anak-anaklah yang paling seronok ... puas depa swimming ... sampai kulit dah masing - masing tan ... baru la betul anak ayah .

Sunday, October 28, 2012

Makan malam di padang pasir .

Last Tuesday akak dan Meen pegi Jamuan akhir tahun bagi murid-murid Tahun 6 dan juga pengawas sekolah di D'saji Felda Villa . tema makan makan tersebut adalah Arabian Night .


Meen sibuk dok suruh mak buat costume untuk majlis malam tu ... apa Meen ingat mak dia ni tailor ke apa ? Dah la minggu lepas mak dia sangat sibuk . Mulanya nak suruh dia pakai baju kurung hitam kak Una je ... tapi akhirnya mak buat jugak costume untuk Meen ... korbankan penat dan masa tidur demi tak nak hampakan anak . 

Tapi tak menang apa - apa hadiah pun .. ada yang lebih hebat .. siap sewa costumes .. mana la nak menang costume DIY yang mak buat ni .


Antara murid - murid yang dressing betul-betul ikut tema malam tu .

Meen dan pereka costume dia ... huhh perasan .

Akhirnya tamat juga 'penantian satu penyiksaan ' itu

photo from google search .. TQ


Fasa rindu-rindu dah tamat .. back to reality ... syukur Alhamdulillah abang misai dah kembali tinggal dengan kami ... 2 bulan yang akak rasa sangat lama tu sebenarnya kejap je , yang buat jadi lama sebab dok menhitung hari dan asyik dok melayan perasaan sangat . Nah ambik ko ... ngadap la tok laki tu 24 jam sehari .

Lega bukan apa ... ada pembantu kat rumah ni , tak perlu lagi uruskan semua benda .. ada orang tok buang sampah dan ada orang boleh uruskan anak-anak kalau akak balik lewat . Kami kat rumah ni pun makan ala kadar je sejak ayah takde ... tapi mak budak ni badan tak kurus-kurus jugak .. makin membesaq ada la sejak kena tinggal ni .

Sekolah pun tinggal lagi 2 minggu ... banyaknnya keja yang belum beres ... bak kata GB ... buat keja jangan bertangguh & buat senarai semak ... senarai semak yg dah dibuat tu buat menyemak hidup akak ada la ... kita ada life lain .. bukan keja dan keja dan keja saja ... balik rumah adalah masa untuk family .

Apapun keja tetap kena buat demi rezeki yang halal .

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha


Selamat menyambut Aidiladha buat semua pembaca blog KITH ... tahun 1st time akak beraya hanya dengan anak-anak ... abang misai masih duty di PD sehinga hari Sabtu .. sedih jugak la tapi takpe , kejap je . Hari ni nak bawak anak-anak keluar berjalan .. esok belum plan lagi nak ke mana dan apa nak masak .... laksa kot . Takpun bihun sup or nasi Arab .


Tuesday, October 23, 2012

Emosi dah stabil ... mana boleh rajuk lama-lama .

Mood sedih dua tiga hari ni ... hinggakan masa kat sekolah semalam ada member tegur kenapa mata bengkak .. takde apa lah .. emotional sikit . Now dah ok ... things back to normal .... tapi luka di hati mengambil masa juga untuk sembuh . Adat la kan , langit tidak sentiasa cerah ... kadang kala hujan turun jua ...chewahhh ... bukan setakat hujan yang turun , habis banjir .

Kenapa pulak nak bersedih ... tak payah la nak cerita kat sini ... cuma luahan hati ada di simpan dalam draft saja ... maybe one day he will read it .

Apapun tetap rindukan dia di sana ... maybe dia akan beraya haji di sana dan kami beraya di sini .... kami tak balik kampung . Nanti cuti sekolah kami akan balik bercuti panjang sikit dengan Tok Som .  Adik - adik akak balik beraya dengan mak jadi tak la terasa sangat Tok bila kami tak balik .. itu la untungnya ada anak ramai ... satu family tak balik still happening raya di rumah Tok Som .

Kerja sekolah makin banyak ... belum sampai tahap stress ... cuma penat badan dan minda ... susah la bekerja dengan orang yang skema ... yang nak everything perfect ... yang teruknya orang bawah ni .... macam takde keja lain nak buat .

Apalah nasib badan ... terima dan buat je la selagi termampu .




Sunday, October 21, 2012


Hujung minggu yang padat ... apa nak buat dah nasib badan.

Salam hujung minggu ,

Minggu ni aktiviti kami pack sikit ... banyak kerja nak dibuat . Tapi akak akan cuba update blog from time to time ... pulun buat kerja sangat pun nanti stress ... abang misai pulak akan balik ke PD awal sikit hari ni ... tinggal seminggu je lagi dia duty di sana ... harap-harap lepas ni takde lagi . Cukup tersiksa jiwa dan raga kami berpisah dengan dia .

Masih berkira-kira nak balik kampung ke tak raya haji ni ... abang misai suruh balik ... Kak Una pulak ajak balik awal ke KL sebab dia nak balik asrama on Sunday . Lagipun abang misai bertugas di PD samapai hari ke 2 raya ... kami kena balik dengan adik akak .Ikutkan hati memang nak sangat balik sebab terlalu rindu pada bonda tercinta .

Saturday, October 20, 2012

Brothers ... mentor dan protege


Mentor dan protege sedang lena diulit mimpi ... ada harinya kaki adik naik atas kepala abang dan ada kalanya kaki abang naik atas adik ... dua orang budak bertuah ni memang rapat ... ada la kadang-kadang abang mengusik adik ... selalunya kena lekuk la si abg kalau adik menangis .

Budak berdua ni jugak la kaki buat bising dalam rumah kami . Apapun akak sayang sangat budak berdua ni ... lebih baik rumah bising dan bersepah dari sunyi sepi takde anak ... lebih baik stress layan perangai pelik anak-anak daripada ada anak yang sakit terlantar atas tilam ... syukur dengan apa yang ada . Doa mak agar anak-anak jadi manusia dan tidak menyusahkan orang lain in future . 

Friday, October 19, 2012

Bila cikgu terlebih rajin


Bila cikgu terlebih rajin , inilah hasilnya .... tak seberapa sebab banyak bahan yang takde .. actually akak buat panguin dari botol air ni untuk hlangkan boring .... kalau time menanda buku tu memang mengantuk ... sambil-sambil tu akak pun create ler apa yang boleh buat mata akak celik sikit . 


Tutorial macam mana nak buat panguin ni boleh minta pada En.Google . 

Teruja dengan Hobi Baru

Kalau sebelum ni akak adalah pengumpul fridge magnet dan keychain , sekarang bertambah lagi satu hobby as a collector . Beberapa bulan lepas akak ada join Kelab Setem dan Filateli masa wakil Pos Malaysia buat promosi di sekolah ... yuran pendaftaran hanya RM25 ... Meen pun jadi ahli jugak. 

Start from that ... setiap kali ada keluaran setem baru kami akan menerima setem dan sampul surat hari pertama . Best kan ? tak payah nak pi beratur panjang di pejabat pos . Disertakan sekali dalam sampul tu bil berapa lagi credit yang tinggal ... so kami boleh pi tambah bila-bila masa di pejabat pos . Borang tambahan credit pun disertakan sekali . Selagi akaun berduit selagi tu la kami akan terima setem dan sampul surat hari pertama ni . 

Exclusive ... suka la setem ni ... nak pi beli lagi la kat post office .
Mula-mula join dapat album sekali .

Adik akak selalu jugak pi oversea atas urusan kerja ... so ada peluang akak kirim setem dari oversea .

Dalam sampul surat ni ada setem sekali . 





Thursday, October 18, 2012

Chaiyok Cikgu Yanti !


Banyaknya keja menunggu .... walaupun sedikit stress tapi still dok buat pelan-pelan ... Moga segala urusan dipermudahkanNYA . Hopefully Encik Mood pun bagus sepanjang 2 minggu ni . Nak siapkan semua ni cepat-cepat supaya dapat bercuti cepat ... GB kata siapa siap semua keja , boleh bercuti seminggu selepas sekolah bermula . 

WORK SMART & DON'T WORK TOO HARD .

Lewat juga tidur malam ni ... keja mesti didahulukan .



Kata tadi nak tido awal tapi tak boleh jugak sebab banyak kerja yang perlu dibereskan malam ni ... baru je selesai masuk data PBS tahun 1 .. selesai satu bab , esok nak siapkan DSV tahun 2 pulak . Lepas tu buat minit mesyuarat JPMS pulak ... settle . Esok meeting terakhir JPMS bagi tahun ni . Esok ada 2 meeting so anak-anak kena naik basikal , takut nanti tak sempat ke sekolah agama .

Tadi abang misai call bagitau yang dia tamat bertugas di sana on 27th Oct ... hati berbunga riang . Dah bole tido lena sekarang . Boleh la plan untuk bercuti dengan anak-anak nanti . Mana nak pergi ya ? .... dalam hati teringin nak ke KK lagi sekali so anak-anak dapat peluang naik belon .... doa-doakan la abang misai setuju ... dia tu susah sikit .

Ok .. dah lewat sangat ni .. budak kecik tu dah ajak masuk tido .... bantal pun dah memanggil-manggil .. terima kasih sudi singgah ke blog KITH .

Wednesday, October 17, 2012

Rumah kembali bingit .. Meen dah balik .


Anak dara kami yang sorang ni dah balik dari camping 3 hari di Pusat Kokurikulum KL . Panjang berjela dia bercerita masa balik tadi ... Meen dapat hadiah , antara peseta terbaik perkhemahan .. hanya 3 orang murid tahun 4 terlibat dalam camping tersebut . Meen cakap dia jadi MC untuk majlis penutup tapi dia kata dia agak gagap sikit ... takpe Meen , at least anak mak ni lebih berani daripada murid-murid Tahun 6 yang lain . 

Meen ni memang tahap confident dia lebih sikit dari adik beradik yang lain ... suara dia cukup kuat bagi seorang budak perempuan ... mentang-mentang la anak cikgu kawad . Di sekolah pun akak sendiri suka cara Meen baca ikrar or bila dia jadi MC perhimpunan compare to other students ... penuh confident . Sapa lagi nak bangga dengan anak sendiri kalau bukan mak sendiri .. ye tak ? 

Tapi satu je mak tak berapa puas hati lagi .... Compare dengan Kak Una , Meen ni kalau bab belajar slow sikit tapi dia ni rajin ... mak yakin Meen pun boleh berjaya macam kakak ... yang penting jangan putus asa dan jangan malas . 

Meen ni dah makin tan sekarang , dah sama warna kulit dengan Nisha ... nak pulak suka ikut ayah pi swimming on weekends . 

Susah kan kalau dah terbiasa tido petang ?

Still missing him .

Dah seminggu hp akak abis credit ... tapi bill belum berbayar ...geram betul . Seronok la tu bini tak kacau ... kalau tak setiap jam dok sms .. asyik nak call je . Akak guna je telefon , nanti bill telefon rumah pun naik baru padan muka .


Pening lalat lagi ni , pening bukan sebab terlebih tido .. tapi sebab tak boleh tido , badan penat dan rasa menantuk tu ada tapi tak boleh nak lelap . Awalnya tadi memang dah ter-zzzzzzz tapi ada je orang ganggu . Abang misai cakap ada orang cimb call hp dia nak cakap dengan akak sebab nak promote apa entah ... sorry la .. kami ni bukan je yang senang-senang orang nak ajak join itu ini . Dah berhari-hari orang tu cuba call tapi akak tak angkat telefon .

Selalunya lepas pukul 2 petang ni la ada saja orang call nak promote itu ini ... dah akak tak akan jawab telefon dari no yang akak tak kenal ... kawan-kawan pun dah tau perangai akak .. kalau diarang pakai no lain , diaorang akan sms dulu sebelum call .

Kalau dulu siap silentkan hp time nak tidur tapi sekarang tak lagi sebab nanti kalau ada emergency call susah pulak .

Bila dah tak tido petang ni , alamatnya malam nanti sure lebih awal la dapat lambaian bantal . Nak kena pi beli kopi la kalau macam ni ... banyak kertas exam budak nak ditanda . Harap-harap pok cik Mood jugak rajin malam ni .

Entry tanpa gambar ... dull

Assalamualaikum buat pengunjung blog KITH.


Mood nak aktif berblogging dah ada cuma gambar tak berapa nak ada .... buat entry tanpa gambar umpama makanan tanpa garam , umpama pergi kerja tanpa mekap juga umpama 'hidup tanpa laki' ... entry akan jadi dull ... boring orang nak baca , 

Gambar yang ada dengan akak asyik berkisar dalam tema yang sama ... anak-anak , itu pun budak Akim dan Haikal je yang rela diambik gambar , anak-anak dara sudah tak nak posing depan camera ... dan gambar yang akak ambik pun asyik-asyik tempat yang sama ... dalam rumah ... takde peluang nak buat outdoor photoshoot lagi ... dah jarang bawak DSLR bila kami keluar ... bulan depan abang misai dah balik duduk di rumah ... so maybe boleh ajak dia keluar selalu macam dulu . .. lagipun cuti sekolah nanti sure boring kalau duduk rumah je .

Banyak plan cuti sekolah ni .... kita hanya merancang tapi DIA yang menentukan . Tengah mencari-cari destinasi makan angin yang sesuai untuk anak-anak ... depa dok sibuk nak naik kapal terbang ... abang misai , mampu ke kita ?



Tuesday, October 16, 2012

Penyakit M .... pergi engkau jauh-jauh .

Hi semua ,

Masuk sini kejap buat satu entry ... banyak kerja menunggu .. dah buat checklist....banyak cabangnya , macam - macam nak kena buat . Tapi masalahnya penyakit M menguasai diri , tambah-tambah lagi bila dah balik rumah , malas betul la nak mengadap kerja - kerja sekolah ... asal duduk menaip je , dah menguap .


Malam ni penat dan sakit tekak menyuruh budak bertuah tu study , tengok buku kejap je , lepas tu mata dah ke lain ...... errrrrrrrrrrrggggghhhhhhh stressnya nenekkkk. Adik Akim lagi rajin study . Vocabulary dia pun dah makin bertambah  .... seronok tengok dia bercakap.

ok ... stop sini dulu ... mata dah ajak cari bantal . Esok kita sambung cerita.





Monday, October 15, 2012

Akim dan buku tak dapat dipisahkan

Sangat suka buku yang ada gambar binatang ... boleh mengadap buku tu siang dan malam .


wild animals Akim ... digembala oleh Ben 10


Kak Meen dah siap packing bag untuk pi camping .... adik sibuk letak animals dia dalam bag kakak .


Tengok la budak kecik ni ... malam-malam pakai baju mandi , layan je la perangai dia ni .


Makan kuah laksa dengan bihun

Malam yang agak sunyi .. tinggal kami berempat je ... Meen pegi camping sampai Rabu . Malam ni terlebih rajin nak buat kuah laksa ... barang - barang nak buat kuah laksa ni akak dah beli Sabtu lepas... kalau tak buat nanti kecut habis daun kesum dan bunga kantan tu . Malangnya hanya dapat makan laksa dengan bihun je malam ni .. minta Nisha pi kedai di blok depan untuk beli laksa ... masa bukak plastik tu , cari-cari tanda halal , takde la pulak ... sorry la mak was-was , lagipun laksa tu bukan orang kita yang buat . Baik kita beli laksa lain je esok .


Malam ni jenuh suruh budak bertuah tu study , macam-macam alasan dia bagi ... penat la , haikal tak tau la ... tapi ada pulak budak sorang lain tu yang memang rajin study , tak suruh pun dia memang suka dengan buku ... tapi dia tak boleh membaca lagi , puas mak menjawab soalan-soalan dari dia .

Sunday, October 14, 2012

Bini abang misai dah boleh tersenyum ...


Abang misai dah bergerak balik ke PD .... meninggalkan kami menunggu lagi 5 hari baru boleh berjumpa ... seperti biasa bini abang misai la yang paling sedih time nak berpisah ... tapi sekarang ni dah boleh tersenyum sikit sebab dia dah bagi tarikhnya ... akhirnya dah ada noktah sampai bila dia kena bertugas di sana ... bulan depan dia akan bersama kami semula ... syukur Alhamdulillah ... lepas ni group lain pulak yang pegi sana gantikan diaorang .

Dua minggu kejap je kan ? duduk jauh ni bau wangi je ...

Petang tadi abang misai hantar kak Una balik asrama ... dah seminggu dia bercuti kat rumah sejak PMR bermula . Senang jugak keja mak bila kakak ada .. selama ni Nisha sorang je yang banyak tolong mak . Balik dari sekolah , rumah dah kemas ,,,, kain baju dah siap bersidai ... nasi dah masak .. adik pun diaorang yang ambik dari rumah pengasuh ... esok Nisha cuti lagi sehari . Meen pulak nak pi camping di Pusat Kokurikulum for 3 days . 

Cuti sekolah pun semakin hampir ... keja pun semakin banyak dibereskan sebelum bercuti panjang . Nak cepat bereskan semua ... sepaya boleh bercuti dengan tenang . Belum plan ke mana nak bercuti kali ni ... anak-anak sibuk ajak jalan-jalan makan angin . InsyaAllah kalau ada rezeki , kita pegi la .

** p/s ... mood menulis sudah kembali sebab dalam hati dah ada taman .



Saturday, October 13, 2012

Hari yang mendung ..sejuk ..bestnya tarik selimut

Salam hujung minggu ... Pegi mana hari ni ? Kami melepak di rumah je ... anak-anak pun tak pegi swimming minggu ni .. Lusa depa dah start exam , so better duduk rumah ulangkaji ... tapi budak-budak bertuah tu mana tau ulangkaji bagai ... ulang makan lagi ada la ... tambah2 pulah hari ni mendung je , tadi dah hujan lebat ... tak selimut pun sodap .

Keja rumah dah settle semalam ... dari basuh kain baju hinggalah ke menyapu .. semua dah beres ... laki balik orang tu rajin la kan ? Kalau tok laki balik PD ... mood merudum la , sakit kepala la dan segala macam sakit mai ... bila hari Jumaat muka ceria je , senyum sampai ke telinga ... padan muka kena perli se-das dengan kawan-kawan .... tak makan hati pun , korang la yang ceriakan hari-hari akak  yang suram ( Isnin - Khamis ) .

Pagi-pagi tadi kami berdua merempit pi pasar Chow Kit , beli barang basah .. balik singgah breakfast . Sampai je rumah , pesiang basuh semua ikan dll , masuk peti ais .. pukul 10.30 dah siap masak . Semua pakat lunch awal hari ni ... Petang ni rasanya nak pi Jalan TAR lah.. nak tambah koleksi tudung ... itupun kalau abang misai mau hantar ... terapi minda & jiwa .... terapi apa kebendanya time wallet kering ni ?

Thursday, October 11, 2012

Blog tak ber-update sebab abg Mood takde ....gatai!

mood rindu .. gambar lama .


Terima kasih buat yang sudi singgah ke sini walaupun blog kami takde sangat entry baru . Salam malam Jumaat ... malam yang penuh syahdu ... ya la kan dah berkali-kali malam Jumaat tanpa cik abang .. mati kutu dibuatnya ... gatai ! . Hidup tanpa tok laki memang amat membosankan .. Esok malam dia balik ... seperti biasa kami akan cari peluang untuk keluar merempit berdua sama ada time breakfast or supper . Orang kata sayang bini tinggal - tinggalkan ..

ANAK-ANAK



Sebenarnya banyak cerita tentang anak-anak .. Sekarang ni penat melayan si kecik bercerita ... dia suka sangat cerita tentang animals ... ada set binatang dalam beg dia .. dan hobby terbaru anak-anak sekarang ni adalah berenang .. every weekend ayah depa bawak pi berenang . Tak boleh jadi .. akak pun nak join jugak .. akak ni pun hantu air .. kalau masa muda dulu segala jenis renang akak dah buat , terjunam berpusing pun boleh dan akak jugak boleh menyelam tapi semenjak body dah macam dugung ni , semua skill tu dah terkubur  ...  ... hujung bulan ni nak pi beli baju renang muslimah .


Monday, October 8, 2012

Bila dapur emak berasap


Bila ayah balik rumah hujung minggu mak akan lebih bersemangat untuk ke dapur ... kalau hari-hari biasa , mak hanya masak sejenis lauk yang simple untuk mengalas perut kita , tapi hujung minggu menu kita agak sedap sikit la . 


Tiap-tiap hujung minggu , mak dan ayah akan ke market untuk penuhkan peti ais kita dengan barang basah untuk seminggu .. selepas Subuh mak dan ayah keluar merempit ke Chow Kit , balik dari memborong , mak dan ayah akan singgah mana-mana kedai makan untuk breakfast berdua sebelum balik ke rumah ... breakfast untuk anak-anak , kami tapau je . 


Ikan cencaru sumbat ... ada lebihan sambal belacan ... mak masukkan bawang .. senang kerja . 


Hujung minggu juga , mak siap2 potong bawang untuk bekalan seminggu ... Turbo Chopper ni dah sebulan kami beli dan sangat berguna ... suka la mak dapat menumis dengan bawang yang dah dipotong halus ni .... naik aroma bawang satu rumah .


Selain guna untuk chop bawang , turbo chopper ni juga boleh guna untuk chop sayur-sayuran  ... masuk dalam bubur dan sebagainya  .





Kosong .. kosong .. kosong

picture from google search .. TQ


Mood berbloging masih merudum ... entah la sejak dua menjak ni semangat makin menurun ... nak buat apa pun takde mood ... dah tak larat nak melawan perasaan , dah tak berdaya nak kuatkan semangat ... tetapi kena buat-buat kuat demi anak-anak . Depa tak tau mak depa menangis malam - malam .

Memang nampak luaran akak kuat dan ceria tapi dalam hati tuhan saja yang tahu . Maybe ada yang kata , " alaa biasa la tu ... kena tinggal sikit dah patah semangat , manja dsbnya ". Memang akak sukar nak hidup tanpa suami ... rasa kosong .. kosong .. kosong . Kalau dulu 2/3 hari pun dah macam 'kucing hilang anak' inikan pula dah 2 bulan .

Baru sekarang ni rasa apa yang member2 lain rasa .. even my SIL pun berjauhan dengan suami diaorang ... not just for 2 months , depa lagi la lama .. entah bila boleh duduk bersama ... baru la akak tau macam mana jiwa lara berjauhan dengan suami .

Berharap yang terbaik ... moga dia cepat kembali kepada kami ... akak dah tak sanggup lagi walaupun akak faham ... dia hanya mengikut arahan dan pergi ke sana menjalankan tugas . Walaupun akak cuba untuk faham , tapi susah la kalau hati tetap tak boleh nak terima kenyataan .


* mood jiwang karat lagi . Biar la kan ... inikan blog kami .

Saturday, October 6, 2012

Rindu itu indah tapi menyakitkan

Salam hujung minggu ,

Dua tiga hari ni mood untuk ber-blogging agak merudum ... jiwa agak kacau , rindukan orang di sana hinggakan takde mood nak buat apa pun . Sampai bila rindu ni nak reda ... entah ... belum ada kata putus sampai bila dia akan bertugas di sana .

Selalunya dia balik hari Jumaat malam , tapi malam semalam dia tak balik sebab kena duty 24 jam ... hari ni pulak kena standby ... Magrib baru sampai sini  . Alhamdulillah dia selamat sampai kejap tadi . Risau sangat-sangat sebab dia balik nak motor dari PD . Selagi dia tak sampai , selagi tu lah hati ni tak tenang .

Malam ni kami nak keluar makan di luar ... malas nak masak . Nak lepak ronda2 dengan anak-anak  . Ok stop sini dulu . Jumpa lagi di lain entry ... tengok lah kalau mood rajin datang balik .

Friday, October 5, 2012

Biar Bodoh ... Jangan Biadap

Entry semalam agak emotional .... memang tahun ni agak mencabar bagi akak .... banyak dugaan . Ada yang akak boleh handle dan kadang kala akak kecundang dalam melawan perasaan . Akak hanya manusia biasa .

Berbalik kepada entry makan hati dengan perangai anak orang semalam , selalunya marah akak tak lama ... esok lusa ok la tu . terus terang akak cakap , bagi akak biarlah anak kita itu tidak cerdik , asalkan tidak biadap ... bukan semua anak dilahirkan pintar . Ada yang tak bernasib baik ditakdirkan kurang menyerlah dalam akademik .... kebolehan masing - masing tidak sama . Kalau tidak pandai cikgu boleh bimbing untuk jadi lebih baik dari sebelumnya .... paling tidak untk lulus dalam semua subjek .

Cikgu juga kena menjadi pembimbing dalam mendidik sahsiah murid - murid ... tapi dalam dunia yang serba mencabar sekarang ni , kadang - kadang ada anak orang tak makan dek saman , hatinya keras dan tak tau nak cakap la .... macam a few of my students . Diaorang bukan tak baik cuma ter-over nakal . Itu baru sekolah rendah , kalau sekolah menengah macam mana la perangai diaorang . As a cikgu .... akak dah buat yg terbaik rasanya .... cara lembut pun dah buat , dan cara keras pun dah  .... tapi kalau dah jenis daun keladi , akak dah tak boleh nak buat apa .... degil tahap gaban . Dah 16 tahun mengajar .... macam - macam pengalaman akak dapat . Doa akak agar anak-anak ini dapat lembut hati mereka . Ada yang datang dari keluarga baik-baik tapi kesian akak tengok .... kurang hormatkan cikgu dan berlagak .

Thursday, October 4, 2012

Marah + Sedih + Penat + Pening + Rindu ...... Jangan la meroyan



Mood tersangat la merudum petang ni ... bermula dari balik sekolah tengahari tadi dengan perasaan hangat hati ... geram dengan a few students yang sangat biadab bagi akak ... dah la masa akak tengah mengajar depa buat bising dan tak focus langsung , kerja yang dibagi memang la tak siap .. bila dimarah siap sengeh - sengeh lagi macam mengejek ... hati akak terbakar tapi akak tetap sabar ... kalau anak sendiri maunya akak rotan or terus bagi penampar ... ini anak orang , tambah pulak sekarang ni bukan boleh buat sebarangan , silap2 haribulan kita yang diserang balik oleh parents .

Dah la sakit tekak , memang menduga kesabaran sungguh . Akak sangat frust bila kelas gabung ni ... bayangkanlah , dalam kelas yang sama ada murid yg pandai ... sure la akak nak ajar diaorang lebih advance tapi bila dalam kelas yg sama ada jugak yg tak faham BI  ... susah akak nak bagi semua faham at the same time ... stresssssssssssssssssss you! . Kalau tak combine kelas , akak jugak yang susah ... waktu mengajar akan jadi padat .... itu pun stress jugak . Serba tak kena akak dibuatnya . Mengajar tahun 1 pun lagi satu masalah bagi akak . Nak tak nak kena jugak sebab cikgu BI hanya ada 2 orang . Tahun ni memang takde lagi keseronokan mengajar compare to the previous years .

Malam ni nak rehatkan minda ... kejap lagi nak siapkan lesson plan , then ... zzzzzzzzzzz .

p/s : abang misai ..... we need you .... I need you .  :(

Wednesday, October 3, 2012

Jemput jengah ke Butik Tudung kami


Jemput jengah ke page Butik Tudung kami ... banyak jugak stok tudung baru dengan harga yang berpatutan . Weekend ni pun adik akak akan ambik stok baru lagi . Akak sekadar membantu yang termampu . 


Lutfiyah saiz XL ... tudung ni akak sendiri pakai banyak helai sebab kainnya sejuk , terletak cantik dan menutup dadaku yang bidang itu .. :)

Nur Kasih : Sumayya Lycra saiz L

Nur Kasih : Wafa Soft awning

Tudung pesona 

Selendang  2 warna ... material chiffon .

Tudung mampu milik , De Salma ... RM30 termasuk kos penghantaran untuk 1 helai . 

Bila kami pegi cari stok tudung di Jalan TAR , kriteria utama tudung-tudung yang kami pilih adalah pertamanya mestilah kualiti kain ... mesti selesa untuk dipakai ... keduanya awning yang terletak cantik ... kalau kita sendiri pun tak sanggup pakai , takkan nak jual dekat orang lain . Walaupun kami boleh beli tudung yang lebih murah tapi kalau awning tak cantik dan materialnya tak selesa tak guna jugak . 







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails